Anda di halaman 1dari 4

Menjaga Motorsikal

Pelik. Kenapa ada motosikal yang boleh tahan sehingga berbelas tahun malahan puluhan tahun pun ada.
Tiada banyak masalah berat yang sering berlaku, overhaul pun tidak pernah.

Tapi, ada motosikal baru pakai 2-3 tahun dah macam-macam ragam sampai rasa nak tukar yang baru je.
Rasa membazir je dah makan banyak sangat duit.

Semuanya terletak kepada cara penjagaan yang tip top. Tahukah anda ada beberapa bahagian yang
harus diperiksa setiap kali sebelum memulakan perjalanan dan memastikan motosikal dan anda selamat
sampai ke destinasi.

1) Tayar

Pastikan tekanan angin yang mencukupi mengikut bacaan yang tepat pada kedua-dua tayar anda.
Pastikan juga tiada rekahan, jika terdapat rekahan, tayar haruslah ditukar dengan kadar segera terutama
kepada penunggang yang selalu menggunakan motosikal pada jarak jauh atau suka menunggang laju.

2) Brek

Bahagian paling penting untuk keselamatan. Periksa tekanan brek depan dan belakang, malahan minyak
brek serta brake pad. Servis sekurang-kurangnya 3-6 bulan bergantung kepada tahap penggunaan
motosikal.

3) Minyak Enjin

Harus sentiasa diperiksa supaya mempunyai isipadu yang mencukupi. Ini penting untuk memastikan
kelancaran dan ketahanan enjin yang lebih baik. Enjin tidak akan bermasalah sekiranya pertukaran
minyak enjin dilakukan mengikut masa dan jarak kilometer yang bersesuaian. Pemilihan minyak enjin
yang bagus dan berkualiti juga digalakkan untuk kelancaran yang berpanjangan.

4) Bateri

Jangka hayat bateri yang dijaga dengan baik adalah di antara satu hingga dua tahun sahaja. Pastikan
anda ingat bila kali terakhir anda menukarkan bateri

5) Lampu
Pemeriksaan lampu depan, belakang dan signal serta lampu brek perlu dilakukan sebelum memulakan
perjalanan. Ini amat penting terutama ketika menunggang di kawasan gelap, malam malahan ketika
hujan.

6) Rantai Motor

Semburkan rantai motor anda dengan penyembur rantai anti-karat bagi mengelakkan kekaratan dan
rantai kering. Rantai berkarat dan kering akan merosakkan sprocket dan boleh memutuskan rantai
semasa dalam perjalanan anda. Rantai yang lama, keras, berkarat dan longgar diwajibkan ditukar
bersama sprocket depan dan belakang serta pastikan tidak diikat terlalu ketat atau longgar.

Ok, cukup dulu setakat ini, kami akan kongsikan lebih banyak tips dan permasalahan lain yang berkaitan
motosikal. Jika anda perlukan cadangan untuk tips yang akan datang, boleh terus berikan komen kepada
kami.

Jadi pastikan anda sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan anda dan alert terhadap
perubahan motosikal anda.

Tip-tip Penjagaan Motor empat lejang (Honda EX5)

1) Servis Motor Jadual penukaran minyak pelincir dan servis perlu diikuti secara tepat untuk memastikan
tahap perlindungan enjin secara maksimum. Sebenarnya penjagaan Motor Honda EX5
penyelenggaraannya murah.. cuma tukar minyak hitamnya aje... Minyak pelincir bagi Honda EX-5 anda
perlu ditukar setiap 5,000 kilometer seperti dicadangkan pengeluar.Sekiranya anda jarang menggunakan
motosikal dan ia belum mencapai 5,000 km dalam masa enam bulan, tukarlah minyak pelincir bagi
mengelakkan minyak hitam tu tak likat (cair).Tapi ada yang kata 4 stroke macam EX5 nih kena kerap la
tukar minyak hitam.. 1000km sekali atau sebulan sekali..

2) Minyak Pelincir Gunakan minyak pelincir yang terbukti keberkesanannya seperti minyak pelincir
Castrol active 4T atau Shell Advanced 4T . Walaupun minyak Castrol ni murah RM3 berbanding Shell
Advanced yang harganya dalam lingkungan RM20 1liter. kedua dua jenis minyak 4t ni boleh lah
dikatakan sesuai untuk Honda EX5 dan Honda Wave..Lagi satu kena juga tengok gred minyak hitam yang
sesuai untuk motorsikal tu.Ada bacaan gred yang tertentu macam 5/50w (fully sintetik),
10/40w@15/40w@15/50w (semi sintetik), 20/50w (mineral) pilih lah yang bersesuaian dengan corak
tunggangan ... Rasanya kat casing enjin tu pun ada tampal stiker suruh guna minyak castrol minyak
hitam yang sesuai tu ikut recommended Boon Siew lar.....tapi kalau tak nak guna castrol, boleh cuba
minyak-minyak mahal yang lain..minyak untuk ex5 ni sama je dengan minyak hitam untuk motor-motor
4 lejang yang lain..takde pun special kat ex5 ni. kalau pakai minyak lain brand pun tak tinggalkan kesan
apa-apa pun pada enjin moto korang.. up to you lah...

3) Tukar Spark Plug Spark plug boleh tukar kalau dah mula missfire kalau motor meletup-letop hidup
mati .plug yang ok slalu leh tahan 20,000km... dah check warna plug? dari situ kita leh tahu setting carb
dah ok ke tidak..check spark plug dia..... hitam legam atau bersih? kalu hitam teruk, maksudnya
pembakaran tidak sempurna..lagi satu tolong periksa coil api atau coil magnet kadang start macam nak
giler payah nak hidup....Kalau tak kuat api memang ler payah nak hidup motor tu sebabnya api tak kluar
kat plug.

4) Servis Carburator Servis carburator Motor kalau kuat makan minyak ( tengok lah gaya ko bawak
motor macam mana) silalah servis balik carburator motor korang tue.. mane tau tersumbat .. ade orang
usik setting ke.. mana laa tau kan, Kalau nak save pakai laa carburator standart aje, kalau pakai dream
tukar jarum ke jarum ex5 lame.. sebab leh set ko nak letak takuk mane satu.. kalau dream jarum die tak
leh tukar takuk.... yang penting sentiasa servis carburator korang.. Pastu alang-alang cuci karburator
tukar skali Fuel filter baru... fuel filter yang diguna sudah terlampau lama kekadang tersumbat atau flow
dia tak berapa lancar.. 5) Tegang Rantai dan Sporket Periksa ketegangan rantai motosikal anda. Pastikan
ianya tidak longgar atau terlalu ketat.Spocket dan rantai boleh tahan dalam 15,000km lebih kurang
bergantung kepada cara kita memandu Juga, pastikan set sprocket dan rantai EX5 anda tidak haus. Jika
ianya haus, adalah perlu anda menukar baru. Bagi menjamin mutu dan keselamatan ketika pemanduan,
pilihlah set sprocket yang berkualiti seperti RK-M atau SSS. Letakkan pelincir pada rantai kapcai anda.
Pakai Standard je (Standard lebih bagus) Yang paling penting tukar sporket bila mata sporket dah
tajam..Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Ketatkan rantai motor yang longgar..orang perlu tukar
set rantai bile rantai dah rosak..rantai rosak tulah penyebab sporket tajam.. Pastikan sporket dan rantai
selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan.. bagi yang pasang cover rantai bertutup penuh
eloklah lumurkan dengan gris.. kalau moto standard dan ulang alik kerja, pakai sprocket saiz 14/36 atau
14/34 untuk standard moto ex5... Secara logik, "tak akan memberi kesan sepenuhnya kalau hanya
berharap kepada penggunaan saiz spocket yang tertentu yang kononnya dapat bagi pickup ngan lajak
.Kalau EX5 banyak yang nak kene godek bagi laju.. modal kena banyak.. cuba korang tukar rantai 1 set..
mesti korang rase lain mase ko bawak.. Motor untuk daily ride, 428 paling sesuai untuk orang
bekerja..agak susah nak putus kalau 428.. 415 senang putus kalau rantai terlalu tegang atau tersangkut
kat double stand..kalau tak jaga karang masa tengah pecut tetiba putus, orang kemana motor ke
mana.... pakai 15/37 atau pakai depan 14 tu sesetengahnya penunggang EX5 main pacak-pacak.. kalau
nak top speed 15/36..... Konon-konon untuk menampahkan kelajuan dan pick up...Dah lah tak payah
motor standart pun dah kira laju dah tu...bagi aku kalau korang tukar sporket belakang kecik sangat
nanti pikap pulak takde..lagi satu cepat ajer tayar haus dan botak.. . 6) Tekanan Angin Tayar Pastikan
angin tayar sesuai dan permukaan tayar tidak botak atau haus. Jangan pam kurang.jangan pam
lebih.kalau angin kurang, terlebih plak kang cornering masuk longkang kang sebab keras sangat tayar.
Periksa tayar kapcai anda. Jika ianya sudah terlalu haus, baik ditukar. Gunakan saiz tayar yang sesuai
untuk motosikal anda. Saiz standard adalah disarankan bagi perjalan jauh. Jika anda menggunakan tayar
tiub, adalah lebih baik anda menukar tiub terlebih dahulu dan membawa bersama tiub ganti, spanar,
pembuka tayar dan pam angin sepanjang perjalanan. Malang tidak berbau, tayar anda mungkin pancit.
Bagi saya tayar tubeless adalah terbaik untuk perjalanan jauh. Periksa juga tekanan angin tayar tersebut.
Tekanan yang sesuai bagi tayar kapcai ialah 200kPa (belakang) dan 175kPa (depan). 7) Sistem Brake
Berikan lebih tumpuan pada bahagian motosikal yang membabitkan keselamatan penunggang seperti
brek, tayar dan pengendalian. Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti
tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe. kadang-kala drum brake ni tak brape mencengkam..dah
brapa kali aku hampir-hampir terlanggar kereta kat depan sebab emergancy brake tak brape
mencengkam.. 8) Bateri - Tengok air bateri selalu dan pastikan ia berada ditahap mencukupi seperti
ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya. - Tukar
bahagian yang rosak sebelum ia merebak dan menyebabkan kerosakan lebih teruk serta menjejaskan
prestasi motosikal. - Amalkan panaskan enjin sebelum gunakan motor.warming up.selepas gunakan
motor untuk masa yang lama. - Mesti ada cooling down. - Cara penunggangan kelajuan yang disyorkan
untuk penjimatan minyak ialah sekitar 60-80 km/h.mmg lambat tapi nak jimat inilah kelajuan yang
disyorkan. - Bila naik bukit jangan pulas throttle gila-gila walaupun kita sedar enjin motor tu tak
larat.gunakanlah gear yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai