Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM MINGGU AKADEMIK 2015

PRASEKOLAH WARISAN MEAKR


SK DESA CEMERLANG

PROGRAM MINGGU AKADEMIK

PRASEKOLAH SK DESA CEMERLANG

ULU TIRAM, JOHOR

2015

TARIKH :

04 hb – 08 hb OKTOBER 2015

ANJURAN :

PRASEKOLAH WARISAN MEKAR

1. PENGENALAN
PROGRAM MINGGU AKADEMIK 2015
PRASEKOLAH WARISAN MEAKR
SK DESA CEMERLANG

Pendidikan prasekolah merupakan satu institusi terpenting di dalam sistem


pendidikan Negara sekarang ini. Sebagai guru prasekolah, bertanggungjawab bagi
memastikan murid-murid prasekolah dapat meningkatkan pencapaian akademik.
Program ini merupakan program sokongan ke arah membantu kanak-kanak
prasekolah memantapkan penguasaan kemahiran dalam semua tunjang prasekolah.
Diharapkan dengan terlaksananya program ini akan dapat membantu kanak-kanak
prasekolah menonjolkan potensi dalam bidang akademik sebelum melangkah ke
Tahun Satu.
Oleh yang demikian, Program Minggu Akademik diadakan bagi memastikan
murid-murid Prasekolah Warisan Mekar akan mencapai objektif utama dalam
Tunjang Bahasa dan Komunikasi serta Tunjang Sains dan Teknologi.

2. Matlamat
Program ini diharap akan dapat membantu kanak-kanak prasekolah
memantapkan penguasaan kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk menilai tahap penguasaan akademik murid-murid
di samping memberi peluang mereka menunjukkan nilai daya saing yang sihat
antara rakan-rakan.

3. Objektif
Di akhir program ini diharapkan :
a. Murid-murid dapat mempertingkat kemahiran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris.
b. Murid-murid dapat bersaing secara sihat bersama rakan-rakan.
c. Murid-murid dapat menonjolkan bakat dan potensi dalam diri.
d. Memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid-murid
dalam aktiviti pertandingan yang dilaksanakan.

4. Nama Program
Minggu Akademik Prasekolah 2015

5. Kumpulan Sasaran
25 orang murid Prasekolah

6. Aktiviti
 Pertandingan Tulisan Cantik
 Kuiz Matematik (Tambah & Tolak)
 Pertandingan Bijak Ejaan
 Spelling Competition
 Cross Word Puzzle
 Teka Silang Kata
PROGRAM MINGGU AKADEMIK 2015
PRASEKOLAH WARISAN MEAKR
SK DESA CEMERLANG

 Pertandingan Mewarna

7. Jangka masa 
04 hingga 08 Oktober 2015

8. Sumber kewangan 
LPBT prasekolah

9. Anggaran kos

Bil. Perkara Unit Harga (RM) Jumlah (RM)


1. Hadiah Pertandingan : Piala

 Tempat pertama 7 5.00 x 7 35.00


 Tempat kedua 7 5.00 x 7 35.00
 Tempat ketiga 7 5.00 x 7 35.00
 Tempat keempat 7 5.00 x 7 35.00
 Saguhati 7 5.00 x 7 35.00

Jumlah Keseluruhan RM 175.00

10. Sumber tenaga


Guru prasekolah
Pembantu pengurusan murid

11. Strategi perlaksanaan


Perbincangan dengan guru besar
Penyediaan kertas kerja
Melaksanakan aktiviti
Laporan / Post-mortem / Penilaian

12. Kawalan dan seliaan


Pentadbir

13. Penilaian
13.1 Petunjuk prestasi : kecemerlangan murid-murid
13.2 Pengukur prestasi : pemenang pertandingan
PROGRAM MINGGU AKADEMIK 2015
PRASEKOLAH WARISAN MEAKR
SK DESA CEMERLANG

Penutup

Semoga perancangan yang telah dibuat dapat dijalankan dengan lancar dan
berkesan serta mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh Disahkan oleh

.............................................. .................................................
Rahmah binti Ahmad Norliza binti Hashim
Guru Prasekolah Guru Besar
SK Desa Cemerlang. SK Desa Cemerlang.

14. Anggaran kos

Bil. Perkara Unit Harga (RM) Jumlah (RM)


1. Hadiah Pertandingan :

 Tempat pertama 7 15.00 105.00


 Tempat kedua 7 12.00 84.00
 Tempat ketiga 7 10.00 70.00
 Tempat keempat 7 8.00 56.00
 Saguhati 21 5.00 105.00
PROGRAM MINGGU AKADEMIK 2015
PRASEKOLAH WARISAN MEAKR
SK DESA CEMERLANG

2. Hadiah Penilaian Akhir :

 Bahasa Melayu 1 15.00 15.00


 Bahasa Inggeris 1 15.00 15.00
 Matematik 1 15.00 15.00
 Sains 1 15.00 15.00
 Pendidikan Islam 1 15.00 15.00

3. Hadiah Kehadiran Terbaik 1 10.00 10.00

4. Hadiah Penilaian Akhir Tahun :


 Tempat Pertama 1 20.00 20.00
 Tempat Kedua 1 15.00 15.00
 Tempat Ketiga 1 10.00 10.00

5. Cenderamata Individu 25 5.00 125.00


Jumlah Keseluruhan RM 675.00

Anda mungkin juga menyukai