Anda di halaman 1dari 6

Laporan Pertandingan ’Choral Speaking' 2014

LAPORAN PERTANDINGAN
‘CHORAL SPEAKING’
PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU
2014
Laporan Pertandingan ’Choral Speaking' 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN TOBOBON


PETI SURAT A-171, INANAM
88857 KOTA KINABALU TEL:088491708
_________________________________________________________________________________________

LAPORAN PERTANDINGAN
‘CHORAL SPEAKING’ PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU
2014

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan ‘Choral Speaking’ Telling’ adalah merupakan salah satu pertandingan yang

diadakan oleh Jabatan Pendidikan. Tahun ini , 2014, SK Tobobon sekali lagi mengikuti

pertandingan tersebut.

Dengan objektif untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris di

kalangan pelajar di samping memperbaiki kelemahan dalam penggunaan bahasa Inggeris, SK

Tobobon berjaya mewujudkan pesaing-pesaing yang berdisplin dan baik.

2.0 ACARA PERTANDINGAN

2.1 PERTANDINGAN ‘CHORAL SPEAKING’

SJK (C) Chung Hwa, Likas, Kota Kinabalu dipilih untuk menganjurkan pertandingan Choral

Speaking di mana ia melibatkan ke-semua sekolah sekitar Kota Kinabalu. SK. Tobobon tidak

terlepas dari menyahut cabaran menyertai pertandingan ini.

Pertandingan Choral Speaking 2014 di adakan pada 8 Ogos 2014 bertempat di Dewan Besar

SJK (C) Chung Hwa,Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Acara bermula pada jam 7.00 pagi dan

berakhir pada 1.00 tengahari. Ini merupakan kali ke ke-3 SK Tobobon menyertai

Pertandingan Choral Speaking dan kali ini SK. Tobobon telah mendapat tempat saguhati dari

12 buah sekolah seluruh Kota Kinabalu yang terlibat di peringkat Daerah. Murid – murid SK
Laporan Pertandingan ’Choral Speaking' 2014

Tobobon yang menyertai pertandingan tersebut adalah seperti yang disertakan di dalam

lampiran 1.

Tiga orang guru pengiring yang bersama mengiringi murid-murid ini adalah seperti berikut :

 Pn. Zaiton bt Awang - Pengurus Pasukan

 Pn. Irdaningsih bt Ramle - Tenaga pengajar

Berikut adalah pemenang bagi Pertandingan ’Choral Speaking’ Peringkat Daerah 2014.

 Johan : SK. Mutiara, Kota Kinabalu

 Naib Johan : SRS Datuk Simon Fung, Kota Kinabalu

 Ke- tiga : SK Stella Maris, Kota Kinabalu

 Saguhati : SJK(C) Chung Hwa, Likas, Kota Kinabalu

SK Tobobon, Kota Kinabalu

3.0 PENUTUP

Dengan berakhirnya pertandingan ini maka berakhirlah sudah penglibatan SK Tobobon di

dalam gelanggang ilmu Bahasa Inggeris di tahun 2014 ini. Sungguhpun tidak memenangi

tempat pertama sehingga ke-tiga dalam pertandingan tersebut namun ia sedikit sebanyak telah

membuka mata kepada sekolah- sekolah sekitar Kota Kinabalu akan kehadiran SK Tobobon,

sebuah sekolah yang bakal menempa nama kelak.


Laporan Pertandingan ’Choral Speaking' 2014

Disediakan oleh,

( ZAITON HJ. AWANG )


Pengurus Pasukan
SK. Tobobon, Kota Kinabalu
Laporan Pertandingan ’Choral Speaking' 2014

Lampiran 1
Lampiran 2

Berikut Ini adalah beberapa keping gambar


bagi pertandingan tersebut. Rakaman video
bagi kesemua pertandingan boleh di layari di
laman facebook – Kz Awang

SENARAI NAMA PESERTA


PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING
PERINGKAT DAERAH 2013
Laporan Pertandingan ’Choral Speaking' 2014

Anda mungkin juga menyukai