Anda di halaman 1dari 6

TINGKATAN 1

JENIS ITEM MCQ KONTEKS KONSTRUK P 01


1.1.1
MUHAMMAD LA’IZZUDDIN BIN MOHD
KLASIFIKASI I / F ARAS R / S / T PEMBINA
BAHAGIAN A ALI

1. Apakah yang dimaksudkan dengan teknik leraian?


A. Menambahkan maklumat pada setiap bahagian yang kecil supaya lebih
rumit.
B. Menggabungkan bahagian-bahagian yang lebih kecil yang mempunyai ciri yang sama.
C. Memecahkan masalah yang rumit kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil
supaya mudah diselesaikan.
D. Memecahkan masalah yang rumit dan dihubungkaitkan masalah-masalah tersebut.

KUNCI : C

2. Berikut adalah maksud bagi satu istilah dalam teknik pemikiran komputasional.

Memecahkan masalah atau sistem kepada beberapa masalah


atau sistem yang lebih kecil.

Nyatakan istilah yang berkaitan dengan maksud itu.


A. Teknik leraian
B. Teknik peniskalaan
C. Teknik pengitlakan
D. Teknik pengecaman corak

KUNCI : A

1. Berikut menunjukkan suatu pernyataan masalah.

Amani akan ke Mesir pada hujung bulan ini, jadi dia akan membuat carian dalam
laman sesawang untuk menempah bilik hotel. Semasa carian tersebut, Aiman
mengalami kesukaran untuk membuat pilihan kerana terdapat pelbagai tawaran
yang menarik.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah aspek kurang penting yang boleh ditinggalkan?
A. Nama hotel.
B. Jenis bilik hotel.
C. Harga bilik hotel.
D. Jarak hotel dengan lokasi yang ingi dituju.

KUNCI : A
1. Jadual berikut menunjukkan kumpulan yang akan mengambil bahagian dalam
perkhemahan.
KUMPULAN BILANGAN PESERTA
Wira 3
Cekal 4
Gagah 2
Jaguh 6
Berani 7
Perdana 8

Sekiranya khemah yang disediakan boleh memuatkan 10 orang. Apakah teknik dalam
pemikiran komputasional yang boleh digunakan untuk menempatkan setiap kumpulan dalam
khemah yang sama?

A. Teknik leraian.
B. Tekmik pengitlakan.
C. Teknik peniskalaan.
D. Teknik pengecaman corak.

KUNCI : D

1. Encik Din perlu menyusun 114 buah buku terpakai ke dalam 3 buah kotak yang sama saiz
dan jumlah buku dalam setiap kotak haruslah sama. Malangnya, Encik Din mengalami
kesukaran untuk menyusun kesemua buku tersebut secara sama banyak ke dalam setiap
kotak. Antara berikut, manakah teknik pemikiran komputasional yang penting bagi
memastikan jumlah buku adalah sama dalam setiap kotak.
A. Leraian dan pengitlakan.
B. Leraian dan peniskalaan.
C. Peniskalaan dan pengitlakan.
D. Pengecaman corak dan pengitlakan.

KUNCI : D

1. Seorang ketua pelancong ingin memuatkan seramai 43 orang pelancong dalam beberapa
buah van. Beliau akan mempraktikkan teknik penyelesaian masalah dalam pemikiran
komputasional. Susun mengikut urutan yang betul bagi teknik yang akan digunakan.
I Leraian.
II Pengecaman corak.
III Peniskalaam.
IV Pengitlakan.
A. I, II, III, IV
B. II, III, IV dan I
C. III, IV, I dan II
D. IV, III, II dan I

KUNCI : A

TINGKATAN 1 1.1
JENIS ITEM MCQ KONTEKS KONSTRUK P 01
(Soalan Tambahan)
MUHAMMAD LA’IZZUDDIN BIN MOHD
KLASIFIKASI I / F ARAS R / S / T PEMBINA
ALI

1. Berikut adalah proses pemikiran komputasional. PT3 2019

I Menyediakan satu model penyelesaian masalah.


II Memecahkan masalah.
III Mengenal pasti corak yang sama.
IV Meninggalkan perkara yang tidak penting.

Susun mengikut urutan yang betul aliran proses pemikiran komputasional.


A. I, II, III dan IV
B. II, III, IV dan I
C. III, IV, I dan II
D. IV, III, II dan I
KUNCI : B

2. Berikut adalah maksud bagi satu istilah dalam teknik pemikiran komputasional. PT3 2019

Memecahkan masalah atau sistem kepada beberapa masalah


atau sistem yang lebih kecil.

Nyatakan istilah yang berkaitan dengan maksud di atas.


A. Teknik leraian
B. Teknik peniskalaan
C. Teknik pengitlakan
D. Teknik pengecaman corak.
KUNCI : A
TINGKATAN 1 2.1
JENIS ITEM MCQ KONTEKS KONSTRUK P 01
(Soalan Tambahan)
MUHAMMAD LA’IZZUDDIN BIN MOHD
KLASIFIKASI I / F ARAS R / S / T PEMBINA
ALI

1. Berikut adalah aksara pengekodan ASCII dalam perwakilan data. PT3 2019

01101010 mewakili “j”


01101011 mewakili “k”

Nyatakan nombor perduaan yang diwakili oleh aksara “q”.


A. 01101111
B. 01110000
C. 01110001
D. 01110010
KUNCI : C

JENIS ITEM MCQ KONTEKS TINGKATAN 1 2.2.1 KONSTRUK P 01


MUHAMMAD LA’IZZUDDIN BIN MOHD
KLASIFIKASI I / F ARAS R / S / T PEMBINA
ALI

1. Rajah 1 menunjukkan klasifikasi unit ukuran data.

UKURAN DATA

Imej Digital Audio Digital

X X

Rajah 1

Apakah format fail bagi X dan Y ?


X Y
A. *.bmp *.gif
B. *.jpeg *.mp3
C. *.mov *.tiff
D. *.wav *.mid

KUNCI : B

TINGKATAN 1 2.2
JENIS ITEM MCQ KONTEKS KONSTRUK P 01
(Soalan Tambahan)
MUHAMMAD LA’IZZUDDIN BIN MOHD
KLASIFIKASI I / F ARAS R / S / T PEMBINA
ALI

1. Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi kualiti imej? PT3 2019

I Kedalaman warna
II Format fail
III Resolusi
IV Dimensi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

KUNCI : C

JENIS ITEM MCQ KONTEKS TINGKATAN 1 3.1 KONSTRUK P 01


(Soalan Tambahan)
MUHAMMAD LA’IZZUDDIN BIN MOHD
KLASIFIKASI I / F ARAS R / S / T PEMBINA
ALI

1. Rajah 1 menunjukkan carta alir bagi suatu algoritma.

Mengenal pasti
P Q
masalah

Mereka bentuk
S R
algoritma

Rajah 1
Nyatakan langkah yang betul bagi R.
A. Menentukan proses atau tugas yang perlu dilaksanakan.
B. Menulis pseudo kod dan melukis carta alir.
C. Menentukan output yang dingini.
D. Menentukan data yang perlu digunakan.

KUNCI : C

Anda mungkin juga menyukai