Anda di halaman 1dari 2

Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf.

Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah
Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)

Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah
ini. 

Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan... Ayat ini adalah ayat pengasih bagi
mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat
kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai
Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Maksud Surah Yusuf Ayat 4;

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku
mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi
hormat kepadaku“

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii"

Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.: 


"Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya
Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu"

Caranya:

Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah. 

Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh

Anda mungkin juga menyukai