Anda di halaman 1dari 26

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

46300 BANGI, SELANGOR, DARUL EHSAN.

PROPOSAL KAJIAN
HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DAN
PENCAPAIAN EKONOMI DALAM KALANGAN
PELAJAR PRAUNIVRSITI

PENYELIA :
PROF MADYA DR MOHAMMAD BIN HUSSIN

Disediakan Oleh :
JOL BIN KANKOK (P73698)

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN...................................................................................................................3
1.1 Penyataan Masalah............................................................................................................4
1.2 Tujuan Kajian....................................................................................................................6
1.3 Objektif Kajian..................................................................................................................6
1.4 Soalan Kajian....................................................................................................................7
1.5 Hipotesis Kajian................................................................................................................8
1.6 Definisi Operasi................................................................................................................8
1.7 Kesignifikan Kajian........................................................................................................11
1.8 Batasan Kajian................................................................................................................12
1.9 Kerangka Konseptual Kajian..........................................................................................13
2.0 KAJIAN LITERATUR.......................................................................................................14
2.1 Pelbagai Teori Dan Model Pembelajaran.......................................................................14
2.1.1 Konstruktivisme (constructivism)............................................................................14
2.1.2 Behaviorisme...........................................................................................................14
2.1.3 Pembelajaran Berasaskan Pengalaman....................................................................15
2.1.4 Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences).........................................................16
2.2 Pendekatan Dan Gaya Pembelajaran..............................................................................17
2.2.1 Pendekatan Pembelajaran........................................................................................18
2.2.2 Model Gaya Pembelajaran ......................................Error! Bookmark not defined.
3.0 METODOLOGI KAJIAN..................................................................................................20
3.1 Reka Bentuk Kajian........................................................................................................20
3.2 Sampel Kajian.................................................................................................................20
3.3 Instrumen Kajian.............................................................................................................21
3.4 Kajian Rintis...................................................................................................................21
3.5 Analisis Data...................................................................................................................22
3.6 Kerangka Kajian (Research Framework).......................................................................23
3.7 Rumusan..........................................................................................................................23
BIBLIOGRAFI............................................................................................................................24

2
1.0 PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988
telah menjadi dasar kepada sistem pendidikan dalam negara kita. Falsafah inilah yang akan
menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam
bidang pendidikan. Berikut merupakan penyataan FPN tersebut:

”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis, dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.”

Berdasarkan kepada FPN di atas, konsep pendidikan merupakan suatu proses yang
berterusan dan setiap individu sentiasa mengalami proses pembelajaran ini dari semasa ke
semasa, sama ada secara formal atau tidak formal. Proses pembelajaran dilihat berlaku secara
berperingkat-peringkat, dimana manusia akan memilih rangsangan-rangsangan yang sesuai dari
persekitaran, kemudia diproses dalam otak untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan
yang bermakna dan seterusnya akan diamalkan dalam situasi yang sepadan. Tindakan
mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam proses pembelajaran
bolehlah diperlihatkan sebagai perubahan tingkah laku manusia (Mok Soon Sang, 2002).

Proses pembelajaran bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu


rangsangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai,
iaitu suatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan itu.
Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan
dikekalkan. Mengikut kajian tokoh-tokoh mazhab kognitif, pembelajaran hanya boleh berlaku
jika pelajar mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru,
di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan
aktiviti pembelajaran.

3
1.1 Penyataan Masalah
Kebanyakan pelajar beranggapan mata pelajaran Ekonomi STPM adalah mata pelajaran
yang sukar. Hal ini disebabkan kesukaran dari segi memahami konsep dan teori yang agak
abstrak, menganalisis data statistik dan menghurai keluk (Maznah & Zainon 2006; Yin 2008).
Keadaan seperti ini disokong oleh kajian Johnston, James, Lye dan McDonald (2000) yang
mendapati bahawa mata pelajaran ekonomi juga merupakan mata pelajaran yang sukar bagi
pelajar sekolah menengah dan di peringkat universiti di Melbourne, Australia.

Tahun 2009 2010 2011


Bilangan Calon 19 542 18 384 17800
Lulus ( % ) 57.55 53.92 54.94

Jadual 1. Bilangan calon STPM dan peratus kelulusan bagi mata pelajaran Ekonomi

Berdasarkan Jadual 1 di atas, menunjukkan pencapaian mata pelajaran Ekonomi dalam


peperiksaan STPM di peringkat kebangsaan agak kritikal. Bilangan calon yang mengambil mata
pelajaran ini didapati semakin berkurangan dari tahun 2009 hingga 2011 iaitu daripada 19542
orang menurun kepada 17800 orang (MPM 2012). Walaupun bilangan calon semakin
berkurangan keputusan peperiksaan masih tidak menunjukkan peningkatan. Didapati peratus
lulus calon dalam mata pelajaran Ekonomi masih berada pada paras 50% iaitu 57.55%(2009),
53.92%(2010) dan 54.94%(2011). Ini bermakna hampir separuh daripada pelajar yang
menduduki peperiksaan ini telah gagal.

Berdasarkan analisis pencapaian peperiksaan STPM tahun 2012 negeri Sabah, mata
pelajaran Ekonomi hanya mencapai peratusan lulus sebanyak 45.14% sahaja dengan nilai PNGK
hanya 1.46. Peratusan lulus ini semakin menurun berbanding peratusan lulus pada tahun 2011
sebanyak 46.16% iaitu merosot 1.02% dengan nilai PNGK juga merosot sebanyak 0.04
berbanding 1.50 pada tahun sebelumnya. Pencapaian ini masih tidak mencapai sasaran lulus
yang ditetapkan pada peringkat nasional iaitu 59.19%. Begitu juga pada tahun 2010 peratus
kelulusan mata pelajaran ekonomi hanyalah pada 41.84% dengan nilai PNGK hanya pada 1.48
(JPN Sabah 2013). Berdasarkan data di atas, menunjukkan pelajar di peringkat prauniversiti
masih tidak dapat menguasai dengan baik mata pelajaran ini.

4
Pencapaian yang lemah dalam mata pelajaran Ekonomi, menunjukkan berlakunya
ketidakcekapan dalam proses pemindahan kemahiran daripada guru kepada pelajar. Kelemahan
ini dilihat mempunyai hubungan dengan kegagalan pelajar mengambil kira perbezaan-perbezaan
dalam gaya pembelajaran mereka. Malah kurangnya kesedaran pelajar dalam menentukan gaya
pembelajaran yang paling sesuai dengan mereka menyebabkan pelajar tidak mampu merancang
pembelajaran mereka secara sistematik dan berkesan. Oleh yang demikian, kegagalan pelajar
menguasai kemahiran yang cuba diterapkan melalui aktiviti pembelajaran dan pengajaran
mempunyai hubungan yang kuat dengan ketidakupayaan pelajar mengenal pasti kemahiran belajar
yang paling sesuai dengan sikapnya sendiri (Kolb 1971). Dunn dan Dunn (1979) dalam Zubaidah
(2007), juga mendapati apabila sifat-sifat gaya pembelajaran pelajar dipadankan dengan kaedah,
sumber dan program, maka pencapaian akademik dan sikap pelajar akan meningkat. Sebaliknya,
pencapaian akademik dan sikap akan merosot jika padanan antara pengajaran dan pembelajaran
tidak sesuai.

Kajian Fader & Silverman (1998) juga mendapati gaya pembelajaran pelajar dan gaya
pengajaran guru adalah berbeza. Keadaan ini menjadi semakin rumit apabila dalam situasi sebenar
terdapat segelintir guru yang kurang memberikan penekanan kepada gaya pembelajaran pelajar
(Azizi et. al 2004) sehingga menghilangkan minat dan fokus pelajar kepada mata pelajaran tersebut..
Jika keduanya tidak dapat diselaraskan, ia akan menyumbang kepada faktor kegagalan pelajar
menguasai isi kandungan seterusnya tidak mampu menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
Berdasarkan kepada hasil kajian di atas jelas menunjukkan betapa pentingnya pelajar perlu mengenal
pasti gaya pembelajaran yang paling sesuai seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka
terutamanya dalam peperiksaan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga dapatan kajian yang bertentangan dengan pendapat
di atas. Kajian yang dijalankan oleh Davidson (1985) mendapati, semua pelajar boleh melalui
proses pembelajaran dengan gaya pembelajaran yang sama. Dapatan kajian Bing Zhao Phua,
Thiam Kian Chiew & Ker Yung Chua (2013) juga mendapati bahawa gaya pembelajaran
bukanlah faktor utama yang perlu diberikan penekanan dalam proses pembelajaran tetapi lebih
dipengaruhi oleh isi kandungan sesuatu kursus/mata pelajaran. Pendapat di atas menunjukkan
kepada kita bahawa selain daripada gaya pembelajaran terdapat juga faktor-faktor lain yang turut
memberikan impak kepada keberkesanan proses pembelajaran.

5
Berdasarkan hal ini, maka satu kajian tentang gaya pembelajaran terhadap pelajar
prauniversiti perlu dijalankan. Kajian ini dijalankan kerana kefahaman tentang gaya
pembelajaran pelajar adalah penting untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran.
Menurut Ng Sook Chin (2005), kajian tentang gaya pembelajaran pelajar adalah perlu kerana
kajian ini akan mencelikkan para guru dalam mengenal pasti gaya pembelajaran yang paling
dominan kepada pelajar dan seterusnya boleh meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran
pelajar dan penggunaan gaya pembelajaran yang berkesan boleh membantu memperoleh
keputusan yang cemerlang (Cassidy dan Eachus, 2000).
Kajian ini memfokuskan kepada gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Grasha-
Riechmann(1996). Gaya pembelajaran ini menekankan aspek interaksi sosial pelajar dengan
persekitaran pembelajarannya (rakan,guru,alat bantu mengajar, bilik darjah, kerja rumah,latihan
dll) . Setiap pelajar dikatakan mempunyai corak interaksi yang berbeza dengan persekitaran
pembelajaran yang wujud ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Corak interaksi
yang berbeza akan menentukan keupayaan mereka memperoleh maklumat yang mereka pelajar
dan akan mempengaruhi prestasi akademik mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji
hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar prauniversiti dalam mata
pelajaran Ekonomi(STPM) di daerah Tawau.

1.2 Tujuan Kajian


Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara gaya pembelajaran
dengan pencapaian akademik pelajar prauniversiti yang mengambil mata pelajaran Ekonomi di
peringkat STPM. Kajian ini memfokuskan penggunaan Model Gaya Pembelajaran Grasha-
Reichmann (1996).

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar prauniversiti
yang mengambil mata pelajaran Ekonomi di peringkat STPM sekitar daerah Tawau dan
hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar.

6
Berikut merupakan objektif kajian di jalankan:

1. Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan gaya pembelajaran pelajar peringkat
prauniversiti berdasarkan gender, lokasi sekolah, kaum dan tingkat pendapatan keluarga.
2. Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan pencapaian akademik pelajar peringkat
prauniversiti berdasarkan gender, kaum dan lokasi sekolah.
3. Mengenal pasti sama ada wujud hubungan tingkat pendapatan keluarga pelajar peringkat
prauniversiti dengan tahap pencapaian akademik.
4. Mengenal pasti sama ada wujud hubungan antara gaya pembelajaran pelajar peringkat
prauniversiti dengan tahap pencapaian akademik.

1.4 Soalan Kajian


Berdasarkan penyataan masalah dan objektif kajian di atas, maka soalan kajian ini ialah:

i. Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan gender, kaum, lokasi dan
tingkat pendapatan keluarga?
ii. Adakah terdapat perbezaan pencapaian akademik pelajar berdasarkan gender, kaum, lokasi
dan tingkat pendapatan keluarga?
iii. Adakah terdapat hubungan di antara tingkat pendapatan dengan pencapaian akademik
pelajar?
iv. Adakah terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar?

1.5 Hipotesis Kajian


Berikut adalah hipotesis nol yang dibentuk bagi menjawab persoalan kajian yang ditimbulkan
dalam kajian ini, iaitu:

H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap gaya pembelajaran pelajar
berdasarkan gender.
H02: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap gaya pembelajaran pelajar
berdasarkan kaum.
H03: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap gaya pembelajaran pelajar
berdasarkan lokasi.
H04: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap gaya pembelajaran pelajar
berdasarkan tingkat pendapatan keluarga.

7
H05: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pencapaian akademik pelajar
berdasarkan gender.
H06: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pencapaian akademik pelajar
berdasarkan kaum.
H07: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapian akademik pelajar
berdasarkan lokasi.
H08: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tingkat pendapatan keluarga dengan
tahap pencapaian akademik pelajar.
H09: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar dengan tahap
pencapaian akademik.

1.6 Definisi Operasi


Definisi istilah akan dihuraikan dalam bahagian ini bagi menjelaskan konsep atau model
dalam kajian. Dalam konteks kajian yang dijalankan istilah-istilah berikut digunakan dan
mempunyai makna seperti yang dihuraikan.

a) Gaya Pembelajaran

Marriott (2002) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai cara seseorang untuk belajar.
Beliau berkata setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza dan gaya pembelajaran yang
ada boleh berubah mengikut pengalaman yang dialami. Gaya pembelajaran “learning styles”
juga boleh dirujuk sebagai cara interaksi individu dengan sistem maklumat atau rangsangan
kemudian memproses dan menganalisis maklumat tersebut di dalam otak untuk dijadikan
pengetahuan (Zubaidah 2007). Menurut Honey dan Mumford (1992) gaya pembelajaran
didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah laku individu yang mengamalkannya.
Pembelajaran adalah proses perubahan tingkah laku atau perubahan ke atas seseorang manusia
kesan daripada pengalaman melalui sistem pendidikan (Abdullah, 1997). Pembelajaran dalam
kajian ini merujuk kepada interaksi pelajar dengan persekitaran dan ransangan pembelajaran
yang dijalankan dalam bilik darjah melalui Gaya Pembelajaran Grasha-Riechmann(1996).
Berdasarkan gaya pembelajaran ini, interaksi pelajar terhadap persekitaran pembelajarannya
boleh diklasifikasikan kepada enam kategori utama iaitu gaya pembelajaran Independent,
Avoidant, Collaborative, Dependent, Competitive dan Participant.

8
a) Independent
Pelajar-pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai tahap keyakinan terhadap diri
sendiri yang sangat tinggi. Mereka mampu melakukan proses pembelajaran kendiri dan yakin
dengan kebolehan mereka. Pelajar dalam kumpulan ini cenderung mempelajari isi kandungan
pelajaran yang mereka rasa penting tanpa bergantung pada pihak lain. Mereka gemar membuat
tugasan secara berasingan berbanding melakukannya secara berkumpulan. Kumpulan pelajar ini
mampu melakukan tugasan tanpa bimbingan daripada guru, mampu bertindak sendiri dan
mempunyai corak pembelajaran berpusatkan pelajar.
c) Avoidant
Golongan pelajar ini menunjukkan sikap tidak berminat dengan proses pembelajaran dan
pengajaran malahan mereka juga cuba mengelak daripada menghadiri kelas. Mereka
menunjukkan sikap yang negatif kepada sebarang aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah.
Tahap penglibatan mereka adalah sangat rendah dan bersikap tidak peduli dengan apa yang
berlaku di sekeliling mereka. Kumpulan pelajar seperti ini juga tidak gemar kepada sistem
penilaian/peperiksaan, cenderung kepada sistem penilaian gagal-lulus dan tidak menyukai guru
yang aktif dan bersemangat.
d) Collaborative
Golongan pelajar ini merasakan kerjasama yang erat sesama pelajar merupakan sesuatu yang
penuh makna dan sangat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Mereka gemar
melakukan kerja berkumpulan dan sering berkongsi pandangan/idea bersama dengan rakan dan
guru mereka. Kumpulan ini cenderung kepada aktiviti seperti perbincangan kumpulan, menyertai
seminar dan kerja berpasukan dalam proses pembelajaran mereka.
e) Dependent
Golongan pelajar ini menunjukkan sifat kebergantungan dalam proses pembelajaran
mereka. Mereka menunjukkan sedikit minat kepada ilmu pengetahuan dan hanya berminat untuk
mengetahui dan menguasai kemahiran yang diperlukan sahaja. Mereka tidak mempunyai inisiatif
untuk melakukan proses pembelajaran kendiri. Sifat kebergantungan mereka sangat ketara
kepada rakan dan guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Mereka
memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Kumpulan pelajar
ini akan mengalami kesukaran apabila diarahkan untuk melakukan aktiviti menggunakan
kebolehan mereka sendiri. Kumpulan ini cenderung menunjukkan kebergantungan kepada nota

9
yang diberikan oleh guru, tugasan perlulah jelas dan mempunyai corak pembelajaran
berpusatkan guru.
f) Competitive
Golongan pelajar ini menunjukkan sikap persaingan yang sangat tinggi semasa dalam
kelas. Mereka suka kepada pengiktirafan hasil daripada kerja/tugasan yang berjaya merka
lakukan. Mereka juga cenderung bersaing di antara satu sama lain untuk menjadi yang terbaik
dalam kelompok mereka. Kumpulan pelajar ini percaya mereka perlu mengatasi pelajar lain
untuk mendapatkan ganjaran yang ditawarkan. Mereka sangat mengharapkan pengiktirafan di
atas pencapaian mereka dalam bilik darjah. Kumpulan pelajar ini cenderung menunjukkan ciri-
ciri kepimpinan, suka melakukan kerja secara bersendirian untuk menghasilkan yang terbaik dan
mengemari aktiviti yang mana mereka mempunyai kelebihan ke atas aktiviti tersebut.
g) Participant
Golongan pelajar ini merupakan kumpulan pelajar yang baik di dalam bilik darjah.
Mereka berasa seronok di dalam kelas dan cuba melibatkan diri sebanyak mungkin dalam
sebarang aktiviti yang dijalankan. Mereka biasanya melakukan sesuatu tugasan dengan sedaya
upaya mereka untuk memastikan yang terbaik mampu dihasilkan. Kumpulan pelajar ini
cenderung menunjukkan kesungguhan dalam proses pembelajaran, mampu melaksanakan
tugasan dengan baik dan sentiasa bersemangat dalam setiap tugasan yang diberikan.

h) Pencapaian Akademik
Azman Idris (1994) menyatakan bahawa pencapaian akademik merupakan apa yang
dihasilkan atau yang diperolehi oleh seseorang dalam sesuatu pembelajaran. Pencapaian
bermaksud apa yang telah dicapai atau prestasi (Kamus Dewan, 2005). Akademik pula berkaitan
dengan akademi (pusat pengajian tinggi) dan mengandungi ilmu pengetahuan yang tinggi.
Dengan kata yang lain, pencapaian akademik lebih kepada gred yang diperoleh oleh seseorang
pelajar dalam peperiksaan yang diduduki. Sekiranya seseorang pelajar itu mencapai gred yang
baik bermakna mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sebaliknya. Dalam
kajian ini, pencapaian akademik adalah merujuk kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan
STPM Penggal 1 2014. Gred pencapaian pelajar adalah seperti pada jadual di bawah.

10
Gred Mata Point
A 4.00
A- 3.67

B+ 3.33

B 3.00

B- 2.67

C+ 2.33

C 2.00

C- 1.67

D+ 1.33

D 1.00

F 0.00

Jadual 1.2 : Gred Peperiksaan STPM

1.7 Kesignifikan Kajian


Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan
pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar prauniversiti dalam daerah
Tawau. Hasil daripada kajian ini diharap akan dapat menjadi garis panduan kepada guru dan
pihak sekolah.

Dapatan kajian ini juga dapat digunakan sebagai panduan kepada guru atau pendidik
untuk memantapkan lagi pengajaran mereka selaras dengan gaya pembelajaran yang digunakan
oleh pelajar. Grasha dan Hicks (2000) berpendapat untuk menjamin keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran, fokus yang diberikan kepada gaya pembelajaran semata-mata
tidak memadai. Gaya pengajaran guru juga perlu dititikberatkan kerana pengajaran guru penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid.

Claxton dan Murrell (1987), menyarankan adalah penting untuk mengetahui sama ada
terdapat perbezaan dalam keberkesanan pembelajaran pelajar sekiranya cara guru mengajar
bertentangan dengan gaya pelajar dan fokus harus diberi untuk membantu pelajar membuat
strategi agar dapat mengikuti pengajaran yang diajar dengan cara yang bertentangan dengan gaya
pembelajaran utama mereka.

11
1.8 Batasan Kajian
Di dalam kajian ini terdapat beberapa batasan kajian iaitu:

1. Kajian ini hanya dijalankan di 6 buah sekolah sahaja dalam daerah Tawau iaitu SMK
Kuhara, SM St Patrick, SMK Kinabutan mewakili sekolah bandar dan SMK Umas-Umas,
SMK Balung, SMK Merotai Besar mewakili sekolah luar bandar.
2. Sampel kajian hanya terdiri daripada pelajar prauniversiti penggal tiga yang mengambil mata
pelajaran Ekonomi sahaja.
3. Prestasi akademik pelajar adalah berdasarkan keputusan Penggal Satu peperiksaan STPM.
4. Dalam kajian ini penyelidik hanya menggunakan gaya pembelajaran Grasha-Reichmann
dengan sedikit pengubahsuaian. Penyelidik menggunakan model ini kerana lebih
memfokuskan kepada proses interaksi pelajar kepada ransangan persekitarlajran dan yang
wujud dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.
5. Kajian hanya melihat kepada pola gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian
akademik.
6. Kajian tidak mengambil kira faktor keluarga, guru dan rakan sebaya untuk melihat
pencapaian akademik pelajar.
7. Instrumen kajian adalah berdasarkan borang soal selidik (survey) Inventory Gaya
Pembelajaran Grahsa-Reicmann (1996).

1.9 Kerangka Konseptual Kajian


Hasil kajian yang diperoleh oleh Trayer (1991) menunjukkan faktor jantina
mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Beliau mendapati bahawa pelajar lelaki dan
perempuan dari pelbagai lokasi mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Sehubungan
dengan itu, hasil kajian yang diperoleh oleh Treacy (1996) juga menunjukkan bahawa terdapat
hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik.

Satu kerangka konseptual kajian telah dibentuk disesuaikan daripada Model Grasha-
Reichmann (1996) serta dapatan-dapatan kajian yang diperoleh (seperti ditunjukkan dalam Rajah
1.3). Dalam kerangka konseptual kajian, dianggapkan faktor jantina dan lokasi dan tingkat
pendapatan mempengaruhi gaya pembelajaran. Seterusnya gaya pembelajaran ini akan
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

12
Latar belakang pelajar:

Jantina
 Lelaki
 Perempuan
Kaum
 Bajau Gaya
 Hidung/Tidung/Bolongan Pembelajaran
 Jawa
 Independent
 Bugis Pencapaian
 Cina  Avoidant
Akademik Pelajar
 India  Collaborative
 Dll  Dependent
Lokasi  Competitive
 Bandar  Participant
 Luar Bandar
Tingkat Pendapatan
 Rendah
 Sederhana
 Tinggi

Rajah 1.3 : Kerangka Konseptual Kajian

13
2.0 KAJIAN LITERATUR
Antara perkara yang akan dihuraikan dalam kajian ini ialah konsep dan gaya
pembelajaran. Perbincangan terhadap gaya pembelajaran akan dibuat terhadap teori dan model
pembelajaran yang sesuai dengan kajian ini yang seterusnya digunakan dalam membentuk
kerangka kajian ini.

2.1 Pelbagai Teori Dan Model Pembelajaran


Pelbagai teori dan model pembelajaran pernah dikemukakan tetapi bahagian ini hanya
membincangkan beberapa teori dan model yang terkemuka sahaja, khususnya yang mempunyai
implikasi praktikal terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2.1.1 Konstruktivisme (constructivism)


Daripada premis asas bahawa semua pengetahuan dibina oleh individu (all knowledge is
constructed), teori ini menekankan “the notion of continuous building and amending of previous
structures, or schemata, as new experience, actions and knowledge are assimilated and
accommodated” (Fry et al., 2003, hlm. 10). Oleh itu, pembelajaran melibatkan proses
transformasi individu, iaitu individu secara aktifnya membina pengetahuan mereka sendiri.
(people actively construct their knowledge). Oleh sebab konstruktivisme mencadangkan individu
belajar secara menyesuaikan, menambah kepada, dan menggantikan pemahaman dan
pengetahuan baru kepada pemahaman dan pengetahuan lama, guru perlu sedar bahawa pelajar
jarang atau tidak pernah datang dengan minda yang kosong (walaupun pengetahuan dan
pemahaman sedia ada yang berkaitan itu silap). Pembelajaran tidak berlaku tanpa perubahan atau
tambahan kepada pengetahuan sedia ada.

Perkara ini bermakna guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar semasa
merancang dan menjalankan pengajaran. Selalunya, pembelajaran difikirkan dari segi
penambahan lebih banyak pengetahuan sedangkan guru patut juga memikirkan bagaimana
hendak membawa perubahan atau transformasi kepada pengetahuan sedia ada pelajar.

2.1.2 Behaviorisme
Fahaman alternatif, malah yang lebih dahulu muncul ialah behaviorisme. Teori ini sangat
dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh sehingga hari ini.
Behaviorisme dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning melalui “dog-

14
salivation-experiment”nya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng
dibunyikan) dan Thorndike, Watson dan Skinner di Amerika Syarikat. Kebanyakan eksperimen
awal golongan pengikut behaviorisme menggunakan binatang (Skinner misalnya menggunakan
burung merpati) yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan
rangsangan (stimuli) tertentu. Ringkasnya, behaviorisme cuba menjelaskan pembelajaran tanpa
merujuk kepada proses kognitif.

Aspek penting teori behaviorisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan
pembelajaran di sekolah adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran,
dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah
daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau
pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran.
Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). Implikasinya, peranan
guru adalah dominan.

2.1.3 Pembelajaran Berasaskan Pengalaman


Satu lagi perspektif tentang pembelajaran ialah apa yang dinamakan pembelajaran
berasaskan pengalaman (experiential learning). Idea ini penting kerana ia mendasari banyak
pendekatan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dibincangkan dalam modul ini seperti
pembelajaran praktikal (melalui kerja makmal, praktikum, dan latihan industri) dan pelbagai
jenis pengajaran dalam kumpulan kecil. Teori pembelajaran berasaskan pengalaman yang paling
popular ialah yang dikemukakan oleh Kolb pada tahun 1984. sebagai pusingan seperti yang jelas
dalam Pusingan Pembelajaran Kolb (Kolb Learning Cycle) yang mengenal pasti empat jenis
keupayaan bagi kejayaan pembelajaran, iaitu: pengalaman konkrit (concrete experience - CE),
pemerhatian reflektif (reflective observation - RO), konseptualisasi abstrak (abstract
conceptualization - AC), dan percubaan aktif (active experimentation - AE).

15
CE

AE RO

AC

Rajah 2.1: Pusingan Pembelajaran Kolb


(Sumber: Fry et al., 2003, hlm. 15)

Implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran adalah, Pertamanya, pelajar


perlu mendapat peluang untuk terlibat sepenuhnya dan dengan bebasnya dalam pengalaman baru
(CE). Kedua, mereka mesti mempunyai masa dan ruang untuk membuat refleksi (RO) tentang
pengalaman mereka daripada pelbagai perspektif. Elemen ini sangat dipengaruhi oleh maklum
balas daripada orang lain. Ketiga, pelajar mestilah boleh membentuk dan membentuk semula,
memproses idea, menjadikannya milik sendiri dan menyepadukan idea baru mereka menjadi
teori yang logikal (AC). Elemen ini membawa kepada perkara keempat (AE), iaitu menggunakan
teori untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, dan menguji implikasinya dalam
situasi baru. Kesemua ini menghasilkan bahan untuk titik permulaan dalam pusingan yang lagi
satu, iaitu pengalaman konkrit sekali lagi. Oleh itu, pusingan pengalaman tidak sahaja
melibatkan melakukan sesuatu, tetapi juga, membuat refleksi, memproses, berfikir dan
memahami.

2.1.4 Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences)


Teori pelbagai kecerdasan (multiple intelligences) diperkembangkan oleh Howard
Gardner (seorang profesor pendidikan di Harvard University) dalam tahun 1983. Beliau
berpendapat tanggapan tradisional tentang kecerdasan (intelligence) iaitu berasaskan ujian I.Q.
adalah terlalu terhad. Sebaliknya, beliau mencadangkan lapan kecerdasan yang berbeza untuk
mengambil kira kepelbagaian potensi manusia, iaitu:
a. kecerdasan verbal/linguistic
b. kecerdasan logikal/matematik

16
c. kecerdasan visual/ruang (spatial)
d. kecerdasan kinestetik
e. kecerdasan muzikal/irama
f. kecerdasan interpersonal
g. kecerdasan intrapersonal
h. kecerdasan naturalis

Implikasi teori ini adalah terdapat pelbagai cara pembelajaran, namun seperti yang
dinyatakan oleh Gardner, sekolah dan budaya kita memfokus kebanyakan perhatian kepada
kecerdasan linguistik dan logikal-matematik sahaja. Oleh itu, teori ini mencadangkan
transformasi secara besar-besaran dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran pada mana-
mana peringkat pun. Teori ini menyediakan lapan potensi laluan pembelajaran yang berbeza
(eight different potential pathways to learning). Jika seseorang guru mengalami kesukaran untuk
mengajar seseorang pelajar melalui cara lebih tradisional iaitu secara linguistik atau logikal, teori
ini mencadangkan pelbagai cara lain untuk membentangkan bahan pengajaran bagi mewujudkan
pembelajaran berkesan.

2.2 Pendekatan Dan Gaya Pembelajaran


Berdasarkan kajian melebihi 25 tahun yang lepas ( Marton dan Saljo 1976: Marton,
Hounsell dan Entwhistle 1997: Prosser dan Trigwell 1998: Biggs 1999 ) telah mengenal pasti
pelajar dan proses pembelajaran pelajar merupakan perkara utama dalam proses pengajaran.
Kajian mendapati setiap tindakan pelajar adalah lebih penting berbanding guru dalam proses
pembelajaran seseorang pelajar. Kesan daripada kesedaran ini ialah pelajar di dapati mampu
menggunakan pelbagai pendekatan dalam proses pembelajranya. Biggs (1999) berpendapat,
pendekatan yang digunakan oleh seseorang pelajar adalah sangat dipengaruhi oleh kebolehan
dan gaya pengajaran seseorang guru. Jika guru mampu mewujudkan suasana yang positif semasa
pembelajaran maka pendekatan pelajar adalah lebih kepada Deep Approach dan Strategic
Approach. Sebaliknya jika suasana pembelajaran positif tidak berjaya diwujudkan oleh guru
maka pendekatan pelajar adalah lebih kepada Surface Approach. Oleh yang demikian
pendekatan pelajar dalam proses pembelajaran sangat dipengaruhi oleh gaya pengajaran guru,
dengan sebab itulah maka guru perlu memahami pendekatan pembelajaran pelajarnya supaya ia

17
dapat diasimilasikan dengan gaya pengajaranya bagi menghasilkan proses pembelajaran yang
berkesan.

2.2.1 Pendekatan Pembelajaran


Secara umumnya terdapat tiga pendekatan pembelajaran yang biasa digunakan oleh
pelajar semasa proses pembelajaran iaitu Pendekatan Cetek (Surface Approach), Pendekatan
Mendalam (Deep Approach) dan Pendekatan Strategik (Strategic Approach) ( Jackie 2003).
Ciri dan hasil pembelajaran bagi setiap pendekatan ditunjukkan oleh jadual berikut:

Pendekatan Ciri-Ciri Hasil


Pendekatan  Digerakkan oleh keinginan untuk hanya  Pemahaman secara
Cetek menghabiskan kursus am/umum bagi
 Bergantung kepada menghafal fakta keseluruhan
 Tidak membezakan antara pengetahuan baru kursus/topik yang
daripada pengetahuan sedia ada dipelajari
 Menggunakan teknik hafalan
 Proses kognitif pada tahap minimum/rendah
Pendekatan  Digerakkan oleh minat yang mendalam  Pemahaman secara
Mendalam terhadap subjek/kursus mendalam tentang
 Mencari makna bagi sesuatu yang dipelajari subjek/
 Mengaitkan konsep dan pengalaman sedia ada kursus/bahan yang
dengan yang baru dipelajari
 Membuat penilaian secara kritikal  Penghayatan

 Mengenal pasti konsep dan tema-tema utama terhadap makna

 Menghubungkaitkan pengetahuan dengan daripada fakta

pandangan sendiri yang dipelajari

 Menggunakan logik dan urutan dalam menilai


Pendekatan  Digerakkan oleh keinginan untuk mendapat  Pelbagai tahap
Strategik gred yang baik pemahaman
 Mengaplikasi strategi daripada Pendekatan sesuai dengan
Cetek atau Pendekatan Mendalam sesuai kehendak kursus/
dengan kehendak tugasan. tugasan/ penilaian

18
Setiap pendekatan mempunyai kelebihan dan sah mengikut konteks. Bagaimanapun
pelajar sering beranggapan biasanya sesuatu kursus itu mempunyai fakta yang banyak yang
mesti dikuasai lantas mereka menggunakan pendekatan cetek dan pendekatan strategik. Oleh itu
guru boleh menggalakkan pendekatan mendalam melalui langkah-langkah berikut:
 Memasukkan kemahiran berfikir aras tinggi seperti penyelesaian masalah dalam objektif
sesuatu kursus.
 Aktiviti pengajaran berfokuskan kefahaman mendalam tidak hanya pengulangan
dan memberi/mencari maklumat fakta.
 Tingkatkan pengajaran bercorak kumpulan dan kurangkan bahan yang bercorak
penyampaian maklumat.
 Berikan lebih masa untuk membantu pelajar memahami prinsip asas dan galakkan
pelajar membuat refleksi kendiri secara kritikal.
 Bahan dan cara penilaian memerlukan bukan sahaja hafalan dan ingatan tetapi juga
memerlukan kefahaman mendalam.
Pembelajaran berasaskan pengalaman atau belajar dengan melakukan sesuatu (learning by
doing) adalah berasaskan tanggapan bahawa pemahaman yang individu miliki bukanlah elemen
pemikiran yang tetap atau tidak berubah tetapi sebaliknya dibentuk dan dibentuk semula melalui
pengalaman. Juga, merupakan proses berterusan yang kerap digambarkan

2.3 Gaya Pembelajaran Grasha-Reichmann.

Sepatutnya ada huraian ttg gaya grasha kat sini…gaya yg saya nak test kat pelajar..tak
sempat buat..

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian


Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitaif kerana tujuan kajian adalah untuk
mengenalpasti dan mengukur arah dan kekuatan hubungan di antara gaya pembelajaran dengan
prestasi akademik pelajar prauniversiti yang mengambil mata pelajaran ekonomi sahaja. Oleh
yang demikian reka bentuk kajian yang paling sesuai digunakan ialah kajian berbentuk korelasi

19
yang bertujuan untuk melihat atau mengukur hubung kait antara dua pemboleh ubah. Instrumen
kajian yang biasa digunakan untuk mengutip data dalam kajian korelasi ini ialah menggunnakan
kaedah soal selidik. Kelebihan kaedah soal selidik antaranya ialah:

i. Mampu melibatkan sampel kajian yang ramai.


ii. Pengkaji akan dapat membuat hubungan dan perbandingan dengan hasil kajian populasi
yang lebih besar.
iii. Pengkaji juga akan menghasilkan maklumat yang boleh disesuaikan dengan pelbagai
kaedah pengujian statistik.

3.2 Sampel Kajian


Populasi kajian ini terdiri daripada semua pelajar prauniversiti yang mengambil mata
pelajaran Ekonomi daripada tiga buah sekolah bandar iaitu SMK Kuhara, SM St Patrick dan
SMK Kinabutan serta tiga buah sekolah luar bandar iaitu SMK Balung, SMK Umas-umas dan
SMK Merotai yang dipilih dalam daerah Tawau, Sabah.

Menurut Majid Konting (2005), populasi adalah penting dalam penelitian dan
penyelidikan pendidikan. Bagi tujuan kajian ini, bilangan populasi kajian adalah seramai 250 dan
kesemua pelajar ini akan diambil sebagai sampel kajian. Langkah ini akan dapat meningkatkan
ketepatan anggaran dan mampu memberi makna kepada kajian (Noraini Idris 2013)

Pemilihan sampel dilakukan secara rawak bertujuan ( purposive sampling). Sampel


kajian adalah terdiri daripada semua pelajar prauniversiti yang mengambil mata pelajaran
Ekonomi. Borang soal selidik akan diagihkan kepada semua pelajar dalam setiap kelas daripada
keenam-enam buah sekolah tersebut.

3.3 Instrumen Kajian


Bagi tujuan kajian ini, pengkaji akan menggunakan borang soal selidik untuk
mendapatkan data-data yang diperlukan. Soal selidik ini telah diterjemahkan daripada Inventori
Gaya Pembelajaran Grasha-Reichmann (1996) dan akan disahkan oleh dua orang guru pakar BM
dan BI. Soal selidik ini juga akan disemak oleh dua orang pakar untuk mendapatkan pengesahan
Literatur dan Content Validity. Borang soal selidik mengandungi tiga bahagian iaitu:

20
i. Bahagian A : Latar belakang responden.
Dalam kajian ini lokasi sekolah pelajar iaitu pelajar kategori sekolah bandar dan luar
bandar dan perbezaan jantina akan dijadikan ukuran dengan mengambil kira
perbandingan pencapaian pelajar dari keenam-enam sekolah yang dikaji.

ii. Bahagian B : Keputusan Penggal 1 STPM sesi 2013/2014.


Dalam kajian ini, keputusan peperiksaan Penggal 1 STPM sesi 2013/2014 akan dijadikan
ukuran pencapaian akademik pelajar. Gred yang diperolehi oleh pelajar dalam setiap
mata pelajaran akan diberikan nilai skor 0.00 (gred terendah) hingga skor 4.00 (gred
tertinggi).

iii. Bahagian C : Inventori gaya pembelajaran responden.


Dalam bahagian ini pengkaji cuba mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar dengan
menggunakan Grasha-Reichmann, Learning Style Questionnaire (1996) dan telah
diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Terdapat 60 item yang mengukur enam jenis
gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran Independent, Avoidant, Collaborative,
Dependent, Competitive dan Participant. Setiap item mempunyai skala pemeringkatan
Likert ( 1 – Sangat Tidak Setuju, 2 – Tidak Setuju, 3 – Tidak Pasti, 4 – Setuju dan 5 –
Sangat Setuju)

3.4 Kajian Rintis


Kajian rintis akan dijalankan ke atas 30 responden menggunakan kaedah Cronbach
Alpha sebelum dapatan kajian diperolehi. Hal ini perlu dilakukan untuk melihat sama ada
terdapat kesan dan kesinambungan di antara item soalan dengan item soalan yang lain. Sebanyak
30 set borang soal selidik akan diedarkan kepada 30 orang pelajar prauniversiti. Kajian rintis ini
dilakukan untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan yang boleh diterima iaitu > 0.7 (Frankel
dan Wallen 2007). Kajian yang dilakukan oleh Azizi Yahya (2003) dalam kajian hubungan gaya
pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar di tingkatan empat sekolah menengah teknik
Negeri Sembilan terdahulu juga menunjukkan dapatan yang sama. Nilai kebolehpercayaan yang
telah diperolehi adalah 0.8867. Ahmad Johari (2008), dalam kajian rintis yang dilakukan telah
menguji kebolehpercayaan item melalui Alpha Cronbach Coefficiency Test dan nilai
kebolehpercayaan instrument soal selidik menunjukkan nilai Alpha Cronbach 0.953. Najib

21
Abdul Ghaffar (1999), menyatakan bahawa kebolehpercayaan yang tinggi mempunyai nilai
Alpha Cronbach 0.80. Oleh itu, jika nilai kebolehpercayaan instrument kajian ini melebihi 0.7
maka ini menunjukkan kebolehpercayaan instrument adalah tinggi dan sesuai digunakan dalam
kajian.

3.5 Analisis Data


Data yang dipungut melalui soal selidik akan dianalisis menggunakan bantuan komputer.
Perisian komputer yang digunakan dalam kajian ini ialah Pakej Statistik Untuk Sains Sosial
(SPSS PC + Version 21). Proses menganalisis melibatkan dua jenis analisis, iaitu analisis
deskriftif dan analisis inferensi. Analisis deskriftif digunakan untuk memerihalkan maklumat
tentang profil responden seperti jantina, lokasi dan tingkat pendapatan. Di samping itu, analisis
deskriftif juga digunakan untuk menghuraikan gaya pembelajaran serta ciri-ciri pembelajaran
yang diamalkan oleh pelajar. Statistik yang digunakan adalah kekerapan, peratusan, min dan
sisihan piawai.

Bagi menguji hipotesis nul, analisis inferensi digunakan. Analisis inferensi yang
digunakan ialah ujian 2 sample t-test (independent) untuk menguji H01,H02, H05 dan H06. Ujian
Anova satu hala pula akan digunakan untuk menguji H 03, H04, H07 dan H08. Manakala, ujian
Korelasi Pearson pula digunakan dalam kajian ini untuk menguji hipotesis nul tentang arah dan
kekuatan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Dalam kajian ini,
ujian-t digunakan bagi menguji hipotesis nul untuk melihat perbezaan min gaya pembelajaran
berdasarkan jantina dan lokasi. Bagi pemboleh ubah yang mempunyai lebih daripada 2
kumpulan,maka ujian Anova pula akan digunakan untuk melihat perbezaan min gaya
pembelajaran berdasarkan kaum dan tingkat pendapatan. Bagi kedua-dua ujian, aras signifikan
ditetapkan pada tahap 0.05.

3.6 Kerangka Kajian (Research Framework)


Bagi memastikan perjalanan kajian sentiasa berada dalam landasan yang betul, satu
kerangka kajian telah dibina. Kepentingan kerangka kajian ini adalah untuk memastika idea
keseluruhan tentang kajian yang kan dijalankan dapat dibentangkan secara sistematik dan
sebarang kesilapan mudah dikesan sebelun kajian sebenar dijalankan. Selain daripada itu,
kerangka kajian juga akan membantu pengkaji memahami secara lebih tepat berkaitan isu yang

22
hendak dikaji seterusnya merancang tindakan yang sepatutnya dilakukan dalam kajian beliau
(Othman Thalib 2013). Sila rujuk Lampiran 1.

3.7 Rumusan
Kesimpulannya, pendidikan adalah asset penting kepada kemajuan Negara. Tanpa
pendidikan yang sempurna atau mencukupi seseorang itu tidak mungkin mengecapi masa depan
yang gemilang. Proses pengajaran dan pembelajaran sangat menitikberatkan gaya pembelajaran
untuk peningkatan pencapaian akademik pelajar.

Dalam hal ini peranan guru penting untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar.
Guru juga harus mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap perbezaan gaya pembelajaran murid
di sekolah. Maka, pengetahuan terhadap gaya pembelajaran akan membantu meningkatkan
potensi pelajar ke tahap yang optimum. Para pelajar juga dapat menyerlahkan potensi mereka
dan meningkatkan prestasi akademik seterusnya melonjakkan kecemerlangan pendidikan di
Malaysia.

Penyelidik dalam bab ini juga telah menghuraikan kaedah-kaedah yang digunakan dalam
kajian, juga yang berkaitan dengan instrument kajian, prosedur kajian, populasi dan sampel
kajian serta tatacara penganalisisan data kajian.

BIBLIOGRAFI

Azizi Yahya., et.al. 2004. Hubungan Diantara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar. Jurnal Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Biggs, J. 1999. Teaching For Quality Learning at University. SHRE and Open University Press.

Bowring Carr Christopher & Burnham John West (terj) Annuar Ayub. 1999. Pembelajaran
Berkesan Di Sekolah, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala

23
Lumpur.

Chua Yan Piaw. 2013. Kaedah Penyelidikan Buku 1, Mc Graw Hill Education, Kuala Lumpur.

Dunn, R.S., Dunn, K.J., & Price. G.E. 1979. Learning Style Inventory. Lawrence: Price System
Inc.

Ee Ah Meng. 1995. Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2, Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd, Shah Alam.

Grasha, A.F. 1996. Teaching with Styles: A Practical Guide to Enhance Learning by
Understanding Learning and Teaching Styles. NewYork: Alliance Publisher

Honey, P. & Mumford, A. 1992. The Manual of Learning Styles, Maidenhead, Peter Honey,

Jackie Lublin. 2003. Deep, Surface and Strategic Approaches to Learning. UCD. Dublin.

Kolb, D.A. 1984. Experiental Learning As A Source Of Development. New Jersey: Prentice Hall.

Majlis Peperiksaan Malaysia. 2012. Sukatan Pelajaran Mata Pelajaran Ekonomi STPM.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

Marton,F. and Booth,S. 1997. Learning and Awareness, Lawrence Erblaum Associates,
Chapter 2.

Mok Soon Sang. 2002. Psikologi Pendidikan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Subang Jaya.

Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

Mohamad Najib Abdul Ghaffar. 1999. Penyelidikan Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.

Mohd Nor Ihkasan & Hazwani Sapar, 2007, Gaya Pembelajaran di Kalangan Pelajar pelajar
Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn,
www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2001/TeachingLearnin
/mdnorUTTHOfp.pdf

Noraini Idris. 2013. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Mc Graw Hill. Kuala Lumpur.

Othman Talib. 2014. Tulis Tesis Cepat, Teknik Efektif dan Efisyen. MPWS Rich Resources.
Kuala Lumpur.

Rahil Mahyuddin & Habibah Elias. 2002. Psikologi Pendidikan untuk Perguruan Edisi Kedua,
Karisma Publications Sdn. Bhd, Shah Alam.

24
Riding, R. & Rayner, S. 1998. Cognitive Styles and Learning Strategies, David Fulton
Publishers, London.

Rohaila Yusof, et al, 2005, Strategi Pembelajaran Pengalaman Berasaskan Model Kolb
dalam Pendidikan Perakaunan, dalam Journal article.ukm.my/154/1/1.pdf,09.49am.

Wan Zah Wan Ali. 2000. Memahami Pembelajaran, Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd, Kuala Lumpur.

Yin, K. Y. (2008). Keberkesanan kaedah penyelesaian masalah secara kolaboratif dalam


kalangan pelajar ekonomi tingkatan enam. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang

Zainudin Abu Bakar & Md. Saharudin Kasri, Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir Dalam Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup, dalam eprints.utm.my/10300/2/Md_Saharudin_Bm_Kasri.pdf.

Zubaidah Begam Mohamed Zakaria. (2007). Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik: tinjauan dalam kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun
pertama. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Lampiran 1
Rajah 3.1 Kerangka Kajian

Pembacaan secara intensif journal, tesis, prosiding dan pelbagai artikel daripada pelbagai
sumber carian utama secara online dan offline. ( JSTOR, EBSCOHOST, PROQUEST EDU.
JOURNAL, EPRD(KPM), UJAR )

RESEARCH GAP
 Kajian gaya pembelajaran dengan prestasi akademik kurang
bagi pelajar prauniversiti dalam subjek Ekonomi
25
Penyataan Masalah
- Pencapaian subjek Ekonomi STPM masih lemah diperingkat negeri dan kebangsaan
- Berlaku kelemahan dalam proses pemindahan kemahiran semasa PdP
Working Title :
Hub. gaya pembelajaran dan
pencapaian Ekonomi dalam
kalangan pelajar
prauniversiti.

Sampling Method Data Anylisis Pilot Test


 Rawak mudah  SPSS ver 21- analisis inferensi digunakan utk  30 sampel
 250 pel praU dari 6 menguji Ho  Uji kesesuaian
buah sekolah  T-test - perbezaan min gaya pembelajaran item melalui
 Berdasarkan Jadual mengikut jantina dan lokasi. nilai Alpha
bilangan sample  Anova – perbezaan min gaya pembelajaran Cronbach (>0.7)
Kregie n Morgan. mengikut kaun dan tingkat pendapatan.
 Korelasi Pearson – menentukan arah dan
kekuatan hubungan antara IV dan DV

26

Anda mungkin juga menyukai