Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN PENGGUNAAN DAN

PENJAGAAN BUKU TEKS SPBT

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar mestilah mematuhi syarat-syarat


peraturan pinjaman yang telah ditetapkan oleh unit SPBT sekolah sebagaimana berikut :

1) Mengisi borang pinjaman buku teks sebagai bukti kelayakan dan


direkod untuk pengiraan stok.
2) Menjaga dan menyayangi buku SPBT
3) Memastikan buku SPBT sentiasa berada di dalam keadaan baik dan
selamat.
4) Membalut buku teks dengan menggunakan plastik lut sinar.
Penggunaan stapler, double-sided, binding tape adalah dilarang sama
sekali.
5) Membawa buku ke sekolah mengikut jadual.
6) Menulis nama dan tahun dalam ruangan yang disediakan pada cap
SPBT di setiap buku.
7) Tidak menghilangkan buku teks yang diberi oleh pihak sekolah
8) Tidak mengoyakkan helaian buku teks, tidak menulis atau menconteng
buku teks kecuali buku aktiviti.
9) Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.
10) Memulangkan buku teks yang dipinjam pada tarikh yang ditetapkan.
11) Mengganti dengan segera buku-buku yang hilang atau rosak dengan
harga buku Teks sebelum tibanya hari pemulangan buku teks. Buku
yang hendak dipulangkan mestilah dalam kondisi yang baik dan
berikat. Gantian buku hilang / rosak hendaklah dibuat segera.
12) Tidak meletakkan buku teks di merata-rata tempat serta di bawah
meja di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau cuti persekolahan.
Wajib membawa balik buku teks SPBT setiap hari dan tidak
meninggalkan buku teks SPBT di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai