Anda di halaman 1dari 1

4 - Unit 2: Sekolah Gemilang

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebatang Pensel”.

1. Tempat lahir / bahan buatan / warna /nama


2. Proses
3. Tempat dijual
4. Pelanggan
5. kegunaan
6. Harapan

① Aku sebatang pensel. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang


terletak di Shah Alam. Aku diperbuat daripada kayu Badanku
berwarna kuning. Aku bernama Stabilo. 22
② Setelah siap dibuat, aku dan kawan-kawan dimasukkan ke dalam
kotak. Kami dihantar ke sebuah kedai alat tulis. 17
③ Pekerja melekatkan tanda harga ke badanku. Aku dipamerkan
dalam almari kaca. Di sini aku berkenalan banyak kawan.
Antaranya Pilot, Faster dan Faber Castell. 22
④ Pada suatu hari, seorang ibu dan anaknya datang ke kedai untuk
membeli pensel. Mereka membelek-belek badanku. Akhirnya
mereka membeli aku.20
⑤ Aku digunakan untuk menulis dan melukis. Tuan aku
menjaga aku dengan baik kerana aku disimpan dalam kotak pensel
selepas diguna.20
⑥ Aku berasa bertuah mempunyai tuan yang baik hati. Aku
berharap dapat berkhidmat kepada tuan aku selagi masih
berguna.18

(120 pkt)

Anda mungkin juga menyukai