Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA

MAJLIS BACAAN YASIN


25 Jun 2021
08.00-09.00 Malam
Webex

KETIKA
MENUNGGU
WARGA KERJA
MEMENUHI
MAJLIS
ALUAN Bismillahirahmanirahim.
PENGERUSI
MAJLIS Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh….

Bagi menambahkan keberkatan Majlis kita pada pagi ini…

Marilah kita sama-sama mulakan dengan bacaan ummul kitab… Al-Fatihah…

1
auzubillahi minashaitan nirajeem…

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillahhirabbil’alamin. Wassola tu wassala muala asyrafil anbiyaa iwal mursalin. Waa’la


alihi wassahbihi ajmain.

walahaulawala quwwata illabilla hil ‘aliyil ‘azhim

1. Yang berusaha ……………………


2. Yang berbahagia, Ustaz jemputan kita pada malam ini, Alfadil Ustaz Fajuri Mamat
3. Seterusnya seluruh rakan-rakan warga kerja TNB yang dikasihi.

Alhamdulillah…. Hadirin sekalian, selaut kesyukuran kita rafakkan kehadrat Allah


subhanahuwwataala…

atas nikmat iman dan islam… nikmat kesihatan dan kelapangan… hingga kita semua sekali lagi
dapat berhimpun pada majlis pada pagi ini…

Selamat datang ke Majlis Bacaan Yasin , Tahlil & Doa Selamat, Anjuran Jabatan Fleet
Management, TNB Global Business Solution…

Untuk pengetahuan semua, majlis bacaan yasin ini diadakan Khusus untuk mendoakan
kesembuhan
Puan Halizah Binti Ali Napiah (Pengurus Fleet Management, JFM, TGBS)
Puan Wan Shahreen binti Wan Hawari (Lead, Divisional Relationship Retail, TGBS)
Puan Zaleha binti Haron (Ibu Puan Wan Shahreen)
Serta mendoakan kesembuhan sahabat-sahabat kita, seluruh ahli keluarga dan juga warga kerja TNB
yang lain daripada Wabak Covid 19

sebelum kita teruskan dengan bacaan yasin, terlebih dahulu saya menjemput, Tuan Haji
Mohamad Arif Zainol, Chief Global Business Officer, Tenaga Nasional Berhad untuk memberikan

2
sepatah dua kata

Terima kasih Tuan Hj….

Baiklah Tuan-tuan Puan-puan… bagi meneruskan majlis… Bersama-sama kita membaca surah
yasin, tahlil dan doa selamat, Dengan Ikhlas, kita niatkan agar pahala bacaan yasin ini
dihadiahkan untuk para nabi, junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda,
para sahabat baginda, salafussolihin, para ulama, pejuang islam, juga kepada ibu bapa, ahli
keluarga, datuk nenek kita dan seterusnya seluruh kaum muslimin dan muslimat yang telah
meninggal dunia. Seterusnya kita doakan secara khusus agar Sahabat TNB kita iaitu

Puan Halizah Binti Ali Napiah (Pengurus Fleet Management, JFM, TGBS)
Puan Wan Shahreen binti Wan Hawari (Lead, Divisional Relationship Retail, TGBS)
Puan Zaleha binti Haron (Ibu Puan Wan Shahreen) agar diberikan kesembuhan
Majlis dengan ini saya serahkan kepada Tuan haji mohd kher…. dipersilakan
BACAAN YASIN KENDALIAN Alfadil Ustaz Fajuri Mamat
TAHLIL DAN
DOA
TAMAT Alhamdulillah. Kita telah selesai dengan bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Semoga Allah
BACAAN YASIN mendengar segala doa dan memudahkan usaha kita semua. Majlis merakamkan jutaan terima
TAHLIL DAN kasih kepada Ustaz Fajuri Mamat atas pengendalian majlis sebentar tadi.
DOA
PENAMAT Jadi demikianlah berakhirnya majlis kita pada malam ini..
saya mewakili Jabatan fleet management merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian hadirin
sekalian yang hadir bersama-sama dalam majlis ini. Semoga doa, pengorbanan dan harapan kita
dimakbulkan oleh Allah subhanahuwataala.

MAJLIS TAMAT Sekian, sampai ke penghujung majlis. Kita akhiri dengan wabilahitaufik wal hidayah.
Assalamualaikum wth.

Anda mungkin juga menyukai