Anda di halaman 1dari 17

Kod Kertas RB-050-2:2012/CO01/KP(1/9) Muka surat : 1 drpd 17

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA


PROGRAM RB-050-2 : 2012 FURNITURE PRODUCTION OPERATION

TAHAP 2 (DUA)

RB-050-2:2012(CO01): FURNITURE MATERIAL


KOD DAN TAJUK UNIT PREPARATION
KOMPETENSI

1. IDENTIFY WORK REQUIREMENT


2. IDENTIFY RAW MATERIALS
3. CARRY OUT MATERIALS CUTTING
4. CARRY OUT JOINTING/SURFACE PLANNING
PROCESS
NO. DAN PENYATAAN 5. CARRY OUT THICKNESSING PROCESS
AKTIVITI KERJA 6. CARRY OUT RIPPING PROCESS
7. CARRY OUT PROFILING PROCESS
8. VERIFY FURNITURE MATERIALS CONDITION
9. REPORT FURNITURE MATERIALS PREPARATION

ID UNIT KOMPETENSI RB-050-2:2012(CO01)/KP(1/9)

TITLE : Lukisan produk

OBJECTIVE : Pelatih yang mahir dalam CU akan dapat merancang pengeluaran


produk mengikut, spesifikasi..Setelah selesai CU ini,pelatih akan
dapat mengenal lukisan produk

1.0 Proses Lakaran


Lakaran ialah proses mengeluarkan idea yang di terjemahkan di atas kertas. Proses ini
biasanya berpandukan kepada makluimat yang terkumpul di peringkat kajian
sebelumnya. Ada pereka yang melakukan lakaran berpandukan ’subject matter’ untuk

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 2 drpd 17

menghasilkan reka bentuk contohnya reka bentuk meja kopi hasil perkembangan idea
daripada bunga raya.
Proses lakaran idea perlu dilakukan sebanyak yang mungkin sebelum menghasilkan
satu reka bentuk yang merangkumi kehendak asas reka bentuk. Lakaran idea ini akan
diperjelaskan lagi dengan hasil lukisan 3 dimensi bagi melihat dengan jelas bentuk
sebenar produk yang di reka. Lakaran terperinci perlu diperjelaskan termasuk sistem
sambungan yang diguna pakai.
Rajah 1 : Proses Membuat Lakaran

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 3 drpd 17

Rajah 2 : Proses Lakaran Perabot Menggunakan Dua Titik Lenyap

2.0 Persembahan Lakaran

Seperti juga persembahan kesenian lain, dalam lakaran, persembahan boleh


diklafisikasikan kepada 3 kaedah.
2.1 Kaedah Satu
Pengolahan persembahan melalui komunikasi suara dan gaya. Biasanya tahap ini
kurang atau gagal mempengaruhi pelanggan.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 4 drpd 17

2.2 Kaedah Dua


Persembahan melalui lakaran 2 dimensi bergambar. Dilakukan melalui lakaran
persepektif. Dengan idea pereka, lakaran yang dihasilkan diterjemahkan melalui warna,
penggunaan ruang serta media yang menarik menimbulkan mood kepada orang yang
melihat.
2.3 Kaedah Tiga
Persembahan melalui scale model / mock up 3 dimensi lebih mudah diterjemahkan oleh
pereka kepada pelanggan.
*Kaedah dua dan tiga merupakan kaedah yang baik dan memberi impak yang
berkesan kepada pelanggan.
Maklumat atau data mengenai ergonomik dan antropometrik akan dapat memberikan
satu panduan asas kepada pelakar /pereka bentuk dalam mereka bentuk perabot yang
dikehendaki dengan ukuran atau saiz yang sesuai dan bertepatan.

3.0 Lakaran Perspektif


Perspektif amat penting dalam sesebuah lakaran. Ia menampilkan perbezaan dari segi
saiz, warna dan jalinan sesuatu objek apabila ia berada jauh dari pandangan mata.
Perspektif lurus bermakna memastikan sesuatu objek dalam lakaran itu besar atau
kecil. Perspektif juga ialah sistem untuk memastikan skala atau ukuran objek dari
pelbagai sudut pandangan.
Perspektif lakaran berada antara lukisan gaya bebas dengan lukisan teknikal. Ia
mempamerkan aspek tiga dimensi (3D) objek dari sesebuah sudut.

3.1 Garisan Horizon


Garisan horizon dalam sesebuah lakaran perspektif ialah satu garis mendatar
(horizontal) yang merentasi gambar. Ia selalu berada pada paras mata dan
kedudukannya bergantung dari paras mata kita memandang samada dari tempat tinggi
atau memandang sesuatu dari jarak dekat.
Jika berdiri, aras pandangan mata akan turut meninggi dan jika duduk. Aras
pandangan mata akan menjadi rendah. Begitu juga apabila kita mendongak atau
menundukkan kepala, ia akan mengubah garisan horizon.
Horizon yang sebenarnya tidaklah nampak atau nyata tetapi kita perlu
menggunakannya untuk melakar gambar dalam perspektif. Garisan horizon juga
dikenali sebagai garisan aras mata atau garisan kaki langit.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 5 drpd 17

Rajah 3 : Garisan Horizon

3.2 Titik lenyap


Semua garisan selari yang terdapat di sekeliling kita seperti garis lurus di bahagian kiri
dan kanan jalan raya akan bertemu di satu titik yang dipanggil titik lenyap.
Titik lenyap ialah satu titik yang terletak pada garis horizon. Titik lenyap merupakan
titik di mana semua garisan yang digunakan untuk melukis perspektif bertemu.

Rajah 4 : Garisan Titik Lenyap

3.3 Perspektif satu titik lenyap

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 6 drpd 17

Perspektif satu titik lenyap digubah dengan hanya menggunakan satu titik lenyap
sahaja dan biasanya berada di bahagian tengah gambar.
Ia akan membentuk gambaran tiga dimensi dalam sesebuah lukisan.

Rajah 5 : Perspektif Satu Titik Lenyap

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 7 drpd 17

3.4 Perspektif Dua Titik LenyapRajah 6 : Pandangan Perspektif Dua Titik Lenyap

3.5 Perspektif tiga titik lenyap


Rajah 7 : Perspektif Tiga Titik Lenyap

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 8 drpd 17

4.0 Rendering Lakaran


Rendering ialah teknik mewarna lakaran / lukisan persembahan.
Ada pelbagai jenis media yang digunakan untuk lukisan persembahan dan antara yang
biasa digunakan ialah:
a) Marker warna
b) Pastel
c) Air brush
d) Warna pensil

Pelbagai teknik juga digunakan iaitu:


a) Marker warna sahaja
b) Marker warna dan pastel
c) Marker warna dan warna pensil
d) Air brush sahaja
e) Kesemua media digunakan bersama.

5.0 Rekabentuk lakaran


Lakaran dalam mereka bentuk di lakukan dalam dua kaedah iaitu:
Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)
Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 9 drpd 17

a) Menghasilkan rekaan baru


b) Mengubahsuai rekaan lama

Penentuan reka bentuk dihasilkan berdasarkan dua cara iaitu:


a) Bentuk mengikut fungsi – reka bentuk luaran dihasil berdasarkan fungsi samada
faktor estetik, ergonomik, bentuk, warna dan sebagainya.
b) Fungsi mengikut bentuk – Penekanan kepda kepada rupa dan bentuk produk.
Fungsi tidak terjejas walau bentuk dipelbagaikan.

Perkara yang perlu di ambil kira dalam mereka bentuk ialah:


a) Keperluan
b) Penampilan
c) Bahan
d) Struktur reka bentuk.

6.0 Lakaran – Unsur-Unsur Rekabentuk


6.1 Garisan

Rajah 1 - garisan
Garisan terbentuk daripada sambungan titik – titik yang mempunyai arah yang
tertentu. Ia merupakan unsur seni reka yang paling asas dalam mereka bentuk. Olahan
garisan dapat menghasilkan pelbagai kesan atau fungsi seperti:
a) Menghasilkan Ton
b) Menimbulkan Jalinan
c) Rupa atau motif untuk mencorak
d) Menimbulkan Bentuk
e) Mencipta Ruang
f) Menunjukkan Pergerakan

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 10 drpd 17

Rajah 2 – Garisan dan ton, garisan dan rupa Rajah 3 – Garisan dan jalinan, garisan
dan c

Rajah 4 - Garisan dan bentuk, garisan dan ruang

Rajah 5 – Penggunaan garisan menghasilkan kesan pergerakan


Jenis - jenis garisan adalah seperti:
a) Garisan buatan – tebal, nipis, berbulu, putus – putus, kasar, beralun, bergigi.
Bergetar, melengkung, memancar, memutar, berselari dan sebagainya.
b) Garisan di alam sekeliling – Garisan semulajadi dan garisan buatan manusia.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 11 drpd 17

6.2 Warna
Terdapat tiga kategori warna iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier.
a) Warna asas – Juga dikenali sebagai warna utama atau primer. Ia tidak dapat
diperolehi daripada campuran warna lain dan merupakan warna yang paling
hebat kuasanya.(Merah, Kuning dan Biru).
b) Warna sekunder – Dihasilkan dengan mencampur dua warna asas dan warna
yang ke dua hebat kuasanya.(Merah + Kuning = Jingga, Merah + Biru = Ungu,
Kuning + Biru = Hijau)
c) Warna tertier – Dihasilkan dengan mencampurkan satu warna asas dan satu
warna sekunder dan ketiga hebat kuasanya. (Merah + Jingga = Merah jingga,
Kuning + Hijau = Kuning Hijau dan lain – lain)

Roda Warna – merupakan satu roda yang menunjukkan hubungan antara warna
asas, warna sekunder dan warna tertier.
 Jenis warna – warna harmoni, warna penggenap dan warna sewarna.
 Nilai warna – Ton warna. Kroma warna, warna neutral.
 Suhu Warna – Warna panas dan warna sejuk.
 Perspektif warna – objek dekat dengan warna yang lebih gelap dan
dilukis dengan jelas. Objek jauh dengan warna yang terang, pudar dan
lembut

6.3 Jalinan
Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Jalinan dapat
menghasilkan kesan ruang yang menarik pada permukaan. Ia juga dapat mengubah
suatu rupa kepada bentuk.
Terdapat dua jenis jalinan iaitu:
a) Jalinan sentuh – kesan pada permukaan objek yang dapat dirasa melalui
penglihatan dan sentuhan. Contoh: tayar kereta, kulit durian, ukiran kayu.
b) Jalinan tampak – kesan yang terdapat pada objek yang dapat dilihat tetapi tidak
dapat dirasa melalui sentuhan. Contoh: lukisan, gambar foto, batu marmar dan
lain- lain lagi.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 12 drpd 17

Rajah 6 – Rupa yang ditambah jalinan menjadi bentuk 3 dimensi

6.4 Rupa
Rupa adalah satu kawasan atau permukaan yang rata atau tidak timbul, ia hanya
mempunyai dua dimensi. Rupa adalah berbeza daripada bentuk kerana ia tidak
mempunyai jisim dan isi padu. Rupa adalah hasil apabila penghujung sesuatu garisan
bertemu dengan permulaannya.
Jenis – jenis rupa adalah :
 Rupa geometri
 Rupa Organik

Rajah 7 – Rupa geometri dan rupa organik


6.5 Corak
Merupakan susunan rupa yang sama secara berulang. Rupa geometri dan organik yang
disusun secara berulang akan menghasilkan corak.

Rajah 8 – corak terhasil daripada susunan rupa organik dan geometri

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 13 drpd 17

6.6 Bentuk
Bentuk juga dihasilkan apabila sesuatu penghujung garisan bertemu dengan
permulaannya. Semua bentuk mempunyai ketinggian , keluasan dan jisim. Rupa objek
yang ditambahkan dengan garisan , jalinan atau ton akan menghasilkan bentuk.
Jenis – jenis bentuk ialah:
 Bentuk konkrit – merupakan bentuk sebenar misalnya bentuk arca, batang
pensel, bakul anyaman dan sebagainya. Ia dihasilkan melalui teknik mengukir,
menganyam dan sebagainya.
 Bentuk Ilusi – Berbentu maya seperti lukisan, catan dan gambar foto. Ia tidak
dapat dirasa apabila disentuh dan dihasilkan dengan teknik melukis, mencetak
dan fotografi.

Rajah 9 – Perbezaan rupa dan bentuk


6.7 Ruang
Ruang adalah dimaksudkan sebagai kawasan kosong yang berada disekeliling sesuatu
objek di mana susunan objek – objek itu dapat menimbulkan perbezaan jarak dan
kedudukan dari segi tampak pada sesuatu reka bentuk. Ia merujuk antara dua objek
atau rongga yang terdapat dalam sesuatu benda.
Hubungan ruang dengan unsur – unsur lain:
a) Unsur – unsur reka bentuk seperti garisan, jalinan dan warna boleh digunakan
untuk menimbulkan perbezaan ruang tampak pada objek – objek yang berada di
sekeliling kita.
b) Perbezaan jarak antara dua objek di dalam sesuatu ruang iaitu warna gelap atau
panas digunakan untuk objek dekat manakala warna terang atau sejuk
digunakan untuk objek yang jauh.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 14 drpd 17

Cara menimbulkan kesan ruang dalam lukisan adalah melalui:


a) Tindihan objek – objek.
b) Saiz objek yang berbeza.
c) Ketebalan garisan.
d) Ton warna
e) Perspektif
f) Warna.

7.0 Lakaran - Prinsip-perinsip Reka Bentuk


Untuk melengkapkan sebuah reka bentuk, perlu ada gabungan unsur – unsur reka
bentuk dan prinsip – prinsip reka bentuk. Terdapat tujuh jenis prinsip – prinsip reka
bentuk.
7.1 Harmoni
Harmoni dihasilkan melalui susunan atau ulangan unsur – unsur reka bentuk yang
sesuai dan seimbang.
Hubungan antara harmoni dengan unsur – unsur reka bentuk ialah:
a) Susunan garisan pada objek alam semula jadi atau buatan manusia mewujudkan
prinsip harmoni.
b) Kesan sesuatu corak adalah merupakan jalinan yang harmoni.
c) Warna pelangi atau warna turutan adalah sebagai warna yang harmoni.
d) Susunan sesuatu objek di dalam sesebuah ruang tertentu mempunyai jarak yang
sesuai atau kelihatan harmoni.
e) Penggunaan atau penyatuan rupa yang sama jenis dalam sesuatu corak dapat
menghasilkan rupa yang harmoni.
f) Keseimbangan dalam menentukan bentuk sesuatu objek adalah mengikut
susunan yang harmoni.

7.2 Penegasan
Penegasan berfungsi sebagai daya tarikan atau menarik perhatian orang lain terhadap
sesuatu objek atau sesuatu perkara. Ia menjadi prinsip reka bentuk di mana ia dapat
menonjolkan sesuatu unsur supaya menjadi tumpuan atau fokus terhadap sesuatu reka
bentuk.

Fungsi penegasan adalah:


Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)
Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 15 drpd 17

a) Menarik perhatian
b) Mengelakkan kebosanan

7.3 Imbangan
Dalam seni, imbangan bererti keadaan yang seimbang dari segi ketumpatan, saiz, rupa,
bentuk dan ruang. Garisan axis digunakan sebagai garisan cermin untuk mengenali
samada sesuatu gambar merupakan imbangan simetri atau tidak.
Terdapat dua jenis imbangan iaitu :
a) Imbangan simetri – unsur di bahagian kiri dan kanan serupa atau bahagian atas
dan bawah serupa.
Imbangan tidak simetri - unsur di bahagian kiri dan kanan tidak serupa atau bahagian
atas dan bawah tidak serupa.Walaubagaimanapun kedua – dua bahagian mempunyai
ciri yang menimbulkan kesan seimbang.
 Garisan Grid
Semua objek mempunyai struktur yang memberi sokongan, kekuatan, perlindungan
dan bentuk kepada objek tersebut. Struktur ini dinamakan rangka bentuk.
Jenis – jenis garisan grid:
a) Struktur linear – merangkumi garisan grid dan garisan perspektif.
b) Struktur berpancar – terdapat dua jenis iaitu struktur garisan berpancar dan
garisan berlingkar.
7.4 Kontra
Kontra adalah keadaan di mana salah satu unsur seni bercanggah atau bertentangan
dengan unsur seni yang lain. Kontra akan menghasilkan kesan penegasan.
Kontra mempunyai ciri berikut:
a) Unsur seni yang kontra mempunyai ciri yang bertentangan.
b) Kawasan yang kontra merupakan kawasan yang mempunyai daya tarikan yang
paling hebat terhadap pemerhati.
Fungsi kontra pula adalah:
a) Memberi penegasan dan tumpuan pada kawasan yang ingin disampaikan mesej
utama dengan cara huruf atau latar diwarnakan dengan warna yang kontra.
b) Mengelakkan kebosanan kerana apabila ada kontra akan memberi daya tarikan
kepada pemerhati.

7.5 Pergerakan

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 16 drpd 17

Sesuatu objek yang beralih dari tempat atau kedudukannya yang asal dikenali sebagi
pergerakan. Ia juga merupakan keadaan yang berlawanan dengan diam atau rehat
contohnya getaran, bergoyang, berpusing, berayun, berombak, beralun atau
sebagainya.
7.6 Kepelbagaian
Ini merupakan susunan dan gabungan pelbagai idea, unsur – unsur atau nilai yang
berlainan dalam sesuatu objek atau reka bentuk.
Hubungan antara kepelbagaian dengan unsur – unsur reka bentuk ialah:
a) Penggunaan warna terang atau gelap sesuatu objek.
b) Penggunaan jalinan yang beraneka jenis, dapat menghasilkan corak yang cantik.
c) Penggunaan barang perhiasan yang berbagai bentuk akan menjadi tumpuan
orang lain.
7.7 Kesatuan
Kesatuan dapat dihasilkan apabila sesuatu unsur dalam reka bentuk dapat digabungkan
dan menjadi satu tema atau idea yang menyeluruh. Sesuatu lakaran objek yang
dibentuk melalui kesatuan akan menghasilkan reka bentuk yang harmoni dan
seimbang.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)


Kod Kertas HT-013-2:2011/C06/KP(1/7) Muka surat : 17 drpd 17

RUJUKAN :
1. Roger Horwood. 2002. The Woodworker’s Handbook. London : New
Holland Publishers (UK) Ltd.

2. Robert Cooksey, Paul Bramwell. 1996. The Art of The Cabinet Maker.
Ramsbury, Marlborough (Great Britain) : The Crowood Press Ltd.

3. Stevie Henderson. 1992. 2 x 4 Furniture. New York : A Sterling Publishing


Co. Inc.

4. Carl Fuchs. 2003. Woodworking & Cabinetry. New Jersey : Research &
Education Association (REA).

5. John A Walton. 1971. PERTUKANGAN KAYU Teori dan Amalan. Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka

6. Tan Boon Tong. 1990. TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa & Pustaka

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2012 (versi 1)

Anda mungkin juga menyukai