Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PERINGKAT


NEGERI 2013
1.

TUJUAN
Kertas ini dikemukakan untuk memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN) tentang cadangan pelaksanaan Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah
dan Rendah Peringkat Negeri 2013.

2.

LATAR BELAKANG
2.1

Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah dan Rendah 2013 merupakan


program/aktiviti pengembangan bahasa dan sastera dalam kalangan
pelajar sekolah menengah dan rendah.

2.2

Program ini anjuran bersama oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Syarikat
Permainan Malaysia.

3.

MAKLUMAT PROGRAM
3.1

Objektif
3.1.1

Meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu


dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah.

3.1.2

Menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar dari peringkat sekolah


menengah dalam membina kosa kata dalam bahasa Melayu.

3.1.3

Melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam penggunaan bahasa


Melayu.

3.2

Justifikasi
Pihak JPN dimohon untuk bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka
untuk menjayakan Pertandingan Sahibba pada peringkat negeri masingmasing sebelum pelaksanaannya pada peringkat kebangsaan, iaitu pada
20 Jun 2013. Oleh itu, DBP melalui Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah
Tengah

(DBPWTgh)

akan

bekerjasama

dalam

melaksanakannya,

khususnya di negeri-negeri di Wilayah Tengah. Pertandingan ini juga dapat


meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar sekolah menengah dan rendah serta dapat melahirkan golongan
remaja

dan

kanak-kanak

yang

pertandingan.

berkeyakinan

tinggi

melalui

kaedah

3.3

Pelaksana
3.3.1

Program ini dianjurkan oleh DBP dan JPN.

3.3.2

DBP bertanggungjawab terhadap:


(a) Pelantikan dan bayaran honorarium hakim dan juri.
(b) Hadiah pemenang dan sagu hati.
(c) Cenderamata perasmi.
(d) Jamuan makan pagi dan tengah hari untuk peserta, urus
setia dan hakim/juri.

3.5.3

JPN bertanggungjawab terhadap:


(a) Penyediaan kemudahan, tempat dan peralatan.
(b) Promosi dan publisiti.
(c) Penyertaan peserta.
(d) Cadangan hakim/juri.
(e) Perbelanjaan

pengangkutan,

makan

dan

minum,

dan

penginapan peserta serta guru pengiring (sekiranya perlu)


sebelum dan selepas program.
(f) Hal-hal yang berkaitan dengan perjalanan program dan
keurusetiaan.
3.4

Pelaksanaan Program
3.4.1

Cadangan Tarikh dan Tempat


(a) Pahang
24 April 2013 di Cameron Highlands
(b) Negeri Sembilan
4 Mei 2013 di SMK Dato Abdul Samad, Kuala Pilah
(c) Selangor
9 April 2013 di Hulu Selangor
(d) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
14 April 2013 di SMK Aminuddin Baki, Kampung Pandan
(e) Wilayah Persekutuan Putrajaya
21 April 2013 di Putrajaya

3.4.2

Penyertaan/Peserta
Pertandingan ini dibuka kepada pelajar tingkatan 1 hingga 3
(Menengah Rendah) untuk sekolah menengah dan pelajar darjah 4
hingga 6 (Tahap Dua) untuk sekolah rendah. JPN perlu menghantar
jumlah peserta untuk pertandingan seperti yang berikut:

(a) Pahang
- 36 orang peserta SR
- 36 orang peserta SM
(b) Negeri Sembilan
- 32 orang peserta SR
- 32 orang peserta SM
(c) Selangor
- 32 orang peserta SR
- 32 orang peserta SM
(d) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- 32 orang peserta SR
- 32 orang peserta SM
(e) Wilayah Persekutuan Putrajaya
- 36 orang peserta SR
- 36 orang peserta SM
3.4.3

Urus Setia Peringkat DBP


Pengerusi Bersama :

Pengarah DBPWTgh

Penyelaras

Puan Yusaida Yusof

Setiausaha

Puan Siti Ruzaiha Mohd Riffin

Ahli Jawatankuasa

Encik Rahimi bin Arifin


Puan Nor Azianti binti Abd Aziz
Puan Faizatul Azura binti Mohd Fatoni

3.4.4

Pengisian/jadual program
Program akan dilaksanakan selama sehari. Pengisian/jadual
program adalah seperti Lampiran 1.

4.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Pertandingan pada peringkat negeri akan diadakan sebanyak empat pusingan.
(Tertakluk kepada jumlah peserta bagi setiap negeri.) Pecahan pusingan adalah
seperti yang berikut:
(i)

Pusingan Pertama:
32 orang peserta dibahagikan kepada lapan (8) buah kumpulan.
Sebanyak 16 orang peserta akan mara ke Pusingan Kedua berdasarkan markah
yang tertinggi.

(ii)

Pusingan Kedua:
16 orang peserta dibahagikan kepada empat (4) buah kumpulan.
Sebanyak lapan (8) orang peserta akan mara ke Pusingan Ketiga berdasarkan
markah yang tertinggi.

(iii)

Pusingan Ketiga:
Lapan (8) orang peserta dibahagikan kepada dua (2) buah kumpulan.
Empat (4) orang peserta yang mempunyai markah yang tertinggi dalam pusingan
ketiga ini akan bertanding pada Pusingan Akhir.

(iv)

Pusingan Akhir:
Empat (4) orang peserta sahaja untuk pusingan ini. Pusingan ini pusingan
menentukan johan, naib johan, tempat ke-3 dan sagu hati dalam Pertandingan
Sahibba Peringkat Negeri. Johan bagi setiap negeri akan mewakili negeri masingmasing ke peringkat kebangsaan.

5.

HADIAH
5.1

SEKOLAH MENENGAH
Johan

Wang Tunai
Sijil Penghargaan DBP
Barangan Tajaan SPM

Naib Johan

Wang Tunai
Sijil Penghargaan DBP
Barangan Tajaan SPM

Tempat Ketiga

Wang Tunai
Sijil Penghargaan DBP
Barangan Tajaan SPM

Sagu Hati

(Seorang)

Wang Tunai
Sijil Penghargaan DBP
Barangan Tajaan SPM

Peserta yang tidak berjaya turut menerima:


(i)

Sijil penyertaan DBP

(ii)

Hadiah Tajaan SPM

5.2

SEKOLAH RENDAH
Johan

Wang Tunai
Sijil Penghargaan DBP
Barangan Tajaan SPM

Naib Johan

Wang Tunai
Sijil Penghargaan DBP
Barangan Tajaan SPM

Tempat Ketiga

Wang Tunai
Sijil Penghargaan DBP
Barangan Tajaan SPM

Sagu Hati

(Seorang)

Wang Tunai
Sijil Penghargaan DBP
Barangan Tajaan SPM

Peserta yang tidak berjaya turut menerima:

6.

(i)

Sijil penyertaan DBP

(ii)

Hadiah Tajaan SPM

PENGHAKIMAN
6.1

Setiap meja akan ditempatkan seorang hakim. Seorang juri akan dilantik
untuk membuat keputusan terhadap sebarang pertikaian.

6.2

Keputusan panel hakim adalah muktamad.

6.3

Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru-guru


dan pegawai-pegawai Pegawai PPD/JPN atau DBP.

7.

PANDUAN KEPADA PANEL HAKIM


Bayaran kepada hakim adalah berdasarkan honorarium yang ditetapkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka. Panel hakim tidak boleh terpengaruh dengan reaksi
emosi peserta/penyokong.

5.

PENUTUP
Semoga pertandingan ini dapat memberikan impak dalam penyuburan pemikiran
dan percambahan kosa kata pelajar.

LAMPIRAN 1
ATUR CARA
PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
PERINGKAT NEGERI 2013
(Perubahan waktu tertakluk kepada negeri)

8.00 9.00 pagi

Pendaftaran

9.00 9.30 pagi

Taklimat Hakim dan Peserta

9.45 10.15 pagi

Pertandingan Pusingan Pertama

10.15 10.30 pagi

Minum Pagi

10.30 11.15 pagi

Pertandingan Pusingan Kedua

11.15 11.45 pagi

Pertandingan Pusingan Ketiga

12.00 12.30 tengah hari

Pertandingan Pusingan Akhir

1.00 2.00 petang

Penyampaian Hadiah dan Sijil


Makan Tengah Hari dan Bersurai

Anda mungkin juga menyukai