Anda di halaman 1dari 25

KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

DOKUMEN TAWARAN

MENYEWA DAN MENGURUSKAN KANTIN DI POLITEKNIK


PORT DICKSON UNTUK TEMPOH DUA TAHUN MULAI
15 OGOS 2010 HINGGA 14 OGOS 2012

KOD SEBUTHARGA : PPD/SH/13/2010

PERINGATAN PENTING

PENYEBUTHARGA YANG TIDAK HADIR TAKLIMAT ATAU


LAWATAN TAPAK ATAU SILAP MENGISI BORANG ATAU
MELANGGAR MANA-MANA ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT
DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA INI TIDAK AKAN
DIPERTIMBANGKAN.

SILA BACA DAN FAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG


TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA INI
SEBELUM MENGISINYA.
ISI KANDUNGAN

1. Kenyataan Sebutharga

2. Syarat-syarat Sebutharga

3. Lampiran ‘A’ – BORANG SEBUTHARGA

4. Lampiran ‘B’ – SENARAI HARGA MAKANAN DITAWARKAN

5. Lampiran ‘C’ – SENARAI PERALATAN DAN KENDERAAN

6. Lampiran ‘D’ – KETERANGAN MENGENAI PENGUSAHA

7. Lampiran ‘E’ – PENGAKUAN PENGUSAHA


KENYATAAN SEBUTHARGA
KOD TENDER : PPD/SH/13/2010

Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar


dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 080100 DAN
080501 dibenarkan menyertai sebutharga berikut:-

MENYEWA DAN MENGURUSKAN KANTIN


POLITEKNIK PORT DICKSON
MULAI 15 OGOS 2010 HINGGA 14 OGOS 2012

Dokumen Sebutharga boleh didapati di Laman Sesawang Politeknik Port Dickson


iaitu di : www.polipd.edu.my iaitu dengan memuat turun dokumen sebutharga
mulai 23 Julai 2010 ( Isnin ) hingga 1 Ogos 2010 ( Ahad ).

Dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi perlu hendaklah dihantar kepada:

Unit Pentadbiran
Politeknik Port Dickson
KM 14, Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Port Dickson
Negeri Sembilan

Tarikh Tutup : 02 Ogos 2010

Jam : 12.00 tengahari

No.Kod Peti Sebutharga : PPD/SH/13/2010

Peringatan :

Syarikat-syarikat yang berminat menyertai tawaran ini adalah DIWAJIBKAN


menghadiri TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK yang dijadualkan seperti
berikut :

Tarikh : 27 Julai 2010 ( Selasa )


Jam : 3.00 petang
Tempat : Kantin, Politeknik Port Dickson

Kegagalan menghadiri sesi tersebut akan menyebabkan tawaran sebutharganya


tidak akan dipertimbangkan. Pihak kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke
atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana sebutharga yang
dikemukakan melalui pos.
2. SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA

2.1 Sebutharga adalah dipelawa kepada pengusaha-pengusaha yang


mahir dan berpengalaman serta berdaftar dengan Kementerian
Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 080100 DAN 080501
yang masih sah laku untuk menguruskan Kafetaria di Politeknik
Port Dickson bagi tempoh 15 Ogos 2010 hingga 14 Ogos 2012.

2.2 Sebutharga hendaklah menggunakan borang-borang yang telah


dikhaskan oleh Politeknik Port Dickson. Syarikat-syarikat yang
layak dan berminat boleh mendapatkan dokumen ini dengan
memuat turun di Laman Web yang dinyatakan..

2.3 Dokumen boleh diperolehi dengan memuat turun Dokumen


Sebutharga Menyewa dan Mengurus Kantin di Politeknik Port
Dickson di www.polipd.edu.my

2.4 Sebutharga yang diterima dengan meminda butiran–butiran


borang berkenaan atau tidak mengikuti syarat-syarat yang telah
ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

2.5 Politeknik Port Dickson akan mengadakan taklimat khas mengenai


sebutharga ini pada 27 Julai 2010 ( Selasa ) jam 3.00 petang di
tapak Kantin, Politeknik Port Dickson. Semua syarikat yang
memuat turun dokumen sebutharga adalah dikehendaki hadir dan
Sijil Taklimat perlu diperolehi ketika menghadiri taklimat ini.
3. CARA-CARA MENGISI BORANG PENYEBUTHARGA

3.1 Penyebutharga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-


syarat dalam dokumen sebutharga serta menyemak kandungan
dokumen-dokumen sebutharga dengan teliti sebelum mengisi
borang-borang sebutharga. Kegagalan mematuhi mana-mana
syarat di bawah ini menyebabkan sebutharga tersebut tidak akan
dipertimbangkan atau terus ditolak.

3.2 Borang-Borang Yang Perlu Diisi.

3.3.1. Borang Sebutharga

3.2.1.1 Penyebutharga adalah dikehendaki mengisi


kadar sewa bulanan yang ditawarkan kepada
Politeknik Port Dickson dan perlu ditandatangi
oleh pengusaha dan saksi..

3.2.2 Senarai Harga Makanan Ditawarkan

3.2.2.1 Penyebutharga adalah dikehendaki mengisi


dan menandatangani borang ini. Sekiranya
borang ini tidak diisi dan ditandatangani
tawaran Penyebutharga menjadi tidak
sah/laku dan dengan sendirinya akan ditolak.

3.2.3 Senarai Peralatan dan Kenderaan

Perlu diisi oleh pengusaha dan ditandatangi

3.2.4 Keterangan Mengenai Pengusaha

Pengusaha dikehendaki menerangkan secara terperinci


mengenai pengusaha, bilangan pekerja, pengalaman, cara
memperolehi bekalan, pengalaman masa lalu dan lain-lain
perkara yang perlu diisi.
3.2.5 Pengakuan Pengusaha
Perlu ditandatangi oleh Pengusaha yang menyertai
sebutharga ini.

4. TARIKH TUTUP SEBUTHARGA

10.2 Sebutharga ini akan ditutup pada 2 Ogos 2010 jam 12.00
tengahari.

10.2 Dokumen sebutharga yang telah lengkap dan disempurnakan


berserta Sijil Taklimat hendaklah dimasukkan dalam sampul surat
berlakri dan ditulis NO.SEBUTHARGA : PPD/SH/13/2010 pada
sudut atas sebelah kiri sampul tersebut.

10.2 Politeknik Port Dickson tidak terikat untuk menerima sebarang


tawaran sebutharga selepas tarikh dan masa sebutharga ditutup.

10.2 Sampul yang mengandungi borang sebutharga hendaklah dihantar


melalui pos atau hantar sendiri ke alamat seperti berikut :

Unit Pentadbiran
Politeknik Port Dickson
KM 14, Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Port Dickson
Negeri Sembilan

5. KELEWATAN DOKUMEN

Politeknik Port Dickson tidak bertanggungjawab di atas sebarang


kelewatan atau kehilangan borang sebutharga yang dihantar kepada
kami. Sebutharga yang diterima selepas masa dan tarikh tutup tidak akan
dipertimbangkan.
6. HARGA TAWARAN

Penyebutharga adalah diingatkan bahawa harga dan kadar sewaan Kantin


yang ditawarkan oleh pengusaha hendaklah dipatuhi disepanjang tempoh
perjanjian berjalan. Harga dan kadar sewa hendaklah mengambilkira
segala perbelanjaan termasuk :

i. Tenaga kerja, pengangkutan , alat kelengkapan memasak, kos


bahan api dan lain-lain perbelanjaan yang terlibat dalam
menguruskan Kantin.

ii. Harga sebutharga sewaan Kantin dan bayaran bekalan hendaklah


dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM). Bayaran Sewa Bulanan Kantin
hendaklah dibayar sebulan sekali tidak lewat daripada 7
haribulan pada bulan berkenaan (termasuk tempoh cuti)

Penyebutharga jika berjaya diterima, tidak boleh mengenakan kadar harga yang
berasingan atau kos tambahan terhadap perkara di atas kelak

7. BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR

7.1 Bayaran elektrik dan air adalah menjadi tanggungjawab pengusaha


termasuk deposit, sewaan dan lain-lain yang berkaitan.

7.2 Adalah menjadi tanggungjawab pengusaha mengambil tindakan


sewajarnya untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul ketika
berlaku gangguan bekalan air dan elektrik.

8. MAKANAN DAN MINUMAN HALAL

8.1 Makanan dan minuman yang disediakan hendaklah dari jenis yang
halal disisi Agama Islam. Senarai makanan dan minuman yang
perlu disediakan hendaklah diisi sepenuhnya, manakal senarai
tambahan perlu diisi jika ingin membuat makanan dan minuman
tambahan dari senarai sebagaimana Lampiran B. Senarai
hendaklah ditunjukkan di tempat yang mudah dilihat oleh
pelanggan pada setiap masa perniagaan.

8.2 Pengusaha adalah dilarang menjual sebarang minuman keras atau


yang boleh mengkhayalkan walau dengan apa cara sekalipun serta
dilarang mempamerkan apa-apa alat, benda atau gambar barangan
tersebut.

8.3 Pengusaha adalah dilarang menjual apa-apa barang makanan dan


minuman kecuali yang telah dinyatakan dalam senarai dan senarai
tambahan.

9. TANGGUNGJAWAB PENGUSAHA

9.1 Pengusaha Kantin adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk


menjaga dan mengadakan alat-alat memasak, bekalan gas,
kenderaan, tenaga buruh dan lain-lain yang berkaitan untuk
mengurus kerja-kerja dibawah kontrak/ sebutharga ini.

9.2 Pengusaha adalah dikehendaki menggunakan ruang dapur yang


disediakan sahaja untuk membuat dan menyediakan makanan.
Pembinaan ruang dapur berasingan di luar atau di dalam
bangunan Kantin adalah tidak dibenarkan.

9.3 Pengusaha adalah bertanggungjawab di atas kebersihan ruang


bangunan yang digunakan dan kawasan sekelilingnya.

9.3.1 Semua sisa makanan hendaklah dibuang dengan


menggunakan karung/ bungkusan plastik ke tempat yang
tidak mengganggu pengguna/ pelanggan iaitu di tempat
yang disediakan.

9.3.2 Dewan makan/ kawasan dapur/ tandas/ stor basah atau


stor kering/ bilik-bilik di dalam bangunan Kafetaria
hendaklah sentiasa bersih. Lantai, longkang serta kawasan
sekitarnya hendaklah dicuci sekurang-kurangnya dua kali
sehari dan ianya dibawah tanggungjawab pengusaha.

10. PENGENDALI MAKANAN

10.1 Pengendali makanan tidak dibenarkan dari pekerja asing dan


Pengusaha bertanggungjawab terhadap pengambilan pekerja-
pekerja bagi memastikan bahawa semua peraturan-peraturan
kerajaan yang berkuatkuasa dipatuhi.

10.2 Pengusaha hendaklah memastikan pekerja-pekerja lelaki dan


perempuan sentiasa menjaga kebersihan diri, berada dalam
keadaan yang kemas, bersih, bertatatertib dan tidak berambut
panjang (bagi pekerja lelaki), berpakaian seragam, dalam keadaan
yang sihat dan tidak menghidap penyakit berjangkit. Pekerja
perempuan hendaklah sentiasa memakai tudung kepala.

10.3 Pengusaha hendaklah memastikan pekerja-pekerja menjalani


pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan/ Kesihatan
Kerajaan dan mendapat pelalian demam kepialu (typhoid)
sekurang-kurangnya setahun sekali dan kemukakan sijilnya
kepada pihak politeknik.

11. PERALATAN DAPUR DI KANTIN

11.1 Semau peralatan yang disediakan oleh pihak Politeknik Port


Dickson adalah tetap menjadi hakmilik Politeknik Port Dickson
dan penggunaannya adalah terhad kepada kerja-kerja di dalam
kontrak ini sahaja.

11.2 Pengusaha dikehendaki memulangkan alat-alat tersebut dalam


keadaan baik, lengkap dan boleh digunakan setelah perkhidmatan
kontrak itu tamat.
11.3 Pengusaha hendaklah memulangkan alat-alat tersebut dalam
keadaan baik, lengkap dan boleh digunakan setelah perkhidmatan
kontrak itu tamat.

11.4 Pengusaha dikehendaki membayar gantirugi/ membaiki kerosakan


jika kerosakan peralatan tersebut berlaku. Segala urusan membaiki
adalah tanggungjawab pengusaha. Pihak Politeknik Port Dickson
akan membuat pemeriksaan terhadap alat di tempat serta
masakan dari masa ke semasa.

12. PREMIS KANTIN

12.1 Apabila tamat tempoh perkhidmatan kontrak, pengusaha WAJIB


membersihkan semua kawasan yang digunakan. Dinding di ruang
dapur yang hitam diesebabkan asap semasa memasak hendaklah
dibersihkan dan disapu cat seperti warna asal.

12.2 Pengusaha adalah dilarang membuat sebarang pindaan terhadap


ruang di Kantin termasuk juga dengan peralatan yang telah sedia
terpasang kecuali dengan kebenaran Pengarah.

13. KECERIAAN

Pengusaha boleh menambah kemudahan dengan tujuan menarik pelanggan


dengan memasang apa-apa yang boleh menambah keceriaan mengikut daya
kreativiti atau sistem alat pandang dengar yang sesuai dengan syarat
memaklumkan kepada Pengarah Politeknik Port Dickson terlebih dahulu dan
sedia menerima apa juga tegura daripada pihak Politeknik Port Dickson.
14. PERJANJIAN

14.1 Pengusaha yang berjaya adalah dikehendaki menandatangi satu


perjanjian dengan Politeknik Port Dickson. Walaubagaimanapun,
Politeknik Port Dickson adalah berhak untuk menamatkan
perjanjian tersebut dengan memberikan satu (1) bulan notis tanpa
memberi sebarang sebab kepada pengusaha. Pihak Politeknik Port
Dickson juga berhak menamatkan kontrak berkenaan dengan serta
merta tanpa memberi sebarang notis dan pihak pengusaha tidak
berhak mendapat sebarang pampas an sekiranya perjanjian yang
dijalankan itu tidak memuaskan dan melanggar peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan.

14.2 Sebelum menandatangani kontrak/ surat perjanjian, pengusaha


yang berjaya dikehendaki membayar Cagaran Keselamatan
sebanyak TIGA ( 3 ) bulan dari pada harga tawaran dan SATU ( 1 )
bulan pendahuluan sewaan sebagai jaminan supaya pengusaha
dapat menyelenggarakan semua kerja dengan memuaskan seperti
dalam syarat-syarat sebutharga ini. Wang ini boleh dibayar dalam
bentuk Cek atau Kiriman Wang atas nama Pengarah Politeknik Port
Dickson. Surat perjanjian hendaklah disempurnakan SATU
MINGGU dari tarikh Surat Setuju Terima sebutharga.

14.3 Pengusaha Kantin adalah dikehendaki pada setiap masa mematuhi


kehendak-kehendak perjanjian sebutharga serta peraturan-
peraturan yang berkuatkuasa di Politeknik Port Dickson.

15. PELANGGAN

Pelanggan adalah terdiri daripada jumlah pelajar yang menghuni asrama lebih
kurang 1,600 orang penuntut dan 366 kakitangan Politeknik Port Dickson.
16. WAKTU OPERASI

13.1 Kantin hendaklah dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang
pada setiap hari dalam tempoh perjanjian.

13.2 Kantin juga hendaklah dibuka sekiranya diarah oleh Pengarah


Politeknik Port Dickson pada bila-bila masa dalam tempoh
perjanjian.

17. BORANG-BORANG SEBUTHARGA

Berikut adalah borang-borang yang perlu diisi dan disertakan bersama-sama


borang permohonan :

i. Borang Sebutharga – Lampiran A


ii. Harga Makanan Ditawarkan – Lampiran B
iii. Senarai Peralatan – Lampiran C
iv. Keterangan Mengenai Pengusaha – Lampiran D
v. Pengakuan Pengusaha – Lampiran E

Pengarah
POLITEKNIK PORT DICKSON
LAMPIRAN A
BORANG SEBUTHARGA

Pengarah
Politeknik Port Dickson

Tuan,

SEBUTHARGA UNTUK MENYEWA DAN MENGURUSKAN KANTIN


DI POLITEKNIK PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
MULAI 15 OGOS 2010 HINGGA 14 OGOS 2012
(PPD/SH/13/2010)

Bahawa saya, yang bertandatangan seperti dibawah ini menyatakan harga tawaran untuk
menyewa dan menguruskan Kantin di Politeknik Port Dickson selama DUA TAHUN
mulai 15 Ogos 2010 hingga 14 Ogos 2012. Tawaran saya adalah seperti berikut :

SEWA BULANAN : _________________

2. Saya yang bertandatangan di bawah bersetuju terlibat dan tertakluk kepada


syarat-syarat tawaran tersebut dan bersetuju bahawa harga-harga tersebut
menjadi satu dasar untuk nilaian bayaran bagi barang-barang seperti itu dari
masa ke semasa sama seperti yang diarahkan.

3. Adalah difahami bahawa tuan mempunyai hak untuk menerima atau menolak
sebutharga ini, sama ada harganya lebih rendah atau lebih tinggi daripada
sebarang sebutharga lain atau sama. Saya yang bertandatangan di bawah ini
bersetuju bahawa sebutharga ini akan seterusnya laku dan tidak akan ditarik
balik dalam masa Sembilan Puluh ( 90 ) hari dari tarikh penyerahan sebutharga.

4. Selanjutnya yang bertandatangan di bawah ini bersetuju pada penerimaan


sebutharga dan menandatangai perjanjian rasmi dan meletakkan cagaran dalm
bentuk Bank Cheque seperti tersyarat di Dokumen Sebutharga dalam masa
Tujuh ( 7 ) hari dari tarikh penghantaran atau penyerahan jika pemberitahuan
penerimaan dibuat dengan tangan.

…………………………………. ………………………………..
( Tandatangan Pengusaha ) ( Tandatangan Saksi )

Nama: ……………………………………… Nama: ……………………………………


No. MyKad : ………………………………. No. MyKad : ……………………………
Alamat : ……………………………………. Alamat : …………………………………
……………………………………. …………………………………
……………………………………. …………………………………
Tarikh : ……………………………………. Tarikh : …………………………………
LAMPIRAN B
SENARAI HARGA DAN MAKANAN DITAWARKAN

Saya/ kami sanggup menjalankan perniagaan di Kantin Politeknik Port Dickson dengan
menawarkan butiran seperti berikut :

B1 MINUMAN (Isi bagi butiran yang ditawarkan sahaja)

UNIT BERAT HARGA SE UNIT


BIL BUTIRAN ( cawan / gelas ) (gm/ cc/ ml) DITAWARKAN
( RM / Sen )
1 Teh O 1
2 Teh O Ais 1
3 Teh 1
4 Teh Ais 1
5 Kopi 1
6 Kopi O 1
7 Kopi O Ais 1
8 Milo 1
9 Milo Ais 1
10 Horlicks 1
11 Horlicks Ais 1
12 Nescafe 1
13 Nescafe Ais 1
14 Nescafe O 1
15 Nescafe O Ais 1
16 Air Kosong ( Suam ) 1
17 Air Kosong ( Ais ) 1
18 Air Kordial Berperisa ( Ais ) 1
19 Air Bandung ( Ais ) 1
20 Air Limau ( Suam ) 1
21 Air Limau Ais 1
22 Air Dalam Botol 1
23 Air Dalam Tin 1
24 Air Dalam Kotak 1
25 Lain-lain minuman :
B2 MAKANAN RINGAN (Isi bagi butiran yang ditawarkan sahaja)

UNIT BERAT HARGA SE UNIT


BIL BUTIRAN ( dipotong/ biji/ ( gm/ cc/ ) DITAWARKAN
keping ) ( RM / Sen )
1 Kuih Bingka Ubi 1
2 Kuih Talam 1
3 Kuih Keria 1
4 Kuih Lapis 1
5 Kuih Gulung 1
6 Kuih Buah Melaka 1
7 Kuih Cucur Udang 1
8 Kuih Pulut Panggang 1
9 Kuih Pau 1
10 Kuih Apam Kukus 1
11 Kuih Apam Balik 1
12 Kuih Koci 1
13 Kuih Donut 1
14 Kuih Popia Goreng 1
15 Kuih Popia Basah 1
16 Kuih Bom 1
17 Kuih Cucur Badak 1
18 Kuih Bakar 1
19 Pisang Goreng 1
20 Keledek Goreng 1
21 Keladi Goreng 1
22 Cempedak Goreng 1
23 Tauhu Sumbat 1
24 Lain-lain makanan ringan : 1
B3 MAKANAN BERAT (Isi bagi butiran yang ditawarkan sahaja)

UNIT BERAT HARGA SE UNIT


BIL BUTIRAN ( piring / pinggan / ( gm/ cc/ ) DITAWARKAN
mangkuk / ketul ) ( RM / Sen )
1 Mee Hoon Goreng 1
2 Mee Hoon Sup 1
3 Mee Hoon Bandung 1
4 Mee Rebus 1
5 Mee Hailam 1
6 Mee Kari 1
7 Mee Soto 1
8 Kueh Teow Goreng 1
9 Kueh Teow Sup 1
10 Kueh Teow Kari 1
11 Char Kueh Teow 1
12 Laksa Penang 1
13 Roti Canai Kosong 1
14 Roti Canai Telur 1
15 Roti Canai Sardin 1
16 Sandwich Telur 1
17 Sandwich Tuna/ Sardin 1
18 Sup Ekor Lembu 1
19 Sup Lembu 1
20 Sup Ayam 1
21 Sup Wan-Tan 1
22 Tom Yam 1
23 Sayur Goreng 1
24 Sayur Campur 1
25 Sayur Air 1
26 Sayur Lemak 1
27 Ikan Bilis Goreng 1
28 Ikan Masin 1
29 Ulam 1
30 Sambal Belacan 1
31 Tempe Goreng Bercili 1
32 Kari Ikan 1
33 Ikan Masak Lemak 1
34 Ikan Masak Sweet Sour 1
35 Ikan Sambal Tumis 1
36 Ikan Asam Pedas 1
37 Ikan Masak Kicap 1
38 Ikan Cencaru Bakar 1
39 Ikan Pari Bakar 1
40 Ikan Tenggiri Goreng 1
41 Ikan Bawal Goreng 1
42 Ikan Bawal Sambal 1
43 Ikan Kembung Goreng 1
44 Ikan Kembung Sambal 1
45 Ikan Kembung Bakar 1
46 Udang Sambal Tumis 1
47 Udang Masak Lemak 1
48 Sotong Sambal Tumis 1
49 Telur Mata Kerbau 1
50 Telur Dadar 1
51 Sambal Tumis Telur 1
52 Telur Rebus 1
53 Telur Masak Lemak 1
54 Ayam Goreng 1
55 Ayam Masak Kicap 1
56 Ayam Masak Merah 1
57 Kari Ayam 1
58 Rendang Ayam 1
59 Rendang Daging 1
60 Kari Daging
61 Daging Masak Kicap 1
62 Nasi Lemak 1
(nasi, telur, kacang, ikan
bilis, timun dan sambal)
63 Nasi Putih 1
64 Nasi Separuh 1
65 Nasi Putih Tambah 1
66 Nasi Goreng 1
(nasi, telur, timun, sup) :

Nyatakan jenis Nasi


Goreng yang ditawarkan :

B4 DESSERT DAN BUAH-BUAHAN (Isi bagi butiran yang ditawarkan sahaja)

UNIT BERAT HARGA SE UNIT


BIL BUTIRAN ( dipotong/ biji/ ( gm/ cc/ ) DITAWARKAN
keping ) ( RM / Sen )
1 Betik 1
2 Tembikai 1
3 Nenas 1
4 Pisang. 1
Nyatakan jenis pisang :

5 Air Batu Campur 1


6 Laicikang 1
7 Cendol 1
8 Bubur. 1
Nyatakan Jenis Bubur:
B5 LAIN-LAIN MAKANAN TAMBAHAN
( Isi sekiranya perlu )

UNIT BERAT HARGA SE UNIT


BIL BUTIRAN ( dipotong/ biji/ ( gm/ cc/ ) DITAWARKAN
keping ) ( RM / Sen )
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

NAMA : ……………………………………………………………………….

ALAMAT : ……………………………………………………………………….

……………………………………………………………………….

……………………………………………………………………….

TANDATANGAN PENGUSAHA : ……………………………………………

TARIKH : …………………………………….
LAMPIRAN C
SENARAI PERALATAN DAN KENDERAAN

C1 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

BIL BUTIRAN JENAMA KUANTITI


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

C2 KENDERAAN YANG DIGUNAKAN

BIL BUTIRAN NO. PENDAFTARAN TARIKH TAMAT


CUKAI JALAN
1
2
3
4
5

NAMA : ……………………………………………………………………….

ALAMAT : ……………………………………………………………………….

……………………………………………………………………….

……………………………………………………………………….

TANDATANGAN PENGUSAHA : ……………………………………………

TARIKH : ……………………………………
LAMPIRAN D
KETERANGAN MENGENAI PENGUSAHA

D1 NAMA PENGUSAHA

Nama Pengusaha :
………………………………………………………………………………………………………..

Alamat Tetap :
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..

Alamat Semasa :
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..

No. Telefon :
………………………………………………………………………………………………………..

No. Sijil Perniagaan :


( Lampirkan satu salinan Borang A - Ordinan Pendaftaran Perniagaan 156 )
………………………………………………………………………………………………………..

Bentuk Perniagaan :
( Perkongsian / Tunggal / Bhd / Sdn Bhd )
………………………………………………………………………………………………………..

D2 PEKERJA-PEKERJA
( nyatakan dalam peratus )

Warganegara mengikut Bangsa :


i. Melayu ___________ %
ii. Cina ___________ %
iii. India ___________ %
iv. Lain-lain ___________ %

Bukan Warganegara ___________ %


D3 PENGALAMAN
Nyatakan butir-butir mengenai pengalaman tuan dalam membekalkan barang-
barang dalam pelawaan sebutharga kerajaan dalam tempoh 5 Tahun yang lepas.

………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..

D4 CARA MEMPEROLEHI BEKALAN


( Kedai sendiri/ Setor/ Pasar dan sebagainya )
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..

D5 KONTRAK DENGAN KERAJAAN MASA LALU


Jika pengusaha pernah mengikat kontrak dengan mana-mana Jabatan Kerajaan,
nyatakan sama ada syarikat/ firma tuan mengalami penggantungan atau
penamatan kontrak semasa menjalani kontrak dengan kerajaan disebabkan oleh
pelanggaran syarat dan sebagainya.
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
D6 ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB

1. ORANG PERTAMA BERTANGGUNGJAWAB

Nama Pengurus : ………………………………………………………………………..


No. Mykad : ………………………………………………………………………..
Jantina : ………………………………………………………………………..
Tarikh Lahir : ………………………………………………………………………..
Tempat Lahir : ………………………………………………………………………..
Alamat Surat Menyurat :
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
No. Telefon Pejabat : …………………………………………………………………………
No. Telefon Bimbit : …………………………………………………………………………

2. ORANG KEDUA BERTANGGUNGJAWAB

Nama Pengurus : ………………………………………………………………………..


No. Mykad : ………………………………………………………………………..
Jantina : ………………………………………………………………………..
Tarikh Lahir : ………………………………………………………………………..
Tempat Lahir : ………………………………………………………………………..
Alamat Surat Menyurat :
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
No. Telefon Pejabat : …………………………………………………………………………
No. Telefon Bimbit : …………………………………………………………………………

D7 LAIN-LAIN KETERANGAN

1. Pendaftaran Syarikat Dengan Kementerian Kewangan Malaysia


No. Pendaftaran : ………………………………………………………………..
Tarikh /Temph Pendaftaran : ………………………………………………………
2. Lain-lain keterangan :
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
D8 PERAKUAN PEMOHON

SAYA MEMPERAKUI BAHAWA SEGALA KETERANGAN DI ATAS ADALAH BENAR.

…………………………..
TANDATANGAN PENGUSAHA
LAMPIRAN E

PENGAKUAN PENGUSAHA

BAHAWA SAYA / KAMI MENGAKU TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI KENYATAAN


TAWARAN DI ATAS. SAYA/ KAMI MENGAKU AKAN MEMATUHI SEMUA SYARAT-
SYARAT YANG DIKENAKAN DALAM KENYATAAN TAWARAN MENYEWA DAN
MENGURUSKAN KANTIN MULAI 15 OGOS 2010 HINGGA 14 OGOS 2012.

TANDATANGAN : …………………………………………………………………………………..

NAMA PENGUSAHA : …………………………………………………………………………………..

ALAMAT PENUH : …………………………………………………………………………………..


…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..

TARIKH : …………………………………………………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai