Anda di halaman 1dari 10

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSITITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
Semester 2 Tahun 2021

TAJUK KURSUS : WACANA PENULISAN

KOD KURSUS: GWP 1092 UJIAN TERBUKA (OPEN BOOK TEST-OBT): 2 / 2021

SKEMA PEMARKAHAN (SP)

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


Jawab semua soalan

Soalan 1

Keutuhan wacana terdiri daripada empat domain iaitu:


1. Keutuhan Semantik
2. Keutuhan Leksikal
3. Keutuhan Fonologi
4. Keutuhan Gramatikal

Gambarkan Keutuhan Semantik dalam bentuk grafik, kemudian huraikan


dengan menggunakan contoh yang sesuai.

(20 Markah)
Rujuk Rubrik Pemarkahan
Perbincangan seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan berikut,
namun mutu perbincangan dinilai berdasarkan kriteria penilaian (rubrik) yang
dilampirkan.
Hubungan sebab dan akibat

Hubungan semantik
Antara bahagian wacana hubungan sebab dan tujuan

Hubungan sebab dan hasil


Keutuhan
Semantik
Hubungan latar dan kesimpulan

Kesatuan tajuk dan topik


Hubungan semantik
Dari segi konteks/latar wacana hubungan sosial antara penutur
dan pendengar

laras bahasa yang


bersesuaian

( 10 markah )
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
contoh sebab dan akibat:
Dia sangat mengantuk. Dia tertidur

Contoh sebab dan tujuan.


Murid ini rajin. Ia mahukankejayaan yang cemerlang

Contoh hubungan sebab dan hasil


Dia seorang pekerja yang rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan
seorang menteri

contoh hubungan latar dan kesimpulan


Lagu itu sungguh sedap didengar. Sebenarnya M. Nasir yang menciptanya.

Contoh kesatuan tajuk dan topik


Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh di luar
dugaan.

Contoh hubungan sosial antara penutur dan pendengar


A : Sudah siap?
B : Belum. Bekalan tidak mencukupi.

Contoh Laras bahasa yang bersesuaian


Laras bahasa dalam iklan (walaupun ayat-ayatnya diucap scara terputus-putus tetapi
kita dapat memahaminya.

( 1 Isi dan 1 contoh = 2 markah)


( 5 isi dan 5 contoh = 10 markah)
( 10 markah )

Terima mana-mana jawapan yang sesuai.

Markah keseluruhan: 20 markah

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


BAHAGIAN B
( 20 markah )

Jawab 1 daripada 2 soalan

Soalan 1
1. Penulisan akademik melibatkan beberapa ciri tertentu. Antaranya ialah
menyampaikan fakta secara sistematik, penulisan yang tepat dan benar,
menggunakan bahasa formal, tatabahasa yang betul dan setiap kenyataan disertakan
dengan bukti-bukti yang jelas.

Berdasarkan ciri-ciri tersebut, hasilkan sebuah esei yang bertemakan keberkesanan


pembelajaran secara “online’ dalam kalangan pelajar-pelajar IPG.

(20 Markah)

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Perbincangan seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan berikut,
namun mutu perbincangan dinilai berdasarkan kriteria penilaian (rubrik) yang
dilampirkan.

Contoh Hujah:
1. Masa pembelajaran menjadi anjal / fleksibel

 Proses PdP tidak terikat dengan masa tertentu, lebih memudahkan


pensyarah dan pelajar mencari masa yang sesuai.
 Pensyarah boleh saling berbincang dengan pelajar untuk mencari
keselesaan bagi melaksanakan PdP.

2. Tidak terikat dengan bilik darjah

 Pelajar tidak perlu menghabiskan masa untuk ke bilik darjah.


 Pelajar hanya hanya memerlukan peralatan untuk mengikuti kelas / kuliah.

3. Mendorong pelajar menguasai sistem ICT / pembelajaran terkini

 Pelajar akan belajar dan menguasai sistem ICT / pembelajaran terkini


semasa Pdp. Ini akan membolehkan mereka lebih mahir dalam bidang ini.
 Ilmu dan pengetahuan pelajar akan menjadi lebih maju dalam amalan PdP
bagi mendepani teknologi terkini.

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


4. Dapat dilaksanakan sewaktu institusi ditutup kerana sesuatu masalah

 Pembelajaran ini dapat dilaksanakan dalam pelbagai keadaan.


 Prosos PdP tidak terganggu atau terhalang seandainya ada gangguan
terhadap institusi.

5. Memudahkan ulangkaji

 Proses ulangkaji menjadi lebih mudah kerana pelajar dapat membuat


ulangkaji sepanjang masa dan dapat mencari bahan-bahan PdP dengan
cepat
 Pelajar boleh membuat ulangkaji secara berkumpulan / dengan rakan-rakan
mereka tanpa perlu bersemuka.

6. Kaedah yang tiada had

 Gaya pembelajaran dapat dipelbagaikan, termasuk menggunakan audio,


visual dan kenestetik.
 Dari segi masa, kaedah ini tidak memerlukan masa tertentu untuk pelajar
belajar, sama ada pada waktu pagi, petang, malam atau lewat malam.

7. Pelajar lebih selesa dalam proses PdP


 Suasana pembelajaran dalam talian yang tidak terikat dengan banyak
perkara seperti pakaian, peraturan dan sebagainya akan menjadikan
para pelajar lebih selesa dalam PdP
 Gaya pembelajaran pelajar juga akan menjadi lebih santai dan selesa.

8. Penambahbaikan terhadap proses PdP boleh dibuat secara berterusan.


 Guru / pensyarah boleh membuat penambahbaikan secara berterusan
sekiranya perlu semasa proses PdP dijalankan.
 Guru / pensayarah boleh menukar teknik atau kaedah pengajaran
secara cepat jika perlu untuk memberi kefahaman yang lebih mantap
kepada para pelajar.
( I isi 2 markah + 1 huraian 2 markah = 4 markah)
(4 isi 8 markah + 4 huraian 8 markah = 16 markah)
(Pendahuluan = 2 markah)
(Penutup/Kesimpulan = 2 markah)
Terima mana-mana jawapan yang sesuai.

( Jumlah = 20 markah )

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


Soalan 2
Elak Keciciran Ilmu, Pendidikan Cabaran 2021

Oleh : Dr Zhafir Khan Mohamed Makhbul – Berita Harian, 1 Januari 2021

Kebimbangan terhadap pembelajaran digambarkan banyak pihak melalui jangkaan


keciciran ilmu pengetahuan dan kemahiran generasi muda merangkumi prasekolah, rendah,
menengah dan institusi pendidikan tinggi. Harus diingat bukan semua berkemampuan
menyediakan prasarana dan persekitaran selesa bagi mengikuti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di rumah secara dalam talian.

Mengambil kira latar belakang keluarga, kos internet, peranti dan liputan rangkaian
menjadikan korpus ilmu serta kemahiran sebagai cabaran perlu ditangani buat masa kini dan
masa hadapan. Langkah Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi penjajaran kandungan
kurikulum pendidikan membabitkan penyusunan semula kandungan, pedagogi dan
pentaksiran berdasarkan pembelajaran mampu merapatkan jurang ini.

Manual PdP di rumah juga disediakan sebagai panduan kepada pendidik dalam
memastikan pelaksanaan berstruktur dan terancang. Sebenarnya, tiada perbezaan ketara
bakal berlaku dalam landskap pengajaran dan pembelajaran pada 2021. Apa berlaku dan
diamalkan tahun ini perlu diteruskan serta ditambah baik.

Tumpuan penting juga harus diberikan kepada kesalinghubungan, kepelbagaian dan


pembelajaran berpusatkan pelajar. Tiga aspek ini perlu dijadikan tonggak pembelajaran pada
2021 untuk memastikan kemenjadian pelajar. Pelaburan jutaan ringgit tidak diperlukan bagi
mendapatkan pelantar pengajian baharu khusus untuk 2021. Sebaliknya, apa yang ada
boleh diguna pakai secara cekap dan berkesan mengambil kira beberapa perkara.

Pertama, penjagaan masa setiap sesi pembelajaran sebenarnya tidak perlu panjang.
Apa diinginkan, pelajar atau peserta dapat menghadam isi kandungan, bukannya keletihan
akibat terlalu lama menghadap pelbagai aplikasi.

Kedua, persembahan atau perkara ingin dikongsi perlu seringkas mungkin


menggunakan format biasa yang mudah difahami masyarakat. Persembahan pembelajaran
perlu mesra pengguna, terutama jika membabitkan pelajar dewasa yang tergolong dalam
kategori Baby Boomers.

Ketiga, pembelajaran perlu lebih bersifat luwes dan fleksibel. Disebabkan pelajar dan
tenaga pengajar berada di dua lokasi berbeza, sesi pembelajaran fleksibel akan memberikan
kebebasan dan autonomi kepada pelajar mengikuti pembelajaran pada masa serta ruang
mereka suka.

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


Artikel di atas adalah ulasan/kritkan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR). Pada pendapat anda, sejauh manakah ulasan/kritikan dalam artikel di atas
menepati ciri-ciri penulisan ulasan/kritikan yang berkesan.
(20 markah)
Rujuk Rubrik Pemarkahan

Perbincangan seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan berikut,


namun mutu perbincangan dinilai berdasarkan kriteria penilaian (rubrik) yang
dilampirkan.

Contoh Hujah:

 Ulasan berdasarkan artikel.


 Buat rumusan bagi menentukan sama ada artikel tersebut sangat
menepati /amat berkesan atau,
 Menepati / berkesan , atau
 Tidak tepat / tidak berkesan
 Bagi setiap rumusan tersebut, huraikan justifikasi bagi pendapat
tersebut:
 Jika sangat menepati ciri-ciri / sangat berkesan, huraikan
justifikasinya.
 Jika menepati / berkesan, huraikan justifikasinya.
 Jika tidak menepati / tidak berkesan, huraikan justifikasinya.
 Antara justifikasanya ialah dari segi:
 Ringkas dan padat
 Mengikut format ulasan/kritikan
 Artikel itu menampakkan kemahiran penulis atau tidak
 Ada nama pengarang, tajuk dan matlamat penulis
 Ada nama akhbar
 Ada tarikh siaran
 Tuliskan dapatan utama dalam artikel
 Mempunyai penanda wacana yang sesuai.
 Pembinaan aya dan tatabahasa dalam teks tersebut.
 Kesesuaian bahasa yang digunakan
 Ulasan dapat difahami dengan jelas atau tidak
 Akhir sekali buat kesimpulan / rumusan tentang artikel tersebut.
 Melihat kebolehan calon membuat tafsiran dan justifikasi bagi jawapan
ini.

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


 Lihat juga kematangan calon menjawab / mengarang.

 Terima mana-mana jawapan yang sesuai.

( I isi 2 markah + 1 huraian 2 markah = 4 markah)


(4 isi 8 markah + 4 huraian 8 markah = 16 markah)
(Pendahuluan = 2 markah)
(Penutup/Kesimpulan = 2 markah)

Markah keseluruhan: 20 markah


Rubrik Pemarkahan Esei Peperiksaan OBT

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


Skala
20
Gred Deskriptor
Markah
Amat 18 – 20  Mempamerkan satu pemahaman yang jitu dan
menyeluruh terhadap soalan
Cemerlang  Pemahaman sangat mendalam tentang kandungan
(A+) yang relevan
 Menggunakan banyak hujah beserta contoh dan data
90- 100 untuk menyokong generalisasi
 Menjawab dengan tepat dan mengkomunikasikan idea
dengan cemerlang
 Interpretasi yang menyeluruh dan pengolahan idea
logikal dan koheren

Cemerlang 15.0 - 17.9  Mempamerkan satu pemahaman yang tepat dan baik
terhadap soalan
(A dan A-)  Pemahaman yang mendalam tentang kandungan yang
75-89 relevan
 Menggunakan beberapa hujah bersama contoh dan
data untuk menyokong generalisasi
 Menjawab dengan tepat dan mengkomunikasikan idea
dengan berkesan
 Interpretasi yang jelas dan pengolahan idea yang jelas
dan logikal
.
Kepujian 12 - 14.9  Mempamerkan pemahaman yang baik terhadap soalan
 Pemahaman agak mendalam dan kandungan yang
( B+, B relevan
dan B-)  Menggunakan beberapa hujah bersama contoh dan
60-74 data yang menyokong kesimpulan
 Menjawab dengan agak tepat dan berkomunikasikan
idea dengan jelas
 Beberapa interpretasi yang jelas dan pengolahan idea
agak jelas dan logikal

Lulus 10.0 - 11.9  Mempamerkan pemahaman yang minima terhadap soalan


 Pemahaman minima kandungan yang relevan
(C+ dan C)
 Menggunakan hanya sebilangan kecil hujah bersama
50-59 beberapa contoh dan data yang menyokong
gemeralisasi
 Beberapa ketidaktepatan dalam jawapan dan beberapa
kekaburan dalam pengolahan idea
 Interpretasi idea yang lemah

Gagal <10  Tidak mempamerkan pemahaman terhadap soalan


 Tidak menjurus kepada isu dalam soalan. Pemahaman
(C-, D+, D lemah tentang kandungan yang relevan
dan F)  Hujah tidak disokong dengan contoh dan data
© 2021  Banyak hujah yang tidak relevan; jawapan yang kabur;
< 50Hak Cipta Kerajaan Malaysia
pengolahan idea yang kabur
 Interpretasi idea yang sangat lemah
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai