Anda di halaman 1dari 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SKUDAI BARU

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN BIL 1/(2019)

Tarikh : 1 Januari 2019

Masa : 2.00 -3.00 PETANG

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Taman Skudai Baru

Pengerusi : Mohamad Hafizi Bin Mohd Zauwawi

Kehadiran(Bilangan) : 8 orang

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan berterima kasih kepada guru-
guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan yang hadir ke mesyuarat.
1.2 Pengerusi berharap guru-guru Bahasa Malaysia dapat menjalankan tugas
dengan cemerlang dan dapat berkongsi maklumat atau idea dalam
memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh En. Mahadi bin Mustapha


Disokong untuk pengesahan oleh En. Yasir Bin Abd Rahman

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. En. Hazamizan menanyakan berkenaan pemakaian baju sukan murid dari pagi
hinggalah tamat waktu persekolahan dan En. Mohamad Hafizi menyatakan
sememangnya ada pekeliling yang membenarkan pemakain baju sukan murid dari
padi hinggalah tamat waktu persekolahan sekiranya terdapat waktu P dan P
Pendidikan Jasmani dalam jadual kelas mereka.
Tindakan: Umum
3.2. En. Mahadi mencadangkan memasang pasak pada setiap tiang gol bagi setiap
permainan bagi mengelakkan gol tersebut tumbang dan seterusnya membahayakan
murid – murid yang turun ke padang
Tindakan: Ketua Panitia

4 PERBINCANGAN ISU SEMASA


4.1. Perlantikan AJK Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
4.1.1 Setiausaha : En. Yasir Bin Abdul Rahman
Bendahari : PT Kewangan Sekolah
Ketua Aliran : Tahun 1 – En. Rezal
Tahun 2 – En. Hazamizan
Tahun 3 – En. Fathi
Tahun 4 – En. Abdullah

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Tahun 5 – En. Yasir


Tahun 6 – En Mahadi

Tindakan: Umum
4.2. Program Panitia
4.2.1 Pelaksanaan minggu SEGAK bagi penggal pertama persekolahan akan
dijalankan pada bulan Mac mengikut takwim dari pejabat pelajaran daerah
Johor Bahru.
4.2.2 Pelaksanaan SEGAK ini akan dijalankan seperti tahun – tahun sebelumnya iaitu
dilaksanakan selama 3 hari mengikut aliran.
4.2.3 Aktiviti menyelanggara peralatan sukan dan padang serta gelanggang.
4.2.4 Mewujudkan sudut Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan
4.2.5 Mengemaskini dan menyusun atur semula bilik Pendidikan Jasmani &
Kesihatan
Tindakan: Guru
PJK

4.3 Perbelanjaan Peralatan PJK


4.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan untuk panitia PJK telah
berkurangan berbanding tahun lepas kerana bilangan murid yang telah
berkurangan.
4.3.2 Pengerusi mendapat maklumat dari kerani kewangan bahawa peruntukan untuk
panitia PJK pada tahun ini belum lagi turun dari KPM.
4.3.3 Oleh itu pengerusi memaklumkan semua guru PJK supaya mengisi borang
keperluan peralatan PJK yang akan diedarkan kemudian supaya dapat
mengelakkan pertindihan pembelian barang.
4.3.5 En. Hafizi mencadangkan supaya panitia membeli set kon baru
untuk memudahkan guru melaksanakan P dan P.
4.3.6 En. Mahadi mencadangkan semasa mengemaskini dan menyusunatur
bilik PJK nanti peralatan PJK diasingkan mengikut tahap kerosakan dan mana-
mana peralatan yang boleh dibaiki diasingkan untuk tujuan pembaikpulihan.
4.3.7 En. Hazamizan mencadangkan supaya ketua panitia menyediakan
borang/buku rekod penggunaan peralatan dan diletakkan didalam bilik PJK.
4.3.8 En. Mohamad Hafizi mencadangkan supaya penambahan peralatan panitia
untuk P dan P dittambah seperti bola sepak, bola takraw dan bola
hoki.

4.4 Penggunaan Buku Tulis


4.4.1 Ketua Panitia menegaskan penggunaan buku tulis bagi matapelajaran
Pendidikan Jasmani & Kesihatan adalah sebanyak 1 buah buku sahaja untuk
tahap 1 dan tahap 2
4.4.2 Guru – guru boleh menggunakan lembaran kerja jika tidak mahu menggunakan
buku tulis.
4.4.3 Ketua Panitia juga memaklumkan bahawa buku tulis murid hendaklah disemak
oleh guru sekurang – kurangya sekali dalam sebulan

5 HAL-HAL LAIN
5.1. En. Abdullah berharap guru-guru memberikan kerjasama kepada
Ketua Panitia dan menjalankan apa yang diarahkan supaya dapat bekerja dalam

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

pasukan yang harmoni.

Tindakan:
PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
( Mohamad Yasir Bin Abdul Rahman ) (Mohamad Hafizi Bin Mohd Zauwawi)
Setiausaha Ketua Panitia
Tarikh : 1 Januari 2019 Tarikh : 2 Januari 2019

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai