Anda di halaman 1dari 2

Selamat sejahtera

Terima kasih atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan sepatah
dua kata sempena pertukaran ……………………………………………………… sebagai wakil murid sekolah ini.

Hadirin warga …………………….. yang dihormati,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, yang pastinya setiap perpisahan pasti amat
menyedihkan.

Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana kehilangan seorang Penolong Kanan HEM yang kami
hormati dan kasihi.

Hadirin yang Dihormati,

Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to
lost. Itulah …………………………………..tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai beliau.

Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah mementingkan
kebajikan pelajar. Beliau juga seorang yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat
para pelajar.

Sikap beliau yang boleh dibawa berbincang, 'easy going' dan tidak lokek untuk memberikan bantuan
apabila diperlukan serta senantiasa berusaha mempermudahkan sesuatu urusan adalah kualiti peribadi
yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama warga…………………...

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid …………………………….merakamkan setinggi-tinggi


ucapan penghargaan dan terima kasih kepada …………………………….yang tidak pernah mengenal erti jemu
mentadbir sekolah ini sebagai…………………………. Kami berdoa semoga Tuhan akan melimpahkan rahmat-
Nya kepada……………... Semoga ……………………………..akan terus menjalankan tugas murni beliau dengan
lebih cemerlang sebagai …………………………………..di sekolah baru itu nanti.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, yang patah akan
tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama dengan yang berganti. Walau
bagaimanapun, yang hilang akan tetap akan diingati, kekal abadi tersemat di hati.

Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara …………………….dengan anak-anak didik dan
warga …………………………..akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat
dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga;

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang jua.

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan;

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi;

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita akan berjumpa lagi.

Salam kemaafan kami hulurkan,

Semoga kemesraan terus berpanjangan;

Ilmu diberi harap halalkan,

Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai