Anda di halaman 1dari 5

Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(3/6) Muka surat : 1 drpd 5

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA PROGRAM
/
RB-050-3:2012 FURNITURE PRODUCTION OPERATION
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL 3 (TIGA)

KOD DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
RB-050-3:2012(C01) FURNITURE PRODUCTION JIGS AND
COMPETENCY UNIT CODE FIXTURES FABRICATION
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY WORK REQUIREMENTS


2. IDENTIFY JIGS AND FIXTURES REQUIREMENT
AKTIVITI KERJA / WORK
3. IDENTIFY MACHINE AND EQUIPMENT
ACTIVITIES NO. AND 4. CARRY OUT JIGS AND FICTURES MAKING
STATEMENT 5. VERIFY JIGS AND FIXTURES
6. REPORT JIGS AND FIXTURES FABRICATION ACTIVITIES

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID RB-050-3:2012(C01)/KP(1/7)

TITLE : JIG AND FIXTURES

OBJECTIVE : CONSTRUCT FURNITURE WITH COMBINATION OF DIFFERENT TYPES


MATERIALS BY REFERING THE DRAWING / ORDER USING APPROPRIATE MACHINES AND
TOOLS SO THAT THE FURNITURE CAN BE MADE.

PENERANGAN:

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(3/6) Muka surat : 2 drpd 5

Dalam industri pembuatan perabot jig ialah suatu alat (device) yang dibuat khas sebagai ganti
kepada kerja-kerja menanda, yang menggunakan sesiku L, pensil,tolok,penanda tengah dan
lain-lain, bagi memudahkan sesuatu kerja serta memastikan kedudukan bendakerja yang
tepat, kemas serta keselamatan semasa operasi sesuatu kerja yang dijalankan.

Persediaan dan Penggunaan.

Kebanyakan Jig biasanya dibuat atau disediakan di ‘Sample Department’ bagi sesuatuindustri
pembuatan perabot. Semua Jig yang dibuat mestilah ditanda dengan No.Model tertentu dan
nama-nama bahagian bagi tujuan memudahkan pengenalan. Sebelum sesuatu Jig
digunakan,lukisan kerja hendaklah dirujuk/teliti untuk memastikan model, bahagian-bahagian
bagi sesuatu pengeluaran diperlukan. Selain dari itu mata pemotong (cutter) untuk sesuatu
mesin hendaklah dikenalpasti sebelum sesuatu operasi dijalankan.

Kebaikan Kerja-Kerja Jig.

Lebih banyak kuntiti yang seragam atau anggota (parts) yang berulang boleh dihasilkan dengan
menggunakan Jig dan Fixture dengan sedikit tenaga kerja, sedikit pelarasan dan dapat
mengurangkan masa pengeluaran sesuatu produk.

Cara-Cara Meletak Penetap.

 Jika permukaan yang melengkong bersama dengan permukaan yang rata, penetap dari
permukaan yang rata untuk permukaan yang melengkong.
 Periksa terlebih dahulu permukaan yang telah dimesin yang sesuai bagi permukaan
penetap. Pada asasnya ialah kelegaan (tolerance) yang sekecil mungkin untuk ketepatan
ukuran.
 Semua penetap yang berikutnya (subsequent) atau terkemudian atau operasi
pemesinan seharusnya berdasarkan atas tanda penetap atau permukaan yang sama.
 Element-element penetap adalah mengikut keadaan samada perlu atau tidak digunakan
dan ia semestinya mudahditukarganti.
 Kawasan permukaan penetap hendaklah sekecil mungkin dan selaras dengan
penyanggaan yang sempurna dan sesuai.

Menyimpan dan Menyelenggara Jig.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(3/6) Muka surat : 3 drpd 5

 Jig dan fixture yang tidak digunakan hendaklah disimpan di tempat yang sesuai.
 Letakkan jig di dalam keadaan mendatar dan rata serta stabil atau digantung jika
perlu di atas sesuatu rak yang sesuai.
 Elakkan jig yang mempunyai tepi berbentuk (pattern edge) dari rosak atau
terserpih.
 Jika terjejas atau haus (worn off) selepas lama menggunakannya hendaklah
semula ke ‘sample department’ untuk dibaiki semula dan ini adalah untuk
mengelakkan dari dibuat ubahsuai oleh operator mesin bila ketepatan hasil kerja
sangat kritikal.

Keselamatan.

 Semasa pemasangan atau operasi,jig hendaklah tidak terlanggar dengan


sesuatu bahagian mesin yang terjulur keluar pada mesin.
 Berhati-hati dengan kepala skru,bolt dan nut,alat tambahan,pemegang atau pengapit
hendaklah dalam kedudukan atau pemasangan yang betul atau sesuai.
 Pastikan bahagian-bahagian bersendi atau boleh bergerak,berat jika terjatuh tidak
mencederakan tangan operator.
 Periksa pengapit atau pemegang dan pengadang pada kedudukannya dengan
kedudukan mata pemotong semasa atau tidak operasi mesin dijalankan.

Kedudukan Penetap (Locating Method) dan Peralatannya.

a). Penetap.

 Penetap digunakan untuk menyangga atau memegang bendakerja pada


tempatnya dengan kemas.
 Butang kayu (tombol) pasak dan pin /paku digunakan untuk menetapkan kedudukan tepi
atau muka (bendakerja) untuk mengelakan bendakerja dari tersentuh atau melekat pada
penetap.
 Lain-lain jenis penetap seperti perumah/kekotak (nesting),penahan boleh laras dan
palam adalah digunakan dalam keadaan tertentu sahaja.
 Penetap seharusnya bebas dari tatal atau habuk kayu,jika perlu letakkan penyembur
angin (air blower) atau penyeduk habuk.

b). Apit.

Keperluan
 Fungsi apit adalah untuk memegang dan mengcengkam bendakerja pada
tempatnya semasa proses pemesinan.
 Penggunaan apit seharusnya tidak mengganggu bendakerja dari kedudukan yang tepat.
 Apit tidak seharusnya tidak menyebabkan bendakerja terpiuh.
 Kekuatan kerja (force) sepatutnya tidak berlawanan dengan kekuatan apit.
 Ia sepatutnya berkesan untuk mengawal kedudukan bendakerja dari bergerak.
 Ia sepatutnya memudahkan operasi.
 Apit sepatutnya tidak terpiuh di bawah tekanan apitan.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(3/6) Muka surat : 4 drpd 5

 Kedudukan apit mestilah dalam keadaan yang paling sesuai untuk menerima tekanan
dari mata pemotong ketika operasi.
 Apit pneumatic dan hydrolik sepatutnya berfungsi secara tidak berlawanan diantara satu
sama lain atau bendakerja dalam keadaan seimbang.
 Bagi bendakerja yang berbeza saiznya ,jika menggunakan apit pneumatic seharusnya
ditunjukkan dengan arahan ‘on’ dan ‘off’.
 Pastikan semua apit tidak ditempatkan pada posisi yang boleh menyebabkan berlakunya
perlanggaran dengan bahagian-bahagian tertentu mesin.

Jenis Apit yang biasa digunakan.

Terdapat berbagai jenis apit yang boleh digunakan ketika membuat sesuatu jig dari yang
mudah saperti apit sekeru,apit sudut, starp dan lain-lain hingga ke jenis yang agak moden
saperti apit togol (toggle clamp) jenis mendatar dan menegak.

Apit Toggle jenis mendatar dan tegak.

Apit jenis ini adalah yang selalu digunakan dalam pembuatan jig kerana ia mudah dan pantas
(quick) untuk digunakan. Digunakan dengan tangan (manual),mengapit dan membuka (loaking
and realease) dilakukan dengan menarik atau menekan pemegangnya.

Apit Pneumatic

 Sejenis apit khas yang menggunakan kuasa tekanan angin.


 Kelebihan ialah daya dan masa yang diperlukan untuk kerja mengapit dapat
dikurangkan. Jimat ruang kerja untuk seseorang operator mengendalikannya.
 Arah apitan (clamping action) boleh didap[ati secara terus (direct) atau berlawanan
(indirect),yang mana bendakerja diapit diantara selinder pelantak ( ram cylinder).

Contoh-Contoh Jig.

1. Jig Penggerudian Lubang.


a. Prinsip Penggunaan Jig Penggerudian Lubang.

 Alatan pengapit hendaklah cukup kuat menahan daya tekanan atau pusingan
mesin gerudi.
 Bendakerja hendaklah diletakkan diatas tapak yang besar garispusatnya dan jika
perlu garispusat pengapit hendaklah lebih besar dar garis pusat bendakerja
yang dimesin.
 Adalah lebih selamat tidak memegang jig dengan tangan semasa menggerudi
lubang yang besar garispusatnya. Bagi sesetengah keadaan penahan,
pelari,perumah/kekotak atau pagar boleh digunakan untuk mengelakkan jig dari
berpusing atau berputar.

Jig Penggerudi Bendakerja berbentuk selinder (spindle)

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(3/6) Muka surat : 5 drpd 5

 Penetap jenis ‘V’ adalah yang biasa digunakan untuk meletakkan bendakerja
berbentuk selinder/bulat atau bendakerja berbentuk separuh bulat saperti kaki
kerusi dan ‘side strectcher’.

 Penetap ‘V’ yang bersudut 90° dapat memegang bendakerja berbentuk


bulat/selinder dngan lebih selamat.

 Satu lurah adalah perlu dibuat dibahagian bawah ‘V’ untuk menerima tatal atau
habuk kayu dan boleh dibuang dengan menggunakan semburan angin atau
disapu berselangan.

 Jig sepatutnya boleh dilaras kepada sudut tertentu.

Jig Menggerudi Lubang Pada Tempat Duduk Kerusi (Seat)

Untuk menggerudi lubang pada tempat duduk kerusi,pin atau butang kayu sebagai penetap
adalah digunakan, yang mana lebih mudah dimasuk atau diletakkan pada pra lubang (pre hole)
untuk kaki.Tempat duduk (seat) akan diletakkan atas penetap butang kayu, dan tolak jig
kebawah ‘ multiple boring machine’ untuk digerudi lubang.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)

Anda mungkin juga menyukai