Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim..

‫محدا وشكرا هلل‬...


Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh…

Hai kawan-kawan, apa khabar semua? Alhamdulillah…

Kawan-kawan, petang semalam adik saya ajak bermain telefon.


Katanya, dia hendak menelefon Allah SWT. Saya tertanya-tanya…
Katanya lagi, nombor telefon Allah ialah 24434. Oh… baru saya terfikir,
24434 ini merujuk kepada bilangan rakaat solat setiap hari.
Bijakkan adik saya?

Haaa… jom kita bercerita tentang solat.


Solat ialah perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan
takbiratul ihram dan disudahi dengan salam. Kita diwajibkan
menunaikan solat 5 kali sehari. Jom sebut bersama saya 5 waktu solat.
Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 43:

۟ ‫وا ٱل َّز َك ٰوةَ َوٱرْ َكع‬


َ‫ُوا َم َع ٱل ٰ َّر ِك ِعين‬ ۟ ُ‫صلَ ٰوةَ َو َءات‬ ۟ ‫َوَأقِي ُم‬
َّ ‫وا ٱل‬
Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat
dan rukuklah kalian, Bersama orang-orang yang rukuk”.

Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa ibadah solat adalah wajib dan
kita dilarang untuk meninggalkannya.

Kita semua nak dapat pahala atau tidak?


Haaa… kalua nak dapatkan pahala, solat hendaklah dijaga, perlu
dilaksanakan segera, jangan lalai atau buat-buat lupa.
Kalau kawan-kawan nak tahu, ibadah solat banyak faedahnya.
Ganjaran pahala Allah berikan,
Solat menjadi peneguh iman,
Dapat membentuk akhlak insan,
Terhindar dari dosa dan kesalahan,
Bahagia hidup mendapat keredhaan,
Ganjaran syurga janjinya Tuhan… (lagu Sepohon Kayu)
Saya teringat akan sebuah kisah di zaman Rasulullah SAW. Kalau
semua nak tahu, Nabi dan para sabahatnya berehat dengan solat.
Tetapi kita hari ini, sunnah nabi dipandang sepi, hanya ingat sunnah bila
hendak beristeri. Kita kata, kita cintakan nabi, tapi sibuk mengejar
duniawi, sehingga lupa bekalan ukhrawi.
Serangkap pantun sebagai renungan sebelum saya mengundurkan diri,
Nabi Muhammad utusan mulia,
Agung namanya sepanjang masa,
Jadikan baginda sebagai idola,
Bukan menyanjung artis Korea.
Sekian…
Wabillaahi taufik wal hidaayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai