Anda di halaman 1dari 15

NO.

KOD /CODE NO RB-050-2/M03/KP(1/2) Muka : 02 Drp : 15

MEREKABENTUK JIG

TUJUAN:

Penggunaan jig didalam proses pembuatan perabot kini menjadi semakin popular. Jig boleh
didapati dari kedai peralatan pertukangan atau boleh diperbuat sendiri mengikut kepperluan
proses. Jig boleh diperbuat dari pelbagai jenis bahan mentah sesuai dengan kelasakan
kerja. Ia dapat menjalankan berbagai kerja yang mudah ataupun sukar dalam masa yang
singkat dengan mencapai kualiti yang sama dan sekaligus meningkatkan kualiti.

PENERANGAN :

Jig mempunyai dua bahagian, bahagian yang pertama dipanggil bahagian utama. Ia
mempunyai ukuran dan bentuk acuan yang tepat. Ketepatan ukuran dan potongan bagi
sesuatu jig adalah tidak kurang dari 0.5mm.

Bahagian yang kedua dipanggil pelengkap. Ini kerana ukuran padanya adalah tidak begitu
mustahak. Ia berfungsi untuk memegang kepada bahagian utama dan kadangkala dipasang
pada alat mesin.

NO. KOD /CODE NO RB-050-2/M03/KP(1/2) Muka : 03 Drp : 15


1. ASPEK TEKNIKAL DALAM MEREKABENTUK JIG
Didalam merancang untuk membuat jig bagi pengeluaran perabot, selain dari kos yang
terlibat dalam pembuatannya, jangka hayat penggunaan jig tersebut didalam pengeluan
sesebuah produk. Antara aspek-aspek teknikal yang berkaitan dengan merekabentuk jig
adalah seperti berikut :

a) Rekabentuk yang mudah

Penggunaan alat dan aksesori yang mudah operasinya dan tidak mendatangkan bahaya
semasa opersi adalah lebih baik. Contohnya,penggunaan pengapit yang berupaya
memutar sekeru atau pengapit mampatan adalah lebih mudah berbanding dengan
menggunakan tekanan angin.

b) Kedapatan komponen untuk jig

Oleh kerana penggunaan jig masih ditahap pengenalan, tidak banyak kedai yang
menjual peralatan eksesori untuk jig dan fixture. Ia kadangkala memberi masalah
yangbesar untuk mendapatkan komponen dan aksesori untuk jig. Oleh itu pemilihan
bahan mentah untuk memudahkan penyimpanan dan penyelenggaraan adalah
mustahak.

c) Kekuatan,ketahanan,haus dan rosak

Bahagian permukaan jig yang terdedah kepada penggunaan terlalu kerap akan
mengalami haus dan rosakakibat gesaran. Sekiranya bahagian utama ini diperbuat
daripada bahan yang kuat dan tahan lama seperti keluli, ia akan menambah kekuatan
dan ketahanan jig serta melambatkan proses kehausan.
Bahan mentah yang tahan lasak juga boleh menjaga profil rekabentuk dengan baik
dalam jangkamasa yang lama. Oleh itu kerap kali bahagian utama jig diperbuat daripada
beri manakala bahagian pelengkap dan pemegang diperbuat daripada kayu atau papan
panel.

NO. KOD /CODE NO RB-050-2/M03/KP(1/2) Muka : 04 Drp : 15


d) Jangkamasa hayat

Sesetengah jig yang baik mutunya boleh tahan untuk beberapa tahun, sementara yang
lain hanya tahan untuk beberapa kali pengeluaran sahaja. Jangkamasa hayat jig
bergantung kepada :
a) Bahan mentah

b) Kaedah pemasangannya ( paku,sekeru,gam)

c) Kekerapan penggunaan

2. JENIS-JENIS JIG
i. Jig Penggerudian Lubang.

a. Perinsip Penggunaan Jig Penggerudian Lubang.

 Alatan pengapit hendaklah cukup kuat menahan daya tekanan atau pusingan
mesin gerudi.

 Bendakerja hendaklah diletakkan diatas tapak yang besar garispusatnya dan


jika perlu garispusat pengapit hendaklah lebih besar dar garis pusat
bendakerja yang dimesin.

 Adalah lebih selamat tidak memegang jig dengan tangan semasa menggerudi
lubang yang besar garispusatnya. Bagi sesetengah keadaan penahan,
pelari,perumah/kekotak atau pagar boleh digunakan untuk mengelakkan jig
dari berpusing atau berputar.

ii. Jig Penggerudi Bendakerja berbentuk selinder (spindle)

 Penetap jenis ‘V’ adalah yang biasa digunakan untuk meletakkan bendakerja
berbentuk selinder/bulat atau bendakerja berbentuk separuh bulat saperti kaki
kerusi dan ‘side strectcher’.

 Penetap ‘V’ yang bersudut 90° dapat memegang bendakerja berbentuk


bulat/selinder dngan lebih selamat.

 Satu lurah adalah perlu dibuat dibahagian bawah ‘V’ untuk menerima tatal
atau habuk kayu dan boleh dibuang dengan menggunakan semburan angin
atau disapu berselangan.

 Jig sepatutnya boleh dilaras kepada sudut tertentu.

NO. KOD /CODE NO RB-050-2/M03/KP(1/2) Muka : 05 Drp : 15


Rajah : Jig Berbentuk Selinder ( Spindle )

iii. Jig Menggerudi Lubang Pada Tempat Duduk Kerusi (Seat)

Untuk menggerudi lubang pada tempat duduk kerusi,pin atau butang kayu sebagai penetap
adalah digunakan, yang mana lebih mudah dimasuk atau diletakkan pada pra lubang (pre
hole) untuk kaki.Tempat duduk (seat) akan diletakkan atas penetap butang kayu, dan tolak
jig kebawah ‘ multiple boring machine’ untuk digerudi lubang.
Rajah : Jig Tempat Duduk Kerusi

NO. KOD /CODE NO RB-050-2/M03/KP(1/2) Muka : 06 Drp : 15

Contoh Binaan Jig


a) Jig untuk sandar kerusi.

Membentuk satu panel dengan dua teknik yang berbeza. Selain daripada membentuk
bahagian luar sandar kerusi , kita juga perlu membentuk lengkungan di bahagian
tengah kerusi. Untuk membentuk bahagian ini, prosesnya secara mendatar seperti
rajah 1atau menegak seperti rajah 2. Jadi ia mempunyai dua pilihan.

RAJAH 1 : Jig Secara Mendatar


RAJAH 2 : Jig Secara Menegak

a) Jig Kedudukan mendatar.

Sekiranya bentuk sandar kerusi tersebut seperti dirajah 3, apabila membentuk panel
seperti ini kita perlu membentuknya dengan dua peringkat;

NO. KOD /CODE NO RB-050-2/M03/KP(1/2) Muka : 07 Drp : 15

i. Panel tersebut mestilah empat segi tepat dengan tambahan 1mm pada
semua bahagian seperti di rajah 4.
ii. Untuk membuat lubang seperti rajah 5, elok kita jalankan semasa ia masih
bersegi kerana ia lebih mudah dan lubang ini kita boleh jadikan sebagai titik
rujukan.
iii. Untuk membentuk lengkung bahagian dalam, rajah 6 menunjukan tempat
pembentukan akhir dan rajah 7 menunjukan keratan rentas panel tersebut.

RAJAH 3
RAJAH 4

RAJAH 5

NO. KOD /CODE NO RB-050-2/M03/KP(1/2) Muka : 08 Drp : 15

RAJAH 6
RAJAH 7
i. Seperti dirajah 8, baering penanda mempunyai garis pusat 60mm dan
kita tahu jarak (A) ialah 14mm.

ii. Kedudukan peralatan adalah seperti rajah 9.

RAJAH 8 RAJAH 9

NO. KOD /CODE NO RB-050-2/M03/KP(1/2) Muka : 09 Drp : 15

iv. Kini ia boleh dapatkan jejari lengkung jig iaitu; 271 – 61 – 14 = 166mm.

v. Panel jig kemudiannya seperti rajah 10.

a) mempunyai jejari 196mm sebagai jejari lengkung bahagian tepi hadapan.


b) Ia perlu cukup untuk memuatkan keseluruhan panel.
c) Ia perlu mempunyai tempat untuk meletakkan penyepit.
RAJAH 10
vi. Oleh kerana jig seperti ini yang mempunyai Dua hujung yang tajam boleh rosak
dengan cepat, ia perlu dipotong dia tempat ia bermula dan berakhirnya tempat
lengkungan.

vii.Untuk mendapatkan tempat ini, perlu melukis ukuran penuh set ini seperti rajah 11,
dan menyambungkan garisan awal dan akhir lengkungan menggunakan pusatnya
sebagai rujukan. Tempat pertemuan jejari ini dan lengkungan jig adalah titik yang
dicari

RAJAH 11

NO. KOD /CODE NO RB-050-2/M03/KP(1/2) Muka : 10 Drp : 15

i. Oleh kerana panel (sandar kerusi) telah ditebuk lubangnya, ia


boleh menggunakan lubang ini sebagai tempat menetapkan
panelnya dengan jig. Tebuk lubang pada jig yang mempunyai garis
pusat yang sama seperti panel. Sumbatkan lubang ini dengan
dowel. Rajah 12 menunkjukan gambaran jig yang akhir.
RAJAH 12

ii. Bila jig ini adalah terlalu kecil, adalah menjadi ekonomik jika kita
membuat lebih banyak jig seperti rajah 13 dan 14.

RAJAH 13 RAJAH 14

NO. KOD /CODE NO RB-050-2/M03/KP(1/2) Muka : 11 Drp : 15

b) Jig Kedudukan Menegak :

i. Merancang kedudukan peralatan adalah seperti rajah 15 iaitu dalam keratin


rentasnya.
ii. Katakan, menggunakan blok pemotong bergaris pusat 100mm dan garis
pusat potongan ialah 110mm, 60mm bearing penanda dan jajaran membentuk
(A=25mm).

RAJAH 15
iii. Untuk mendapatkan bentuk jig, lukis garis lengkung anggaran pada sandaran kerusi
seperti rajah 16. pada kedudukan mendatar, seperti rajah 17.

RAJAH 16 RAJAH 17

NO. KOD /CODE NO RB-050-2/M03/KP(1/2) Muka : 12 Drp : 15

i. Untuk menggunakan garisan lengkung ini sebagai rujukan, dan lukiskan


garisan yang selari dengannya sejarak 25mm kearah luar jig, rajah 18.
RAJAH 18
ii. Sekarang kita perlukan kayu penyandar seperti rajah 19. Ia mestilah sama
panjang dengan panel sandar kerusi yang akan dibentuk.

RAJAH 19

NO. KOD /CODE NO RB-050-2/M03/KP(1/2) Muka : 13 Drp : 15

i. Tepinya mestilah sendeng, sesuai dengan jajaran pembentuk. Ia mestilah


mempunyai 2 dowel yangs sama saiz untuk dimuatkan pada lubang di panel
sandar kerusi.
ii. Potongan mestilah sesuai untuk menenpatkan alat penyepit.

iii. Rajah 20 menunjukan gambaran jig yang lengkap dan rajah 21 menunjukan
jig-jig yang sama.

RAJAH 20 RAJAH 21
iv. Untuk menyiapkan panel ini kita perlu membentuk bahagian luarnya. Ia boleh
disiapkan seperti didialam rajah 22.

RAJAH 22

NO. KOD /CODE NO RB-050-2/M03/KP(1/2) Muka : 14 Drp : 15

3. FUNGSI JIG
Bagi menjaga ketepatan ukuran dan bentuk jig, kita perlu membuang habuk kayu selepas
setiap operasi. Jika habuk ini berkumpul ditempat-tempat yang kritikal, ketepatan
pemotongan atau pemasangan akan berkurangan.

Sedikit basi perlu diberikan bagi pemotongan benda kerja. Ia adalah bagi mengatasi
masalah gegaran pada mesin, pengecutan dan pengembangan benda kerja. Dari satu
pemerhatian yang dibuat , ketepatan pemotongan bagi kayu adalah diantara 0.1 mm hingga
0.3mm

Jig adalah sejenis alat yang berfungsi untuk :

1) Memegang benda kerja dengan kukuh


2) Menempatkan bendakerja padanya
3) Memandu mata alat pemotong semasa pemprosesan
4) Memudahkan menanda benda kerja
5) Mengukur benda kerja.

NO. KOD /CODE NO RB-050-2/M03/KP(1/2) Muka : 15 Drp : 15

RUJUKAN :
1. Roger Horwood. 2002. The Woodworker’s Handbook. London : New Holland
Publishers (UK) Ltd.
2. Robert Cooksey, Paul Bramwell. 1996. The Art of The Cabinet Maker.
Ramsbury, Marlborough (Great Britain) : The Crowood Press Ltd.

3. Stevie Henderson. 1992. 2 x 4 Furniture. New York : A Sterling Publishing Co.


Inc.

4. Carl Fuchs. 2003. Woodworking & Cabinetry. New Jersey : Research &
Education Association (REA).

5. John A Walton. 1971. PERTUKANGAN KAYU Teori dan Amalan. Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka

6. Tan Boon Tong. 1990. TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa & Pustaka

Anda mungkin juga menyukai