Anda di halaman 1dari 1

EMS: EXAMINATION MANAGEMENT SYSTEM

Zayanah Binti Supyan & Nur Syahira Binti Mohd Salleh

Kolej Komuniti Bentong

Abstrak

EMS atau Examination Management System dibangunkan bagi membantu dan


memudahkan pegawai dan penyelaras peperiksaan dalam pengurusan Unit Peperiksaan.
Penyelaras atau pemangku pegawai peperiksaan seringkali menghadapi masalah dalam
pengurusan Unit Peperiksaan ketika pegawai peperiksaan bercuti atau tiada di kolej. Selain
itu pegawai peperiksaan yang baru dilantik menghadapi masalah dalam mencari dokumen
yang berkaitan pengurusan Unit Peperiksaan dan mengambil masa yang lama untuk
menyediakan dokumen tersebut. Penyelaras, pemangku dan pegawai peperiksaan yang
baru kurang jelas dengan perjalanan kerja Unit Peperiksaan. Objektif penghasilan EMS
adalah bertujuan untuk membantu melancarkan pengurusan Unit Peperiksaan sekiranya
Pegawai Peperiksaan tiada di kolej atau cuti panjang, contohnya seperti cuti bersalin. Selain
itu, EMS dapat memudahkan dan menjimatkan masa pencarian dokumen. Juga, EMS dapat
menunjukkan gambaran keseluruhan secara am perjalanan kerja Unit Peperiksaan.
Penghasilan EMS dihasilkan menggunakan perisian Microsoft Excell dan Microsoft Word.
Tiada kos diperlukan bagi menghasilkan inovasi ini. Hasil dari soal selidik kepada
penyelaras peperiksaan di Kolej Komuniti Bentong yang telah menggunakan EMS, semua
penyelaras bersetuju bahawa inovasi ini membantu dalam pengurusan Unit Peperiksaan.
Bagi menyebarluas penggunaan EMS, adalah dicadangkan supaya mewujudkan EMS
secara online. Penggunaan EMS yang mendapat maklumbalas yang baik menunjukkan
bahawa inovasi ini boleh dikongsi bersama kepada Unit Peperiksaan di Kolej Komuniti yang
lain.

Kata Kunci : Pegawai Peperiksaan, Tiada di Kolej, EMS

Anda mungkin juga menyukai