Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN KEMAHIRAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA SELANGOR

Kategori:

1. Lelaki Bawah 15 Tahun

2. Lelaki Bawah 18 Tahun

3. Lelaki bawah 12 tahun

4. Perempuan Sek Men

5. Perempuan Sek Ren

Acara:

1. Menimang Bola

2. Freestyle

Pelatih sekolah dikehendaki menghantar 5 orang wakil setiap acara.

5 Peserta terbaik setiap kategori dan acara akan mewakili sekolah ke peringkat daerah.

PERATURAN AM TEKNIKAL

1. Peserta/Pasukan perlu menghantar video penyertaan (FORMAT VIDEO -720p Ke atas) dengan mod
rakaman secara melintang/landscape mode

2. Video tidak boleh diedit dengan cara apa pun - tanpa potongan, tanpa kesan khas, tanpa tajuk dan
TIADA MUZIK.

3. Untuk penghantaran video, file video mestilah dilabel dengan mengandungi Nama Peserta + Sekolah +
Daerah + Kod Sekolah. Contohnya; (Ali bin Abu, SMK Dato’ Harun, Kuala Selangor, BEA3075)
4. Untuk acara menimang bola, label perti ditambahkan dengan jumlah timangan. Contohnya; ((Ali bin
Abu, SK Tg Karang, 75 kali)

5. Video mesti dirakam pada tahun pertandingan (2021).

6. Video mestilah video terkini, tidak dapat dilihat dan tidak dimuat naik di tempat lain (media sosial,
web, dan lain-lain medium.

7. Jika didapati atau dikesan video peserta tidak mematuhi peraturan, penyertaan peserta akan
dibatalkan sementara kemenangan peserta akan ditarik semula.

8. Kandungan video penyertaan, hanya ada peserta dan bola sahaja. Tidak ada penggunaan tangan
(paras bahu hingga hujung jari), tidak ada aksesori dan tidak ada orang lain dalam video.

9. Tempoh masa pertandingan:

*Pertandingan Kemahiran Kreatif Bola Sepak Individu MSSM – Dalam tempoh 90 saat (1minit 30 saat).

*Pertandingan Kemahiran Menimang Bola Sepak Individu MSSM - Dalam tempoh 60 saat (1minit)
dengan sekali percubaan.

10. Persembahan/Pelakuan/Pergerakan yang melebihi dari tempoh masa yang ditetapkan TIDAK AKAN
DIKIRA dalam pemarkahan.

11. Pakaian mestilah bersesuaian dan kemas. Baju tidak berlengan/sleeveless tidak dibenarkan.

Tarikh akhir penghantaran video adalah pada 30 Ogos 2021

12. HANTAR VIDEO KE TELEGRAM


Bola SKTK

⏩⏩⏩⏩

https://t.me/joinchat/_XAXlWholns5YmU1

➡ Contoh video menimbang bola...

-Bola dikira bila menggunakan kura-kura atas kaki sahaja, anggota lain tak dikira

-menggunakan saiz bola 4 & 5 sahaja dibenarkan

⏩⏩⏩⏩⏩⏩
⏩⏩⏩⏩

https://youtu.be/gs9X1VEIW3w

➡ Untuk freestyle bebas

Contoh video ⏩⏩

https://youtu.be/u5O5U9XR4qU

Anda mungkin juga menyukai