Merancang bajet sememangnya elok jika dibuat pada awal tahun, ini kerana
anda boleh membuat bajet dengan lebih terperinci untuk setiap bulan pada
tahun tersebut. Walau bagaimanapun, ini semua sebenarnya turut bergantung
pada matlamat yang anda ingin capai pada tahun tersebut. Sempena tahun
baru yang bakal menjelang, kami akan kongsikan beberapa tips berguna buat
anda untuk merancang kewangan pada tahun baru dengan lebih bijak.
5. MENGAUTOMASIKAN PENYIMPANAN
WANG
Mengautomasikan penyimpanan wang dengan jumlah tetap setiap bulan ke
akaun simpanan anda adalah salah satu cara yang paling mudah untuk
membuat simpanan wang. Jika bank anda ada menawarkan pilihan untuk
membahagikan akaun simpanan anda mengikut kategori berbeza, anda boleh
membahagikan simpanan mengikut matlamat yang anda inginkan seperti
simpanan wang kecemasan, simpanan untuk bercuti dan lain-lain.
Mengasingkan wang simpanan dengan cara begini sebenarnya adalah lebih
mudah untuk dipantau dan anda boleh tahu berapa banyak jumlah yang telah
terkumpul dan adakah anda boleh mencapai matlamat simpanan yang
diinginkan apabila tiba masanya.