Anda di halaman 1dari 1

KOKURIKULUM: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Semasa menjalankan aktiviti permainan tradisional, saya mendapati


masa bagi sesetengah murid untuk bermain congkak tidak mencukupi. Hal ini
demikian kerana ia mengambil masa yang lebih panjang untuk menyiapkan
permainan congkak berbanding dengan permainan batu seremban, tambahan
pula alatan congkak tidak mencukupi bagi setiap kumpulan murid.
Jadi, saya berpendapat bahawa bilangan alatan congkak perlu
ditambahkan supaya murid-murid tidak perlu menunggu lama untuk bermain
congkak. Selain itu, saya perlu mengagihkan murid-murid kepada kumpulan
kecil dan mengaturkan mereka supaya bermain congkak secara bergilir.
Tindakan ini adalah untuk memastikan semua murid dapat bermain congkak
dalam masa yang ditetapkan secara adil.
Di samping itu, saya juga berpendapat bahawa tempat bagi muridmurid bermain batu seremban agak sempit kerana mereka duduk di ruang
kosong dalam kelas tersebut. Ini akan menyebabkan murid-murid berasa
tidak selesa sekiranya mereka duduk lama di ruang tersebut. Oleh itu, saya
berpendapat bahawa tempat murid bermain batu seremban harus diluaskan.
Meja dan kerusi para murid boleh dipindah atau disusun atur untuk memberi
ruang kosong yang lebih besar kepada murid.
Dalam permainan menyampaikan mesej, murid-murid menjalankan
aktiviti

dengan

seronok.

Walaubagaimanapun,

aktiviti

tersebut

boleh

dipelbagaikan dengan murid pertama mendengar sesuatu rakaman bunyi dan


menyampaikan mesej tersebut kepada murid-murid yang seterusnya. Ini
boleh melatih murid untuk berfikir bagi memahami isi rakaman bunyi tersebut
dan menyampaikan mesejnya kepada orang lain.
Kesimpulannya,

cara

pelaksanaan

aktiviti

kokurikulum

boleh

dipelbagaikan supaya ia menjadi lebih seronok bagi para murid untuk belajar.
Dengan ini, aktiviti kokurikulum akan digemari oleh murid-murid dan
penyertaan mereka akan menjadi lebih aktif.

Anda mungkin juga menyukai