Anda di halaman 1dari 5

Journal of Advanced research in Social and Behavioural Sciences

ISSN : 2462-1951

PERANAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN HASIL IKAN DALAM PEMBANGUNAN


SOSIOEKONOMI KOMUNITI DI KIMANIS PAPAR, SABAH MALAYSIA

Jabil Mapjabil1 , Johan johnes2, Nuramira Atiqah Morshidi2 , Al Malik Abdullah2 , Eagan
Parir Jonly2 , Sim Yoon Phin2 , Nur Nabiha Izzati Wahit2

1 Institut kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah, Kedah, Malaysia

2 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

PENGENALAN
Perikanan merupakan sumber protein dan dalam masa yang sama menjadi salah satu
makanan yang disukai rakyat dalam menjalani kehidupan seharian malah perikanan juga
menjadi pemangkin kepada kemajuan pendapatan negara Malaysia. Pengeluaran yang
berasaskan hasil ikan seperti ikan bilis, ikan masin, udang kering dan pelbagai
merupakan salah satu perusahaan yang diusahakan oleh golongan Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) dan perusahaan ini semakin berkembang pesat di negeri Sabah. Hal ini
kerana negeri Sabah merupakan salah satu negeri yang mempunyai tangkapan hasil laut
yang terbanyak di Malaysia.

Kajian artikel ini mendapati bahawa perusahaan berasaskan hasil ikan di Kimanis
tergolong dalam perusahaan mikro dan majoriti peniaga adalah berbangsa Bugis. Kajian
ini dijalankan menggunakan reka bentuk tinjauan dan kajian kes malah pendekatan
kualitatif yang menggunakan kaedah analisis data. Kajian ini juga menggunakan kaedah
temu bual bersama peniaga dan seramai 12 orang informan yang terlibat dalam
menjalankan kajian ini dan pengkaji melakukan pemerhatian di lokasi kajian untuk
meninjau secara terperinci terhadap aktiviti yang melibatkan hasil ikan. Kajian yang
dilaksanakan adalah untuk mengkaji sejauh mana peranan perniagaan hasil ikan dalam
pembangunan sosioekonomi komuniti setempat dari segi sumbangan dari aspek peluang
pekerjaan, peningkatan taraf hidup, sumber pendapatan dan tarikan pelancongan.
Malah ada sestengah peniaga yang menghadapi cabaran dalam meneruskan perniagaan
malah mengembangkan perusahaan mereka terutamanya dari aspek modal, persaingan
malah pelanggan.
Seterusnya, pengkaji menyatakan beberapa definisi mengenai keusahawanan dan
sebagai contoh, sektor keusahawanan adalah bidang yang sangat penting dalam
pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Keusahawanan ialah ciri-ciri yang
dimiliki oleh seseorang yang membolehkan individu tersebut menghadapi cabaran dan
mengenal pasti sesuatu peluan dan seterusnya merebut peluang itu dengan sebaik
mungkin ( Norashidah hashim ). Dalam kajian ini juga, pengkaji telah mempertengahkan
galakan kerajaan dalam perusahaan dari hasil ikan dengan menyediakan pelbagai
program dan bantuan kepada peniaga di Kimanis, Papar Sabah. Antara program dan
bantuan yang dianjurkan adalah Sabah Development Corridor (SDC), Skim Mikro seperti
Yayasan Usahawan Maju, Amanah Ikhtiar Malaysia dan Sabah credit Corporation (SCC).
Objektif adalah untuk membantu para peniaga yang mempunyai perusahaan dari hasil
ikan dalam mengembangkan lagi perniagaan mereka dan bukan sahaja dikenali di
Kimanis, Sabah malah meningkatkan pembangunan sosioekonomi komuniti di sekitar
kawasan tersebut.

DAPATAN & PERBINCANGAN


Menurut kajian, seramai 12 orang informan yang banyak membantu memberikan
maklumat mengenai perusahaan dari hasil ikan. 12 orang informan berumur sekitar
66.7% yang berumur 30-40 tahun, 25% berumur 40-50 tahun manakala 8.3% berumur
20-30 tahun. Selain itu, kajian mendapati bahawa komuniti yang melibatkan diri dalam
perusahaan dari hasil ikan ini rata-rata dari golongan yang sudah mempunyai
pengalaman sendiri dalam menjalankan perniaagaan tersebut. Data di bawah
menunjukkan pengalaman dari informan yang telah ditemu bual di sekitar Kimanis.

BIL. TAHUN PENGALAMAN KUANTITI INFORMAN


1. 10 tahun dan ke atas 3 orang
2. 3 – 5 tahun 8 orang
3. 1 tahun 3 orang
Seterusnya jenis pemilikan bagi perniagaan dari hasil ikan ini mendapati kesemua
perniagaan dimiliki secara persendirian. Kategori perniagaan ialah kategori perusahaan
mikro utnuk kesemua informan yang ditemu bual. Dapatan dari kajian juga mendapati
bahawa hanya empat orang informan sahaja yang mempunyai pekerja sendiri iaitu 1
perniagaan yang mempunyai 3 orang pekerja dan lain-lain hanya mempunyai 1 orang
pekerja sahaja yang membantu melancarakan perniagaan dari hasil ikan tersebut. Selain
itu, berdasarkan kajian tersebut juga mendapati bahawa terdapat empat jenis produk
yang berasaskan hasil ikan yang diproses dan dijual oleh peniaga di sekitar Kimanis,
Papar.

Peranan perniagaan produk berasaskan hasil ikan telah serba sedikit menyumbang
kepada pembangunan sosioekonomi komuniti setempat. Perusahaan berasaskan hasil
ikan merupakan salah satu industri keusahawanan yang terkenal di Kimanis dan
perniagaan ini sedang giat dijalankan di Kawasan itu. Produk seperti ikan bilis, udang
kering, belacan mempunyai permintaan tinggi di pasaran oleh itu perniagaan ini telah
banyak menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi iaitu menjana peluang
pekerjaan, sumber pendapatan peniagan dan komuniti setempat dan selain itu ia juga
telah meningkatkan taraf hidup komuniti dan ia juga telah menjadikan Kimanis sebagai
pusat tarikan pelancong luar untuk ke Sabah. Berdasarkan temu bual bersama peniaga
didapaiti bahawa perniagaan ini membuka peluang pekerjaan kepada penduduk seperti
pengopek ikan bilis, menangkap ikan,penjaga gerai dan sebagainya yang berkait rapat
dalam pemprosesan penjualan. Dari segi peningkatan taraf hidup penduduk Kimanis
pula perniagaan ini telah mengubah hidup mereka malah ia juga mengubah hidup
pekerja mereka. Mereka mampu meningkatkan taraf hidup kepada yang lebih baik
dengan hasil pendapatan yang agak lumayan.

Seterusnya mengenai cabaran yang dilalui oleh peniaga ialah dari segi kekurangan
modal dan persaingan dengan peniaga lain. Malah ada peniaga yang mempunyai
cabaran dari segi kejdian penipuan oleh pelanggan atu pemborong produk mereka.
Modal merupakan elemen penting dalam meneruskan sesuatu perniagaan atau dalam
mengembangkan lagi perniagaan mereka untuk masa hadapan. Kekurangan modal akan
menyebabkan perniagaan produk berasaskan hasil ikan sedikit mundur. Hasil dari temu
bual informan mendapati 50% mengalami kerugian disebabkan produk mereka yang
tidak habis dijual. Oleh itu, ketiadaan bantuan daripada pihak kerajaan atau institusi
yang bertanggungjawab juga menjadi salah satu penyebab modal menjadi cabaran
kepada perniaga. Tambahan pula, cabaran dalam aspek persaingan juga memainkan
peranan yang hebat dalam emneruskan operasi perniagaan tersebut. Hal ini kerana
terdapat 40 -50 buah gerai yang menjual produk yang hampir sama dan kedudukan gerai
yang berhampiran antara satu sama lain juga telah meningkatkan tahap persaingan
peniaga untuk mendapatkan pelanggan.

KEKUATAN
Artikel ini sangat sesuai dijadikan rujukan atau panduan kepada individu yang ingin
meneroka lebih jauh mengenai perniagaan berasaskan ikan dalam pembangunan
sosioekonomi. Antara kekuatan yang boleh didapati dalam artikel ini ialah pengkaji telah
menghuraikan secara terperinci atau secara mendalam dari pelbagai aspek. Antaranya
ialah dari aspek maklumat informan, maklumat dalam peranan perniagaan sebagai
penyumbang kepada pembangunan sosioekonomi produk berasaskan hasil ikan,
cabaran yang dilalui oleh peniaga-peniaga dalam menjalankan perniagaan ini dan
seterusnya kesimpulan dari artikel ini. Pengkaji telah menghuraikan lebih mendalam
dalam artikel tersebut sebagai contoh, peranan dalam pembangunan sosioekonomi ialah
perniagaan ini telah menwujudkan pleuang pekerjaan kepada penduduk setempat,
menjadi sumber pendapatan kepada sesetengah keluarga dan telah meningkatkan taraf
hidup masyarakat di sekitar Kimanis, Papar, Sabah.

CADANGAN
Salah satu cadangan yang dapat dibuat adalah penyelenggaraan program sosial dan
ekonomi di kawasan penempatan desa untuk meningkatkan kualiti hidup; Kimanis di
Papar, sabah adalah salah satu perkampungan nelayan yang berpotensi untuk
dikembangkan melalui program keluarga angkat. Selain menyediakan kemudahan
penginapan bagi penduduk kampung untuk turut serta dalam program ini sebagai
peserta dan penyelaras, potensi pengembangan ini juga dapat digabungkan dengan
kegiatan memancing rekreasi dan lawatan ke pusat-pusat produksi ikan di Kimanis,
Papar, Sabah. Menjamin makanan, hasil pengeluarannya boleh menjadi salah satu
produk yang menarik orang ramai untuk berkunjung ke sini. Agar cadangan ini berjaya,
pengumpulan dan penjualan produk perikanan sebagai titik akhir perlu dikembangkan.

Di samping itu, Kimanis, Papa, dan Sabah, sebagai salah satu tarikan pelancongan
semula jadi, juga harus ditingkatkan dan penyediaan kemudahan awam harus
diperkukuhkan untuk menarik orang mengunjungi kawasan pesisir. Melalui usaha
pembangunan ini, penduduk kampung dapat bertindak sebagai penyedia perkhidmatan
untuk pelancong. Ini termasuk peniaga makanan, pengusaha penginapan dan pengawal
keselamatan di kawasan pesisir. Pembangunan yang dicadangkan ini akan mewujudkan
hubungan yang saling menyokong antara produk pemasaran. Pengunjung ke resort
pantai Kimanis, Papar, Sabah akan berhenti membeli kraftangan dan produk perikanan
sebaliknya, dan bermalam di rumah nelayan mengikut rancangan penginapan keluarga.
Perkembangan ini seterusnya akan mengembangkan ekonomi tempatan dan
meningkatkan pendapatan penduduk tempatan, khususnya pengusaha IAT di kluster
industri dan pengusaha yang menawarkan prkhidmatan sokongan pelancongan di
sekitar pesisiran pantai.

KESIMPULAN
Perusahaan berasaskan perikanan dapat memberikan pulangan dan keuntungan yang
besar, dan sesuai untuk nelayan dan pengusaha. Ia juga membantu mewujudkan
ekonomi dan mempromosikan pembangunan negara. Bidang ini memerlukan inovasi
agar dapat berprestij bagi anak muda masa kini. Kelebihan bidang ini adalah dapat
mengurangkan kos mengimport makanan dari luar negara, yang memerlukan banyak
wang. Di samping itu, ia dapat mengelakkan penduduk yang tinggal di kawasan luar
bandar atau pedalaman dari berpindah ke kawasan bandar untuk mencari peluang
pekerjaan yang lebih baik. Oleh itu, tidak menghairankan bahawa pemerintah
memperuntukkan banyak dana untuk mengembangkan perikanan, kerana dapat
membawa lebih banyak keuntungan komersial. Ini telah membawa ribuan faedah
kepada nelayan, pengusaha, orang tengah dan negara.

Anda mungkin juga menyukai