Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 3: Laporan Reflektif

Alhamdullilah bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan izin dan inayahnya saya telah
dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Kerja kursus ini merupakan
Tugasan Projek bagi subjek SJHK 3052 di mana ianya terbahagi kepada dua kategori iaitu
berkumpulan dan individu. Secara berkumpulan, saya dan rakan saya dikehendaki melakukan
satu persembahan video penggambaran pelaksanaan P&P salah satu tajuk Sejarah sekolah
rendah dengan pengintegrasian unsur-unsur Seni dalam Pendidikan manakala tugasan individu
pula dikehendaki melakukan ulasan kritis terhadap satu perbincangan pengajaran dan
pembelajaran serta penghasilan kit persembahan.

Sebelum memulakan kerja kursus ini, saya kurang faham kehendak soalan tugasan ini.
Manakala dengan penerangan jelas yang telah disampaikan oleh pensyarah-pensyarah saya,
saya telah mendapati bahawa apa yang perlu saya menjalankan dalam tugasan ini. Melalui
tugasan ini, saya telah mendapati kelemahan dan kekuatan saya, mendapat ilmu pengetahuan
dan pengalaman bernilai yang baru walaupun menghadapi masalah dalam menyiapkan tugasan
ini.

Kekuatan yang dapat saya lihat semasa saya menyelesaikan kerja kursus ini adalah saya
mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Saya banyak bertanya kepada pensyarah dan
rakan semasa melaksanakan tugasan ini. Kemahiran komunikasi yang baik dapat membantu
saya untuk mengumpul maklumat. Saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dengan
berbincang bersama ahli kumpulan dan menemui pensyarah sebagai tempat rujukan.tugasan
yang diberikan. Dengan perbincangan, kami dapat mengeluarkan pandangan dan buah fikiran
masing-masing bagi membantu pelaksanaan tugasan berkumpulan. Setelah itu, kami telah
membuat pembahagian tugas mengikut persetujuan bersama. Dalam melaksanakan tugasan
dalam berkumpulan, terdapat faedah yang dapat kami diperlihatkan iaitu dapat menjalankan
tugasan dalam masa yang singkat. Dalam tugasan secara individu, kekuatan yang dapat saya
lihat semasa saya menyelesaikan kerja kursus ini adalah terdapat pelbagai sumber rujukan dari
buku dan internet. Tambahan pula, ini membolehkan saya membuat rujukan dan mengumpul
maklumat mengenai soalan yang dikehendaki oleh tugasan.

Sepanjang menjalankan tugasan membuat tugasan ini, saya juga telah mendapati dan
mengenalpasti kelemahan yang terdapat pada saya. Kelemahan utama saya ialah saya gagal
untuk membuat kerja-kerja dengan kadar yang lebih pantas. Kebanyakan gerak kerja hanya
dilakukan setelah diingatkan oleh pensyarah semasa di dalam kelas. Di awal tugasan lagi, saya
telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan seperti menghasilkan kit persembahan yang
sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Namun dengan usaha yang dilakukan, saya
berjaya menemui nota dan langkah-langkah untuk menghasilkannya. Selain itu dari segi
pengurusan masa pula, saya telah mengalami kesuntukan masa di mana pada masa yang sama
saya perlu menyiapkan tiga tugasan yang lain. Namun dengan jadual yang telah saya buat
akhirnya saya telah dapat menyiapkan dengan baik.

Dengan adanya tugasan sebegini pada semester ini, ia dapat menambahkan


pengetahuan yang baharu dan berguna kepada saya. Selain ianya menjadikan saya lebih mahir
dalam membuat pengajaran dan menyesuaikannya dengan kaedah-kaedah pengajaran yang
sepatutnya serta bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Saya juga memperoleh pengetahuan dengan pengintegrasian unsur-unsur seni dalam
pendidikan. Saya telah dapat mengintegrasikan Seni Dalam Pendidikan bagi tajuk Sejarah
sekolah rendah dengan menghasilkan kit persembahan yang menarik. Dengan adanya tugasan
ini di mana kombinasi tiga elemen iaitu seni muzi, seni lukis dan seni gerakan, saya yakin dan
percaya ianya akan memberikan kesan yang positif kepada saya untuk mendidik anak bangsa
dengan cara yang menarik dan berkesan. Sebagai contoh, saya dapat mengajar lagu
kebangsaan dengan menggunakan alat bahan bantu yang sesuai dan menarik seperti video dan
penggunaan kad. Saya telah mengintegrasikan aktiviti seni muzik dengan membimbing murid
untuk menyanyikan lagu kebangsaan iaitu Negaraku. Saya akan meminta murid membaca dan
faham maksud lirik lagu tersebut sebelum menyanyikannya. Aktiviti ini boleh menimbulkan minat
bagi pelajar yang mempunyai jenis kecerdasan muzik dan juga dapat mencetuskan hubungan
mesra antara guru dengan murid dan murid dengan murid.

Kesimpulannya, tugasan ini telah banyak membantu saya dalam mendalami ilmu
pengetahuan tentang SDP. SDP telah mengajar saya menggabungkan tiga jenis seni iaitu seni
visual seni muzik dan seni pergerakan. Pembelajaran kanak-kanak yang sempurna perlu
mengekspresikan imaginasi seninya melalui ketiga-tiga bidang seni tadi. Tugasan ini secara tidak
langsung juga telah membuka mata dan minda saya bahawa seni pada hari ini bukan hanya
menjurus kepada hiburan sahaja, malahan mampu untuk menjadikan suasana pengajaran dan
pembelajaran lebih hidup dan menarik. Selepas ini, sebagai bakal pendidik, segala pengetahuan
dan kemahiran yang diperolehi pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik
mungkin. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat
dalam membantu untuk tugasan kali ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai