Anda di halaman 1dari 5

Bismillahirrahmaniirahim…

hamdan wasyukron lillah.. amma ba"d


Assalamualaikum w.b.t saya titipkan buat semua.
Hai kawan-kawan, apa khabar semua? Alhamdulillah…

Kawan-kawan, petang semalam adik saya ajak bermain


telefon. Katanya, dia hendak menelefon Allah s.w.t. Saya
tertanya-tanya. Katanya lagi, no telefon Allah ialah 24434.
Oh, baru saya terfikir, 24434 ini merujuk kepada bilangan
rakaat solat setiap hari.
Bijaknya adik saya kan?

Haaa… jom kita bercerita tentang solat.

Solat ialah perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai


dengan takbir dan disudahi dengan salam. Kita diwajibkan
solat 5 kali sehari. Jom sebut bersama saya 5 waktu solat.

Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat


43: auzubillahiminassyaitonirrojiim
wa aqii mussolah waa tuz zakah
Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan solat dan
keluarkanlah zakat”.

Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa ibadah solat adalah


wajib dan kita dilarang untuk meninggalkannya.

Kita semua nak dapat pahala atau tidak?


Haa…kalau nak dapatkan pahala, solat hendaklah dijaga,
perlu dilaksanakan segera, jangan lalai atau buat-buat lupa.

Kalau kawan-kawan nak tahu, ibadah solat banyak faedahnya.

Ganjaran pahala Allah berikan,


Solat menjadi peneguh iman,
Dapat membentuk akhlak insan,
Terhindar dari dosa dan kesalahan,
Bahagia hidup mendapat keredhaan,
Ganjaran syurga janjinya Tuhan.

Saya teringat akan sebuah kisah di zaman Rasulullah.


Kalau semua nak tahu, Nabi dan para sahabat berehat dengan
solat.
Sewaktu Rasulullah sedang menanggung kesakitan akibat
peperangan Uhud, tiba-tiba Baginda bersabda.

“Wahai Bilal, tolong rehatkan kami!


Lalu Bilal bangkit dan melaungkan azan untuk solat. Selepas
solat, Rasulullah kelihatan tersenyum. Para sahabat bertanya,
“Kenapa engkau tersenyum wahai Rasulullah?”

Rasulullah menjawab, “sewaktu solat aku menerima


perkhabaran gembira daripada Jibril bahawa 70 orang yang
syahid dalam medan Uhud telah dijamin syurga oleh Allah”.

Maka benarlah, solat memberi ketenangan, solat juga


memberi kemenangan.

Tetapi kita hari ini,


Apabila solat kita lambat,
Waktu Subuh kita tidur penuh nikmat,
Apabila Zuhur kita sibuk dengan kerja di pejabat,
Asar pula kita bermain sehingga penat,
Menjelang Maghrib di depan tv kita melekat,
Dan di waktu Isyak kita kekenyangan kemudian berehat.

Solat kita? Hanya dibuat sekiranya sempat.


Astaghfirullah…

Jangan kita lupa, sewaktu peristiwa Israk Mikraj, kita sudah


mendapat diskaun, daripada 50 waktu solat kepada hanya 5
waktu sehari semalam. Jangan malas, jangan culas.

Jangan kita lupa, solat itu ibadah fardhu, bukan hanya dibuat
sekiranya mahu, perlu dilaksana setiap waktu, barulah hidup
diberkati selalu.

Saya tinggalkan anda semua dengan satu persoalan,


Cuba kita bayangkan, apabila bangun pagi kita menerima
pesanan, “Perdana Menteri nak jumpa jam 10 pagi”.
Kita pun kelam kabut membuat persiapan itu ini.

Cuba bayangkan, Allah menjemput kita secara eksklusif untuk


mengadap-Nya lima kali sehari, tetapi masih ada yang tidak
peduli dan sombongkan diri.

Fikir-fikirkan!!!
Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum,
warohmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai