Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN SPBT

PENJAGAAN
1. Murid hendaklah memastikan buku teks yang diterima dalam keadaan baik dan sempurna
sepanjang masa
2. Murid hendaklah memastikan buku teks  sentiasa dibalut dengan menggunakan plastic
lutsinar.
3. Nama dan tahun ditulis dalam ruangan yang disediakan dengan menggunakan ballpen
berdakwat biru.
4. Memastikan buku teks tidak diconteng atau ditulis kecuali buku latihan dan aktiviti
5. Membaik pulih buku teks yang koyak dan rosak.

PENGGUNAAN
1.  Menggunakan buku teks secara sepenuhnya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di
bilik darjah
2. Buku teks digunakan sebagai rujukan dalam menyiapkan kerja rumah.
3. Murid tidak boleh melipat pada mana-mana helaian buku teks, sebaliknya digalakkan
menggunakan penanda buku.
4.Buku teks dijadikan teman ( instrument/alat) belajar sepanjang masa.

PEMULANGAN
1.  Murid mesti mematuhi jadual pemulangan buku teks yang telah dikeluarkan oleh pihak
sekolah.
2. Murid diminta memastikan semua buku teks yang hendak dipulangkan mencukupi mengikut
judul dalam keadaan baik dan sempurna.
3. Murid hendaklah menandatangani  Borang SPBT/G semasa pemulangan buku teks.

PENGGANTIAN
1.  Jika berlaku kehilangan buku teks, maka murid diwajibkan menggantikan dengan buku teks
berdasarkan judul dan jumlah bilangan buku yang hilang.
2. Ibu bapa/penjaga murid boleh menghubungi Guru Penyelaras SPBT atau Guru Kelas bagi
membincangkan cara pengantian buku teks yang hilang.

PERTUKARAN
1.  Murid yang bertukar sekolah di dalam negeri hendaklah membawa bersama buku teks dan
buku aktiviti tang telah dibekalkan semasa disekolah lama ke sekolah baru.
2. Murid yang bertukar ke luar negeri hendaklah membawa bersama buku teks  yang diterima di
sekolah lama ke sekolah baru. Jika terdapat keadaan di mana buku-buku teks dan buku aktiviti
yang diterima di sekolah asal tetapi tidak digunakan di sekolah baru, maka murid hendaklah
memulangkan buku teks tersebut ke sekolah asal yang akan diuruskan oleh pihak sekolah
baru.

PENYIMPANAN
1.  Semua buku teks hendklah dibawa pulang ke rumah pada setiap masa dan murid tidak
dibenarkan meninggalkan buku teks di merata tempat di sekolah kecuali dengan arahan guru.
2. Murid hendaklah meletakkan buku teks di dalam beg sekolah dengan cara yang betul iaitu
kedudukan menegak.
3. Semasa di rumah semua buku teks hendaklah disimpan di tempat yang sesuai, selamat dan
mudah dikendalikan.

Anda mungkin juga menyukai