Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Encik Zaini dan rakan-rakan,

Setelah selesai membaca forum Maisharah Binti Ismail saya sangat menyokong cadangan yang dikemukakan iaitu ibu bapa
perlu mengambil inisiatif untuk menghantar anak-anak ke sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C)
atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T). Hal ini kerana ibu bapa sangat berperanan penting dalam perancangan masa
depan anak-anak apatah lagi jika melibatkan pendidikan. Melalui pengahantaran anak-anak ke sekolah tersebut kemungkinan
besar masa depan mereka akan cerah kerana menguasai berbagai jenis bahasa.

Namun begitu, saya tidak menyokong cadangan Maisharah tentang aktiviti kemasyarakatan tersebut kerana langkah ini sangat
tidak efektif untuk memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia. Hal ini demikian, kerana aktiviti kemasyarakatan sering
dilakukan oleh pihak masyarakat tanpa penglibatan pihak sekolah. Malahan aktiviti seperti gotong-royong pihak sekolah lebih
mengutamakan untuk membuat aktiviti tersebut di sekolah kerana jika dibuat di luar sekolah keselamatan pelajar tidak terjamin.
Bukan itu sahaja, aktiviti kemasyarakatan juga kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai