Anda di halaman 1dari 3

Kawan,

Ayah ajak solat, kau kata kau penat


Ibu suruh solat, kau kata kau dah buat
Allah Maha Melihat
Malaikat mencatat
Kau kan kena sebat
La...la...

Eh...dah masuk waktu solat lah kawan-kawan..


Haaa... kalau dengar suara azan apa yang kawan-kawan lakukan..
Tutup tv, dan segera ambil wuduk untuk solat...
Atau teruskan menyanyi tanpa hiraukan azan

Renung...renung kan lah dan mari kita bermuhasabah..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillahirobill alamin
Wassola tu wassalamuala robbu lil amin
Waala alihi wassoh bihi ajmain

Andai patah sayap rajawali,


Bertongkat jua patik kemari,
Bukan kerana ingin mencari autoriti,
Tetapi untuk membawa kita semua memahami, menerokai serta mengahayati tajuk dakwah
saya pada hari ini iaitu “Perintah dari llahi”...

Kawan- kawan,

Solat adalah perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi
dengan salam. Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim sebagaimana Rukun
Islam.

Jamaah... ooo... jamaah.... Alhamdulillah....

Saya ingin bertanya...

Mengapa kita wajib tunaikan solat??


Mengapa kawan-kawan?

Yaaa..... kita wajib menunaikan solat kerana Melalui ibadah solat manusia dapat mengambil
kesempatan menjadikannya sebagai waktu untuk bertaubat daripada dosa-dosa yang
dilakukannya. Maka solat yang dilakukan berulang kali akan membersihkan dirinya daripada
maksiat dan dosa..
Namun pada hari ini, ramai orang menunaikan solat tanpa khusyuk.

Lakonan :
Allahuakbar.... orang tahu tak aku datang solat berjemaah kat masjid malam ni... apa
kata aku ambik gambar sebagai bukti.... selfie....

Tengok kawan-kawan,

Dalam kita mengadap Allah, sempat kita berselfie hanya untuk kagumkan manusia lain.
Bagaimana Allah nak terima solat kita andai kita bermain-main di dalam ibadah. Khusyuk
perlu diamalkan tidak hanya di dalam solat. Ia perlu diaplikasikan dalam setiap ibadah yang
kita lakukan agar kesannya lebih positif.

Firman Allah..

Auzubillahiminasyaitonirrojim...

         


dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan Yang keji dan mungkar;

Surah al-ankabut ayat 45

Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa solat dapat mencegah perbuatan yang tidak
baik kerana dengan solat kita dapat membentuk peribadi yang mulia.

Kawan-kawan,

Solat itu tiang agama. “Assolatu amaduddin”.

Sesiapa yang mendirikan solat,


Orang itu mendirikan agama.

Sesiapa yang meninggalkan solat,


Maka Dia lah yang menruntuhkan agama...

Betapa ramai orang yang cerdik, tidak solat..


Betapa ramai orang yang tengok bola, tidak solat...
Pergi melancong, tidak solat....

Isro’dan mikraj siroh junjungan mulia


Nabi Muhammad s.a.w
Sidratul muntaha tempat singgahsana
Perintah solat difardukan
Oleh yang maha Esa
5 waktu awal peringkat,
Atas nasihat nabi Musa,
Solat 5 waktu sehari semalam
Buat selama-lamanya

Kawan-kawan,
Sebelum nabi wafat dalam keadaan nazak baginda melawan sakaratul maut, nabi menyebut
As solah............ as solah................. as solah...........
“wahai ummatku... bersolatlah kamu, dan janganlah kamu meninggalkan solat...
pentingkanlah solat...”

Ingatlah kawan-kawan,
Di dalam kubur, ada seekor ular yang bersedia untuk mematuk orang yang tidak solat. Sekali
dipatuk 70 tahun tersiksa. Kukunya daripada besi, matanya daripada api.

Alhamdulillah kawan-kawan, hari ini kem bestari solat terus dilaksanakan di sekolah-sekolah
melalai program jqaf. Amalan solat secara berjemaah di sekolah-sekolah juga merupakan
satu usaha murni yang perlu diperkasakan untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang.
Oleh itu kawan-kawan, marilah kita istiqomah dalam mendirikan solat kerana solat itu tiang
agama. insyaAllah hidup kita akan selamat dan berkat.

bismillahirohmanirrohim

Saya akhiri dengan


Wabillhitaufikwalhidayahwassalamualaikum warohatuAllahiwabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai