Anda di halaman 1dari 2

Setiausaha Pertandingan Pidato PISMP TESL Ambilan Januari 2011,

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa,


59200 Lembah Pantai,
Kuala Lumpur.



. 20 Julai 2011.

Tuan/ Puan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PENAJAAN HADIAH SEMPENA
PERTANDINGAN PIDATO.
Merujuk kepada perkara di atas, saya Lim Xin Yi, Setiausaha Pertandingan Pidato
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tesl Ambilan Januari 2011 ingin
memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk menaja hadiah bagi
Pertandingan Pidato PISMP TESL Ambilan January 2011 yang akan diadakan seperti
berikut:
Tarikh : 12 September 2011
Masa : 2.15 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Auditorium IPG KBA
Tema : Guru Penjana Transformasi Negara
2. Pertandingan ini bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sempena Bulan
Kebangsaan. Pertandingan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat berpidato dalam
kalangan pelajar PISMP Tesl Ambilan Januari 2011. Selain itu, pertandingan ini juga
bertujuan untuk memenuhi kehendak kertas kerja Bahasa Melayu Komunikatif II (WAJ
3116) yang diwajibkan kepada semua pelajar PISMP TESL Ambilan Januari 2011.
3. Sumbangan ikhlas daripada pihak tuan amat penting bagi pihak kami untuk
menjayakan pertandingan pidato ini.
Konklusinya, kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai. Kami membesar hati ingin
mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak tuan menjana hadiah untuk
pertandingan ini kami.
Sekian, terima kasih.






Yang benar,



(LIM XIN YI)
Setiausaha Pertandingan Pidato PISMP Tesl Ambilan Januari 2011,
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai