Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

Tenis merupakan salah satu pemainan menggunakan raket yang disukai oleh
sebahagian besar penduduk dunia. Ia dikenali sebagai Jeu de Paume di Perancis, Real
Tennis di Britain dan Royal Tennis di Australia. Ia merupakan sukan raket yang tertua
berbanding sukan squash dan beberapa sukan raket yang lain. Berdasarkan beberapa
catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket telah dimainkan sejak sebelum
masihi lagi. Ketika itu, ia dimainkan di Mesir dan Yunani. Roger Morgan’s pula di dalam
bukunya yang bertajuk “Tennis, The Development of The European Ball Game”, menyatakan
bahawa permainan tenis ini dimainkan di jalan raya pada Zaman Pertengahan.

Tetapi pada abad ke-11, permainan yang seakan-akan tenis telah dimainkan pada
pertama kalinya di salah sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan dibalut dengan
benang berbulu dan pemukulnya hanya menggunakan tangan. Pada ketika itu, tenis
dimainkan oleh para rahib di Perancis dan Itali. Permainan ini berkembang apabila rahib-
rahib tersebut mengembara dari satu biara ke biara yang lain, yang seterusnya mewujudkan
banyak peraturan. Keseronokan bermain tenis ini menyebabkan para rahib tidak
mengendahkan larangan Pope. Pada abad ke-14, ia telah berkembang dari kawasan gereja
sehingga ke istana dan turut menjadi permainan bagi golongan bangsawan.

Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Inggeris pada abad ke-13 dan ia


telah mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat dan terus berkembang ke
negara-negara Eropah yang lain. Walaupun pada mulanya permainan tenis hanya
menggunakan tangan, tetapi lama-kelamaan ada pemain yang menggunakan sarung
tangan (glove), dan kemudiannya memintal tali di tangan. Seterusnya, ia mengalami
perkembangan apabila mereka menggunakan rangka yang dipintal dengan tali dan
berpemegang. Ia merupakan raket bertali yang mula diperkenalkan sekitar abad ke-15 oleh
Antonio da Scalo, seorang profesor berbangsa Itali. Beliau menamakan permainan ini
sebagai 'tenis padang' (lawn tennis). Manakala, di dalam buku Book of  Games  And
Sports, yang diterbitkan dalam tahun 1801 pula, ia disebut sebagai ‘tenis panjang’.

Bola tenis pula diperbuat daripada gabus yang dibalut dengan kain yang diikat secara
ketat, tetapi ia hanya boleh bertahan selama 2 minggu. Bola tenis seterusnya mengalami
revolusi apabila ia diperbuat menggunakan bulu biri-biri. Bola tersebut lebih ringan
berbanding sebelumnya. Manakala, gelanggang tenis yang pertama telah dibina di Hampton
Courtpada tahun 1625 dan ia telah memperlihatkan motif sebenar permainan. Gelanggang
tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang untuk pertandingan.
Pada ketika itu juga, iaitu sekitar abad ke-16 dan abad ke-17, golongan bangsawan
di England dan Perancis mula memainkannya. Di England, Henry VII amat menyukai sukan
ini dan pewarisnya sendiri memiliki gelanggang asal di Hampton Court Palace. Pada ketika
itu juga di Paris, sebanyak 1800 gelanggang telah dibina. Ada pendapat mengatakan
bahawa gelanggang tenis telah di bina di atas kapal 2000 tan di Perancis. Manakala,
gelanggang yang dibina di Versailles, Perancis pada tahun 1686, pula berharga 45,403
franc. Tetapi pada sekitar tahun 1700, tenis mula disisihkan di Perancis. Sungguhpun begitu,
terdapat juga gelanggang yang dibina seperti di Bath pada tahun 1777 tetapi ia hanya
digunakan selama 37 tahun sahaja, dan kini bangunan itu telah dikenali sebagai Bath
Industrial Heritage Centre. Pada pertengahan abad ke 19, kebangkitan semula tenis mula
dirasai. Ketika itu, gelanggang tenis yang pertama di Amerika Syarikat dan Australia telah
dibina pada tahun 1876 dan 1882. Tetapi, perang dunia pertama telah memberikan impak
yang negatif terhadap permainan tenis ini.

Kelab tenis pertama iaitu Leamington telah didirikan di Perancis oleh J.B. Perera,


Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa
itu, tenis dikenali sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874, permainan tenis
pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears.
Sementara itu, All England Croquet Club pula telah didirikan pada tahun 1868. Pada tahun
1970, barulah pejabatnya dibuka di Jalan Worple,Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini
bersedia memberikan dana untuk permainan tenis dan badminton. Peraturan permainan
tenis padang juga ditulis. Amerika Syarikat pula mendirikan kelab tenis yang pertama
di Staten Island. Keadaan ini menyebabkan perkembangan yang pesat dalam sukan tenis
dan berjaya melahirkan ramai pemain tenis yang hebat di peringkat dunia. Kejuaraan tenis
yang pertama telah bermula pada tahun 1877. Ketika itu, seramai 21 orang pemain telah
mengambil bahagian. Dalam kejuaraan tersebut. Spencer William Gore telah menjadi
pemenangnya. Kini, kejuaraan tenis tersebut dikenali sebagai Kejuaraan Wimbledon. Sukan
tenis ini juga telah melahirkan ramai bintang tenis yang hebat dan terkenal, seperti Jimmy
Connors, John Mc Enro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff,
Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras,  Andre Agassi. Kini, tenis telah menjadi satu
permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang lumayan.
1.1 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Jaring diperbuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal. Jaring ini
digantungkan pada kabel yang tahan karat dan dilitupi dengan pita putih dan bahagian
bawah jaring hendaklah menyentuh tanah. Manakala bahagian atas jaring mestilah 0.91
tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 m pada kedua-dua bahagian tiangnya. Ia perlu dipasang
tegang semasa permainan.

Gelanggang tenis adalah indoor dan outdoor. Permukaannya rata dan bebas


daripada sebarang gangguan dan ia dalam bentuk gelanggang rumput, yang diperbuat
daripada kayu, simen ataupun parguay. Ukuran gelanggang ialah 23.77 m (78 kaki) panjang
dan 8.23 m (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 m bagi keseluruhan
gelanggang. Gelanggang tenis dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian tengah gelanggang
terdapat satu jaring. Setiap bahagian di bahagi lagi kepada tiga bahagian, iaitu dua bahagian
berbentuk empat segi di hadapan dan satu bahagian empat segi di belakang, Semua
bahagian tersebut dipisahkan dengan garisan yang jelas dan sebaik-baiknya ditanda
menggunakan garisan putih. Bola yang dipukul dari luar gelanggang hendaklah tidak
menyentuh garisan kerana ia hanya akan membawa mata kepada pihak lawan. 

Seterusnya ialah rangka raket terdiri daripada beberapa jenis, iaitu yang diperbuat
daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket bagi pemain lelaki hendaklah
di antara 282.7 g sehingga 396.9 g. Manakala bagi pemain wanita, berat raket adalah di
antara 368.0 g sehingga 382.0 g. Pemain haruslah memilih raket yang sesuai dengannya,
terutama dari aspek keselesaan pemegangnya.

Pemain lelaki memakai baju lengan pendek, berseluar pendek, berstoking dan
berkasut. Manakala pemain wanita memakai baju lengan pendek atau panjang, berseluar,
berstoking dan berkasut. Selain itu, warna baju dan seluar bagi pemain adalah bebas
dan keselesaan pemakaian adalah penting. Disamping itu, warna bola tenis biasanya hijau
kekuningan. Beratnya adalah di antara 56.7 g sehingga 58.5 g. dan mempunyai saiz
diameter bola tenis ini adalah di antara 6.35 cm sehingga 6.65 cm. Ia perlu dijaga dengan
baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

Terdapat beberapa contoh teknik pukulan forehand, backhand, groundstroke, smesy,


volley dan lain-lain. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, sama ada lelaki atau
wanita. Ia boleh dimainkan secara perseorang lelaki, perseorangan wanita, bergu lelaki,
bergu wanita dan bergu campuran. Permainan tenis dimainkan dengan bermatlamat
mendapatkan mata dengan memukul bola dengan harapan pihak lawan tidak dapat
mengembalikan bola tersebut dengan baik. Kawasan servis berada di kedua-dua kawasan
gelanggang, iaitu, kawasan servis di kanan pemain dikenali sebagai kawasan dius,
manakala kawasan kiri pemain, dikenali sebagai kawasan advantage. Permainan tenis
bermula dengan pemain yang melakukan servis melambungkan bola ke udara dan
memukulnya menggunakan raket.

Matlamatnya menghantar bola mengikut arah pepenjuru supaya ia dapat mendarat di


kawasan dius penerima. Apabila mata pertama diperolehi, pemain akan bergerak ke kiri dan
menyambung permainan semula. Pemain kemudiannya bertukar kawasan sama ada ke kiri
atau ke kanan selepas setiap mata dibuat sehinggalah ada pemenangnya.
2.0 ANATOMI RAKET
3.0 CARA MEMEGANG RAKET

Menurut Ng Boon Tong, terdapat lebih kurang sebelas (11) cara genggaman
memegang raket tennis dalam permainan tennis yang diamalkan pemain-pemainnya.
Walaubagaimanapun, terdapat tiga cara yang biasa digunakan oleh pemain tennis iaitu
pegangan continental, pegangan western dan pegangan eastern dan yang paling popular
dan mudah ialah pegangan eastern.

3.1 Teknik Pegangan Eastern

Teknik atau cara ini juga dikenali sebagai “berjabat tangan” (shakehands) di mana
caranya mudah sahaja iaitu hukurkan tangan ke hadapan. Tangan kiri menyokong bahagian
leher raket. Buka tapak tangan kanan dan genggaman bahagian pemegang (grip) raket
seolah-olah berjabat tangan dengan raket.

Pegangan raket untuk pukulan pepat dan kilas terdapat sedikit perbezaan dan untuk
bertukar dari pegangan pukula pepat ke pegangan kilas, longgarkan genggaman dan pusing
pergelangan tangan ke dalam sedikit. Ibu jari tidak membalut pemegang raket ketika
pegangan kilas.
3.2 Latihan Asas Menggengam Raket dan Mengawal Bola

1. Melambung bola bertubi-tubi dengan raket yang digenggam untuk pukulan pepat
(forehand grip) pada setempat, berjalan atau berlari.
2. Lakukan seperti latihan 1 tetapi menggunakan genggaman pukulan kilas (backhand
grip)
3. Ulangi latihan 1 dan 2 berselang seli serta melambung bola dengan pukulan pepat
dan kemudian dengan pukulan kilas.
4. Melantun bola bertubi-tubi seperti latihan 1,2 dan 3.
5. Melantun (mengetuk) bola dengan bahagian bingkai (frame) raket secara bertubi-tubi.
6. Lumba kari Berganti-ganti
a) Membawa bola dengan raket
b) Melambung bola dengan raket
c) Melantun bola dengan raket
(Gunakan genggaman pepat atau kilas)
3.3 Gerak Kaki dan Kesediaan

Gaya bersedia sangat penting untuk memudahkan pergerakan ke sesuatu arah. Bagi
pukulan pepat dan kilas, gaya bersedia adalah seperti berikut:

Berdiri menghadap jaring. Badan bongkok sedikit ke hadapan, jarakkan lutut dan bengkok.
Manakala berat badan dirasa di bahagian hujung kaki. Pegang raket secara selesa tanpa
menggenggamnya dengan kuat. Tangan kiri menyokong bahagian leher raket (throat) dan
kepala raket tunjuk ke jaring. Perhatikan gerak kaki untuk pukulan pepat dan pukulan kilas
dalam gambar rajah berikut:
4.0 KEMAHIRAN FOREHAND

Bersedia dari awal dan bergerak ke tempat yang sepatutnya untuk memukul bola.
Raket dihayun ke belakang sebelum bola melantun. Raket dihayun ke belakang sebelum
bola melantun. Bahu kiri mengarah ke hala bola dan berat badan dirasa di kaki belakang.
Hayun raket ke depan dan pukul bola sebaik sahaja ia melantun ke aras antara lutut dan
pinggang. Serentak dengan pukulan itu berat badan dipindah ke kaki depan (kaki kiri).
Selepas memukul bola, raket terus bergerak (ikut lajak) sehingga menyilang badan dan
menunjuk ke atas bahu kiri.

1. Perhatikan bola sehingga ke raket.


2. Pukul bola dengan muka raket yang tegak dengan bola.
3. Pindahkan berat badan ke kaki depan apabila memukul bola.
4. Raket hendaklah ikut lajak selepas kontek dengan bola.
5. Balik kepada keadaan sedia selepas memukul bola.
5.0 KEMAHIRAN BACKHAND

Apabila di dapati bahawa bola akan bergerak ke sebelah kiri, persediaan memukul bola
cara kilas hendaklah dimulakan. Raket dipegang dengan genggaman kilas dan pemain
bergerak ke hala bola. Bahu kanan memusing menghadap ke jaring dan kaki kanan
melangkah ke depan. Kepala raket menunjuk ke belakang. Dalam keadaan ini, berat badan
di kaki belakang (kiri). Sebaik sahaja bola melantun, hayun raket ke depan seolah-olah
menarik keluar pedang dan pukul bola yang berhampiran dengan kaki depan. Pergerakan
raket hampir selari dengan permukaan gelanggang semasa bola dipukul. Raket terus
bergerak sehingga tangan yang pegang raket itu lurus dan kepala raket menunjuk ke atas di
bahu kanan.
6.1 KEMAHIRAN SERVIS

Bagi pemain baru, servis merupakan satu masalah di peringkat awal pembelajaran. Ini
adalah kerana kedua belah tangan terlibat dalam tindakan servis dan bola yang dipukul itu
mesti melepasi jaring serta melantun dalam peta servis yang dikhaskan. Semua ini
memerlukan pemain menunjukkan koordinasi yang baik, (imbangan badan dan ketepatan
pukulannnya. Latihan berulang-ulang boleh membantu pemain baru membina kemahiran
tersebut.

Terdapat beberapa jenis servis iaitu servis pepat atau biasa (tanpa putaran), servis slice,
servis Topsspin, Servis American Twist. Ciri yang membezakan jenis-jenis servis ini adalah
cara bola itu dilambungkan dan cara pukulan dilakukan atas bola itu. Gaya bersedia untuk
semua jenis servis adalah hampir sama. Genggaman Easten dilakukan bagi pukulan servis.

Teknik Servis Biasa

1. Gaya Sedia
Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke gelanggang servis di mana bola hendak
ditujukan. Kaki berjarak seluas bahu dengan kaki kiri di depan. Genggaman untuk
pukulan pepat boleh diamalkan untuk servis.
2. Lambungan Bola
Tindakan ini bermula dari aras lutut hingga ke aras kepala. Bola dilambungkan
apabila tangan diluruskan serentak dengan lutu. Semasa lambungan bola dilakukan,
berat badan dipindah ke kaki depan dan raket dihayun ke belakang.
3. Hayunan ke belakang
Raket digerakkan ke belakang, dengan siku yang bengkok. Kepala raket hampir
menyentuh belakang badan antara bahu. Kedudukan tangan yang memegang raket
adalah seolah-olah hendak membaling sesuatu benda.

4. Memukul bola
Sebaik sahaja bola menurun, luruskan badan dan “baling” permukaan raket kepada
bola. Untuk jangkaun yang maksimum, tinggikan tumit kaki semasa raket dihayun ke
depan. Raket hendaklah terus bergerak sehingga menyilang ke sebelah kiri badan.
Kaki kanan melangkah ke depan untuk mengawal imbangan badan. Mata mengikut
pergerakan bola ke sasarannya.

Kesalahan yang biasa dilakukan semasa servis ialah bola dilambung terlalu tinggi atau
rendah, bola dipukul jauh dari badan atau di atas kepala, genggaman raket tidak sesuai dan
bahu selari dengan jaring.

6.2 LATIHAN KEMAHIRAN SERVIS


6.2.1 Latihan Melambung bola (mengawal lambungan dan ketepatannya)

Berdiri dalam keadaan sedia untuk servis. Pegang 1 atau 2 biji bola di tangan kiri.
Lambung bola ke atas dan menyambutnya semula. (Jika 2 biji bola digunakan, pastikan
bola yang kedua tidak terlepas dari pegangan). Lakukan latihan melambung ini berulang-
ulang. (Jika bola yang dilambung itu dibiarkan jatuh atas gelanggang, ia sepatutnya
mendarat lebih kurang 50cm di hadapan antara kaki kiri dan kanan.

6.2.2 Latihan suaimasa raket menemui bola dan pergerakan ikut lajak
Lambungkan bola dan apabila ia menurun ‘tampar’ bola dengan raket.

6.2.3 Latihan Servis dalam gelanggang


Ia dilakukan secara bebas (tujukan bola ke mana-mana tempat dalam petak) dan
mencari sasaran (tujukan bola kepada sasaran yang tertentu.

Anda mungkin juga menyukai