Anda di halaman 1dari 6

KERTAS

CADANGAN
TERAPI BOLING
2018
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PPKI)
SK LARKIN 2
Lite Superbowl JB 2, Pelangi Leisure Mall,Jalan Serampang,
Taman Pelangi,80400 Johor Bahru,Johor.
1. PENDAHULUAN

Proses pengajaran dan pembelajaran dalan pendidikan khas memerlukan guru


menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai untuk perkembangan diri,
kebolehan,keupayaan, bakat, minat serta latarbelakang murid. Salah satu dari
perkara untuk mengaplikasikan perkara ini adalah melalui terapi boling.Aktiviti ini
merupakan salah satu permainan luaran dalam komponen Pendidikan Jasmani yang
perlu didedahkan kepada murid pendidkan khas. Permaianan boling juga merupakan
satu terapi fizikal bagi murid berkeperluan khas untuk melakukan pergerakan secara
bebas.

2. RASIONAL

 Menggalakkan murid ke arah pembelajaran langsung.


 Merangsang murid supaya terlibat secara aktif dalam permainan
luaran.
 Merangsang keupayaan dengan terapi fizikal.
 Mencungkil bakat dan minat di kalangan murid berkeperluan
khas dalam aktiviti boling.
 Menyemai perhubungan/komunikasi sesama ahli dan
masyarakat luar.

3. OBJEKTIF

Dengan adanya aktiviti ini diharap murid berkeperluan khas boleh:

1. Mendapat pendedahan awal kepada pengalaman sebenar dan alami sendiri.


2. Mengenal terapi boling dan bermain mengikut peraturan.
3. Memahirkan koordinasi tangan , kaki, mata dan fikiran dengan lebih baik
(motor halus dan motor kasar).
4. Mewujudkan integrasi dengan masyarakat luar.
5. Membina keyakinan diri.
6. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman.

4. POPULASI TERLIBAT

Seramai 15 orang guru, 5 orang pembantu pengurusan murid dan 43 orang murid
PPKI SK Lelaki Jalan Batu
5. KEKERAPAN PERLAKSANAAN AKTIVITI

 1 kali sebulan

6. TEMPAT AKTIVITI

 i -Bowl, Bowling & Snooker Center,Brem Mall,Jalan Kepong,Kuala


Lumpur.

7. TENTATIF AKTIVITI

 07.40 pagi Penyediaan murid, peralatan dan makanan


 09.00 pagi Bertolak dengan kereta guru-guru
 09.30 pagi Tiba di Brem Mall
 09.40 pagi Pendaftaran dan penerangan oleh guru
pembimbing
 10.00 pagi Aktiviti senaman regangan
 10.30 pagi Terapi boling bermula
 12.00 tengah hari Berangkat balik ke sekolah
 12.30 tengah hari Bersurai (Ibubapa/penjaga menjemput anak-anak
mereka).

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA JUMLAH

1. Makanan dan Minuman (RM 5.00 X 43) RM 215.00

2. Pengangkutan pergi dan balik (Bas) RM 300.00

3. Boling (RM 7.00 X 43) RM 301.00

4. Lain-lain RM 30.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 846.00

8. RUMUSAN

Melalui aktiviti terapi boling sebagai satu cara pembelajaran di luar


sekolah,diharapkan murid PPKI dapat merealisasikan objektif terapi ini diwujudkan
disamping memberi keseronokan dalam menjalani aktiviti.Melalui aktiviti ini juga
murid diserapkan dengan nilai murni seperti mendengar arahan ,bekerjasama dalam
kumpulan dan bergaul dengan masyarakat luar.Terapi boling juga dapat
memantapkan sikap yakin kendiri murid dan meningkatkan kemahiran dalam
permainan boling, malahan murid dapat mengetahui pencapaian dan kebolehan diri
dalam aktiviti boling.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................ ..............................................

(Puan Balqis Binti Musa) (Cik Haszanarita Bt Hasim)


Setiausaha Terapi Boling 2017 Guru Penolong Kanan PPKI
SK Lelaki Jalan Batu

Disahkan oleh:

..................................................................................

(En Jamaludin Bin Mohd Hashim)


Guru Besar
SK Lelaki Jalan Batu

LAMPIRAN
TARIKH TERAPI BOLING 2017

BULAN TARIKH
APRIL 25/04/2017
MEI 24/05/2017
JULAI 18/07/2017
OGOS 23/08/2017
SEPTEMBER 27/09/2017
OKTOBER 25/10/2017
NOVEMBER 08/11/2017
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai