Anda di halaman 1dari 27

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 5 & 6 BLOK E14, PARCEL E,

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

KERTAS PENERANGAN

TAJUK KEMAHIRAN PEMESINAN INDUSTRI


DAN TAHAP

No. DAN TAJUK MODUL CMIM1 05 – ALAT TANGAN DAN MEJA KERJA

No. DAN TAJUK LE1 - IDENTIFY TYPE OF METAL


PENGALAMAN
PEMBELAJARAN (SPARK TEST AND COLOR CODE)

LE2 - CHECK LINEAR AND ANGULAR MEASUREMENT ON


WORK PIECE

LE3 – CARRY OUT IN PROCESS MONITOR

(INPUT PARAMETER

OBJEKTIF PRESTASI IDENTIFY TYPE OF MATERIAL (SPARK TEST AND COLOUR


AKHIRAN / TERMINAL CODE), CHECK LINEAR, ANGULAR MEASUREMENT AND
PERFORMANCE CARRY OUT IN PROCESS MONITOR BY CHECKING THE
OBJECTIVE INPUT DATA PARAMETER SO THAT THE WORKPIECE WILL
COMPLY WITH FINAL SPECIFICATION
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

LE2 CHECK LINEAR AND ANGULAR MEASUREMENT 1-15

ON WORKPIECE

o 04.01 –Check linear and angular measurement


on work piece
ALAT-ALAT TANGAN
1.O PENGENALAN:
Dalam kerja mengegas pelajar mestilah faham dan mahir mengunakan peralatan
tangan untuk menghasikan kerja yang bermutu dan ukuran yang tepat

1.1 MENANDA DAN MENYUSUN TANDA


Dalam memilih alat-alat menanda dan mengukur ditentukan kepada ketepatan yang di
kehendaki. Sekiranya ukuran-ukuran dalam lukisan tidak di beri dalam titik perpuluhan
maka bolihlah dianggap bahawa penandaan tidak memerlukan alat yang gitu.

1.2 TAKRIFAN MENYUSUN TANDA


Dalam bidang kejuruteraan, istilah menanda bermaksud membuat tanda di atas
permukaan logam yang akan dimesin atau digegas ini termasuklah menanda garisan,
bulatan lengkok, jarak dan juga pusat. Tanda yang dibuat digunakan sebagai panduan
hendak memesin atau mengegas. Dengan menanda kita kita dapat mengetahui berapa
banyak kerja yang perlu dibuang atau dipotong. Butir-butir dan spesifikasi tandaan
biasanya didapati dan dipindakan daipada lukisan atau cetakan biru keatas permukaan
bendakerja dengan menggunakan berbagai alat mengukur atau menguji.

1.2 LANGKAH MENYUSUN TANDA DAN PEYEDIAN BAHAN KERJA

Dalam menjalankan kerja menyusun tanda dan penyedian bahan kerja, alat
pengukur dan penanda hendaklah di guanakan dengan betul :
Rajah 1 Penggarit

1 . PENGGARIT:
- Untuk membuat garisan di atas permukaan bendakerja dan biasanya digunakan
bersama-sama dengan pembaris keluli,plat contoh dan sebagainya.
- diperbuat daripada keluli alat yang dikeraskan dan dibaja.
- matanya halus, tajam serta hujungnya bengkok supaya menghasilkan garisan yang
terang dan jelas.

Penggunaan penggarit

i. Mata penggarit mestilah dicondongkan berhampiran dengan tepi pembaris.

ii. Penggarit mestilah dicondongkan mengikut arah garisan saperti yang di

tunjukan oleh anak panah dalam rajah yang sama.

iii. Gariskan dengan teguh bagi mendapatkan garisan yang jelas

2. PENEBUK
- diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang dikeraskan dan dibaja.
- terdiri daripada dua jenis :
a) penebuk pusat :

-penebuk ini terdiri dari dua jenis:

i. Penebuk pusat biasa

- mempunyai hujung mata yang halus. Dan bersudut 30⁰-60⁰


- kegunaannya:
i. Membuat tanda tekan(cucuk) yang halus pada garisan tandaan(raj.3) supaya
tandaan tidak hilang walau pun garisan yang dibuat itu terpadam.
ii. Menempatkan kaki jangka tolok untuk melukiskan bulatan.
iii. Penebuk pusat juga digunakan sebagai penanda lubang pusat gerudi. Apabila
hendak membuat lubang.

Rajah 2 . (Penebuk Pusat Biasa)


Rajah 3: Cara memegang penebuk

ii. Penebuk pusat automatik

Rajah 4: (Penebuk Pusat Automatik)


b) penebuk cemat

- Penebuk cemat berbeza daripada penebuk cucuk atau penebuk pusat


dari segi bentuk hujungnya, iaitu ada yang berbentuk tirus dan ada yang
berbentuk selari lurus.

- kegunaannya untuk mengeluarkan cemat atau menanggalkan rivet dari


bendakerja.

Rajah 5: Perbezaan antara penebuk cemat dan penebuk cucuk

3. SESIKU L

- Sesiku L merupakan satu tolok yang digunakan untuk memasang dan mengukur
sudut 90⁰ sama ada di dalam atau di luar.
- Bahagian badan sesiku lebih tebal dan pendek daripada bahagian mata.
- Diperbuat daripada keluli yang dikeraskan agar tidak mudah haus.
- Sudut sesiku L adalah tepat pada semua bahagian.
Penggunaan sesiku L

i. Menguji ketepatan sudut tepat iaitu 90⁰ pada sebelah luar atau dalam

ii . Membuat garisan tegak dan selari pada tepi benda kerja yang rata

iii Mengeset benda kerja supaya tegak untuk kerja melulas ataupun untuk
mengulir benang sekeru.

iv. Menguji kerataan permukaan tepi dan ketepatan sudut pada penjurunya

Rajah 8. Menguji kerataan permukaan dengan sesiku L

4. JANGKA TOLOK
- Jangka tolok mempunyai dua batang penggarit keluli yang dikeraskan.
- Hujung matanya tajam dan pada pangkalnya pula terdapat pegas yang
disangga dengan tuas untuk membolehkan ianya dilaraskan dengan mudah

Kegunaan Jangka tolok ;

i. membuat lengkok dan bulatan


ii. mengukur dan menguji jarak

Jenis-jenis tolok
1. Jangka tolok bercantum pegas

- Jangka tolok yang biasa digunakan


- Pegas berrfungsi sebagai menolak kaki jangka tolok dan menjadikan
terkangkang
- Banyak digunakan di bengkel gegasan.

Rajah 9: Jangka tolok bercantum pegas

2. Jangka tolok suku bulat


- Jangka tolok ini lebih tegap.
- Digunakan untuk kerja-kerja melukis bulatan pada permukaan kepingan logam

Rajah 10:Jangka tolok suku bulat

3. Jangka tolok bergabung

- Bentuk nya hampir sama dengan jangka tolok kecuali pada hujung kakinya
terdapat cuk kecil yang membolehkan dipasangkan dengan berbagai-bagai
bentuk mata untuk mempelbagaikan pengunaannya

- Batu asah halus digunakan untuk menajamkan mata yang sudah tumpul
Rajah 12: Menajamkan mata jangka tolok

5. JANGKARIT
- Terdiri dari satu batang rusuk dan panjang.
- Dua kepala penggarit yang boleh digerakkanpada batang rusuk memegang
matanya.
- Salah satu daripada kepala dilengkapkan dengan nat halus supaya mudah
dianjakkan

Rajah 13: Jangkarit

Kegunaan Jangkarit
i. Menanda bulatan atau lengkok yang besar pada plat lebar

ii. Membahagi garisan dan menanda garisan selari pada plat.

6.SESIKU BERGABUNG
- Sesiku bergabung merupakan kombinasi empat alat yang dipasangkan pada
pembaris .
- Terdiri dari:
i. Pembaris keluli
ii. Kepala sesiku
iii. Kepala jangka sudut
iv. Kepala Pusat

Rajah 14: Sesiku Bergabung

i.Pembaris keluli

- pada bahagian belakangnya terdapat lurah bagi membolehkan bahagian


kepala berkesot kekanan atau kekiri

ii. Kepala sesiku

- bersudut tepat 90⁰ dan 45⁰


- dilengkapkan dengan pengaras spirit
- kombinasi kepala sesiku dengan pembaris boleh digunakan untuk
menanda garisan selari atau bersuduttepat dengan tepi.

iii. Kepala jangka sudut

-terdapat senggatan 0⁰-180⁰ atau 0⁰-90⁰ sebelah menyebelah.


-membolehkan pembaris disetkan kepada sebarang sudut

iv. Kepala Pusat


-digunakan untuk menanda pusat bar bulat atau membuat garisan pada sisi
bongkah bersudut tepat

7. PLAT SUDUT

- Plat sudut berbentuk L diperbuat daripada besi tuangan atau keluli yang
dikeraskan .
- Saiznya 75mm-300mm panjang.
- Kegunaannya untuk menyokong benda kerja supaya kedudukannya kukuh
semasa menanda.
- Benda kerja biasanya diikat atau diapit pada plat sudut tersebut,
Rajah 15:Plat sudut

Rajah menunjukan bagaimana plat sudut digunakan pada piring pelarik.

Raj. 16. Plat sudut digunakan Raj.17. Plat sudut digunakan


di piring larik. Memegang benda kerja.

8. TOLOK PERMUKAAN
- Tolok permukaan digunakan bersama-sama dengan plat permukaan untuk
menandakan garisan.
- Ia terdiri daripada tiga bahagian:

i. Tapak
-diperbuat daripada besi tuang atau keluli
-berbentuk segiempat atau bulat
- bahagian tengah sebelah bawah terdapat lurah vee
ii. Turus
-dipasang terus pada tapak berbentuk bulat
-menerusi jempelang menggunakan relang dan nat
-lengan jempelang boleh dijongketkan ikut kesesuaian.

iii. Penggarit
-diperbuat daripada keluli tahan lasak dikeraskan dan dibaja
-matanya lurus tajan dan sebelah lagi bengkok
-dipegang pada pengapit dan boleh dilaraskan pada mana-mana
kedudukkan sepanjang terus.

Rajah 18:Tolok Permukaan

Kegunaan Tolok permukaan

i. Menanda garisan selari di atas plat permukaan atau meja penanda


Rajah 19: Membuat garisan selari

ii. Menguji kesejajaran atau penjajaran benda kerja bulat.

Rajah 20: Menguji kesejajaran atau penjajaran.

iii. Menguji atau melaras benda kerja bulat pada cuk mesin larik.

Rajah 21:.Menguji atau melaras benda kerja bulat

iv. Mencari pusat bulatan dihujung bendakerja bulat.


Rajah 22: Mencari pusat bulatan dihujung bendakerja

9. SESIKU SERONG

- Dibuat daripada keluli berkarbon semua permukaan serta tepinya


dicanai.,matanya boleh dikilas.
- Kegunaan sesiku serong untuk menanda garisan bersudut dan menguji
ketepatan tepi serong

Rajah 23:Sesiku Serong

10. TOLOK JEJARI DAN TOLOK KEMBI


- Terdiri daripada kepingan keluli yangmempunyai jejari dan terdapat dalam
berbagai-bagai saiz.
- Kepingan-kepingan tolok ini terdapat dalam berbagai bagai saiz tertentu
(Gambar Foto )

Rajah 24:. Tolok Jejari dan tolok Kembi


Rajah 25: Permukaan melengkong di uji dengan tolok jejari

Kegunaan tolok jejari dan tolok kembi

i. Menguji permukaan yang melengkung samada cembung ataupun cekung


pada pepenjuru berjejari

11. TOLOK PERENGGANG

- Merupakan bilah-bilah keluli nipis yang di-jambak dalam satu kumpulan berlainan
saiz ketebalan.

Rajah 26: Tolok perenggang

Kegunaan Tolok Perenggang

i. mengambil ukuran yang kecil pada lurah sempit.

ii. Untuk menentukan gegas dalam pemasangan komponenkomponen mesin

iii. gunakan untuk menentukan telusan pada injap dan pada palam pencucuh

iv. untuk menentukan ruang kecil diantara mata peraut dengan bendakerja
12. BONGKAH VEE

- Diperbuat dari besi tuangan atau keluli yang di keraskan.


- biasanya berpasangan
- terdapat lurah vee bahagaian tapaknya
- Terdiri dari dua jenis:
i. Bongkah Vee kecil

ii . Bongkah Vee Besar

Rajah 27: Bongkah Vee

Kegunaan Bongkah Vee dan Pengapit.

- Untuk memegang dan meyokong serta menanda benda kerja bulat semasa
menanda atau meggerudi
-
Rajah 28:Kegunaan bongkah Vee dengan pengapit

13. PENGAPIT ALAT TUKANG

- Terdiri dari dua pengapit yang di pegang dua sekeru pelaras.


- Kegunaannya mengapit kepingan logam

Rajah 29: Pengapit Alat Tukang

14. BILAH SELARI

- Untuk menyokong dan melapek benda kerja supaya rata kedudukannya di atas
meja atau mesin.
- Diperbuat daripada keluli berkarbon dikeraskan dan dibaja.
- Bentuknya segiempat tepat membujur dan saiznya berbeza-beza.
- Dibuat berpasangan.

Rajah 30: Pengunaan Bilah selari

15. MEDIA PENANDA

- Ialah bahan yang disapukan diatas permukaan benda kerja sama ada kasar atau
pun licin yang telah di tandakan

Kegunaan dan jenis Media Penanda.

i. Kapor tulis - sesuai untuk di gosokkan di atas permukaan benda kerja yang
kasar

ii. Larutan kuprik sulfik - merupakan media terbaik, ia menghasilkan satu


lapisan berwarna kuning tembaga dan larutan ini tidak menjadikan
permukaan logam berkarat

iii. Plumbum putih dan turpentine

iv. Kapur cair dicampur dengan air - Sprit bermetil bolih mempercepatkan
larutan ini menjadi kering

v. Warana-warna penanda - Bolih di dapati dengan mudah di kedai, digunakan


dengan cara di sapu atau di sembur

vi. Varnish - sesuai disapukan ddi atas permukaan logam kilat atau di mesin.
Varnish boleh kering dengan cepat

16, MEJA PENANDA

- diperbuat daripada besi tuang saiznya antara 300mm x 1m -6mmx1m.

- Permukaan nya dicanai rata.


Kegunaannya

i. Untuk menguji keselarian dan jajaran komponen yang telah dimesin.

ii. Untuk menanda bendakerja yang besar seperti kelongsong engkol.

Meja mesin, turus dan barangan fabrikasi yang lain

Rajah 31:Meja penanda

17. PLAT PERMUKAAN

- diperbuat dari besi tuang , granik atau seramik yang bermutu tinggi

- saiznya antara 100 x 150 mm -1 meter persegi

- terdapat berbagai-bagai gerd. Gerd A adalah ketepatan kurang iaitu 0.02 mm


Kegunaan nya

- untuk kerja-kerja penandaan yang gitu .

- Bahagian bawah plat permukaan adalah bertulang untuk mengelakkan daripada


meleding

Rajah 32: Plat permukaan

Anda mungkin juga menyukai