Anda di halaman 1dari 6

Ruj.

: AKKM 2/5/19 MAPA (25)


Tarikh : 29 Oktober 2021

Semua Perwakilan Negeri

Anggota Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA

Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

YBhg. Dato’ / Datuk/ Datin / Tuan / Puan

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA (MAPA 2021)

Dengan hormatnya surat Pemberitahuan MAPA AKKM: MAPA 2/5/16 (1) bertarikh 15 Jun 2021
mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA 2021 akan diadakan seperti
ketetapan berikut:

Tarikh : 13 November 2021 (Sabtu)


Masa : 9.00 pagi
Kaedah : Aplikasi Tele-Conferencing Zoom Meeting

3. Bersama-sama surat ini disertakan perkara-perkara berikut :

a. Aturcara Hari Pendaftaran Dan Majlis Perasmian - LAMPIRAN 1


b. Agenda Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA - LAMPIRAN 2
c. Pautan Buku Laporan dan Dokumen MAPA - LAMPIRAN 3

i. Buku Minit Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA & Senarai Kehadiran


ii. Buku Laporan Tahunan ANGKASA 2019 & 2020
iii. Buku Kewangan & Belanjawan 2019 & 2020
iv. Buku Pencalonan & Usul
v. Buku Perancangan Perniagaan ANGKASA

4. Sehubungan dengan itu, semua perwakilan dikehendaki mendaftar untuk menghadiri


Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA secara dalam talian pada 12 November 2021 bermula dari
jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam dengan menggunakan pautan https://www.sola.my/emapa dan
KATA LALUAN untuk menyertai Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA akan diperolehi sebaik
pendaftaran dibuat.

5. Perwakilan HENDAKLAH menggunakan pautan yang sama bagi pengundian Mesyuarat Agung
Perwakilan ANGKASA dengan memasukkan KATA LALUAN yang akan diberi semasa agenda
pengundian dijalankan. Perwakilan adalah dipohon menggunakan nombor telefon bimbit yang
didaftarkan sepertimana di dalam Borang Penamaan Perwakilan Koperasi.

6. Sebarang maklumat lanjut YBhg. Dato’/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan boleh menghubungi En.
Azman Ahamad / Pn. Irwani Abd. Malik / En. Mohd Izham Ali di Unit Persidangan Bahagian Sekretariat
melalui talian 03-7884 6453 / 6463 / 78007 884 dan emel: mesyuaratagung.angkasa@gmail.com.
Manakala pertanyaan semasa MAPA, boleh menghubungi kaunter pertanyaan di talian 03- 7454 8223
/ 8224 / 8225 / 8226 / 8227 / 8228
Di atas segala kerjasama dan sokongan YBhg. Dato’/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan diucapkan ribuan terima
kasih.

“SADIK, AMANAH, TELUS”

Yang benar,

HASNAN HAJI MUSTAPHA


Setiausaha Eksekutif

s.k. : Pengerusi Eksekutif


Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Timbalan Pengerusi
Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA

Naib Pengerusi
Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA
Lampiran 1

ATURCARA
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA (MAPA) 2021

HARI PERTAMA
12 November 2021 (Jumaat)

PENDAFTARAN
8:00 pagi - 11:00 malam - Pendaftaran Perwakilan Negeri ke Mesyuarat Agung
Perwakilan ANGKASA (MAPA)

HARI KEDUA
13 November 2021 (Sabtu)

MAJLIS PERASMIAN
7:00 pagi - 9:30 pagi - Daftar Masuk Perwakilan

9:30 pagi - 10:30 pagi - Bacaan Doa


- Ucapan Perasmian Presiden ANGKASA

10:30 pagi - 1:00 tengah hari - Pembentangan Agenda Mesyuarat Agung Perwakilan
ANGKASA (MAPA) bermula

1:00 tengah hari - 2:00 petang - Rehat / Solat

2:00 petang - 4:30 petang - Mesyuarat Agung (sambungan)


Lampiran 2

AGENDA
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA (MAPA) 2021

Bil. Agenda

1. Mengesahkan Minit PKTA Ke 34 Pada 29 Jun 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala
Lumpur.

2. Memilih :

2.1 Memilih Seorang Presiden;

2.2 Lima Anggota Lembaga;

2.3 Seorang Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan dan Seorang Timbalan Pengerusi
Mesyuarat Agung Perwakilan;

2.4 Mengesahkan Pelantikan Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi


(MEDAC) dan Wakil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF); dan

2.5 Memilih Enam Orang daripada Perwakilan Negeri dan Empat Orang daripada
Lembaga ANGKASA sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat
Agung Perwakilan.

3. Menimbang Laporan Lembaga ANGKASA dan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman Dari
1 Januari 2019 Hingga 31 Disember 2019 dan Dari 1 Januari 2020 Hingga 31 Disember
2020.

4. Menimbang Dan Meluluskan :

4.1 Penyata Kewangan ANGKASA, Penyata Kewangan Subsidiari dan Penyata


Kewangan Yayasan ANGKASA Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019 dan
31 Disember 2020 Bersama Laporan Juruaudit Luar; dan

4.2 Perbandingan Perbelanjaan Sebenar Berbanding Peruntukan Bagi Tahun Berakhir


31 Disember 2019 dan 31 Disember 2020.

5. Menimbang Dan Meluluskan;

5.1 Anggaran Belanjawan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021, 2022
dan 2023;
Sambungan

AGENDA
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA (MAPA) 2021

Bil. Agenda

5.2 Anggaran Belanjawan Modal Aset Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021,
2022 dan 2023;

5.3 Anggaran Belanjawan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi (KWAPk)


Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021, 2022 dan 2023; dan

5.4 Anggaran Belanjawan Elaun Anggota Lembaga dan JAD ANGKASA Bagi Tahun
Kewangan Berakhir 31 Disember 2021, 2022 dan 2023

6. Menimbang dan Meluluskan Anggaran Cadangan Elaun Kepada Anggota Lembaga Yang
Dilantik Sebagai Pengarah Subsidiari dan Yayasan ANGKASA 2021, 2022, dan 2023

7. Meluluskan Pelantikan Suatu Panel Yang Terdiri Daripada Tidak Kurang Daripada Dua
Firma Audit Untuk Mengaudit Akaun-Akaun.

8. Meluluskan Had dan Skop Pelaburan RM1 Billion.

9. Meluluskan Had Maksimum Keterhutangan RM1 Billion.

10. Meluluskan Aturan Kewangan Tabung Pembangunan Koperasi ANGKASA Tahun 2021.

11. Menimbang dan Meluluskan Rancangan Perniagaan ANGKASA.

12. Mendengar dan Memutuskan Apa-Apa Usul Daripada Lembaga ANGKASA dan Usul
Negeri Yang Diterima Daripada Sesuatu Negeri.
Lampiran 3

MUAT TURUN
BUKU MESYUARAT AGUNG
PERWAKILAN ANGKASA 2021
DENGAN MENGGUNAKAN
PAUTAN DIBAWAH:

http://angkasa.coop/bm/MAPA

Anda mungkin juga menyukai