Anda di halaman 1dari 9

PENGHARAMAN KENDURI ARWAH, TAHLILAN, YASINAN & SELAMATAN

Amalan mengadakan kenduri arwah dengan pembacaan surah al-Fatihah, Surah al- Ikhlas, Surah
al-Falaq, surah an-Nas, surah Yasin dan beberapa ayat yang lain secara beramai-ramai amat
bertentangan dengan nas al-Quran, hadis-hadis sahih dan athar para sahabat. Membaca al-Quran
berjamaah (beramai-ramai) dengan mengangkat suara sehingga tidak ketahuan bunyi bacaan dan siapa
pendengarnya telah ditegah oleh Allah di dalam firmanNya:

.
“Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar
kamu mendapat rahmat”. AL-A’RAF, 7:204.

Begitu juga al-Quran diturunkan dari langit bukan untuk dibacakan kepada orang yang sudah mati,
tetapi untuk orang yang masih hidup dan wajib dibaca oleh mereka yang masih hidup, kerana orang
mati sudah tidak mampu lagi mendengar perintah al-Quran sebagaimana firman Allah:

“Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang mati itu mendengar”. AN-NAML, 27:80.

، ، .
“Dan tidak sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati, sesungguhnya Allah memberikan
pendengaran kepada siapa yang dikehendakiNya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang
yang dalam kubur dapat mendengar”.

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam pula telah bersabda bahawa apabila seseorang yang telah
mati, sama ada para nabi, para rasul atau para wali maka semua tangungjawab dan segala urusannya
dengan persoalan dunia telah tamat, selesai dan terputus sehingga tiada kaitan dan hubungannya lagi
dengan dunia dan para penghuninya kecuali tiga perkara sebagaimana sabda baginda:

: ، ،
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."6 [1]

Walaupun hadis di atas hanya menyebut doa dari anak yang soleh untuk ibu bapanya, namun
permohonan doa kaum muslimin di dunia yang masih hidup untuk mereka yang sudah mati juga
diharuskan. Walau bagaimanapun, doa dari anak yang soleh adalah berpanjangan dan tidak terputus
kerana anak termasuk hasil usaha seseorang semasa di dunia yang keluar dari tulang sulbinya.

Page 1 of 9
Anak yang soleh disebut oleh Nabi di dalam sabdanya sebagai penyambung amal jariah setelah
kematian orang tuanya. Sebab itulah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam menggalakkan orang-
orang beriman supaya mengahwini perempuan-perempuan yang solehah, yang subur dan pandai
memelihara anak-anaknya agar anak-anak yang ditinggalkan akan menjadi penyambung amal jariah dan
mendoakannya. Sehingga tidak dipertikaikan oleh kalangan para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang
bermanhaj Salaf as-Soleh bahawa amalan ibu-bapa yang terputus sewajarnya disambung oleh anak-anak
yang ditinggalkan oleh orang tuanya. Apa yang perlu diberi perhatian: "Hanya anak-anaknya sahaja,
bukan orang lain" yang dibolehkan menyambung amal orang tuanya yang terputus sebagaimana yang
dapat difahami dari dalil-dalil yang berikut:

: :
‫؟‬ : ‫؟‬ : . : .

Dari Ibn Abbar radiallahu ‘anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
bertanya: Ya Rasulullah! Ibuku telah meninggal sedangkan dia masih berhutang puasa sebulan belum
dibayar, apakah boleh aku membayarnya untuk ibuku? Baginda menjawab: Andaikata ibumu
menanggung hutang apakah engkau yang membayarnya? Beliau menjawab: Ya. Maka baginda
bersabda: Hutang kepada Allah lebih patut dibayarnya”.7 [1]

: :
‫؟‬ : .

“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anhu berkata: Bahawasanya seorang lelaki datang kepada Nabi sallallahu
‘alaihi wa-sallam dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku telah mati mendadak, sehingga dia tidak
berkesempatan untuk berwasiat dan saya rasa andaikan ia mendapat kesempatan berkata tentu dia
berwasiat (supaya bersedekah). Adakah ia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Baginda
sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Ya”.8 [1]

: ،
‫؟‬ : . ‫؟‬ :
.

"Dari Ibn Abbas radiallahu 'anhuma berkata: Seorang perempuan dari suku Juhainah datang kepada
nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bertanya: Ibuku nazar akan mengerjakan haji, tetapi dia telah meninggal
sebelum menunaikan nazarnya apakah boleh aku menghajikannya? Baginda menjawab: Ya, hajikan
untuknya, bagaimana sekiranya ibumu menanggung hutang, apakah engkau yang membayarnya?
Bayarlah hak Allah, kepada Allah lebih layak orang membayarnya".9 [1]

. ‫لا‬ : ‫؟‬ :
‫؟‬ : . : .

"Dari Ibnu Abbas radiallahu 'anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad sallallahu
'alaihi wa-sallam lalu bertanya: Ayahku telah meninggal dan belum mengerjakan haji, apakah boleh aku

Page 2 of 9
menghajikannya? Baginda menjawab: Bagaimana jika ayahmu meninggalkan hutang, apakah kamu yang
membayarnya? Jawabnya: Ya. Baginda bersabda: Maka hajikanlah untuk ayahmu".10 [1]

: . :
‫؟‬ : .

"Dari Ibn Abbas radiallahu 'anhu berkata: Ibu Sa'ad bin 'Ubadah ketika meninggal sedang Sa'ad tidak
ada. Lalu Sa'ad berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku telah meninggal diwaktu aku tidak ada di rumah,
apakah kiranya akan berguna baginya jika aku bersedekah? Baginda menjawab: Ya!. Berkata Sa'ad:
Saya persaksikan kepadamu bahawa kebun kurma yang berbuah itu sebagai sedekah untuknya".11 [1]

: : ،
. ‫؟‬ : . .

"Dari Ibn Abbas radiallahu 'anhu berkata: Seorang wanita dari suku Khasy'am datang kepada Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam lalu bertanya: Ya Rasulullah! Kewajipan Allah atas hambaNya
berhaji telah menimpakan ayahku yang sangat tua sehingga tidak dapat berkenderaan, apakah boleh
aku menghajikannya? Baginda menjawab: Ya boleh. Dan pertanyaan ini terjadi ketika haji al-Wada'.12
[1]

:
: .

“Dari Abi Hurairah radiallahu anhu berkata: Ada seorang lelaki datang kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi
wa-sallam dan berkata: Ayahku telah meninggal dan dia meninggalkan harta dan tidak berwasiat, maka
apa berguna baginya jika aku bersedekah untuk dia? Jawab baginda: Ya".13 [1]

Al-Quran menjadi garis panduan kepada mereka yang masih hidup. Dengan demikian, orang
yang dapat mengambil panduan mestilah dari kalangan orang-orang yang masih hidup sahaja. Orang-
orang yang telah mati sudah tidak memerlukannya lagi kerana kehidupannya telahpun berakhir di dunia
ini. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman di dalam surah Yasin bahawa:

. .

"Al-Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan supaya dia memberi
peringatan kepada orang-orang yang hidup". YASIN, 36:69-70.

Anehnya, surah ini telah disalah gunakan dengan menjadikan bacaan dari yang hidup untuk si
Mati dengan kepercayaan bahawa pahala bacaan dapat memberi manfaat kepada si Mati. Inilah
sangkaan yang buruk terhadap kesempurnaan kitab Allah disebabkan kejahilan dan mengabaikan ilmu.
Mereka tidak sedar untuk apa tujuan sebenar al-Quran diturunkan kepada manusia. Mereka melakukan
sesuatu terhadap al-Quran tanpa keizinan dari Allah dan RasulNya sepertimana perbuatan Yahudi dan
Nasrani terhadap kitab mereka yang akhirnya terjadi tambahan, perubahan dan pemansukhan kepada
kitab mereka.

Page 3 of 9
Secara yang tidak disedari, perkara seperti ini telah dilakukan juga oleh umat Islam dengan
menambah-nambah, mereka-reka dan mengada-adakan amalan yang dicipta oleh mereka sendiri yang
disangka baik, akhirnya ia membawa kepada perbuatan bid'ah dan dosa. Allah telah menerangkan akan
ramainya manusia seperti ini lantaran berburuk sangka terhadap kesempurnaan al-Quran sehingga
berani melakukan sesuatu terhadap al-Quran mengikut hawa hafsu mereka. Allah berfirman:

"Mereka menyangka tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan orang-orang jahiliah". ALI IMRAN,
3:154.

"Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai ilmu tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-
menduga (menyangka) sahaja". AL JAATSYIAH, 45:24

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan bahawa setiap insan hanya
bertanggungjawab di atas apa yang telah diamalkan oleh dirinya sendiri semasa di dunia. Tidak ada
keterangan bahawa seseorang itu akan memikul tanggungjawab di atas amalan yang dilakukan oleh
orang lain, sama ada yang bersangkut-paut dengan dosa atau pahala sebagaimana keterangan ayat di
bawah ini:

، .

"Sesungguhnya seseorang itu tidak akan menanggung dosa seseorang yang lain dan bahawasanya
manusia tidak akan memperolehi ganjaran melainkan apa yang telah ia kerjakan". AN NAJM, 53:38-39.

Berkata al-Hafiz Imam Ibn Kathir rahimahullah:

"Melalui ayat yang mulia ini, Imam Syafie rahimahullah dan para pengikutnya mengambil hukum
bahawa pahala bacaan (al-Quran) dan hadiah pahala tidak sampai kepada si Mati kerana bukan dari
amal mereka dan bukan usaha meraka (si Mati). Oleh kerana itu Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam
tidak pernah mensunnahkan umatnya dan mendesak mereka melakukan perkara tersebut dan tidak
pula menunjuk kepadanya (menghadiahkan bacaan kepada si Mati) walaupun dengan satu nas
(dalil)".14 [1]

Al-Hafiz Imam as-Syaukani rahimahullah menjelaskan di dalam tafsirnya:

"Seseorang tidak akan mendapat melainkan balasan atas usahanya dan ganjaran amalan (yang
diamalkannya sendiri), ia tidak memberi manfaat kepada seseorang akan amalan orang lain."15 [1]

Page 4 of 9
Menurut Imam Ibn Kathir rahimahullah pula ayat di atas bermaksud:

"Sebagaimana tidak dipikulkan (tidak dipertanggung-jawabkan) dosa orang lain begitu juga ia tidak
mendapat ganjaran melainkan apa yang telah ia kerjakan (usahakan) sendiri (semasa di dunia)".16 [1]

Imam Ibn Kathir rahimahullah seterusnya menegaskan bahawa:

"Sesungguhnya manusia itu hanya menerima balasan menurut amalnya, jika baik maka baiklah
balasannya dan jika buruk maka buruklah balasannya".17 [1]

Dan Imam Ibn Kathir berkata lagi:

"Tidak pernah disalin (diterima) perkara itu (menghadiahkan bacaan kepada orang mati) walaupun dari
seorang dari kalangan para sahabat radiallahu 'anhum. Jika sekiranya ia suatu yang baik pasti mereka
telah mendahului kita melakukannya".18 [1]

Imam at-Tabari rahimahullah pula menafsirkan ayat ini:

"Bahawasanya seseorang itu tidak menerima balasan dari amalnya, melainkan apa yang telah
dikerjakan, sama ada (amalnya) itu baik atau buruk".19 [1]

Dan seterusnya Imam at-Tabari menjelaskan lagi:

"Tidak disiksa seseorang itu dengan sesuatu siksaan jika ia tidak mengerjakan dosa tersebut, dan tidak
diberi ganjaran di atas amal soleh untuk orang yang tidak mengerjakannya "..20 [1]

Imam Fakhur ar-Razy rahimahullah pula menafsirkan:

"Sesungguhnya kebaikan orang lain tidak memberi manfaat kepada orang lain yang tidak melakukannya,
sesiapa yang tidak beramal soleh ia tidak mendapat kebaikannya. Maka cukuplah dengan ayat ini sudah
jelas bahawa orang yang berdosa tidak boleh mendapat ganjaran dengan sebab kebaikan orang lain dan
tidak seseorangpun akan menanggung dosanya".21 [1]

Page 5 of 9
Al-Hafiz Imam Jalalain rahimahullah pula menegaskan:

"Maka seseorang tidak akan mendapat apa-apapun dari usaha orang lain".22 [1]

Ayat di atas ini amat jelas. Setiap orang mukmin yang berilmu dan beriman tidak mungkin berani
mengubah ayat di atas ini kepada maksud yang sebaliknya atau menafsirkan kepada maksud dan
pengertian yang bertentangan dengan penafsiran yang diizinkan oleh kaedah ulumul Quran atau syarat
penafsiran yang diterima oleh syara. Tambahan pula ayat di atas ini sudah jelas makna, maksud dan
pengertiannya. Ia telah ditafsirkan juga oleh jumhur ulama tafsir terutamanya Ibn Abbas melalui hadis
dari Aisyah radhiallahu 'anha:

: ( ) ، . ‫ملسمو يراخبلا هاور‬.

"Berkata Ibn Abbas: Telah berkata Aisyah radiallahu ‘anha ketika mendengar hal tersebut: Cukuplah
bagi kamu ayat al-Quran. Bahawa kamu tidak (dipertanggung-jawabkan) untuk memikul dosa orang
yang lain". H/R Bukhari dan Muslim.

Imam Ibn Kathir pula menjelaskan:

"Seseorang jiwa hanya dibalas menurut amalannya. Jika baik maka baiklah balasannya dan jika
amalannya jahat maka jahatlah balasannya".23 [1]

Oleh yang demikian, sepatutnya setiap mukmin dapat mengenal dan memahami ayat dan hadis
yang menerangkan bahawa setiap insan hanya menuai apa yang disemainya:

"Sesiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka untuk dirinya sendiri dan sesiapa berbuat kejahatan
maka (dosa-dosanya) atas dirinya sendiri dan tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba". FUSHILAT, 41:46

"Kamu tidak akan diberi balasan kecuali apa yang telah kamu kerjakan". AS SAFAAT, 37:39.

"Baginyalah apa yang dia kerjakan dan atasnyalah apa yang dia usahakan". AL BAQARAH, 2:286.

"Sesiapa yang kafir maka dia sendirilah yang menanggung (akibat) kekafirannya dan sesiapa yang
beramal soleh maka untuk diri mereka sendirilah (tempat yang menggembirakan)". AR RUM, 30:44.

Page 6 of 9
.

"Sesiapa yang melakukan kejahatan maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan
kejahatan". AL MU'MIN, 40:40.

"Sesiapa yang beramal secara yang bersesuaian dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia telah
berbuat untuk (keselamatan) dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat maka kesesatan itu bagi dirinya
sendiri. Seseorang yang berdosa tidak akan dapat memikul dosa orang lain dan Kami tidak akan
mengazab seseorang sebelum Kami mengutus seorang Rasul". AL ISRA', 17:15.

‫ى‬ .

"Sesiapa yang membersihkan dirinya (dari dosa-dosa) maka dia telah membersihkan dirinya sendiri".
FATIR, 35:18.

"Dan hendaklah kamu takut kepada satu hari yang (di hari tersebut) tidak boleh seseorang melepaskan
sesuatu apa pun dari seseorang yang lain". AL-BAQARAH, 2:123.

"Maka pada hari (Kiamat) tidak seorang pun yang teraniaya sedikit juapun dan tidak dibalas pada kamu
melainkan apa yang kamu telah kerjakan". YASIN, 36:54.

"Hai manusia! Hendaklah kamu takut kepada satu hari (di akhirat) yang (di dalamnya) tidak boleh
seseorang bapa melepaskan (sesuatu apa pun) dari anaknya dan tidak pula anaknya boleh melepaskan
sesuatu apa dari ayahnya". LUQMAN, 31:33.

"Sesiapa yang bekerja keras (di dunia) maka tidak lain melainkan untuk dirinya sendiri". AL-ANKABUT,
29:6.

Imam Fakhrur Razi telah memberi komentar tentang kepercayaan bolehnya menghadiahkan
pahala amalan kepada orang yang telah mati:

"Sesungguhnya kebaikan orang lain tidak boleh memberi manfaat kepada orang yang lain kerana
sesiapa yang tidak beramal soleh ia tidak akan mendapat kebaikannya. Maka cukuplah dengan ayat ini
sudah sempurna (memadai) dan jelas bahawa orang yang berdosa tidak boleh mendapat ganjaran

Page 7 of 9
dengan kebaikan orang lain dan tidak ada orang lain yang boleh menanggung segala dosanya
(kesalahannya)".24 [1]

Imam at-Tabari juga telah menerangkan di dalam tafsirnya:

"Bahawasanya tidak akan dibalas seseorang yang beramal melainkan mengikut amalannya, jika baik
dibalas baik dan jika buruk akan dibalas buruk".25 [1]

Banyak nas-nas dari al-Quran yang menjelaskan perkara ini antaranya ialah firman Allah ‘Azza wa-Jalla:

"Tiap-tiap jiwa (seseorang) bergantung kepada apa yang telah ia usahakan (semasa hidupnya)". AT-
THUR, 52:21.

"Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat melainkan (menurut) apa yang telah diusahakan
(semasa di dunia)". AN-NAJM, 53:39.

، .

"Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar debu pasti dia akan melihatnya dan sesiapa yang
mengerjakan kejahatan seberat debu pasti dia akan melihatnya". AZ-ZILZAL, 99:7-8.

"Pada hari seseorang itu akan melihat apa yang telah diusahakan oleh kedua tangannya". AN-NABA',
78:41.

Berpandukan kepada semua nas-nas dan beberapa penafsiran di atas, terbuktilah bahawa
membacakan al-Quran dengan tujuan untuk menghadiahkan pahala amalan atau pahala bacaannya
kepada orang lain terutamanya orang mati adalah perbuatan sia-sia yang membawa kepada bid'ah.
Tambahan pula tidak pernah ada suruhan atau contoh dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam,
para sahabat atau kalangan Salaf as-Soleh yang membolehkannya, maka perbuatan ini bukanlah sunnah
kerana tidak ada dalilnya dari syara. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan yang bukan dari suruhan kami maka ia tertolak (sia-sia dan
bid’ah)”. H/R Ibn Majah.

[1]. H/R Muslim (3084) al-Wasaya. Turmizi (1298) al-Ahkam. Nasaii (3591) al-Wasaya. Abu Daud
(2494) al-Wasaya. Ahmad (8489) Musnad.

Page 8 of 9
[2]. H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi dan an-Nasaii.

[3]. H/R Bukhari, Muslim dan an-Nasaii

[4]. H/R Bukhari dan an-Nasaii.

[5]. H/R an-Nasaii dan Imam Syafie. Hadis sahih.

[6]. H/R Bukhari, Turmizi dan an-Nasaii.

[7]. H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi dan an-Nasaii.

[8]. Lihat: ‫ ميظعلا نآرقلا ريسفت‬. ‫ ريثك نبا‬Jld. 4. Hlm. 335.

[9]. Lihat: ‫ ريدقلا حتف‬Jld. 5. Hlm. 111.

[10]. Lihat: Tafsir Ibn Kathir tentang ayat di atas.

[11]. Lihat: ‫ ريثك نبا ريسفت‬3. 444.

[12]. Lihat: ‫ ميظعلا نآرقلا ريسفت‬. ‫ ريثك نبا‬Jld. 4. Hlm. 330.

[13]. Lihat: ‫( ىربطلا‬27-29).

[14]. Lihat: ‫( ىربطلا‬27:40).

[15]. Lihat: Tafsir al-Fakhrur ar-Razy. 7:788.

[16]. Lihat: Tafsir Jalalain, 2:198.

[17]. Lihat: ‫ريثك نبا‬. Jld. 3. Hlm. 444.

[18]. Lihat: ‫ ىزارلا رحفلا‬Jld. 7. Hlm. 738.

[19]. Lihat: ‫ ىربطلا‬Hlm. 27.

Page 9 of 9

Anda mungkin juga menyukai