Anda di halaman 1dari 3

Masa selalunya berlalu dengan pantas.

Tanpa kita sedar, setahun boleh


berlalu begitu sahaja. Dan, menjelang tahun baru, biasanya ramai yang akan
menanam azam yang ingin dicapai pada tahun tersebut. Antara azam tahun
baru yang popular sudah semestinya menurunkan berat badan, berhenti
merokok, ingin menyimpan wang dan merancang kewangan pada tahun
tersebut dengan lebih baik. 

Anda pasti sudah memikirkan tentang perbelanjaan mana yang patut


dikurangkan, menambah jumlah simpanan, mengurangkan beban hutang atau
komitmen lain yang boleh dikurangkan. Untuk memudahkan proses
merancang kewangan tahun baru ini, anda boleh menyemak semula
pendapatan dan perbelanjaan anda untuk tahun sebelum itu. Semak semula
pendapatan bulanan anda pada tahun sebelum dan kemudian buat kira-kira
tentang komitmen bulanan anda sebelum ini, buat juga kira-kira tentang
berapa jumlah perbelanjaan anda termasuklah perbelanjaan beli-belah.

Sebaik sahaja anda selesai menyemak semula perbelanjaan dan pendapatan


anda untuk tahun sebelum ini, barulah anda boleh membuat kira-kira tentang
perbelanjaan mana satu yang boleh dikurangkan dalam misi mencapai
matlamat kewangan anda pada tahun baru. 

"...Membuat kira-kira tentang perbelanjaan mana satu yang


boleh dikurangkan dalam misi mencapai matlamat kewangan
anda pada tahun baru." 

2. TETAPKAN MATLAMAT BAHARU


Dalam mencapai bajet kewangan yang baik untuk tahun baru, anda perlu ada
matlamat yang jelas. Matlamat ini bergantung kepada apa yang anda ingin
capai pada tahun baru. Mungkin ada yang merancang ingin membeli rumah,
menambah simpanan dalam pelaburan, mendapatkan pelan perlindungan
takaful dan mungkin juga ada yang ingin menyimpan wang untuk pergi
bercuti. Jadi, sebaik sahaja anda jelas dengan matlamat yang ingin dicapai
pada tahun baru, barulah anda boleh membuat bajet kewangan tahun baru
dengan lebih teliti. 

ARTIKEL BERKAITAN: 6 JENIS MATLAMAT KEWANGAN YANG


ANDA HARUS MEMBINA SEKARANG
3. MENGURUS DAN MENGENALPASTI BAJET
ANDA
Selepas anda menyemak kembali perbelanjaan anda pada tahun lepas dan
ada matlamat yang jelas untuk bajet kewangan tahun ini, kini adalah masanya
anda untuk ketahui cara mengurus dan mengenalpasti bajet anda. Anda boleh
mula membuat penyelarasan semula perbelanjaan bulanan anda untuk tahun
baru. 

Kenal pasti komitmen bulanan yang penting, dan kurangkan perbelanjaan


untuk perkara yang tidak penting. Kenali yang mana satu adalah keperluan
atau kemahuan. Jika apa yang anda inginkan pada bulan itu lebih kepada
kemahuan, cuba kawal nafsu anda dalam berbelanja dengan fokus kepada
matlamat yang anda ingin capai pada tahun itu. Ingat, azam yang ditanam
perlu disertakan sekali dengan kesungguhan. Jika tiada kesungguhan dalam
mencapai matlamat, perancangan kewangan anda untuk tahun baru tidak
akan berjalan lancar. 

4. BERSIAP SEDIA DENGAN STRATEGI


MELUNASKAN HUTANG

Jika matlamat kewangan anda untuk tahun baru ialah untuk menguruskan
hutang dengan lebih baik, anda perlu mempunyai strategi pembayaran balik
hutang yang sesuai dengan bajet bulanan anda. Anda perlu memilih jumlah
bayaran balik hutang bulanan yang membolehkan anda mengurangkan
komitmen hutang apabila tiba hujung tahun. Tetapi harus diingatkan, jumlah
bayaran balik hutang ini juga tidak seharusnya membebankan perbelanjaan
bulanan anda.

"Pilih jumlah yang realistik dan bersesuaian untuk anda


bayar." 
Pilih jumlah yang realistik dan bersesuaian untuk anda bayar. Dan jangan
lupa masukkan sekali jumlah hutang yang perlu dibayar itu di dalam kolum
untuk bajet tahunan anda. 
5. MENGAUTOMASIKAN PENYIMPANAN
WANG
Mengautomasikan penyimpanan wang dengan jumlah tetap setiap bulan ke
akaun simpanan anda adalah salah satu cara yang paling mudah untuk
membuat simpanan wang. Jika bank anda ada menawarkan pilihan untuk
membahagikan akaun simpanan anda mengikut kategori berbeza, anda boleh
membahagikan simpanan mengikut matlamat yang anda inginkan seperti
simpanan wang kecemasan, simpanan untuk bercuti dan lain-lain.

Mengasingkan wang simpanan dengan cara begini sebenarnya adalah lebih


mudah untuk dipantau dan anda boleh tahu berapa banyak jumlah yang telah
terkumpul dan adakah anda boleh mencapai matlamat simpanan yang
diinginkan apabila tiba masanya. 

Anda mungkin juga menyukai