Anda di halaman 1dari 4

Refleksi Makro Pengajaran :

Semasa menjalankan makro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan
kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas
dengan baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan makroteaching ini, bagi
mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran makroteaching ini.
Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan
pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala
aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat
menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal
supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti pantun teka
teki pada sesi induksi dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi
keseronokan kepada murid. Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang baik dan
penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru. Saya dapati
mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang diadakan. Saya
juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapat memahami topik yang disampaikan
dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan
menarik minat murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran saya dapat menarik minat murid
dan membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isi pelajaran yang ingin saya
sampaikan. Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang penting
kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti
dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang ingin disampai oleh
guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan
guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Ketegasan dalam
menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan
dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada
setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh
mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu,
pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar,
suara jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan
jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan
panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman
murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan makro teaching ini ialah saya
tidak mengaitkan peristiwa semasa dalam sesi induksi. Saya juga tidak mencadangkan
aktiviti susulan kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan tidak mengikut aras
kebolehan murid. Saya dapati murid yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang
diberikan. Saya juga tidak mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang. Hal ini akan
menyebabkan murid tidak tahu apa yang ingin diajar pada pengajaran seterusnya dan
mungkin akan menyebabkan murid tidak membawa barang yang diperlukan. Dalam konteks
bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala
maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara
spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan
untuk merancang dan berfikir. Oleh sebab itu adakalanya guru terlupa untuk menyampaikan
sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada murid. Pengajaran dan pembelajaran sains
juga banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif memerlukan daya
pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Hal ini menyebabkan murid menganggap bahawa
subjek sains itu sukar dan menjadi punca mereka hilang minat untuk belajar. Pendekatan
hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak bermakna. Murid-murid lebih banyak
menghafal rumus, 'petua' dan 'hukum-hukum' yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui
konsep sebenar. Keadaan ini tentunya akan melahirkan murid yang hanya pandai
mengingat tetapi jahil tentang sains dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang
melibatkan sesuatu konsep atau kemahiran berkaitan sains. Selain itu kelemahan lain yang
dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting
bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.
Hasil pemerhatian saya keatas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran harian
yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah
pengajaran tidak seiring. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-
gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan
sesuatu langkah. Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil penbelajaran
yang dirancang akan turut tergendala. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik
mungkin. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Pemantauan
didalam kelas juga agak lemah. Guru hanya berada dihadapan kelas dan tidak memantau
aktiviti murid disetiap penjuru kelas. Saya seharusnya berjalan dan memantau aktiviti yang
dilakukan oleh murid. Dengan melakukan pemantauan secara tidak langsung saya akan
dapat mengawal keadaan dan disiplin murid dengan lebih baik. Melalui pemantauan juga
saya dapat mengesan murid yang lemah dan membimbingnya dengan lebih dekat.
Meneroka fenomena sekeliling adalah penerokaan sains. Pelbagai strategi perlu diamalkan
dalam pendidikan sains. Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran
sains boleh dilakukan secara amali. Pendekatan yang diberi fokus pada masa kini ialah
pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan yang berpusatkan murid lebih efektif
berbanding pendekatan tradisional yang berpusatkan guru. Sehubungan itu wajarlah
pengajaran amali berasas inkuiri penemuan diketengahkan bagi meningkatkan pemahaman
murid. Pembelajaran amali berupaya membantu murid membina pengetahuan sendiri.
Dalam proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang baru diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Oleh itu , kegiatan hands-on dan
minds- on telah disepadukan. Kaedah ini juga dapat membantu guru melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif supaya mereka dapat
membentuk pemikiran yang analitik, kritis , inovatif dan kreatif. Selain itu , tugasan amali
juga biasanya dijalankan secara berkumpulan yang mengalakkan perasaan positif serta
saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama sendiri. Pendekatan hafalan yang
melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sains menjadi tidak bermakna dan kurang menarik. Oleh itu satu kaedah
pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar ( inkuiri ) perlu diamalkan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Setelah kajian dijalankan terhadap makroteaching yang telah
saya jalankan, terdapat beberapa kelemahan yang telah saya lakukan dan penambahbaikan
perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pengajaran saya. Antaranya adalah ketepatan
masa dalam menyampaikan pelajaran dan pemantauan murid di dalam kelas. Saya akan
cuba menggunakan ruang masa dengan efektif supaya pengajaran dan pembelajaran
mengikut rancangan yang disediakan. Guru perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan
bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menepati masa akan memudahkan
guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari mula hingga akhir
pengajaran. Guru tidak seharusnya berdiri dihadapan kelas semasa menyampaikan
pengajaran, sebaliknya guru perlu sentiasa bergerak bagi memantau setiap aktiviti yang
dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Aktiviti
pemantauan ini dapat membantu guru mengawal disiplin murid di dalam kelas samada
mengawal tingkah laku murid atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran
secara serta merta. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan
penambahbaikan yang sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti
memperbaiki set induksi agar lebih mengujakan murid, memperbanyakkan aktiviti
berpasangan dan berkumpulan, memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang
saran oleh murid, pengawalan masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan
kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan mesti sesuai mengikut aras kebolehan dan
keupayaan murid. Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat
mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras
pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik tidak akan memberikan tumpuan terhadap
pengajaran guru. Ini akan merugikan pelajar yang cerdik, kerana guru terpaksa
menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk
mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu kumpulan
dan pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan
penguasaan sesuatu kemahiran. Saya berharap dengan melakukan tindakan seperti ini
akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan serta dapat
menarik minat murid untuk mendalami ilmu sains.

Anda mungkin juga menyukai