Anda di halaman 1dari 4

PRASEKOLAH WARISAN MEKAR

SK DESA CEMERLANG, ULU TIRAM, JOHOR


2015
PROGRAM : OH KELUARGAKU

1. MATLAMAT

Program ini diharapkan dapat membantu pelajar prasekolah menguasai kemahiran


hubungan sosial bersama ibubapa seterusnya memenuhi keperluan individu dengan
pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Selain itu, ia juga
bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada ibubapa dan anak-anak yang dapat
menyempurnakan hasil kerja yang berkualiti supaya dapat meningkatkan tahap yakin
diri setiap individu..

2. OBJEKTIF
a. Memberi peluang kepada murid bekerjasama dengan ibubapa untuk
menyempurnakan hasil kerja.
b. Memberi penghargaan untuk hasil kerja yang berkualiti.
c. Menyemai semangat yakin diri kepada murid-murid prasekolah.
d. Memupuk bakat dan minat untuk melahirkan kreativiti.

3. TEMPAT
Kelas Prasekolah Warisan Mekar, SK Desa Cemerlang

4. JANGKAMASA
Tarikh : 08 Februari 2015 ( AHAD )
Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

5. SASARAN
- 25 orang murid prasekolah
- 25 orang ibu atau bapa murid-murid prasekolah
6. ANGGARAN PERBELANJAAN / KOS
a. Pembelian bahan

Bil Perkara Anggaran belanja Jumlah


1 Kertas A4 ( merah, kuning, RM 10.00 x 4 RM 40.00
biru, hijau )
2 Gam RM 1.00 x 25 RM 25.00
3 Marker ( merah, biru, RM 15.00 x 3 RM 45.00
hitam )
JUMLAH RM110.00

b. Perbelanjaan hadiah ( Sumbangan ibubapa )

Bil Perkara Anggaran belanja


1 Hamper
Johan 1. RM 35.00
Naib Johan 2. RM 30.00
Ketiga 3. RM 20.00
2 saguhati 4. RM 15.00
5. RM 15.00
JUMLAH RM 115.00

c. Perbelanjaan kudapan ( Sumbangan ibubapa )

Bil Perkara Anggaran belanja


1 Makanan / kudapan dan RM3.00 x 50
minuman
JUMLAH RM 150.00

7. PERUNTUKAN / SUMBER
Sumbangan ibubapa

8. TENTATIF AKTIVITI :
- Pendaftaran
- Taklimat
- Pertandingan “Buku Skrap” – Oh Keluargaku
- Ucapan Guru Besar
- Penyampaian hadiah
- Kudapan dan bersurai

9. STRATEGI
a. perbincangan dengan guru besar
b. penyediaan kertas kerja / merancang dan menyusun aktiviti.
c. surat pemberitahuan ibubapa
d. Pelaksanaan
e. Pemantauan / penilaian program
f. Laporan

10. KAWALAN / SELIAAN


Guru Besar
Pentadbir

11. PENILAIAN
a. Petunjuk prestasi : hasil kerja berkualiti
b. Pengukur prestasi : penyertaan ibubapa / murid

PENUTUP

Aktiviti ini diharap dapat membantu murid-murid mempertingkatkan keupayaan murid


melahirkan kreativiti bersama ibubapa. Semoga aktiviti ini berjalan lancar dan mencapai
objektifnya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


………………………………… ……………………………….
Rahmah binti Ahmad Norliza binti Hashim
Guru Prasekolah Guru Besar
SK Desa Cemerlang SK Desa Cemerlang

Anda mungkin juga menyukai