Anda di halaman 1dari 2

Apakah nilai tanggungjawab?

Tanggungjawab ialah kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna

Kata kunci

Sanggup memikul tugas

Melaksanakan tugas dan kewajipan dengan sempurna

Apakah perbuatan atau cara bertanggunjawab terhadap keluarga?

1. Mendengar nasihat ibubapa


2. Membantu ibu bapa
3. Menemani kakak
4. Menjaga keselamatan adik.
5. Hormati ibubapa
6. Bercakap dengan lemah lembut dengan ahli keluarga
7. Patuh arahan ibubapa
8. Sentiasa mendoakan ibubapa
9. Memanggil dengan panggilan sopan dan disenangi
10. Menziarahi datuk dan nenek.

Mengapa kamu perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga?

1. Membahagiakan keluarga
2. Membanggakan keluarga
3. Meringankan tugas keluarga
4. Mengeratkan hubungan kekeluargaan
5. Keselamatan keluarga terjamin

Berdasarkan gambar,apakah Tindakan yang perlu kamu lakukan?

p/s..letak gambar situasi dan beri Tindakan yang sepatutnya

apakah kesan mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap kelaurga?

1. Disayangi oleh ibubapa


2. Disenangi oleh ahli keluarga
3. Keluarga akan berasa bangga
4. Keluarga rasa selamat
5. Keluarga rasa kurang bebanan kerja.

Berdasarkan situasi, apakah perbuatan berikut bertanggungjawab atau tidak?apakah kesannya?

p/s gambar situasi bertanggungjawab/tidak bertanggungjawab


apakah perasaan kamu apabila bertanggungjawab terhadap keluarga

1. Saya berasa gembira apabila dapat membantu ibu membuat kerja rumah
2. Saya berasa lega dan senang hati kerana menjaga keselamatan adik
3. Saya berasa seronok dapat menemankan kakak membeli makanan di kedai runcit.
4. Saya rasa bersyukur kerana dapat menziarahi datuk dan nenek di kampung.

Jadi, murid-murid, adakah kamu sudah faham tentang nilai tanggungjawab. Cikgu harap nota ini dapat
memberi gambaran kepada kamu untuk mengamalkan nilai tanggunjawab Bersama keluarga. Jangan
lupa untuk amalkan selalu.

Semoga kita bertemu lagi dalam pelajaran Pendidikan moral Bersama cikgu phai pada sesi akan datang.
Terima kasih dan jumpa lagi

Anda mungkin juga menyukai