Anda di halaman 1dari 2

Latihan Tatabahasa – penggunaan kata/istilah yang tepat ModulBMCikguJafri

Bil. Ayat-ayat Kata/istilah yang tepat

1. Kapal pesiaran itu __________ untuk menurunkan penumpang di belayar/berlabuh/


sebuah destinasi pelancongan yang terkemuka. mendarat/berhenti
2.. Tukang masak itu telah menghasilkan satu ________ masakan yang menu/hidangan/
baharu berasaskan makanan laut. resipi/bentuk
3. Dalam keadan gopoh, pemain itu melepaskan tendangan yang melewati/menepati/
_________ dari pintu gol pihak lawan. tersasar/terjaring
4. Pasar raya itu __________ kerana pengunjung memboikot pasa raya itu sibuk/sesak/
yang menjual barangan dengan harga yang mahal. sepi/lengang
5. Dalam keadaan yang __________, juruterbang itu masih berupaya panik/bahaya/
mendaratkan pesawatnya dengan selamat. genting/tenang
6. Pembuat batik itu __________ kain putih dengan lilin cair sebelum mencanting/menconteng/
mewarnakannya. melukis/melakar
7. Bahu pemuda itu _________ sebelah ketika berjalan kerana dia terlibat mereng/condong/
dalam kemalangan baru-baru ini. senget/tegak
8. Unit Pemusnah Bom itu berjaya __________ bom yang dijumpai oleh memusnahkan/menghancurkan/
penduduk kampung. meledakkan/menutup
9. Gadis itu __________ setelah diusik oleh rakan-rakannya semasa majlis tersegan-segan/termalu-malu/
pertunangannya. tersipu-sipu/termangu-mangu
10. Datuk dan rakan-rakannya merupakan _________ yang awal membuka perintis/pembuka/
kawasan hutan untuk dijadikan kampung. pemula/peneroka
11. Perasaan kakak __________ setelah ayah bersikap tidak adil tercalar/terusik/
terhadapnya berbanding layanan ayah kepada abang sulung kami. tercedera/terkilan
12. Barangan tembaga itu menjadi ________ setelah terbiar selama usang/kusam/
bertahun-tahun di almari ibu. kabur/pudar
13. Kehidupan pengemis yang _________ dan tidak berumah itu mendapat sukar/miskin/
perhatian seorang dermawan. melarat/menyusahkan
14. Penjenayah itu akan digantung sampai mati kerana _________ dengan dituduh/didakwa/
kesalahan membunuh oleh mahkamah. disabitkan/dijatuhkan
15. Pihak universiti akan mengenakan hukuman terhadap ________ yang siswazah/mahasiswa/
meniru semasa peperiksaan. mahakarya/pensyarah
16. Lidah saya menjadi ________ dan tidak dapat berkata apa-apa setelah Keras/kelu/
memenangi sebuah rumah banglo dalam peraduan itu. Bisu/buntu
17. Artis baru itu dianggap sebagai _________ artis popular yang telah gantian/bayangan/
meninggal dunia. jangkaan/jelmaan
18. Semua harta pengedar dadah itu _________ oleh pihak polis untuk disita/disimpan/
dijadikan bahan bukti semasa perbicaraan. diambil/ditahan
19. Fikirannya _________ kerana masalah yang dihadapinya terlalu berat berpusing/berbeban/
dan sukar untuk diselesaikannya. menerawang/menjelajah
20. Para pelajar itu sedang ________ otak untuk memilih perkataan yang mengerah/memaksa/
paling tepat manakala guru mereka hanya melemparkan senyuman menyerah/memerah
sinis.
21. Jantung seolah-olah berhenti _________ setelah mendengar berita berbunyi/bergerak/
buruk itu. berdegup/berdetak
22. Ramalan bomoh itu __________ dan langsung tidak menepati perkara meleset/menepi/
yang diramalkannya sebelum ini. menepati/meragui
23. Tindakan pegawai itu mengunci pejabat kami telah menimbulkan rahsia/misteri/
__________ dalam kalangan pekerja. persoalan/perdebatan
24. Pingat __________ yang diterima oleh atlet itu daripada Sultan Kedah kemenangan/kebesaran/
sangat membanggakan warga sukan di Malaysia. kehebatan/kejayaan
25. Guru itu __________ rasa kecewanya kerana sebahagian besar mendedahkan/mempamerkan/
pelajarnya gagal menjawab soalan itu. mengeluarkan/meluahkan
Jafri.tatabahasa
Latihan Tatabahasa (Peribahasa) ModulBMCikguJafri

i. Melengkapkan peribahasa
a. Sesat di hujung jalan, ________________________________________________________
b. Setinggi-tinggi bangau terbang, ________________________________________________
c. Kera di hutan disusui, ________________________________________________________
d. ____________________________________________________orang lain terkena getahnya
e. ____________________________________________________ rosak susu sebelanga.
f. ____________________________________________________ jatuh ke laut menjadi pulau

ii. Memberikan makna peribahasa


a. Seperti murai dicabut ekor - ___________________________________________________________
b. Bagai api dalam sekam - ______________________________________________________________
c. Membuka pekung di dada - ____________________________________________________________
d. Umpama bersuluh di tengah hari - ______________________________________________________
e. Bak kaca terhempas ke batu - __________________________________________________________
f. Bagai kumbang putus tali - _____________________________________________________________

iii. Mengisi tempat kosong dengan simpulan bahasa


a. Perempuan cantik itu di tuduh ___________________ oleh bekas suaminya kerana menggunakan kecantikannya
untuk mengaut harta lelaki itu.
b. Mangsa kebakaran itu kini tinggal _________________ kerana semua harta mereka musnah dijilat api.
c. Abang saya _____________________ kerana tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu malam.
d. Jiran kami itu bersikap seperti _____________________ kerana enggan bergaul dengan jiran-jiran lain.
e. Nasib saya amat baik dan betul-betul dianggap ______________ kerana memenangi cabutan bertuah itu.
f. Ketua kampung itu menasihati _______________________ nya agar sentiasa memelihara perpaduan.

iv. Menyatakan peribahasa berdasarkan situasi


a. Nasib malangnya berpanjangan kerana dia kehilangan kereta, kematian isteri dan dibuang kerja dalam tahun tersebut.
b. Kerani itu tidak dapat menyiapkan semua tugasan yang diberikan kepadanya kerana dia asyik bertangguh-tangguh
dalam membuat sesuatu.
c. Laluan ke kawasan pergunungan itu berliku-liku dan terpaksa menempuh banyak selekoh yang sempit.
d. Dia sanggup mempertahankan hak dan milikannya terhadap tanah pusaka itu sekalipun dia menerima ancaman oleh
penceroboh tanahnya itu.
e. Perempuan itu lebih berhati-hati untuk berkahwin semula kerana takut ditipu kali kedua oleh lelaki yang tidak jujur.
f. Pandangan anggota kumpulan kami sering berbeza dan sukar disatukan walaupun kami daripada kumpulan yang
sama.

v. Membina ayat daripada peribahasa


a. Seperti lembu dicucuk hidung - _______________________________________________________________
b. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan - ________________________________________________________
c. Di mana ada gula, di situ ada semut - _________________________________________________________
d. Seperti embun di hujung rumput - ____________________________________________________________
e. Bagai layang-layang putus tali - ______________________________________________________________
f. Musang berbulu ayam - ______________________________________________________________________

vi. Mencadangkan peribahasa yang sama makna


a. Seperti ikan pulang ke lubuk = _______________________________________________________________
b. Bagaimana acuan begitulah kuihnya = _________________________________________________________
c. Musuh dalam selimut = ______________________________________________________________________
d. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan= _____________________________________________________
e. Seperti cincin dengan permata= _____________________________________________________________
f. Talam dua muka = __________________________________________________________________________

CikguJafri.tatabahasa

Anda mungkin juga menyukai