Anda di halaman 1dari 28

METODOLOGI

KAJIAN TINDAKAN
KUALITATIF

JABATAN PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN


INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SRI LAYANG, GENTING HIGHLANDS
Metodologi Kajian Tindakan

 Pendekatan kajian (Definisi)


 Instrumen
 Kaedah mengumpul data
 Analisis data
Pendekatan Kajian

1. Kuantitatif
Objektif Kajian

Persoalan Kajian

2. Kualitatif

• Pilih pendekatan mengikut keperluan kajian


• Pengkaji hendaklah mempunyai kemahiran
penyelidikan untuk membuat kajian
• Pengkaji boleh menggunakan lebih dari satu
teknik pengumpulan data dari kedua-dua
pendekatan
Pendekatan Kualitatif

Penyelidikan yang datanya adalah


bersifat subjektif yang diperoleh
melalui percakapan, pemerhatian dan
penyemakan perkara-perkara yang
berkaitan dengan fenomena yang
dikaji.
Instrumen Kajian

Alat yang digunakan dalam kajian untuk


mengumpul data.
Contoh alat kajian kualitatif

1 Pemerhatian

2 Temu bual

Analisis dokumen
3
Teknik Mengumpul Data
Pemerhatian

 Proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal


seperti tingkahlaku, cara melaksanakan sesuatu,
keadaan persekitaran dan sebagainya

 Dijalankan secara sistematik (ada tujuan, mengikut


masa yang ditentukan, mengikut peraturan dsb)

 Boleh mencatat nota (nota lapangan) dan membuat


rakaman (video) terhadap pemerhatian yang
dijalankan
Boleh dilakukan melalui dua cara:

1. Pemerhatian Berstruktur

 Aspek yang hendak diperhatikan dikenal


pasti terlebih dahulu

 Penyelidik memerhati,mendengar dan


merekod maklumat berdasarkan set aktiviti
yang telah dikenal pasti

 Penyediaan senarai semak amat membantu


1. Pemerhatian Berstruktur

Contoh :
Memerhati tingkah laku murid yang menumpukan atau tidak
menumpukan perhatian semasa guru mengajar.
Jadual pemerhatian digunakan untuk merekodkan kod-kod aktiviti
yahg dilakukan oleh murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Kod nombor 1 hingga 9 berikut
menunjukkan tingkah laku murid semasa kelas dijalankan.
•Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi
•Pemikiran ditempat lain sambil mencakar-cakar kertas
•Berangan-angan
•Berjalan dari satu tempat ke tempat lain
•Membuat kerja lain
•Menganggu murid lain secara fizikal
•Mencuba untuk menarik perhatian
•Mengasah pensel
•Lain-lain aktiviti (seperti keluar bilik darjah)
2. Pemerhatian Tidak Berstruktur

 Dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti yang


telah dikenal pasti. Penyelidik perlu menentukan
fokus pemerhatian.

 Perlu juga tentukan tingkahlaku responden yang


ada kaitan dengan perkara yang dikaji.
Temu Bual dan Protokol Temu Bual

 Temu bual merupakan teknik pengutipan


data yang melibatkan interaksi bersemuka
(face-to face) atau melalui percakapan
telefon antara penyelidik dengan orang yang
ditemu bual (responden).

 Protokol temu bual adalah senarai yang


mengandungi soalan yang akan
dikemukakan dalam sesi temu bual yang
dijalankan.
 Teknik temu bual berstruktur –
Soalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual
dilaksanakan secara formal

 Setiap subjek hendaklah diberi soalan yang sama

Contoh :

• Sudah berapa lama tuan menjadi Guru Besar/Penolong


Kanan?
• Berapa bilangan muri-murid di sekolah ini?
Teknik temu bual separa berstruktur –
Cuma soalan utama disediakan. Soalan susulan berdasarkan
jawapan responden.

Contoh :

Penyelidik :Bagaimana tanggapan guru-guru sekolah


ini terhadap tuan sejak menjadi Guru Besar /
Penolong Kanan di sekolah ini?

Responden:Baik

Penyelidik :Boleh tuan jelaskan maksud baik?


Teknik temu bual tidak berstruktur (Temu bual terbuka)
Temu bual ini tidak menggunakan soalan yang disediakan
terlebih dahulu, temu bual ini selalunya secara spontan. Hal
ini bertujuan meneroka idea atau perasaan responden.

Contoh :

Peperiksaan UPSR dan PMR,akan dimansuhkan apa


pandangan tuan tentang cadangan tersebut?
Analisis Dokumen

Proses mengumpul data kajian melalui penyelidikan,


penyiasatan, pemeriksaan, pencerakinan dan
penganalisisan terperinci yang dibuat terhadap bahan
bertulis yang berkaitan dengan perkara yang dikaji

Dokumen adalah sumber data yang paling mudah,


murah dan cepat untuk diperoleh kerana ia telah ada

Contoh dokumen adalah diari, jurnal, sukatan


pelajaran, Buku Rancangan Mengajar Harian, kertas
peperiksaan, ujian bulanan, buku kedatangan, gambar,
carta dan sebagainya

Penyelidik hanya perlu menyaring maklumat yang


perlu diperoleh. Jika perlu minta kebenaran untuk
membuat salinan bagi memudahkan kerja
ANALISIS DOKUMEN

Dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan


kepada isu dan masalah yang dikaji juga merupakan
sumber paling mudah kerana maklumat yang diperlukan
telah sedia ada.
Contoh jenis dokumen yang boleh digunakan dalam kajian
tindakan termasuklah :

•Sukatan pelajaran
•Minit mesyuarat panitia
•Kertas peperiksaan dan ujian
•Tugasan dan latihan murid
•Bahagian yang berkaitan dalam buku teks
•Keputusan peperiksaan bulanan, semester dan
peperiksaan awam
Analisis Data
Pemerhatian berdasarkan sembilan (9) aktiviti direkodkan dalam
bentuk jadual. Dalam jadual yang ditunjukkan pemerhatian terhadap
murid dilakukan sebanyak 10 kali untuk melihat apakah aktiviti
yang dilakukan. (Sebagai contoh murid ‘Q’ didapati telah
menjalankan paling banyak aktiviti 80%) dan aktiviti-aktiviti ini
merangkumi
i. pemikiran ditempat lain sambil mencakar-cakar kertas. ii.
Berangan-angan. iii. Berjalan-jalan dari satu tempat ke tempat lain.

Jadual Pemerhatian Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Di Bilik Darjah

Murid Pemerhatian (skan)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 %

P 3 4 3 8 40
Q 2 2 3 3 4 2 3 2 80
R 6 7 6 6 7 50
S 5 5 5 5 5 50
T 1 1 1 8 8 1 60
Pemerhatian : Penggunaan nota lapangan (field notes)
Contoh :
Jadual pemerhatian berdasarkan kronologi peristiwa guru lewat masuk ke kelas
penggunaan nota lapangan

Peristiwa (Event) Catatan


Jam menunjukkan pukul 7.35 pagi, murid-murid kelas 3A masih beratur di luar Guru lewat masuk kelas
kelas kerana guru masa pertama masih belum datang.
10 minit kemudian guru A datang dengan tergesa-gesa dan menyuruh murid-
murid masuk ke kelas. Sambil berdiri murid-murid member i salam kepada guru
A. Guru A menjawab salam dan menyuruh murid-murid duduk. Begitu juga
dengan guru A juga duduk.
Guru A menyuruh murid-murid membuka buku teks sambil bertanya kepada Berfikir dan mengingat
murid-murid pelajaran yang lepas. Guru A masih lagi duduk sambil membelek- semula
belek buku teks di tangannya.
Guru A sekali lagi bertanya kepada murid-murid tentang pelajaran lepas. Murid- Termenung
murid berbisik sesama sendiri. Seorang murid angkat tangan dan memberitahu
guru tidak masuk kelas minggu lepas.
Jam telah menunjukkan jam 7.55 pagi, guru A menyuruh murid-murid membuka
halaman 15 dan membuat latihan yng terdapat dalam buku teks berkenaan. Ada
murid yang mengeluarkan buku nota dan ada yang tidak berbuat apa-apa. Guru
A masih lagi duduk di kerusinya.
Loceng sekolah berbunyi jam 8.05 pagi, guru A bangun dari kerusi sambil
mengemas bukunya kemudian menyuruh murid-murid terus membuat latihan dan
guru A berjalan keluar meninggalkan kelas 3A.
Koding Temu Bual

Jadual 1 : Faktor-faktor Murid-murid Tahun 5 C


Ponteng Kelas

Respond Murid Kod


Soalan : Apakah yang menyebabkan kamu tidak masuk kelas
Guru X setiap kali masa pengajarannya?

Murid 1 Boringlah cikgu setiap kali masa cikgu x dia suka 1


membebel. Bukannya sekejap lama pula tu. 1
Yang silap seorang saja, tetapi yang kena marah satu kelas 1
Cikgu tak mengajar bukannya menarik, mata saya
mengantuk, itu yang saya keluar dari kelas.

Murid 2 Saya tak fahamlah cikgu x mengajar. Dia seorang sahaja 3


yang bercakap, lepas itu dia tanya. Saya tak minat sebab itu 3
saya keluar kelas cikgu x

Murid 3 Saya tak faham cikgu x mengajar sebab kelas selalu bising 3
dan cikgu x diamkan saja 2
Penentuan Kod

1. Faktor Guru
Guru suka membebel
Guru selalu marah
Pengajaran tidak menarik

2. Suasana Kelas
Kelas bising

3. Faktor Murid
Tidak faham
Tidak berminat
Contoh Proses Analisis:

Analisis Dokumen Kehadiran Murid Tahun 6 Cempaka Bulan Januari – Mac


2010
Bil Nama Ketidakhadiran Dalam Bulan Januari – Mac 2010

1 A 15
2 B 10
3 C 16
4 D 12
5 E 13
6 F 10
7 G 15
8 H 17
9 I 10
10 J 12
Analisis Dokumen Ketidakhadiran Murid Tahun 6 Cempaka Bulan Januari – Jun 2010

Bil Nama Ketidakhadiran Sebelum Ketidakhadiran Selepas


Tindakan Jan-Mac 2010 Tindakan April-Jun 2010

1 A 15 2
2 B 10 0
3 C 16 5
4 D 12 0
5 E 13 0
6 F 10 0
7 G 15 2
8 H 17 3
9 I 10 1
10 J 12 1
Graf Ketidakhadiran Murid Tahun 6 Cempaka Januari – Jun 2010
Sampel dan Pensampelan

 Sampel sebahagian daripada populasi


 Sampel yang dipilih mesti bersifat representatif
 Pensampelan adalah satu proses memilih individu
bagi sesuatu kajian dalam cara yang tertentu
supaya mereka mewakili populasi di mana mereka
dipilih
 Sampel kajian hendaklah dikekalkan sehingga habis kajian
tersebut
 Sampel hendaklah terdiri daripada populasi
JENIS PENSAMPELAN

 Pensampelan Bertujuan
(Purposive Sampling)
JENIS-JENIS PENSAMPELAN

 Pensampelan Bertujuan (Purposive Sampling)

1. Tentukan responden agar sesuai dengan tujuan kajian


(Populasi yang khusus: orang portugis; Baba-Nyonya;
pengikut parti)
2. Sesuai untuk kajian awal.
3. Sesuai untuk penerokaan
4. Uji soal selidik
5. Untuk dapatkan maklum balas segera
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai