Anda di halaman 1dari 19

Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 1 drpd 19

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA PROGRAM
/
RB-050-3:2012 FURNITURE PRODUCTION OPERATION
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL 3 (TIGA)

KOD DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
RB-050-3:2012(C01) FURNITURE PRODUCTION JIGS AND
COMPETENCY UNIT CODE FIXTURES FABRICATION
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY WORK REQUIREMENTS


2. IDENTIFY JIGS AND FIXTURES REQUIREMENT
AKTIVITI KERJA / WORK
3. IDENTIFY MACHINE AND EQUIPMENT
ACTIVITIES NO. AND 4. CARRY OUT JIGS AND FICTURES MAKING
STATEMENT 5. VERIFY JIGS AND FIXTURES
6. REPORT JIGS AND FIXTURES FABRICATION ACTIVITIES

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID RB-050-3:2012(C01)/KP(1/7)

TITLE : MEREKABENTUK JIG

OBJECTIVE : LAKSANA KERJA PEMBINAAN JIG DENGAN MENGGUNAKAN PERALATAN


FURNITURE DRAWING, HAND TOOLS, JIG MATERIALS, MEASURING TOOLS,
MARKING TOOLS, JIGS, FASTENER, SAMPLE FURNITURE COMPONENTS DAN WOOD
DENGAN ITU JIG DIHASILKAN MENGIKUT SPESIFIKASI DAN KEHENDAK INDUSTRI.

PENERANGAN:
Penggunaan jig didalam proses pembuatan perabot kini menjadi semakin popular. Jig
boleh didapati dari kedai peralatan pertukangan atau boleh diperbuat sendiri mengikut

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 2 drpd 19

kepperluan proses. Jig boleh diperbuat dari pelbagai jenis bahan mentah sesuai dengan
kelasakan kerja. Ia dapat menjalankan berbagai kerja yang mudah ataupun sukar dalam masa
yang singkat dengan mencapai kualiti yang sama dan sekaligus meningkatkan kualiti.

Jig mempunyai dua bahagian, bahagian yang pertama dipanggil bahagian utama. Ia
mempunyai ukuran dan bentuk acuan yang tepat. Ketepatan ukuran dan potongan bagi sesuatu
jig adalah tidak kurang dari 0.5mm.Bahagian yang kedua dipanggil pelengkap. Ini kerana
ukuran padanya adalah tidak begitu mustahak. Ia berfungsi untuk memegang kepada bahagian
utama dan kadangkala dipasang pada alat mesin.

1. ASPEK TEKNIKAL DALAM MEREKABENTUK JIG

Di dalam merancang untuk membuat jig bagi pengeluaran perabot, selain dari kos yang
terlibat dalam pembuatannya, jangkahayat penggunaan jig tersebut didalam pengeluan
sesebuah produk. Antara aspek-aspek teknikal yang berkaitan dengan merekabentuk jig adalah
seperti berikut :

a) Rekabentuk yang mudah

Penggunaan alat dan aksesori yang mudah operasinya dan tidak mendatangkan bahaya
semasa opersi adalah lebih baik. Contohnya,penggunaan pengapit yang berupaya memutar
sekeru atau pengapit mampatan adalah lebih mudah berbanding dengan menggunakan
tekanan angin.

b) Kedapatan komponen untuk jig

Oleh kerana penggunaan jig masih ditahap pengenalan, tidak banyak kedai yang menjual
peralatan eksesori untuk jig dan fixture. Ia kadangkala memberi masalah yangbesar untuk
mendapatkan komponen dan aksesori untuk jig. Oleh itu pemilihan bahan mentah untuk
memudahkan penyimpanan dan penyelenggaraan adalah mustahak.

c) Kekuatan,ketahanan,haus dan rosak

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 3 drpd 19

Bahagian permukaan jig yang terdedah kepada penggunaan terlalu kerap akan mengalami
haus dan rosakakibat gesaran. Sekiranya bahagian utama ini diperbuat daripada bahan
yang kuat dan tahan lama seperti keluli, ia akan menambah kekuatan dan ketahanan jig
serta melambatkan proses kehausan.

Bahan mentah yang tahan lasak juga boleh menjaga profil rekabentuk dengan baik dalam
jangkamasa yang lama. Oleh itu kerap kali bahagian utama jig diperbuat daripada beri
manakala bahagian pelengkap dan pemegang diperbuat daripada kayu atau papan panel.

d) Jangkamasa hayat

Sesetengah jig yang baik mutunya boleh tahan untuk beberapa tahun, sementara yang lain
hanya tahan untuk beberapa kali pengeluaran sahaja. Jangkamasa hayat jig bergantung
kepada :

i. Bahan mentah
ii. Kaedah pemasangannya ( paku,sekeru,gam)
iii. Kekerapan penggunaan

2. JENIS-JENIS JIG

i. Jig Penggerudian Lubang.

a. Perinsip Penggunaan Jig Penggerudian Lubang.

 Alatan pengapit hendaklah cukup kuat menahan daya tekanan atau pusingan
mesin gerudi.

 Bendakerja hendaklah diletakkan diatas tapak yang besar garispusatnya dan jika
perlu garispusat pengapit hendaklah lebih besar dar garis pusat bendakerja
yang dimesin.

 Adalah lebih selamat tidak memegang jig dengan tangan semasa menggerudi
lubang yang besar garispusatnya. Bagi sesetengah keadaan penahan,
pelari,perumah/kekotak atau pagar boleh digunakan untuk mengelakkan jig dari
berpusing atau berputar.

ii. Jig Penggerudi Bendakerja berbentuk selinder (spindle)

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 4 drpd 19

 Penetap jenis ‘V’ adalah yang biasa digunakan untuk meletakkan bendakerja
berbentuk selinder/bulat atau bendakerja berbentuk separuh bulat saperti kaki kerusi
dan ‘side strectcher’.

 Penetap ‘V’ yang bersudut 90° dapat memegang bendakerja berbentuk bulat/selinder
dengan lebih selamat.

 Satu lurah adalah perlu dibuat dibahagian bawah ‘V’ untuk menerima tatal atau
habuk kayu dan boleh dibuang dengan menggunakan semburan angin atau disapu
berselangan.

 Jig sepatutnya boleh dilaras kepada sudut tertentu.

Rajah : Jig Berbentuk Selinder ( Spindle )

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 5 drpd 19

iii. Jig Menggerudi Lubang Pada Tempat Duduk Kerusi (Seat)

Untuk menggerudi lubang pada tempat duduk kerusi,pin atau butang kayu sebagai
penetap adalah digunakan, yang mana lebih mudah dimasuk atau diletakkan pada pra
lubang (pre hole) untuk kaki.Tempat duduk (seat) akan diletakkan atas penetap butang
kayu, dan tolak jig kebawah ‘ multiple boring machine’ untuk digerudi lubang.

Rajah
: Jig Tempat Duduk Kerusi

Contoh Binaan Jig:

a) Jig untuk sandar kerusi.

Membentuk satu panel dengan dua teknikl yang berbeza. Selain daripada membentuk
bahagianluar sandar kerusi , kita juga perlu membentuk lengkungan di bahagian tengah
kerusi. Untuk membentuk bahagian ini, prosesnya secara mendatar seperti rajah 1atau
menegak seperti rajah 2. Jadi ia mempunyai dua pilihan.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 6 drpd 19

RAJAH 1 : Jig Secara Mendatar

RAJAH 2 : Jig Secara Menegak

a) Jig Kedudukan mendatar.

Sekiranya bentuk sandar kerusi tersebut seperti dirajah 3, apabila membentuk panel
seperti ini kita perlu membentuknya dengan dua peringkat;

i. Panel tersebut mestilah empat segi tepat dengan tambahan 1mm pada semua
bahagian seperti di rajah 4.
ii. Untuk membuat lubang seperti rajah 5, elok kita jalankan semasa ia masih
bersegi kerana ia lebih mudah dan lubang ini kita boleh jadikan sebagai titik
rujukan.
iii. Untuk membentuk lengkung bahagian dalam, rajah 6 menunjukan tempat
pembentukan akhir dan rajah 7 menunjukan keratin rentas panel tersebut.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 7 drpd 19

RAJAH 3

RAJAH 4

RAJAH 5

RAJAH 6

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 8 drpd 19

RAJAH 7

iv. Seperti dirajah 8, baering penanda mempunyai garis pusat 60mm dan kita tahu jarak
(A) ialah 14mm.

v. Kedudukan peralatan adalah seperti rajah 9.

RAJAH 8 RAJAH 9

vi. Kini ia boleh dapatkan jejari lengkung jig iaitu; 271 – 61 – 14 = 166mm.

vii. Panel jig kemudiannya seperti rajah 10.

a) mempunyai jejari 196mm sebagai jejari lengkung bahagian tepi hadapan.


b) Ia perlu cukup untuk memuatkan keseluruhan panel.
c) Ia perlu mempunyai tempat untuk meletakkan penyepit.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 9 drpd 19

RAJAH 10

viii. Oleh kerana jig seperti ini yang mempunyai Dua hujung yang tajam boleh rosak dengan
cepat, iaperlu dipotong dia tempat ia bermula dan berakhirnya tempat lengkungan.

ix. Untuk mendapatkan tempat ini, perlu melukis ukuran penuh set ini seperti rajah 11, dan
menyambungkan garisan awal dan akhir lengkungan menggunakan pusatnya sebagai
rujukan. Tempat pertemuan jejari ini dan lengkungan jig adalah titik yang dicari

RAJAH 11

x. Oleh kerana panel (sandar kerusi) telah ditebuk lubangnya, ia boleh


menggunakan lubang ini sebagai tempat menetapkan panelnya dengan jig. Tebuk
lubang pada jig yang mempunyai garis pusat yang sama seperti panel. Sumbatkan
lubang ini dengan dowel. Rajah 12 menunkjukan gambaran jig yang akhir.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 10 drpd 19

RAJAH 12

xi. Bila jig ini adalah terlalu kecil, adalah menjadi ekonomik jika kita membuat lebih banyak
jig seperti rajah 13 dan 14.

RAJAH 13 RAJAH 14

b) Jig Kedudukan Menegak :

i. Merancang kedudukan peralatan adalah seperti rajah 15 iaitu dalam keratin


rentasnya.

ii. Katakan, menggunakan blok pemotong bergaris pusat 100mm dan garis pusat
potongan ialah 110mm, 60mm bearing penanda dan jajaran membentuk
(A=25mm).

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 11 drpd 19

RAJAH 15

iii. Untuk mendapatkan bentuk jig, lukis garis lengkung anggaran pada sandaran kerusi
seperti rajah 16. pada kedudukan mendatar, seperti rajah 17.

RAJAH 16 RAJAH 17

iv. Untuk menggunakan garisan lengkung ini sebagai rujukan, dan lukiskan garisan
yang selari dengannya sejarak 25mm kearah luar jig, rajah 18.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 12 drpd 19

RAJAH 18

v. Sekarang kita perlukan kayu penyandar seperti rajah 19. Ia mestilah sama
panjang dengan panel sandar kerusi yang akan dibentuk.

RAJAH 19

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 13 drpd 19

vi. Tepinya mestilah sendeng, sesuai dengan jajaran pembentuk. Ia mestilah


mempunyai 2 dowel yangs sama saiz untuk dimuatkan pada lubang di panel
sandar kerusi.

vii. Potongan mestilah sesuai untuk menenpatkan alat penyepit.

viii. Rajah 20 menunjukan gambaran jig yang lengkap dan rajah 21 menunjukan jig-
jig yang sama.

RAJAH 20 RAJAH 21

ix. Untuk menyiapkan panel ini kita perlu membentuk bahagian luarnya. Ia boleh
disiapkan seperti didialam rajah 22.

RAJAH :22

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 14 drpd 19

3. FUNGSI JIG

Bagi menjaga ketepatan ukuran dan bentuk jig, kita perlu membuang habuk kayu selepas
setiap operasi. Jika habuk ini berkumpul ditempat-tempat yang kritikal, ketepatan pemotongan
atau pemasangan akan berkurangan.

Sedikit basi perlu diberikan bagi pemotongan benda kerja. Ia adalah bagi mengatasi masalah
gegaran pada mesin, pengecutan dan pengembangan benda kerja. Dari satu pemerhatian yang
dibuat , ketepatan pemotongan bagi kayu adalah diantara 0.1 mm hingga 0.3mm

Jig adalah sejenis alat yang berfungsi untuk :

i. Memegang benda kerja dengan kukuh


ii. Menempatkan bendakerja padanya
iii. Memandu mata alat pemotong semasa pemprosesan
iv. Memudahkan menanda benda kerja
v. Mengukur benda kerja.

4. KELEBIHAN MENGGUNAKAN JIG

Terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan jig, antaranya ialah :

a) Meninggikan Pengeluaran

Jig dapat meninggikan pengeluaran secara mempercepatkan sesuatu kerja. Kerja yang

selalunya dijalankan dalam beberapa minit kini boleh dilaksanakan dalam tempoh

beberapa saat sahaja. Contohnya kerja-kerja mengukur dan menanda biasanya

memerlukan pembaris, kini dengan menggunakan sebatang kayu penanda, ia boleh

dijalankan dengan cepat dan tepat.

b) Meningikan Mutu Pengeluaran

Jig meninggikan mutu pengeluaran secara menyamakan kualiti semua barangan yang
dihasilkan, tanpa mengira tahap kemahiran pekerja tersebut. Sekalipun sesuatu proses yang

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 15 drpd 19

terpaksa dilalui itu rumit, dan selalunya hanya pekerja mahir sahaja yang mampu
melaksanakannya, dengan bantuan jig pekerja am juga berkemampuan menghasilkan
kualiti yang tinggi.

c) Mendapatkan Saiz dan Bentuk yang Sama

jig dan fixture adalah sama dengan acuan. Oleh itu, dengan acuan yang sama akan dapat
menghasilkan produk-produk (benda-benda) yang sama dari saiz dan bentuknya.

d) Bahagian yang saling tukar

Apabila barangan yang dihasilkan itu mempunyai saiz dan bentuk yang sama, ia mempunyai
konsep saling tukar. Contohnya, bila sebatang daripada 4 batang kaki meja patah, ia boleh
digantikan segera tanpa perlu membuang keseluruhan meja tersebut.

e) Menjimatkan masa

Jig menjimatkan masa dengan dua cara :

i. Mempercepatkan kerja
ii. Jika jig dibuat daripada bahan yang tahan lama, dijaga dan disimpan
dengan baik, ia masih boleh digunakan untuk satu tempoh yang sangat
lama. Oleh itu, ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja ketika diperlukan.
Dan jig yang sama tidak perlu diperbuat semula.

f) Mengurangkan kos pengeluaran

Kos pengeluaran dapat dikurangkan secara :

i. Keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir berkurangan. Penjimatan


adalah dari kos pembayaran gaji mereka.
ii. Mengurangkan kos tenaga eletrik. Bila sesuatu kerja dapat dijalankan dengan
cepat dan licin, kos operasi seperti eletrik dapat dijimatkan.
iii. Menambahkan keberkesanan kerja secara para pekerja tidak lagi membuang
masa dengan melakukan kerja yang kurang menguntungkan seperti mengukur,
menanda dan lain-lain. Oleh itu masa kerja lebih tertumpu kepada pengeluaran.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 16 drpd 19

iv. Membentuk etika kerja yang baik. Penggunaan jig melatih pekerja untuk bekerja
dengan lebih pantas, menghargai masa, mengurangkan bahan buangan,
menjimatkan kos dan lain-lain lagi. Ia boleh menjadi satu budaya kerja yang sihat.

g) Mengurangkan tenaga kerja yang selalunya memerlukan dua atau lebih orang pekerja, kini
boleh dilaksanakan dengan sempurna dengan hanya seorang pekerja. Contohnya operasi
ini ialah memasang komponen perabot.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 17 drpd 19

5. PROSES-PROSES PEMBUATAN JIG

Secara amnya proses yang terdapat dalam pembuatan jig adalah seperti berikut ;-
Lukisan Produk

Memecahkan Produk Kepada Sub-


Produk

Lukisan Detail Komponen

Lukisan Berdasarkan Saiz Sebenar


Komponen

Menekap / Melakarkan Lukisan


Sebenar Diatas Bahan Jig

Buat bentuk Jig

Pasang Semua Komponen Jig Dan


Pasang Aksesori Jig

Laksana Kerja Praktikal


menggunakan Jig

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 18 drpd 19

Contoh Penggunaan Jig:

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas RB-050-3:2012/C01/KP(1/7) Muka surat : 19 drpd 19

RUJUKAN :

1. Roger Horwood. 2002. The Woodworker’s Handbook. London : New Holland


Publishers (UK) Ltd.

2. Robert Cooksey, Paul Bramwell. 1996. The Art of The Cabinet Maker. Ramsbury,
Marlborough (Great Britain) : The Crowood Press Ltd.

3. Stevie Henderson. 1992. 2 x 4 Furniture. New York : A Sterling Publishing Co.


Inc.

4. Carl Fuchs. 2003. Woodworking & Cabinetry. New Jersey : Research & Education
Association (REA).

5. John A Walton. 1971. PERTUKANGAN KAYU Teori dan Amalan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa & Pustaka

6. Tan Boon Tong. 1990. TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa & Pustaka

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)

Anda mungkin juga menyukai