Anda di halaman 1dari 4

MINIT CURAI

MESYUARAT YANG TELAH DIHADIRI OLEH PEGAWAI


SK JALAN RAJA MUSA
_______________________________________________________________________________

Hendaklah diisi dalam dua salinan. Satu salinan untuk Guru Besar dan satu salinan untuk
yang orang berkaitan)

NAMA PEGAWAI : PN.HJH SHAMHAITOON ABD.RAZAK


JAWATAN : Guru Penolong Kanan Pentadbiran
: Semua GPK Pentadbiran dan Guru Besar Kuala
TURUT HADIR
Selangor.
MESYUARAT YANG : Mesyuarat Penataraan Pembukaan Semula
DIHADIRI Sekolah Oleh PPDKS
TARIKH : 11.6.2020 ( Khamis )
TEMPAT : MEET (Di rumah masing-masing)
MASA : 3.00 pm – 5.00 pm
MESYUARAT :
EN. MOHD HAIRUDDIN – PPDKS
DIPENGERUSIKAN OLEH
PENGANJUR : Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor

1. PERKARA YANG DIBINCANGKAN

i. EN. MOHD HAIRUDDIN - PPDKS


a) Ucapan salam dan salutasi kepada semua hadirin.
b) Bacaan surah Al-Fatihah dan doa bagi membuka majlis.
c) Sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun 2020.
d) Dokumen yang penting perlu dicetak dan simpan di Pejabat dalam folder
khas.
e) Keselamatan dan kesihatan murid serta guru adalah selamat sepanjang di
sekolah dan asrama.
f) PdPc guru ditekankan. Pastikan semua murid mendapat akses.
g) Guru perlu menyediakan:
 Sediakan RPH setiap hari
 Melaksanakan PdPc yang sesuai ikut keperluan murid.
 Ingatkan murid supaya memastikan kebersihan, penjarakan sosial di
patuhi.
 Pastikan murid yang bergejala, guru maklumkan kepada pentadbir.
h) Ibu bapa perlu:
 Pastikan anak sihat
 Pastikan anak dapat belajar
 Berikan motivasi kepada anak-anak.
i) Pelaksanaan – Pengurusan Sekolah
 Kehadiran guru ke sekolah ikut surat siaran terkini JPA/KPM
 Kehadiran murid ke sekolah adalah secara berfasa
 Sekolah boleh laksanakan fasa persekolah secara berperingkat
melalui permohonan ke Pengarah Pendidikan Negeri.
 Aktiviti sukan/ kokurikulum tidak boleh dilaksanakan. Aktiviti PJ hanya
dalam kelas.

1
MINIT CURAI
MESYUARAT YANG TELAH DIHADIRI OLEH PEGAWAI
SK JALAN RAJA MUSA
_______________________________________________________________________________
j) Pembersihan sekolah sebelum dan selepas sekolah perlu dilakukan setiap
hari.
 Tombol pintu, sinki, butang lif, susur tangan, paip air.
 Pembasmian kuman jika ada kes COVID 19
 Susun atur bilik PdP ada 1 meter setiap meja. 1 kelas maksimum
20 orang. Jika ada 42 orang murid, satu kelas boleh 21 orang.

k) Kantin dibuka dan makanan dibungkus. Murid makan di dalam kelas.


Murid yang makan di dewan / asrama, guru perlu maklum dan pantau.
Murid yang bawa makanan boleh makan di kelas.
l) Bilik kesihatan dijadikan bilik isolasi. Sediakan pelitup muka, sabun
dan air. Murid yang tidak bergejala digalakkan pakai pelitup muka.
Murid yang bergejala perlu pakai pelitup muka.
m) Pelan lokasi di kelas, kantin dan kawasan lain tentang penjarakan
sosial perlu disediakan.
n) Keselamatan dan kesihatan murid di sekolah:
 SOP dipatuhi
 Guru dan murid terlibat
 Saringan di pintu masuk sekolah perlu dibuat setiap hari. Jika sekolah
di tepi jalan raya, sekolah tetapkan lokasi yang sesuai.
 Warga sekolah sentiasa jaga kebersihan tangan setiap hari.
 Penjarakan sosial dan kebersihan tangan sentiasa diambil perhatian
dan diingatkan selalu.
o) Jadual PdPc perlu disusun dengan baik. Kaedah penyampaian di
pelbagaikan.
p) Perhimpunan melebihi 10 orang tidak dibenarkan.

ii. TN. HJ. MOHD AZUAN BIN MOHD NAWAWI – KETUA PEGAWAI
PENDIDIKAN PPDKS
a) Ucapan salam dan salutasi kepada semua hadirin.
b) Terima kasih atas kehadiran semua GB, PKP dan hadirin.
c) 24.6.2020 sekolah menengah untuk tingkatan 5 dan 6 akan bersekolah.
d) Task Force (En. Azmi PPDKS) ketua bagi daerah Kuala Selangor, Dr Dol
Basar, En. Mokhidin, En. Mahadzir dan Pn Norbaiti.
e) Tarikh simulasi di sekolah rendah adalah selepas 24.6.2020 bagi semua
sekolah rendah dan dibantu oleh pegawai PPDKS.
f) Sekolah perlu ada punca kuasa untuk pembukaan semula sekolah iaitu bil 5
tahun 2020. Perlu ada dalam simpanan fail. Buku Garis Panduan
Pembukaan Semula sekolah juga perlu ada dan dirujuk setiap masa. Cetak
semuanya dan baca dengan teliti. Senarai semak pembukaan sekolah perlu
ada (8 halaman) Panduan dan Penilaian Kendiri. (PENTING DAN KENA
ADA)
g) Sekolah rendah masih belum diputuskan untuk pembukaan semula tetapi
proses akan dilakukan berperingkat.
h) Simulasi di sekolah rendah selepas 24.6.2020. Sekolah kena bersedia
dari sekarang.
i) Jika buka sekolah, pastikan tiada aduan yang diterima oleh pihak sekolah
daripada ibu bapa,PIBG dan sebagainya. Komunikasi dengan PIBG
disampaikan dengan jelas tentang apa yang disampaikan oleh KPM dan apa
yang pihak sekolah yang hendak buat.
2
MINIT CURAI
MESYUARAT YANG TELAH DIHADIRI OLEH PEGAWAI
SK JALAN RAJA MUSA
_______________________________________________________________________________
j) Jika sekolah dibuka, sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa
tentang kehadiran murid ke sekolah. Sebarluaskan maklumat ini sama
ada surat atau Whatsapp ibu bapa. Maklumkan juga tentang peraturan-
peraturan apabila murid datang ke sekolah.
k) Guru-guru juga perlu tahu tentang pembukaan sekolah ini. Jelaskan tugas
hakiki mereka dan tugasan nilai tambahan.Boleh minta guru-guru untuk
bergotong-royong.
l) Guru boleh dipanggil untuk menyiapkan sekolah. Guru boleh dipanggil
secara berperingkat atau bergilir-gilir. Tidak boleh tetapkan masa.
Sehingga 23.6.2020.
m) Pegawai PPD (PPS) akan berada sepenuh masa di sekolah dari awal
hingga balik ke sekolah jika sekolah dibuka semula. Sekolah kena
bersedia. Alatan hendaklah dalam keadaan baik terutama pengimbas
suhu.
n) Jika murid datang dengan kasut berlainan warna atau rambut panjang
atau apa-apa keadaan ditahan atau diasingkan di tapak perhimpunan.
Jika hendak ambil tindakan, sila pastikan keadaan teratur.
o) Jika murid datang ke sekolah dan suhunya lebih 37.5 darjah, murid ini
jangan diminta balik. Boleh panggil ibu bapa untuk ambil anak mereka. Jika
murid datang sendiri, boleh tempatkan dia di bilik isolasi.
p) Murid yang hadir perlu melalui pintu yang ada pengimbas suhu. Jika ada dua
pintu, kena ada dua pengimbas. SOP kena dipatuhi.
q) Murid boleh datang ke sekolah antara jam 7.30 – 8.30 pagi. Boleh tetapkan
7.30 pagi murid tahap 1 dan 8.00 pagi murid tahap 2. Kena sebarluaskan
kepada murid dan ibu bapa. Kena ada justifikasi.
r) Sukatan mata pelajaran kena cuba buat yang terbaik. Jika boleh habiskan.
s) Mulai tarikh 11 – 23.6.2020 tidak semua guru perlu hadir ke sekolah tetapi
semua guru mesti berada di stesyen lokasi masing-masing seperti
dinyatakan dalam eOperasi.sekolah boleh membuat penggiliran bertugas
bila perlu. Guru perlu berada di stesyen kediaman mereka masing-masing.
Rujuk surat KPM bertarikh 4 Jun 2020, guru mesti kembali ke tempat
bertugas (rumah masing-masing). Jika guru ingin balik kampung semasa
PKPP (hari bertugas), kena ambil CRK. Jika guru tidak memaklumkan
kepada GB dan tidak mohon CRK, guru dan Guru Besar akan
dikenakan tindakan. Kena ingatkan semua guru tentang perkara ini.
t) Tarikh 24.6.2020 bagi guru sekolah menengah perlu berada di sekolah
seperti biasa. PPDKS masih belum terima surat arahan jelas tentang guru
kena hadir ke sekolah bagi guru sekolah rendah pada 24.6.2020. Tetapi
dalam masa ini guru kena berada di kediaman masing-masing. Jika guru
bertanya, maklumkan kepada guru supaya bersedia ke arah itu dan berada
di lokasi masing-masing.
u) Guru-guru yang berada di Sabah atau Sarawak juga perlu dipanggil balik ke
tempat bertugas masing-masing.
v) Guru yang sedang sakit kronik, jangan paksa guru ini hadir ke sekolah.
Boleh minta guru ini ambil MC atau beri kelonggaran atas budi bicara GB.
w) Murid Bukan Warganegara (MBWN) boleh dibenarkan ke sekolah jika tiada
gejala COVID 19.
x) AKP yang mohon kerja bergilir atau BDR, boleh diberikan oleh GB tetapi
dengan syarat-syarat yang ketat. AKP kena memohon dan GB kena luluskan
permohonan itu tetapi mesti ada tarikh yang tertentu AKP boleh BDR. AKP

3
MINIT CURAI
MESYUARAT YANG TELAH DIHADIRI OLEH PEGAWAI
SK JALAN RAJA MUSA
_______________________________________________________________________________
kena beri dokumen yang lengkap jika mohon BDR. Selepas diluluskan, kena
hantar share LIVE location mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 pagi. Setiap hari
GB kena beri tugasan kepada AKP ini. Contoh siapkan 10 LO dan hantar
hari Selasa.
y) Keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga lain perlu dititik beratkan.
Persediaan telah dibuat dengan rapi. Bilik guru kena ikut SOP jika 24.6.2020
diminta bertugas.
z) Guru tidak dibenarkan membawa anak semasa bertugas betul-betul di
sekolah. Ini merupakan satu kesalahan. Dilarang sama sekali bawa anak.
Jika ada juga yang bawa anak, kena kepada kebijaksanaan GB.
aa)Jika guru mohon BDR, GB kena pantau betul-betul. Kena beri borang
permohonan.
bb)Guru kena akur arahan GB sekiranya diarahkan bertugas ke sekolah apabila
dipanggil.

2. TINDAKAN
i. Sekolah menengah akan dibuka mulai 24.6.2020 bagi pelajar Tingkatan 5
dan 6. Guru semua kena hadir ke sekolah bermula 24.6.2020.
ii. Guru dan ibu bapa wajib mematuhi SOP pencegahan COVID 19 apabila
memasuki kawasan sekolah.
iii. Guru tidak dibenarkan membawa anak ke sekolah semasa bertugas.
iv. 24.6.2020 akan dilakukan simulasi pembukaan sekolah. Pegawai
PPDKS akan memantau setiap sekolah.

Disediakan oleh, Tarikh : 11.6.2020

SHAMHAITOON ABD RAZAK


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Anda mungkin juga menyukai