Anda di halaman 1dari 16

Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 1 drpd 16

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA PROGRAM
/
RB-050-3:2012 FURNITURE PRODUCTION OPERATION
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL 3 (TIGA)

KOD DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
RB-050-3:2012(C01) FURNITURE PRODUCTION JIGS AND
COMPETENCY UNIT CODE FIXTURES FABRICATION
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY WORK REQUIREMENTS


2. IDENTIFY JIGS AND FIXTURES REQUIREMENT
AKTIVITI KERJA / WORK
3. IDENTIFY MACHINE AND EQUIPMENT
ACTIVITIES NO. AND 4. CARRY OUT JIGS AND FICTURES MAKING
STATEMENT 5. VERIFY JIGS AND FIXTURES
6. REPORT JIGS AND FIXTURES FABRICATION ACTIVITIES

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID RB-050-3:2012(C01)/KP(1/7)

TITLE : JIGS AND FIXTURE

OBJECTIVE :

PENERANGAN:

Jig and fixture merupakan suatu alat yang direka dan dibuat untuk mempermudahkan atau
mempercepatkan sesuatu operasi serta memastikan kedudukan bendakerja yang tepat, kemas
serta selamat semasa operasi dijalankan.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 2 drpd 16

Dalam merencana pembuatan jig dan fixture terdapat beberapa langkah yang perlu diberi
perhatian dan kefahaman yang jitu. Dengan itu jig yang akan dihasilkan tiada terdapat sebarang
kecacatan atau kekurangan sekali gus dapat meningkatkan keberkesanan dalam penggunaan
jig dan fixture.

Jig boleh digunakan dalam semua keadaan samada dengan menggunakan peralatan tangan
atau mesin. Dalam pengeluaran jig direka untuk memastikan ianya menepati spesifikasi yang
dikehendaki bagi tujuan mengelak daripada pembaziran.

Jig adalah suatu binaan khas dengan menggunakanalat-alat tertentu yang dilengkapai dengan
peralatan pengeluaran yang bertujuan mengurangkan kos buruh dan meningkatakan kualiti.

Jenis-jenis jig:

 Sebagai pengadang
 Sebagai pengukur panjang
 Sebagai pengukur sudut
 Sebagai pemegang atau sokongan
 Sebagai pemandu dan pengawal
 Sebagai acuan
 Sebagai alat pemasangan

Bahan yang digunakan untuk membuat jig mestilah memenuhi ciri-ciri berikut :

 Tahan dan keras


 Stabil terhadap kandungan lembapan

 Senang diuruskan

 Senang digunakan

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 3 drpd 16

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 4 drpd 16

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 5 drpd 16

Keratan rentas Jig yang digunakan bersama vertical Spindle Moulder.

CROSE-SECTION DRAWING OF TYPICAL SHAPING JIG

(ACCOMONDATING TWO WORKPIECES)

FOR USE OF VERTICAL SPINDLE MOULDER.

Alat-alat yang diperlukan untuk dibuat jig

 ‘L’ square
 Tape pengukur
 Driil bit
 Jangka sudut
 Adjustable spanar
 Screw driver
 Gergaji
 Mesin yang bersesuaian
 Kertas karban
 Dll.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 6 drpd 16

Faktor-faktor dalam merekabentuk jig dan fixture

Faktor-faktor dalam mereka bentuk jig adalah:-

 Sistem penetap
 Sistem apitan
 Binaan jig

1. Sistem penetap

Antaranya ialah:-

 Sistem penetap mestilah mudah untuk masuk dan keluar ( loaded and unloaded)

 Ruang untuk habuk kayu mesti diambil kira

 Ketinggian penetap mestilah membolehkan bendakerja berada dalam keadaan


stabil semasa operasi.

 Penetap mesti cukup kuat untuk menerima tekanan semasa operasi

2. Sistem Apitan

 Sistem apitan mestilah mudah untuk digunakan dan dikendalikan

 Sistem apitan mestilah tidak menghalang kedudukan bendakerja

 Sistem apitan mestilah boleh memegang bendakerja dengan kemas

 Jenis apit yang digunakan mestilah mempunyai kekuatan pegangan yang sempurna

 Sistem apitan mestilah dalam jarak yang sesuai kepada titik pemotongan untuk
mengelakkan gegaran.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 7 drpd 16

 Sistem apitan mestilah diletakkan pada kedudukan yang sesuai untuk menenrima
tekanan semasa operasi.

 Kedudukan bendakerja mestilah ditunjukan pada system apitan.

3. Binaan Jig

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam binaan jig adalah:-

● Sudut potongan yang rendah untuk mengelakan kerosakan

● Kurangkan komponen, berat dan saiz untuk mengelakkan ketidak seimbangan


semasa operasi.

● Kurangkan geseran diantara pemandu dan permukaan meja dengan jig. Graphite
boleh digunakan sebagai pelancar.

● Binaan jig mestilah kukuh dan stabil untuk kegunaan berulang kali.

● Mesti mudah untuk dikendalikan

● Sistem pemandu mesti tahan geseran

● Elakkan guna bahan yang mudah pecah.

Langkah-langkah merekabentuk Jig dan Fixture

● Penyediaan peralatan alat tulis

● Memahami pelan atau lukisan kerja

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 8 drpd 16

● Membuat pelan jig dan fixture

● Menentukan jenis apitan / pengandang

● Menentukan tempat pemegang pada jig

● Menentukan cara penyimpanan

● Penggunaan profil yang sama untuk saiz yang berbeza.

1. Penyediaan peralatan alat tulis

Alat tulis seperti pensil, pemadarn, pengukur, kertas lukisan ( biasanya untuk saiz penuh
atau nisbah 1:1) dan kertas sureh.

Adalah lebih mudah jika jig yang akan dibuat atau direka dilukis terus dalam ukuran
sebenar.

ii. Memahami pelan atau lukisan kerja

Kebanyakan pelan perabot adalah di lukis dalam ukuran berskala. Seseorang itu perlu
melakarkan bentuk perabot atau komponen perabot yang dibuat terlebih dahulu sebelum
boleh memulakan langkab-langkah seterusnya untuk merekabentuk jig,

Lakarkan komponen perabot tesebut dalam 3 dimensi. Lakaran hendaklah dibuat 2 atau 3
kali untuk memastikan bentuk yang dibuat adalah sama dengan kehendak plan. Bila
lakaran yang dibuat telah menepati kehendak plan, barulah bahagian atau komponen
perabot tersebut itu dilukis pada saiz sebenar,

a. Membaca model

Selain dari menggunakan plan , jig juga boleh dibuat berdasarkan model perabot yang
diberi. Jig yang akan dibuat akan menjadi lebih mudah kerana bentuk yang dikehendaki
telahi jelas.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 9 drpd 16

b. Membuat model

Membuat model bahagian- bahagian perabot merupakan langkah setreusnya yang mana
berdasarkan jig yang akan dibina . Model yang dihasilkan ini adalah sangat berguna sebagai
bahan rujukan kerana jika model yang dihasilkan itu telah menepati spesifikasi. Jika model
yang dihasilkan itu masih ada kekurangan atau kelemahan jua sebagai bahan rujukan yang
berikutnya. Mana-mana kekurangan atau kelemahan dapat diperbaiki atau diperbetulkan.
Pastikan model yang dbuat mempunyai saiz dan bentukprofil sama dengan jig yang akan
disediakan.

iii. Membuat pelan jig dan fixture

Model dan lakaran yang telah dibuat sebelum ini akan membantu dalam tugas ini. Semasa
membuat luksan jig dan fixture ini, keputusan mestilah telah dibuat berkenaan dengan :-

● jenis operassi yang akan dijalankan,

● mesin yang akan diguna pakai

● jenis alat pemotong

● saiz mata pemotong,

● saiz alat pemandu

● lain-lain alat yang digunakan.

Untuk memudahkan kerja, sediakan satu senarai semak ( check list) butiran berikut:-

i. Operasi yang digunaka pakai atau dijalankan


ii. Mesin yang akan digunakan
iii. Alat pemotong saperti drill bit, router bit, gergaji dan saiz serta profil alat
pemotong.
iv. Alat pemandu yang akan digunakan berserta saiz
v. Alat eksessori yang akan dipasang pada jig dan fixture
vi. Alat eksessori tambahan yang akan dipasang semasa operasi.

Proses melukis pelan jig boleh dibuat dan dimasukkan butiran senarai semak mengenai alat
eksessori dalam lukisan tersebut. Semasa melukis pelan jig, masukkan sekali kedudukan
bearing penanda dan alat pemotong pada mesin, serta beri perhatian kepada tebal dan saiz
panel jig.

a. Ukuran.

Ukuran pada jig mestilah sama dengan ukuran pada model. Ini akan memberikan bahagian
perabot yang tepat dan berkualiti tinggi. Biasanya kita memberi sedikit basi pada jig
tersebut untuk mengambil kira geseran semasa operasi. Basi ini mestilah tidak mengubah
struktur profil perabot. Selalunya basi sebanyak diantara 0.5 mm.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 10 drpd 16

b. Profil
Profil pada jig perlu sama dengan model yang telah dibuat.

Pengadang

Pengadang digunakan untuk mengadang bendakerja pada jig, mestilah kukuh dipasang
terutama semaa operasi. Eloknya pengadang ini dibuat pada semua sempadan bendakerja
supaya ia tidak mengganggu perjalanan alat pemotong atau eksessori lain. Pemasang pengapit
mestilah boleh menampung kekuatan terjahan semasa operassi.

Pemegang jig

Pemegang jig perlu dibuat untuk memudahkan memegang jig semasa operasi atau
pengendaliannya. Ia perlu diletakkan supaya mudah membawa dan ini boleh
mengelakkankerosakkan kepada profil jig semasa penyelenggaraan. Elok jika kedudukan
pemegang jig ini terletak dibahagian tepid an tidak mengganggu alat pemotong dan ekssesori
jig.

Penyangkut untuk simpanan

Ia perlu dibuat jika penggunaan jig adalah untuk jangkamasa yang lama dan waktu
penggunaan adalah tidak berterusan. Menebuk lubang pada jig adalah salah satu cara mudah
untuk membuat tempat penyangkut atau alat penegang yang dipasang juga boleh disesuaikan
dengan dijadikan tempat penyangkut.

Profil sama untuk saiz yang berbeza

Sering didapati profil yang sama tetapi untuk pengeluaran atau produk yang berbeza saiz.
Percaturan ini boleh dibuat dengan menukar saiz bearing penanda pada mesin atau menukar
saiz mata alat pemotong atau boleh menggunakan alat pelapik saperti veneer atau plastic
edging pada tepi jig yang bersentuhan dengan bearing penanda bagi memberikan saiz yang
berbeza.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 11 drpd 16

Kelebihan dan kebaikan menggunakan Jig dan Fixture

Terdapat beberapa kebaikan atau kelebihan ketika menggunakan jig dan fixture diantaranya
ialah:

i. Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti


Jig dan Fixture dapat meningklatakan pengeluaran dan produktiviti secara mempercepatkan
sesuatu proses kerja. Kerja yang biasa selalunya dibuat dalam beberapa minit kini boleh
dilakukan dalam beberapa saat sahaja. Contohnya kerja-kerja mengukur dan menanda
biasanya memerlukan pembaris, kini dengan menggunakan sebatang kayu penanda, ia
dijalankan dengan cepat dan tepat. Lain-lain kerja yang boleh dipercepatkan ialah memandu
alat pemotong, menetapkan amata alat pemotong, memsang koomponen perabot dan lain-lain.

ii. Meninggikan mutu pengeluaran


Jig dan fixture dapat meninggikan mutu secara menyamakan kualiti semua barangan yang
dihasilkan, tanpa mengira tahap kemahiran pekerja tersebut. Sekalipun , suatu proses yang
terpaksa dilalui itu rumit dasn selalunya hanya pekerja mahir sahaja yang mampu
melaksanaknnya, dengan bantuan jig pekerja am juga berkemampuan menghasilkan kualiti
yang tinggi.

iii. Mendapatkan bentuk dan saiz yang sama


Jig dan fixture adalah sama dengan acuan. Oleh itu dengan acuan yang sama akan dapat
menghasilkan produk yang sama dari saiz dan bentuk yang sama.

iv. Bahagian yang saling tukar


Apabila barangan yang dihasilkan itu mempunyai saiz dan bentuk yang sama, ia mempunyai
konsep saling tukar. Contohnya, bila sebatang dari 4 batang kaki meja patah ia boleh
digantukan dengan segera tanpa perlu membuang keseluruhan meja tersebut.

v. Menjimatkan masa
Jig dan fixture dapat menjimatkan masa dalam dua cara:-

a. Mempercepatkan kerja kerana kerja yang mudah atau sulit boleh dilakukan
dengan cepat tanpa keraguan.

b. Jika jig diperbuat dari bahan yang tahan lama, dijaga dan disimpan dengan baik
ia masih boleh digunakan untuk satu tempoh yang sangat lama. Oleh itu ia boleh
digunakan bila-bila masa ia diperlukan, dan jig yang sama tidak perlu dibuat
semula.

vi. Mengurangkan kos pengeluaran


Kos pengeluaran dapat dikurangkan secara:-

a. Keperluan kepada tenaga kerja mahir dan separuh mahir berkurangan.


Penjimatan adalah dari kos pembayaran gaji mereka.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 12 drpd 16

b. Mengurangkan kos tenaga elektrik. Bila sesuatu kerja dapat dijalankan dengan
cepat dan licin, kos operasi saperti elektrik dapat dijimatkan.

c. Menambahkan keberkesanan kerja secara para pekerja tidak lagi membuang


masa dengan melakukan kerja yang kurang menguntungkan saperti mengukur,
menanda dan lain-lain. Oleh itu masa kerja lebih tertumpu kepada pengeluaran.

d. Membentuk etika kerja yang baik. Penggunaan jig melatih pekerja untuk bekerja
dengan lebih pantas, menghargai masa, mengurangkan bahan buangan,
menjimatkan kos dan lain-lain lagi. Ia boleh menjadikan suatu budaya kerja yang
sihat.

vii. Mengurangkan tenaga kerja

Kerja yang selalunya memerlukan dua atau lebih orang pekerja kini boleh dilaksanakan
dengan hanya seorang pekerja. Contoh operasi ini ialah memasang komponen-
komponen perabot.Contoh-contoh jig yang digunakan bersama dengan mesin gergaji
piring.Rajah menunjukkan jig digunakan Untuk Menentukan Saiz Bendakerja,
Pembentukan Dengan Menggunakan Router.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 13 drpd 16

viii. Mengurangkan risiko kemalangan

Di antara Keburukan Jig adalah :

a. Kemahiran pekerja terbatas


b. Tempat penyimpanan jig
c. Untuk perubahan yang sedikit tetapi kena buat jig yang baru / lain.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 14 drpd 16

Selepas jig selesai dibuat langkah yang seterusnya adalah :

a. Kenal pasti projek yang akan dibuat


b. Kebolehan dan daya kreativiti
c. Reka bentuk
d. Penggunaan bahan
e. Kebersihan
f. Penyimpanan
g. Sistem kod

Proses-proses membuat jig

 Lukisan produk
 Memecahkan produk kepada sub produk
 Lukisan detail komponen
 Lukisan berdasarkan saiz sebenar komponen
 Menekap / melakarkan lukisan sebenar diatas bahan jig
 Proses seterusnya ( praktikal )

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 15 drpd 16

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 16 drpd 16

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)

Anda mungkin juga menyukai