Anda di halaman 1dari 13

AKTIVITI

LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PULAU PINANG (PPSSPP) BAGI TAHUN 2011/2012

PERTANDINGAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH 2010 PERINGKAT NEGERI Pertandingan ini dibahagikan kepada 5 kategori iaiatu, Kategori Sekolah Menengah Bandar, Sekolah Menengah Luar Bandar, Sekolah Rendah Bandar, Sekolah Rendah Luar Bandar dan Sekolah Kurang Murid. Penilaian telah dilaksanakan mulai 21 Februari hingga 11 Mac 2011. Keputusan bagi setiap kategori adalah seperti berikut : Kategori Sekolah Menengah Bandar : SMK Jelutong (Johan) SMK Teluk Bahang (Johan)

Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar : Kategori Sekolah Rendah Bandar Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar Kategori Sekolah Kurang Murid

: SJKC Jit Sin B (Johan) : SK Jawi (Johan) : SJKT Ladang Changkat (Johan)

BAZAR BUKU PULAU PINANG 2011 Pertandingan Melukis Imitasi Kulit Buku Sekolah-sekolah Menengah Pertandingan Melukis Imitasi Kulit Buku merupakan aktiviti anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan PKG Teluk Air Tawar sempena Bazar Buku Pulau Pinang 2011 bertempat di Dewan Millenium Kepala Batas. PKG Teluk Air Tawar telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan aktiviti tersebut yang melibatkan sekolah-sekolah menengah Daerah Seberang Perai Utara pada 04 April 2011. Para peserta dapat mempamerkan bakat dan kreativiti dalam penghasilan lukisan di samping menggalakkan mereka membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis daripada buku-buku yang diimitasikan. Melalui pertandingan ini juga para peserta dapat membina keyakinan diri serta semangat berdaya saing sesama mereka.

Pertandingan Pidato Spontan Dalam Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Menengah Pertandingan Pidato Spontan Dalam Bahasa Melayu merupakan aktiviti anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan PKG Kepala Batas sempena Bazar Buku Pulau Pinang 2011

bertempat di Dewan Millenium Kepala Batas. PKG Kepala Batas telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti tersebut yang melibatkan sekolah-sekolah menengah Daerah Seberang Perai Utara pada 05 April 2011. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam menyampaikan pidato secara spontan, bersahaja dan meyakinkan di samping membina keyakinan diri dalam kalangan murid untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam Bahasa Melayu. Pertandingan yang disertai sebanyak 14 buah sekolah menengah telah dimenangi oleh Luqmanul Hakim bin Abdul Razak dari SMKA Al-Irshad, Pokok Sena.

Pertandingan Bicara Buku Dalam Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Rendah Tahap Dua Pertandingan Bicara Buku Dalam Bahasa Melayu merupakan aktiviti anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan PKG Penaga sempena Bazar Buku Pulau Pinang 2011 bertempat di Dewan Millenium Kepala Batas. Pertandingan Bicara Buku ini diadakan bertujuan mempromosi bahan bacaan yang telah dibaca oleh murid-murid kepada khalayak ramai. Ia juga membantu murid-murid dalam mengembangkan bakat dan ketokohan serta kepimpinan mereka dalam bidang bahasa. Selain itu, pemberian markah NILAM bagi kategori Rakan Pembaca dapat direkodkan oleh Guru NILAM kepada murid-murid mereka yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Johan bagi pertandingan ini ialah Muhammad Yassirr bin Hamzan dari SK Permatang Janggus, diikuti oleh Nur Farisya Ashikin binti Mohd Fadzli dari SK Mak Mandin di tempat kedua dan Ain Zinneerah binti Ishak dari SK Pokok Sena di tempat ketiga.

Pertandingan Bercerita Dalam Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Rendah Tahap Dua Pertandingan Bercerita Dalam Bahasa Melayu merupakan aktiviti anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan PKG Butterworth sempena Bazar Buku Pulau Pinang 2011 bertempat di Dewan Millenium Kepala Batas. PKG Butterworth telah melaksanakan aktiviti tersebut pada 08 April 2011 yang melibatkan murid-murid tahap dua sekolah-sekolah rendah Daerah Seberang Perai Utara. Pertandingan ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid dalam mengembangkan bakat dan ketokohan serta kepimpinan mereka dalam bidang bahasa. Selain itu, pemberian markah NILAM bagi kategori Rakan Pembaca dapat direkodkan oleh Guru NILAM kepada murid-murid mereka yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Keputusan pertandingan bercerita ini telah dimenangi oleh Nur Ain Madihah binti Harun dari SK Sungai Dua manakala tempat kedua disandang oleh Nuratiqah binti Zaharim dari SK Kuala Perai dan tempat ketiga dimenangi oleh Nurul Syafikah binti Abdul Mutalib dari SK Permatang Tok Jaya.

PEMILIHAN DAN ANUGERAH TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2011

Pemilihan Tokoh NILAM dan Majlis Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan 2011 telah diadakan pada 14 Julai 2011 hingga 17 Julai 2011 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor dan Hotel Quality Shah Alam. Negeri Pulau Pinang telah diwakili oleh empat orang murid mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu ;

i.

Nur Syahirah binti Abdul Rahim ( Kategori SM Luar Bandar )

- SMKA Al-Irshad

ii.

Nurlynnie Azzureenie binti Abdullah - SMJK Perempuan China P.Pinang ( Kategori SM Bandar )

iii.

Siti Nur Aisyah binti Zahari

- SK Paya Keladi

( Kategori SR Luar Bandar ) iv. Tan Su Fern - SJKC Shih Chung Cawangan

( Kategori SR Bandar )

Para peserta Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan 2011 juga telah dibawa menyertai aktiviti jejak maklumat di Taman Seni Islam dan Muzium Sultan Alam Shah di Bandaraya Shah Alam pada 16 Julai 2011 mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Acara kemuncak Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan 2011 berlangsung di Kayangan Ballroom, Hotel Quality, Shah Alam. Majlis telah dihadiri oleh YB Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan 2011.

PEMILIHAN TOKOH NILAM NEGERI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2011 Pemilihan Tokoh NILAM peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2011 telah diadakan pada 19 September 2011 bagi kategori sekolah rendah dan 20 September 2011 bagi kategori sekolah menengah. Proses pemilihan tersebut diadakan di Bilik Pinang, Bilik Aman dan Bilik Jerejak, BTPN Pulau Pinang. Aktiviti ini dilaksanakan oleh pihak BTPN Pulau Pinang dalam usaha mencari tokoh murid NILAM yang akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pada tahun 2012. Keputusan di akhir pemilihan adalah seperti berikut ; i. Nur Farah Aina binti Anuar - SMKA Al-Irshad

( Kategori SM Luar Bandar ) ii. Tan Wei Yong - SMK Seri Nibong

( Kategori SM Bandar ) iii. Nuha Atina binti A.Ghafar - SK Jawi

( Kategori SR Luar Bandar ) iv. Tan Jia Qi - SJKC Shih Chung Cawangan

( Kategori SR Bandar )

KEM PENULIS MUDA 2011 Kem Penulis Muda 2011 merupakan aktiviti galakan membaca anjuran bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang. Program tersebut telah dilaksanakan pada 21 dan 22 Oktober 2011 bertempat di Bilik Pinang, BTPN Pulau Pinang. Kem ini bertujuan mencungkil bakat-bakat murid dalam bidang penulisan berita, rencana dan puisi ke arah menyemai sikap cintakan bahasa Melayu dan Kesusasteraan. Selain itu, program ini memberi idea kepada guru-guru pengiring untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti sedemikian di sekolah masing-masing. Seramai 76 orang murid tingkatan tiga dan empat dan 20 orang guru pengiring dari 20 buah sekolahsekolah menengah terpilih di Pulau Pinang terlibat dalam Kem Penulis Muda 2011. Encik Abdul Nasir bin Mohd Razali, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara telah sudi hadir merasmikan kem tersebut.

KEMBARA LITERISI MAKLUMAT 2011 Kembara Literasi Maklumat 2011 merupakan aktiviti galakan membaca dan kemahiran mencari maklumat anjuran bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Program tersebut telah dilaksanakan pada 28 hingga 30 Oktober 2011 bermula dari BTPN Pulau Pinang ke sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kembara ini bertujuan mendedahkan sesuatu kemahiran yang digunakan apabila maklumat tertentu diperlukan, di samping membolehkan para peserta mencari dan memperoleh maklumat dalam apa jua format dan menggunakan maklumat tersebut secara aktif. Seramai 72 orang murid terlibat dalam Kembara Literasi Maklumat 2011 terdiri daripada sebahagian murid-murid tahap dua sekolah-sekolah rendah di Negeri Pulau Pinang. Mereka merupakan antara AJK dan ahli Kelab Pusat Sumber Sekolah masing-masing. Selain itu, para peserta turut diiringi 10 orang fasilitator dan dua orang urus setia dalam program ini. Antara lokasi kembara ialah di KL Sentral, Pusat Sains Negara, Planetarium Negara, Pasar Seni dan Masjid KLCC.

AKTIVITI PERSATUAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PULAU PINANG (PPSSPP) BAGI TAHUN 2009/2010

1.

KEM KEPEMIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Kem Kepemimpinan pengawas pusat sumber sekolah , telah dilaksanakan pada 25 Februari 2009 dengan kerjasama USM Transkrian. Sebanyak tujuh buah sekolah menengah di kawasan Pusat Kegiatan Guru Nibong Tebal telah mengambil bahagian yang melibatkan seramai 120 orang pegawas pusat sumber sekolah dan 10 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM). Peserta telah didedahkan tentang tugas pengawas pusat sumber, proses teknik bahan dan promosi pusat sumber. Ianya merupakan program permuafakatan yang dijalankan bersama dengan IPTA dan pengawas pusat sumber dapat mendalami ilmu keperpustakawanan dengan berkesan.

2.

BENGKEL PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Bengkel ini telah diadakan pada 13 -15 APRIL 2009 (ISNIN RABU) bertempat di PKG Nibong Tebal. Seramai 12 orang GPM dan lapan orang PTP PKG telah mengambil bahagian. Objektif bengkel ini adalah membina enam fail penilaian Pusat Sumber Sekolah mengikut intrumen Penilai Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan. Sekolah dapat melihat kekurangan dan membuat penambah baikan dari penyediaan enam buah fail ini. Selain itu, bengkel ini juga adalah sebagai persediaan buku pelaporan untuk mesyuarat agung kali keenam PPSSPP.

3.

MESYUARAT AGUNG PPSSPP KALI KEENAM

Mesyuarat Agung PPSSPP kali keenam, telah berjaya dilaksanakan pada 16 APRIL 2009 (Khamis) bertempat di ILP Arumugam Pillai, Nibong Tebal. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Suhaimi bin Saidin (Timbalan YDP) dan kehadiran ahli adalah seramai 468 orang yang terdiri dari pegawai JPN, PPD, BTPN, PKG, Pengetua, Guru Besar, GPM serta ahli individu. Mesyuarat berjalan lancar dengan perbentangan minit mesyuarat yang lalu, laporan tahunan dan laporan kewangan persatuan.

4.

TAKLIMAT PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Program ini telah dijalankan pada 16 APRIL di ILP Arumugam Pillai, Nibong Tebal. Ahli persatuan yang hadir telah mendengar taklimat ini yang dijayakan oleh ; Guru Besar SK Sungai Acheh Guru Besar SK Bagan Jermal Pengetua SMKA Nibong Tebal Pengetua SMK St George Pulau Pinang Ianya lebih merupakan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam melahirkan Pusat Sumber Sekolah yang berjaya di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.

5.

MAJLIS ANUGERAH PSS DAN NILAM PERINGKAT NEGERI

Majlis Anugerah ini telah berjaya dijalankan pada 16 APRIL 2009, di ILP Arumugam Pillai, Nibong Tebal. Penghargaan telah diberikan kepada pemenang bagi kategori PSS Cemerlang, PSS Harapan, Hakim dan Tokoh NILAM negeri. Dua anugerah khas telah diberikan kepada PPD Pengurusan PSS Terbaik dan PKG yang banyak melahirkan PSS Cemerlang di peringkat negeri bagi tahun semasa. Majlis telah dirasmikan oleh yang berbahagia Tuan Haji Md Daud bin Hasanuddin mewakili Pengarah JPN Pulau Pinang.

6.

BENGKEL KHIDMAT BANTU PSS KE PERINGKAT KEBANGSAAN

Bengkel khidmat bantu dan khidmat nasihat kepada sekolah yang mewakili negeri Pulau Pinang peringkat kebangsaan bagi tahun 2009 telah dilaksanakan sepanjang bulan SEPTEMBER 2009. Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, PKG dan GPM setempat telah terlibat. Sumbangan sebanyak RM500.00 telah diberikan kepada sekolah terlibat iaitu ; i. ii. iii. iv. SMK Bukit Jambul SMK Sungai Acheh SK Seri Tasek SK Taman Senangan

Keempat-empat pusat sumber ini telah dinilai oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan OKTOBER 2009.

7.

BENGKEL PENJILIDAN BAHAN BUKU

Bengkel ini telah dijalankan pada 13-15 OKTOBER 2009 di BTPN Pulau Pinang. Ia melibatkan 20 orang GPM seluruh Pulau Pinang dan 20 orang Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru. Ia dijalankan dengan kerjasama dari IPG, Kampus Sultan Abd Halim. Tujuan bengkel ini adalah untuk; Memahami proses penjilidan bahan cetak Membaikpulih bahan bercetak yang rosak. Mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dalam menjilid bahan cetak Dapat menyelenggarakan bahan perpustakaan mengikut Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 - Akta 331. Ianya akan diteruskan dalam beberapa fasa pada tahun 2010, yang mana dapat melibatkan lebih ramai GPM.

8.

PROGRAM INFO HUNT

Program Info Hunt ini merupakan satu aktiviti yang telah dianjurkan bersama antara pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pusat Kegiatan Guru Daerah Seberang Perai Utara. Program ini melibatkan para peserta yang terdiri daripada pengetua dan guru besar dari Daerah Seberang Perai Utara. Program ini berkonsepkan ala explore race dan disusun berdasarkan segmensegmen yang mencabar minda dan kreativiti setiap peserta bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat di dalamnya. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam program ini terdiri daripada Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah di Daerah Seberang Perai Utara. Ianya telah dijalankan pada 6 Ogos 2009 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

9.

BENGKEL PEMBINAAN FAIL TEGAK

Bengkel pembinaan fail tegak / keratan akhbar telah dijalankan dengan jayanya di Pusat Sumber BTPN Pulau Pinang melibatkan 25 orang Pegawai Teknologi Pendidikan . Ianya telah dijalankan pada 17-19 NOVEMBER 2009 dengan kerjasama IPG, Kampus Sultan Abd Halim. Peserta berhasil membina enam tema fail tegak dan ianya akan diteruskan di peringkat Pusat Kegiatan Guru masing-masing.

10.

MESYUARAT JAWATANKUASA PPSSPP

Jawatankuasa PPSSPP telah bermesyuarat sebanyak dua kali sepanjang tahun 2009, iaitu pada 23 Februari 2009 dan 15 Disember 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat , BTPN Pulau Pinang. Kedua-dua mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDP PPSSPP, iaitu Cik Fatimah bt Othman. Tahun 2010 dua kali mesyuarat telah dijalankan iaitu pada 21.01.2010 dan 22. 04.2010.

11.

KUTIPAN YURAN KEAHLIAN

Kutipan yuran telah berjaya dipungut semasa mesyuarat agung kali keenam . Sekolah-sekolah dan ahli individu tidak mempunyai masalah melunaskan yuran bagi menjayakan aktiviti yang dirancang oleh PPSSPP untuk pembangunan pusat sumber sekolah.

12.

PERTANDINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT NEGERI 2009

Penilaian telah dijalankan pada 02 hingga 28 Februari 2010. Lima kategori telah dipertandingan dan keputusan penilaian adalah ;

Kategori SM Bandar

Pencapaian Johan (SMK Tinggi Bukit Mertajam) Naib Johan (SMK Bertam Indah) Ketiga (SMK Pauh Jaya) Saguhati ( SMK Convent Green Lane)

SM Luar Bandar

Johan (SMK Tunku Abd Rahman) Naib Johan (SMKA Al-Irysad) Ketiga (SMK Guar Perahu) Saguhati ( SMK Telok Kumbar)

SR Bandar

Johan (SK Bertam Indah) Naib Johan (SK Taman Senangan) Ketiga (SK Tanjong Bunga) Saguhati ( SJKC Moh Ghee Pusat)

SR Luar Bandar

Johan (SK Sungai Acheh) Naib Johan (SK Keledang Jaya) Ketiga (SK Jawi) Saguhati ( SK Penaga)

Sekolah Kurang Murid (SKM)

Johan (SJKC Yu Chye) Naib Johan (SJKT Ladang Changkat) Saguhati (SJKC Shih Chung Pusat) Saguhati ( SJKT Ladang Transkrian)

13.

PENJUALAN BUKU RAKAN PEMBACA

Buku Rakan Pembaca telah berjaya dijual ke sekolah-sekolah ahli bagi tujuan program NILAM dan RAKAN PEMBACA sebanyak 2200 naskah.

14.

PEMBINAAN SUDUT PPSSPP DAN ICT

Sudut PPSSPP dan ICT (dua buah komputer) yang mempunyai talian internet ditempatkan di Pusat Sumber BTPN Pulau Pinang. Ianya telah dirasmikan oleh YDP PPSSPP pada 23 April 2010. Tujuan pembinaan sudut ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada ahli khasnya (warga pendidik) dan pengunjung BTPN amnya.

15.

LAWATAN PENANDA ARAS KE PSS KEBANGSAAN 2009 (KEDAH DAN PERLIS)

Program ini telah dijalankan dengan kerjasama JPN dan PPD di Pulau Pinang. Ianya telah dilaksanakan pada 1 dan 2 MAC 2010. Destinasi adalah : i. SK Santan Perlis (Johan PSS Kebangsaan SR Luar Bandar 2009) ii. SMK Convent Alor Setar

(Johan PSS Kebangsaan SMK Bandar 2009)

iii.

SMK Tunku Bendahara , Kodiang Kedah

(Johan PSS Kebangsaan SMK Luar Bandar 2009) Seramai 58 orang peserta terdiri dari PPD, AJK Persatuan dan GPM yang terpilih telah turut serta dalam lawatan penanda aras ini.

16.

PENERBITAN BULETIN PPSSPP BIL 1/2010

Persatuan telah berjaya menerbitkan buletin PPSSPP bil 1/2010, pada bulan April 2010. Buletin ini telah dicetak sebanyak 500 naskah dan diedarkan kesemua sekolah-sekolah di Pulau Pinang, JPN, BTPN dan semua PPD. LAPORAN PROGRAM MEMBACA 1MALAYSIA 2009 (Program ini telah dilancarkan pada Oktober 2009)

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

KAWASAN PKG AIR ITAM ALMA BALIK PULAU BAYAN LEPAS BUKIT MERTAJAM BUTTERWORTH DATO KERAMAT GELUGOR KELAWAI KEPALA BATAS NIBONG TEBAL

JUMLAH 26 23 22 30 20 18 20 28 17 20 24

PENGLIBATAN 18 20 17 21 17 16 20 16 11 16 22

PERATUS 69.23 86.96 77.27 70 85 88.89 100 57.14 64.71 80 91.67

12 13 14 15 16 17 18

PENAGA PENANTI SEBERANG JAYA SUNGAI BAKAP TANJUNG BUNGA TASEK GELUGOR TELOK AIR TAWAR JUMLAH

12 21 22 31 19 23 16 392

8 18 22 31 13 10 13 309

66.67 85.71 100 100 68.42 43.48 81.25 78.83

TAKWIM PERSATUAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PULAU PINANG (PPSSPP) 2010

BULAN JAN

TARIKH 21.01.2010

AKTIVITI Mesyuarat PPSSPP Bil 1/2010

TEMPAT BTPN PP Pusat Sumber

SASARAN AJK PPSSPP

15-27.02.2010 FEB 02-22.02.2010 4.3.2010 MAC 10-11 Mac 2010 23-26.03. 2010

Pembinaan sudut PPSSPP dan ICT BTPNPP Penilaian PSS Peringkat Negeri 2009 Mesyuarat Pesediaan Mesyuarat Agung BTPNPP Dan Anugerah PSS Peringkat negeri bil 1/2010 Lawatan ke Kedah dan Perlis ( PSS kebangsaan) 2009 Kedah dan Perlis Sekolah terpilih

AJK PPSSPP

PTP UPSP/PKG/h

KPP/PP/PTP

AJK PPSSPP/ GPM

Kursus Asas Pengurusan PSS

BTPN PP

GPM/PTP

APRIL

6.4.2010

Mesyuarat Khidmat Bantu

BTPNPP

UPSP/PKG

BULAN

TARIKH 8.4..2010

AKTIVITI Mesyuarat Pesediaan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Anugerah PSS Peringkat negeri bil 2/2010 Mesyuarat Agung PPSSPP Kali Ketujuh

TEMPAT

SASARAN

BTPNPP

KPP/PP/PTP

15.04. 2010

Majlis Anugerah PSS Peringkat negeri /NILAM 2009

ILP Nibong Tebal

Pengarah/PPD/P dll

17-21.05.2010 20.05. 2010

Kursus Pertengahan Pengurusan PSS

BTPN P.P

GPM/PTP

Mesyuarat PPSSPP Bil 2/2010 MEI 1-30.07.2010 JULAI 27-29.7.2010 Kem Membaca dan Jejak Maklumat Peringkat Negeri (PPD Tengah dab Barat Daya) Khidmat Bantu/ nasihat PSS ke Peringkat Kebangsaan

BTPN PP

AJK PPSSPP

Sekolah terlibat

AJK PPSSPP

BTPN P.Pinang

Tokoh NILAM/GP

OGOS

1-31 .08.2010

Pertandingan Fotografi Kemerdekaan

Sekolah-sekolah P.Pinang

PSS

Mesyuarat PPSSPP Bil 3/2010 23.09. 2010 SEPT.

BTPN PP

AJK PPSSPP

BTPNPP 30.09.2010 Mesyuarat JK Gerakan Membaca Negeri

AJK Gerakan Mem (JPN,PPD,

Pengetua/GB/BT Bengkel Pengjilidan Bahan Buku 1 4-7.10.2010 (PPD Timur Laut) 11-14.10.2010 Bengkel Pengjilidan Bahan Buku 2 PKG Kepala Batas GPM PKG Kelawai GPM

BULAN OKT.

TARIKH

AKTIVITI (PPD Utara) Bengkel Pengjilidan Bahan Buku 3

TEMPAT

SASARAN

18-21.10.2010 (PPD Selatan) 1- 30.10.2010 Penilaian PSS Peringkat Negeri 2010

PKG Nibong Tebal

GPM

Sekolah terlibat

Hakim PSS

16.12 2010 DIS.

Mesyuarat PPSSPP Bil 4/2010

BTPN PP

AJK PPSSPP

Anda mungkin juga menyukai