Anda di halaman 1dari 5

Qadaq Solat...bagaimana kalau sebelum ini bertahun-tahun tak solat?

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah, berikan lah aku kekuatan untuk melaksanakan hakMu....melaksanakan


kewajipanku....supaya aku lebih hampir denganMu....

Sekadar perkongsian.....

Dipetik dari laman http://aimanyusoff.blogspot.com/2012/07/muhasabah-diri-


cara-qada-solat-yang.html.

Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan
yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2.
Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang
lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh. Mungkin kita
adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak
sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua
disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah
baligh dulu. 

 Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya
dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum
tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang
ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan
hutang kita dengan Allah. Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai
mana mahu qada’ solat?

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana
tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja
ditinggalkan. Misalnyasembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai
semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan
bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w.
sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau
terlupa.

Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu
sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar
waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara
mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”
Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya
kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua
belas rakaat.” (Muslim)

Cara niat Qada bagi solat fardu lima waktu pula ialah:
1.   Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

2.   Solat Isyak:


“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

3.   Solat Subuh:


“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

4.   Solat Zuhur:


“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

5.   Solat Asar:


“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak
akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua
jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, 
pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat
fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah
ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak
solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada
kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat
qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya,  jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat
mengqada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya
bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada
kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan
juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya.
Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa
sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada
semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Wallahualam…….
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~

Perkongsian tambahan di bawah dari laman web


http://www.darulnuman.com/index.php?
option=com_content&view=article&id=77&Itemid=139

1. Mengqada'kan Solat
Soalan: Adakah perlu mengqada' solat fardhu yang telah ditinggalkan atau
cukupkah dengan bertaubat sahaja?

Jawapan:
Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah
pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya.
Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan
mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang
syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu terlupa dan
tertidur.
Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja, wajib
bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak
akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi
meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala
perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak akan
mengulangi semua keburukan pada masa akan datang. Wajib ke atasnya mengqada'
semula solat-solat yang telah ditinggalkan.

2. Masa Mengqadha' Solat


Soalan: Bilakah tepat masanya yang sesuai untuk kita mengqadha' solat fardhu?

Jawapan:
Para ulama sepakat bahawa mengqadha' solat itu wajib bagi orang yang lupa atau
tertidur, sebagaimana dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: "Sebenarnya
bukanlah termasuk lalai kerana tertidur. Kelalaian itu ialah di waktu bangun. Maka
apabila seseorang lupa solat atau ia tertidur, hendaklah ia melakukannya jika telah
ingat atau sedar". Orang yang pengsan, tidak perlu mengqadha' solatnya, kecuali
bia ia sedar itu cukup waktu untuk bersuci dan bersolat.

Adapun orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka menurut mazhab
Jumhur ia berdosa dan wajib mengqadha'. Sebaliknya Ibnu Taimiyah berkata:
"Orang yang sengaja meninggalkan solat, tidaklah diperintah oleh syarak
mengqadha' dan jika diqadha' juga maka tidak sah, hanya ia harus memperbanyak
solat sunat".

Kemudian menurut Abu Hanifah, Malik dan Syafei berpendapat bahawa ia harus
mengqadha' bila waktunya habis, bahkan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah
mengatakan bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat atau beberapa solat, ia
boleh mengqadha' sebelum solat yang waktunya hadir, ini bila yang sengaja
ditinggalkan itu lima kali solat atau kurang, baik waktu hadir itu sudah habis atau
belum. Namun kalau lebih dari lima waktu, maka dimulai dengan solat yang hadir
waktunya itu.

3. Mengqada Solat yang Tertinggal


Soalan: Bagaimanakah caranya untuk mengqadakan sembahyang yang
tertinggal, dan apakah niatnya?

Jawapan:
Para ulama sepakat bahawa mengqada solat itu wajib bagi orang yang lupa atau
tertidur. Begitu juga meninggalkan solat dengan sengaja maka menurut mazhab
jumhur ia berdosa dan wajib mengqadha. Menurut Imam Abu Hanifah, Imam Malik
dan Imam Syafie, orang yang meninggalkan solat wajib mengqadanya. Bahkan
Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa barangsiapa meninggalkan
solat atau beberapa solat, ia boleh mengqada sebelum solat yang waktunya hadir.
Ini bila solat yang ditinggalnya itu lima kali solat atau kurang, baik waktu hadir itu
sudah habis atau belum. Tetapi kalau lebih dari lima waktu, maka supaya dimulai
dengan solat yang hadir waktunya itu.
Mengenai niat, cukup dengan menanamkan niat dalam hati bahawa solat yang akan
kita kerjakan itu merupakan solat qada dari solat-solat tertentu yang tertinggal.

Anda mungkin juga menyukai