Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS _______________

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK JUN - OKTOBER 2021

Program : PISMP Nama Pelajar:

Kod : PSVK3233 Semester / Tahun:


Semester 1 Tahun 2
Nama Kursus: ASAS
MEMBENTUK DAN MEMBUAT Ambilan : Jun 2020
BINAAN DAN MENGENAL KRAF Kumpulan : Pendidikan Seni Visual(Elektif
TRADISIONAL Teras)

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Portfolio 1 Julai 2021 19 Julai 2021

2. Penghasilan Produk 19 Julai 2021 27 Julai 2021

3. Pembentangan 17 Ogos 2021 30 Ogos 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Mengaplikasi proses kerja Seni Visual dalam proses penghasilan karya
Bidang Membentuk dan Membuat Binaan dan Bidang Mengenal Kraf
Tradisional (C3, PLO2, PLO3, CTPS1).
2. Menghasilkan karya mengikut Bidang Membentuk dan Membuat Binaan
serta Bidang Mengenal Kraf Tradisional dengan pertimbangan estetik
melalui proses kreativiti serta berbantukan komputer (C6, PLO2, PLO3,
CTPS3).
3. Melaksanakan aktiviti penerokaan Bidang Membentuk dan Membuat
Binaan dan Bidang Mengenal Kraf Tradisional merujuk pelbagai sumber.
(C3, PLO6, LL1).
4. Melaksanakan sesi apresiasi seni visual karya Bidang Membentuk
dan Membuat Binaan dan Bidang Mengenal Kraf Tradisional. (C5,
PLO3, PLO4, CTPS4, CS4).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.


Objektif Kerja Kursus:
Pelajar dapat :
1. Mengorganisasi proses penghasilan produk berdasarkan pengetahuan terhadap
alat, bahan dan teknik dalam sebuah ePortfolio yang lengkap dan sesuai dengan
tema yang dipilih.

2. Menciptakan produk bertemakan buah-buahan dengan mengaplikasikan alat,


bahan dan teknik yang sesuai mengikut Bidang Membentuk dan Membuat Binaan
serta Bidang Mengenal Kraf Tradisional. Produk yang dihasilkan perlu ada elemen
pertimbangan artistik dan berbantukan komputer.

3. Membuat tafsiran terhadap produk yang dihasilkan secara kritis dan kreatif melalui
pembentangan.

Rangsangan/Stimulus

Bidang Asas Membentuk dan Membuat Binaan dan Bidang Mengenal Kraf Tradisional
menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni. Gabungan unsur
formalistik seni reka, penggunaan alat, bahan dan teknik yang sempurna akan
memberi impak tinggi dalam estetika seni. Ia melibatkan kerja tangan yang membantu
meningkatkan kreativiti dan artistik pelajar selain memberi peluang kepada pelajar
berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses
penghasilan seni.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1: ePortfolio (40 markah)


Tugasan ini dijalankan secara individu:

Anda dikehendaki mengorganisasi proses penghasilan produk berdasarkan


pengetahuan terhadap alat, bahan dan teknik dalam sebuah eportfolio yang lengkap
dan sesuai dengan tema buah-buahan seperti buah kiwi, naga, nanas, anggur,
strawberi, delima dan lain-lain.

• Mengumpul maklumat dengan mengemukakan konsep yang jelas dalam


produk berdasar tema.
• Membuat penerokaan alat, bahan dan kandungan bagi produk yang
dihasilkan berdasar tema.
• Menghasilkan urutan yang lengkap proses perkembangan idea yang
kreatif bagi menghasilkan produk bertemakan buah-buahan yang
menggabungkan beberapa teknik serta berbantukan perisian komputer
yang sesuai.
.
Spesifikasi Kandungan ePortfolio
1. Minimum 30-50 slaid Power Point.
2. Saiz dan font bergantung kepada kesesuaian slaid Power Point yang disediakan.
3. Kandungan ePortfolio:
• Pengenalan Asas Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf
Tradisional
• Tema: Buah-buahan
• Lakaran sumber ilham
• Lakaran perkembangan idea
• Kajian komposisi
• Kajian warna dan teknik
• Produk akhir
• Lampiran
• Rujukan
4. Mengandungi proses penghasilan produk yang artistik dan kreatif berserta gambar
produk akhir.
5. Muka hadapan ePortfolio merangkumi :
• Nama Pelajar
• Angka Giliran
• No.Kad Pengenalan
• Kumpulan
• Kod dan Nama Kursus
• Tajuk Tugasan Projek
• Nama Pensyarah Akademik
• Tarikh hantar

Tugasan 2 : Penghasilan Produk (20 markah)


Tugasan ini hendaklah dijalankan secara individu.

Menciptakan produk bertemakan buah-buahan seperti buah kiwi, naga, nanas,


anggur, strawberi, delima dan lain-lain dengan mengaplikasikan alat, bahan dan
teknik yang sesuai mengikut Bidang Membentuk dan Membuat Binaan serta Bidang
Mengenal Kraf Tradisional. Produk yang dihasilkan perlu ada elemen pertimbangan
artistik dan berbantukan komputer. Penghasilan karya berdasarkan tugasan ePortfolio.

• Saiz produk adalah tidak melebihi 30cm tinggi dan 30cm lebar.
• Pemilihan alat, media dan teknik untuk produk dengan memberi pertimbangan
terhadap keserasian media dan teknik yang baik.
• Kemasan dan persembahan produk yang menarik.

Spesifikasi Hasil Karya


1. Mempunyai kreativiti dan inovasi serta keaslian.
2. Menggunakan alat dan bahan serta teknik yang sesuai.
3. Persembahan komposisi dan warna yang menarik.
4. Karya siap untuk dibentang dan dibuat apresiasi.

Anda mungkin juga menyukai