Anda di halaman 1dari 34

PERENGKUH PAIP

 Merupakan alat utama dalam


kerja membaiki paip.
 Saiznya ditentukan oleh panjang
keseluruhan.
 Ia mempunyai 2 rahang bergigi dan 1
daripadanya boleh dilaraskan dengan nat
pelaras.
 Kegunaannya:
(a)Mencengkam dan memutar batang paip
ketika membuat kerja-kerja penyambungan
dan pemasangan.
(b) Memegang objek-objek logam yang
berbentuk bulat.
 Cara menggunakannya:
(a) Menyelaraskan rahang untuk mendapatkan
saiz yang sesuai.
(b) Mencengkam batang paip.
(c) Memutarkan sepana mengikut arah jam
untuk membuka dan mengikut arah lawan
jam untuk mengetatkan batang paip.
 Tidak harus digunakan untuk mengetat
atau melonggarkan bolt dan nat.
 Juga tidak digunakan untuk memegang
peralatan perpaipan PVC.
PLAYAR GABUNG
 Saiznya ditentukan oleh panjang
keseluruhannya.
 Kegunaannya:
(a) Memegang dan mencengkam benda kerja
yang leper, bulat, dan kecil.
(b) Memotong dawai halus.
(c) Digunakan apabila mengikat dengan dawai.
 Cara menggunakannya dengan betul:
(a) Playar tidak harus digunakan untuk
mengetatkan bolt dan nat.
(b) Jangan menggunakan playar sebagai tukul
untuk mengetuk.
PLAYAR
MENCUNG TIRUS
 Saiznya ditentukan mengikut panjangnya.
 Kegunaannya:
(a) Memegang, memasukkan, atau
mengeluarkan benda kerja pada ruang
pili.
(b) Mata pemotong digunakan memotong
dawai.
(c) Memegang dan membentuk.
 Bahagian hujung alat ini yang berbentuk
tirus digunakan untuk mencapai bahagian
kecil pada ruang pili.
PEMUTAR SKRU
 Ada 2 jenis pemutar skru iaitu:
(a) Pemutar skru rata
(b) Pemutar skru Philips
 Pemutar skru rata digunakan untuk
mengetatkan melonggarkan skru kepala
rata atau berlurah.
 Pemutar skru Philips digunakan untuk
mengetatkan melonggarkan skru Philips.
 Gunakan pemutar skru yang hujung
matanya sama saiz dengan alur kepala
skru.
SEPANA HUJUNG
TERBUKA
 Saiz sepana hujung terbuka ditentukan oleh
bukaan hujung dan dikira dalam ukuran
milimeter.
 Kegunaannya:
(a) Menanggal dan mengetatkan nat penyedal.
(b) Membuka dan mengikat kelengkapan di
tempat yang lapang.
 Cara menggunakannya:
(a) Pastikan sepana itu betul saiznya.
(b) Sepana hendaklah ditarik ke arah pengguna,
bukan menolaknya.
(c) Jangan mengunakan sepana seperti tukul
untuk mengetuk.
SEPANA BOLEH
LARAS
 Saiz alat ini ditentukan oleh panjang
keseluruhan dan bukaan maksimum
antara rahang.
 Kelebihannya ialah bahagian rahangnya
dapat diubah bukaannya untuk
disesuaikan.
 Kegunaannya:

(a) Mengetatkan dan membuka kepala pili.


(b) Mengetatkan dan membuka bolt dan
nat yang pelbagai saiz.
 Cara menggunakannya ialah:
(a) Memegang hulu dengan tangan kanan.
(b) Melaraskan saiz bukaan sepana
mengikut benda kerja.
(c) Meletakkan sepana pada benda kerja
dan memutarkannya.
(d) Memutarkan sepana mengikut arah
jam untuk membuka nat dan mengikut
arah lawan jam untuk mengetatkan
nat.
PELOCOK
Digunakan untuk mengepam keluar kotoran pada
perangkap singki yang tersumbat.
Dapat menguraikan endapan-endapan di dalam
perangkap singki.
Cara menggunakannya :
(a) meletakkan pelocok pada lubang
keluar besen atau singki.
(b) menekan & mengepam singki
beberapa kali sehingga kotoran
keluar.
PITA PENGUKUR
Saiz yang biasa digunakan ialah yang
berukuran antara 1 meter – 6 meter.
Mempunyai senggatan metrik.
Digunakan untuk mengukur paip-paip
ketika memotong, membenang, dan
memasang.
GERGAJI BESI
 Kegunaannya :
(a) memotong plat keluli.
(b) memotong paip besi bergalvani.
(c) memotong paip plastik.
 Saiz yang selalu digunakan di bengkel ialah 250mm dan 300mm.
 Saiz mata gergaji ditentukan oleh panjang mata & bilangan gigi bagi setiap inci.
 Dalam setiap 1cm terdapat 5,7,9 @ 12 gigi mata gergaji.
 Ada 2 jenis
a) gergaji besi bingkai tetap
- tidak boleh dipanjangkan @
dipendekkan.
b) gergaji besi bingkai boleh laras
- boleh dipanjangkan @ dipendekkan.
 Cara menggunakannya:
(a) Memasang mata gergaji pada bingkai
dengan mata menghala ke luar pemegang.
(b) Memegang gergaji besi dengan kedua belah
tangan.
(c) Benda kerja dipasang serendah-rendahnya
pada ragum untuk mengelakkan benda kerja
daripada bergetar & berbunyi bising.
(d) Letakkan gergaji bersudut tepat pada benda
kerja.
(e) Menolak dan menarik dengan tekanan yang
sama.
PEMOTONG
PAIP BERODA
o Mempunyai 3 bahagian utama:
(a) bingkai
(b) rota pandu & pengolek
(c) mata pemotong
o Kegunaannya:
- memotong batang paip besi bergalvani
dengan tepat dan cepat.
- memotong objek-objek bulat.
- memotong paip plastik dengan tepat &
cepat
 Cara menggunaannya:
(a) mengapit batang paip pada ragum paip yoke.
(b) mengenakan roda pemotong pada tanda
yang akan dipotong.
(c) memusing tangkai pemulas sehingga roda-
roda pemandu mencengkam batang paip.
(d) memusing binkai pemotong berkali-kali &
pada masa yang sama, pusingkan tangkai
pemulas supaya roda pemotong dapat
memotong lebih dalam.
RAGUM PAIP YOKE
 Terdiri daripada:
-pemegang
-bingkai
-rahang bergerak
-rahang tetap
 Cara menggunaannya:
(a) memegang & mengapit paip supaya tidak
berpusing ketika membuat kerja
membenang.
(b) mengapit paip semasa menyambung &
memasang paip dengan bahan-bahan
pemasangan.
KIKIR RATA
 Saiz panjang kikir rata yang biasa
digunakan ialah daripada 100mm –
350mm.
 Mempunyai keratan berbentuk segiempat
tepat.
 Kegunaannya:

- untuk kerja-kerja menggegas am.


- untuk membuang gerigis luar pada
hujung paip yang telah dipotong.
KIKI BULAT
 Saiz ditentukan oleh jarak di antara hujung &
bahu.
 Saiz yang lazim digunakan ialah daripada
100mm – 350mm.
 Kegunaannya:

- mengikir & membesarkan lubang di kawasan


bulat & bahagian lengkung.
- membuang gerigis & tepi tajam pada lubang
paip selepas batang paip dipotong dengan
gergaji besi @ pemotong paip beroda.
PLAYAR
CENGKAM RAGUM
 Digunakan untuk mencengkam batang paip
bergalvani dengan kuat.
 Mempunyai alat pengunci di belakang yang
boleh mengunci benda kerja.
 Cara menggunaannya:
(a) buka rahang bagi mencengkam benda kerja
pelbagai saiz dengan melaraskan nat
pengunci.
(b) cengkaman bleh dilepaskan dengan memicit
tuil pelepas.
PENGULIR
 Digunakan untuk membuat ulir
luar pada batang paip besi
bergalvani.

Anda mungkin juga menyukai