MA’THUR
ISRAILIYYAT DI DALAM AL-QURAN DAN
SUNNAH
Disediakan oleh:
Mohd Farhan Bin Md Ariffin
IEJ 090021
Muhammad Firdaus Bin Md Nor
IEJ 090029
DAFTAR ISI
Motto 4
Pengantar Kata 5
Review Kitab:
Review Kitab:
Bibliografi 104
5
MOTTO
يؤيت احلكمة من يشاء ومن يؤت احلكمة فقد أوتى خريا كثري وما
)269( يذكر إال ألوا األلبب
Terjemahannya:
PENGANTAR KATA
بسم هللا الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Permurah Lagi Maha Penyayang. Segala
pujian bagi Allah S.W.T yang telah menurunkan al-Quran kepada hamba-Nya Muhammad
sebagai bimbingan yang lurus yang tidak akan terseleweng oleh keinginan individu-individu,
tidak akan dicampuri oleh kata-kata manusia, tidak akan dipengaruhi oleh orang yang ingin
melakukan kebatilan.
)42( ) ال يأتيه البطل من بين يديه وال من خلفه تنزيل من حكيم حميد41( وإنه لكتب عزيز
Maksudnya: “…demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi, yang
tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan
dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat penghulu dan junjungan
besar Rasulullah S.A.W, ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan orang-orang
yang dipilih oleh Allah S.W.T dari kalangan para solehin.
Yang sentiasa diingati saf pendidik yang tidak pernah jemu mendidik dan memberi
perangsang kejayaan kami dalam lapangan ilmu ini. Buat keluarga kami, tanpa inspirasi dan
motivasi kalian siapalah kami di persada ini.
Buat teman dan taulan penyala obor, pembakar semangat, semoga keperitan selama ini
akan diakhiri dengan kesenangan dan kebahagiaan. Buat semua yang pernah menabur bakti
untuk diri kami ini, ribuan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan. Hanya Allah
S.W.T sahaja yang dapat membalas semua jasa baik kalian.
7
DEFINISI TAFSIR
Berasal dari asal kata al-Fashr ( )فسرyang bererti menjelaskan atau menerangkan. Maksud
tafsir mengikut kamus lisan al- ‘arab ( )لسان العرب, iaitu perkataan al-fasr bermaksud membuka
sesuatu yang tersembunyi. Manakala perkataan al-tafsir membawa maksud membuka atau
menerangkan sesuatu lafaz yang aneh dan sukar1. Sebagaimana firman Allah:
Menurut pengertian yang diberikan oleh Abu Hayyan, tafsir ialah ilmu yang membicarakan
tentang cara ucapan lafaz al-Quran. Iaitu ilmu qiraat, dilalah yang ditunjukkan oleh lafaznya,
hukum-hukum serta susunan makna-makna yang dapat melengkapkannya, yang meliputi ilmu
1
Dr. Rosmawati Ali, Pengantar Ulum Al-Qur`an, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, hal. 194
2
H. Zainuddin Hamidy Fachruddin Hs, Tafsir Quran, Klang Book Center, Selangor, hal. 520
3
Op. cit, hal.195
4
Ibid, hal. 195-196
8
Saraf, I ‘rab, Bayan dan Baddi ‘. Ia juga meliputi pengertian lafaz yang hakiki atau majaz,
nasikh dan mansukh, sebab nuzul dan lainnya.5
Menurut pendapat al-Zarkasyi, tafsir adalah satu ilmu yang berkaitan dengan pemahaman
atau untu memahami al-Quran, serta menjelaskan makna-makna dan mengeluarkan hukum. Ia
juga ilmu yang mengetahui dan memahami al-Quran yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad dan menerangkan makna-maknanya, mengeluarkan hukum-hukumnya dan
hikmah-hikmahnya.6
Menurut pengertian yang diberikan oleh al-Kalbi pula, tafsir ialah mensyarahkan al-Quran. Ia
juga menerangkan makna al-Quran serta menghuraikan apa yang dikehendaki oleh ayat
mengikut dalil dan hujah serta mengeluarkan hukum serta hikmah yang terkandung di dalam
al-Quran.7
Takrif tafsir yang diberikan oleh al-Zarqani, tafsir ialah ilmu yang mengkaji tentang al-Quran
dari aspek dalilnya yang dimaksudkan oleh Allah dengan kadar yang termamp oleh manusia.8
Menurut pengertian yang diberikan oleh al-Jurjani, tafsir ialah membuka dan melahirkan.9
Tafsir bermaksud menjelaskan makna ayat, kisah yang terdapat di dalamnya, serta
menjelaskan sebab penurunan ayat dengan lafaz yang menunjukkan kepada penurunannya
dengan lafaz yang terang dan jelas.10
5
Ibid, hal. 196
6
Ibid, hal. 196
7
Ibid, hal 196
8
Ibid, hal. 197
9
Ibid, hal. 196
10
Ibid, hal. 197
11
Ibid, hal. 205
9
Mutasyabihat, nasikh dan mansukh, am dan mutlak, mujmal dan mufassal dan lainnya yang
ada kaitan dengan tafsir al-Qur`an.12
SUMBER ILMU TAFSIR
Sumber pengambilan ilmu tafsir ialah dengan berdasarkan ilmu riwayah dan dirayah.
Iaitu dengan berdasarkan ilmu bahasa Arab, Nahu, Saraf, Balaghah, Usul Fiqh, ilmu Sebab
Nuzul dan ilmu Nasakh dan Mansukh.13
PEMBAHAGIAN TAFSIR
Tafsir yang biasa bagi jumhur ulama` sama ada Salaf atau Khalaf terbahagi kepada
dua kategori:
Pertama: Tafsir secara ma`thur
Kedua: Tafsir mengikut pendapat yang tepat dan ijtihad yang sahih serta berlandaskan ilmu-
ilmu yang telah kami nyatakan sebelum ini.
Kitab-kitab tafsir secara ma`thur ada yang hanya mengandungi tafsiran secara ma`thur
sepenuhnya dan ada yang mempunyai tambahan dengan mentaujihkan pendapat-pendapat
yang ada. Manakala tafsir secara ijtihad tidak dapat dipisahkan daripada tafsir ma`thur walau
apa bentuk dan haluannya sekalipun. Kita tidak pernah menemui tafsir secara ijtihad yang
langsung tidak mengandungi tafsir secara ma`thur.14
12
Ibid, hal. 206
13
Ibid, hal. 206
14
Dr. Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah, Israiliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir,
Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur, hal. 47
15
Ibid, hal. 48
10
Ia adalah menafsirkan sesetengah ayat al-Qur`an dengan ayat yang terdapat di dalam
al-Qur`an sendiri kerana ayat al-Qur`an adalah menafsirkan sesame ayatnya. Ayat yang
mujmal di suatu tempat kadang-kadang dijelaskan oleh ayat lain di tempat lain. Ayat yang
ringkas di suatu tempat dijelaskan dan dihuraikan oleh ayat lain di tempat lain. 16 Berikut
dinyatakan contoh:
Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Fatihah:
Maksudnya: “Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang engkau telah
engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang telah engkau
murkai, dan bukan pula (jalan) orang yang sesat”.17
"Orang-orang yang telah engkau kurniakan nikmat” di dalam ayat ini telah ditafsirkan dengan
firman Allah S.W.T di dalam surah an-Nisaa’ : 69 :
( ً اƒكَ َرفِيقƒِنَ أُوْ لَئƒالِ ِحينَ َو َح ُسƒالص ُّ دِّيقِينَ َوƒالص
َّ هَدَا ِء َوƒالش ِّ ِّين َو َ َِو َم ْن يُ ِط ْع هَّللا َ َوال َّرسُو َل فَأُوْ لَئ
ƒَ ك َم َع الَّ ِذينَ أَ ْن َع َم هَّللا ُ َعلَ ْي ِه ْم ِم ْن النَّبِي
)69
Maksudnya: “Dan sesiapa yang taat kepada kepada Allah dan rasul-Nya,maka mereka akan
(ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah
kepada mereka iaitu nabi-nabi, orang-orang siddiqiin, dan orang-orang yang syahid serta
orang-orang yang salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-
orang yang taat).18
TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-SUNNAH
Sekiranya tidak didapati tafsir ayat al-Qur’an di dalmal-Qur’an sendiri, maka hendaklah dicari
al-Sunnah dan hadith yang tsabit dan sahih kerana ia merupakan penjelas dan penghurai bagi
al-Quran.19 Sebagaimana firman Allah Taala di dalam al-Nahl:44 :
)44( َاس َما نُ ِّز َل إِلَ ْي ِه ْم َولَ َعلَّهُ ْم يَتَفَ َّكرُون َ َوأَن َز ْلنَا إِلَ ْي
ِ َّك ال ِّذ ْك َر لِتُبَيِّنَ لِلن
Maksudnya: “Dan Kami telah menurunkan kepada engkau al-Zikr supaya kamu menjelaskan
kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka semoga mereka berfikir tentangnya”.20
Contoh tafsir al-Quran dengan Sunnah
16
Ibid, hal. 48
17
H. Zainuddin Hamidy Fachruddin Hs, Tafsir Quran, Klang Book Center, Selangor, hal. 1
18
Ibid, hal. 124
19
Dr. Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah, Israiliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir,
Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur, hal. 51
20
Op. cit, hal. 379
11
Antaranya ialah menafsirkan (وبƒ )المغضdengan Orang-orang Yahudi dan (الينƒ )الضdengan
Orang-orang Nasrani di dalam Surah al-Fatihah. Imam Ahmad dan Tirmizi meriwayatkan dan
mengatakan bahawa hadith ini adalah hadith hasan serta Ibnu Hibban di dalam Sahihnya
daripada Adi bun Hatim telah berkata: Rasulullah telah bersabda:
النّصارى: وإن الضالين هُ ْم
ّ , أليهود: إن المغضوب عليهم هُ ُم
ّ
Maksudnya: “Sesungguhnya ( )المغضوبialah orang-orang Yahudi, dan sesungguhnya ()الضالين
ialah orang-orang Nasrani.21
Tafsir ini telah diperkuatkan oleh firman Allah Taala:
ٌّير َو َعبَ َد الطَّا ُغوتَ أُوْ لَئِكَ َشر ِ ب َعلَ ْي ِه َو َج َع َل ِم ْنهُ ْم ْالقِ َر َدةَ َو ْالخَ ن
َ َاز ِ ك َمثُوبَةً ِع ْن َد هَّللا ِ َم ْن لَ َعنَهُ هَّللا ُ َو َغ
َ ض َ ِقُلْ هَلْ أُنَبِّئُ ُك ْم بِ َش ٍّر ِم ْن َذل
)60( يل ِ ِضلُّ ع َْن َس َوا ِء ال َّسب َ ََم َكانا ً َوأ
(Surah al-Ma`idah: 60)
Maksudnya: “Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk
balasannya disisi Allah daripada yang demikian itu ialah orang-orang yang dilaknati oleh
Allah dan dimurkai-Nya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan
babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk keadaannya dan telah sesat dari
jalan yang betul”.22
َوا ِءƒلُّوا ع َْن َسƒض َ َ ُل َوأƒْلُّوا ِم ْن قَبƒض
َ يراً َوƒِلُّوا َكثƒض َ ْدƒَوْ ٍم قƒَ َوا َء قƒوا أَ ْهƒُق َوال تَتَّبِع
ِّ ب ال تَ ْغلُوا فِي ِدينِ ُك ْم َغ ْي َر ْال َح
ِ قُلْ يَا أَ ْه َل ْال ِكتَا
)77( ال َّسبِي ِل
Maksudnya: “Katakanlah: Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampau dalam agama kamu
secara yang tidak benar dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat
sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat
(jauh) dari jalan yang betul.23
(Surah al-Ma’idah: 77)
Nabi S.A.W telah menjadikan Orang Yahudi sebagai simbol bagi semua orang yang
mempunyai keinginan yang rosak yang mana mengetahui mereka mengetahui kebenaran
tetapi lari daripadanya. Seterusnya Baginda menjadikan Orang Nasrani sebagai simbol bagi
mereka yang tidak mempunyai ilmu dan tidak dapat menyampaikan kebenaran. Mereka
hanyut dalam kesesatan dan tidak mendapat petunjuk ke jalan kebenaran.24
TAFSIR SAHABAT
21
Op. Cit, hal. 59
22
Op. cit, hal. 161
23
Ibid, hal. 165
24
Dr. Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah, Israiliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir,
Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur, hal. 60
12
Sekiranya kita tidak berjumpa sebarang tafsir di dalam tafsir al-Quran, tidak dalam al-Sunnah,
dan hadith-hadith yang diriwayatkan daripada Nabi S.A.W, maka kita akan merujuk kepada
tafsir yang sahih dan tsabit daripada para sahabat r.a. Ini kerana mereka adalah lebih
mengetahui daripada kita tentang tafsir al-Quran. Sesungguhnya Nabi S.A.W telah
menjelaskan kepada mereka makna-makna al-Quran, baginda telah memberi penerangan
kepada mereka ayat-ayat mujmal bagi menghilangkan kemusykilan. Mereka jua lebih alim
tentang tafsir daripada kita kerana mereka menyaksikan peristiwa-peristiwa dan suasana yang
berlaku di sekitar penurunan al-Quran. Mereka juga mempunyai kefahaman yang sempurna,
ilmu yang sahih, amal soleh, hati yang bersinar dan akal yang bijaksana terutama para sahabat
dan ulama’ yang besar-besar seperti empat orang khulafa ar-Rasyidin, Abdullah bin Mas ‘ud,
Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Abbas dan lain-lain lagi.25
Antara contohnya adalah tafsir yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sahihnya dengan
sanad dari Ibnu Abbas r.a bahawa beliau telah berkata tentang al-Kauthar bahawa ia adalah
kebaikan yang diberikan Allah S.W.T kepadanya. Abu Basyar berkata: “Aku berkata kepada
Said bin Jabir: Sesungguhnya orang ramai mendakwa al-kauthar itu adalah satu sungai di
dalam syurga. Said berkata: Sungai di dalam syurga adalah antara kebaikan yang diberikan
oleh Allah S.W.T kepada baginda”.
Tidak ada pertentangan antara tafsir ini dengan tafsir yang sahih diriwayatkan dari Nabi
S.A.W bahawa ia adalah telaga kauthar kerana telaga tersebut termasuk di dalam kebaikan
yang banyak ini. Termasuk juga dalam kebaikan yang banyak ini darjat kenabian, kerasulan
dan al-Qur’an.26
TAFSIR TABI’IN
Manakala pendapat-pendapat para tabi’in di dalam tafsir ada perselisihan pendapat tentangnya
di kalangan ulama’. Sesetengah mereka mengatakan termasuk dalam tafsir secara ma’thur
kerana kebiasaannya mereka menerima daripada para sahabat.
Sesetengah yang lain pula mengatakan itu termasuk dalam takwil dan tafsir secara ijtihad
serta pendapat kerana perselisihan pendapat mereka di dalam tafsir adalah lebih banyak dari
sahabat. Al-Zarkasyi berkata di dalam al-Burhan: Dalam merujuk kepada pendapat tabi’in ada
dua riwayat dari Imam Ahmad. Ibnu Aqil memilih untuk tidak boleh merujuk kepadanya.
25
Ibid, hal. 63
26
Ibid, hal. 69
13
Ulama’ menceritakan kepada Syu ‘bah bin al-Hajaj bahawa beliau telah berkata: Pendapat
tabi’in dalam masalah furu’ bukannya hujah maka bagaimana ia boleh menjadi hujah dalam
tafsir. Akan tetapi aalan para ahli tafsir adalah sebaliknya. Mereka telah meriwayatkan
pendapat-pendapat mereka di dalm kitab-kitab mereka kerana kebanyakkannya adalah
diterima daripada para sahabat.27
METODE-METODE TAFSIR BI AL-MA’THUR
Kaedah tafsir bil ma'thur adalah kaedah tafsir yang sebenarnya menjadi amalan para
sahabat dan tabi`in yang ulung. Para sahabat dan tabi`in adalah golongan yang paling dekat
dengan Rasulullah S.A.W dan amat menitikberatkan sebarang pengertian ayat Al-Qur`an agar
menepati saranan dan sunnah Nabi itu sendiri. Banyak ulama` tafsir yang telah menulis
beberapa karya tentang metode penafsiran al-Qur’an. Dari para ulama` itu muncullah berbagai
macam model dan metode penafsiran dalam rangka menyingkap pesanan al-Qur’an secara
optima sesuai dengan kemampuan dan keaadan sosial mereka. Di antara metode penafsiran
yang popular di kalangan para ulama tafsir adalah metode tahlili(analisis), metode ijmali
(global), metode muqaran (komprehensif), dan metode mawdhu'i (tematik).
Metode Tahlili
Dari sekian metode tafsir yang ada, metode tahlili merupakan metode yang paling
lama usianya dan sering digunakan. Selain menjelaskan kosa kata dan lafaz, metode ini juga
menjelaskan sasaran yang dituju dan kandungan ayat, seperti unsur-unsur i’jaz, balaghah, dan
27
Ibid, hal. 69
14
keindahan susunan kalimat, serta menjelaskan apa yang dapat diambil dari ayat tersebut untuk
hukum fiqh, dalil syara`. Hampir seluruh kitab-kitab tafsir al-Qur'an yang ada sekarang dan
yang digunakan dalam pengajian tafsir menggunakan metode tafsir tahlili, iaitu menafsirkan
ayat-ayat al-Qur'an mengikut turutan ayat-ayat yang ada dalam mushaf, mulai dari awal surah
al-Fatihah sampai akhir surah al-Nas tanpa dikaitkan dengan ayat-ayat lain yang sama ertinya.
28
Abdul Jalal, Urgensi Studi Tafsir yang mutaakhir (Pidato Pengukuhan Pada Penerimaan Jabatan Guru Besar
dalam Ilmu Tafsir/Tafsir) Surabaya, IAIN Sunan Ampel, 17.
29
Abdul Hayy Al-Farmawy, Metode Tafsir Maudhu'iy (Jakarta: PT Raja Grafindo Persada, 1996), 12.
30
W. Montgomery Watt, Pengantar Studi Al-Qur'an (Terj.) Taufik Adnan Amal (Jakarta: CV Rajawali, 1991), 265.
31
Nashiruddin Baidan, Metodologi Penafsiran Al-Qur'an (Yogyakarta: Pustaka Pelajar, 1998), 24-27.
15
Meskipun demikian, metodologi tahlili telah memberikan pemahaman yang luas dari
suatu ayat dengan melihat dari berbagai aspek iaitu bahasa, fikih, teologi, falsafah, sains dan
sebagainya.
Metode Ijmali
Metode ijmali (global) ialah metode yang cuba menjelaskan ayat-ayat al-Qur’an
secara ringkas dan padat, tetapi menyeluruh (global). Metode ini mengulas setiap ayat al-
Qur’an dengan sangat sederhana, tanpa ada upaya untuk memberikan pengetahuan dengan
maksud yang lain, sehingga pembahasan yang dilakukan hanya menekankan pada
pemahaman yang ringkas dan bersifat global.
Dalam metode ini, seorang mufassir berupaya untuk menjelaskan makna-makna al-
Qur’an dengan huraian singkat dan mudah difahami oleh pembaca dalam semua tahap, baik
32
Abdul Jalal, Urgensi Studi Tafsir yang Mutaakhir, 18.
16
tahap orang yang memiliki pengetahuan yang sederhana sehingga pada orang yang
berpengetahuan luas.
Dengan kata lain, metode tafsir ijmali menempatkan setiap ayat hanya sekadar
ditafsirkan dan tidak diletakkan sebagai obyek yang harus dianalisis secara tajam dan
mendalam, karena penyajian yang dilakukan tidak terlalu jauh dari gaya bahasa al-Qur’an,
sehingga membaca tafsir yang dihasilkan dengan memakai metode ijmali, seperti membaca
ayat al-Qur’an. Huraian yang singkat dan padat ini membuat tafsir dengan metode ijmali ini
tidak jauh berbeza dengan ayat yang ditafsirkan.
Perbezaan utama antara metode ijmali dengan metode tahlili, muqarran, ataupun
mawdu'i adalah terletak pada:
(1) cara seorang mufassir melakukan penafsiran, di mana seorang mufassir langsung
menafsirkan ayat al-Qur'an dari awal sampai akhir tanpa perbandingan dan penetapan judul,
(3) mufassir tidak banyak memberikan penafsiran secara terperinci tetapi ringkas dan umum,
meskipun pada beberapa ayat tertentu memberikan penafsiran yang agak luas.
Setiap metode tentu saja memiliki kelebihan dan kekurangan, sehingga dalam
mendalami makna al-Qur’an ada yang tidak boleh secara utuh menyentuh makna dan dasar
yang ingin disampaikan oleh al-Qur’an.
(1) proses dan bentuknya yang mudah dibaca dan sangat ringkas serta bersifat umum,
(2) terhindar dari penafsiran yang bersifat isra’iliyat, karena pembahasan tafsir yang
ringkas dan padat, sehingga tidak memungkinkan seorang mufassir memasukkan unsur-unsur
lain,
Meskipun demikian, metode penafsirannya yang sangat ringkas, maka metode ijmali
sangat sesuai bagi mereka yang berada pada tahap permulaan untuk mempelajari tafsir, dan
sibuk dengan pekerjaannya serta mereka yang tidak memerlukan huraian yang mendalam
tentang pemahaman suatu ayat.
Metode ijmali yang dipakai oleh para mufassir memang sangat mudah untuk dibaca
kerana tidak menggunakan pendekatan analisis, tetapi dilakukan dengan pola tafsir yang
mudah dan tidak berbelit-belit, walaupun begitu, ia masih meninggalkan sesuatu yang harus
ditelaah berulang kali. Metode ijmali memiliki tujuan yang pembaca harus boleh memahami
kandungan pokok al-Qur’an sebagai kitab suci yang memberikan petunjuk hidup.
Di antara kitab tafsir yang ditulis dengan metode ijmali adalah; Kitab Tafsir Al-
Qur’an al-Karim, karya Muhammad Farid Wajdi, Al-Tafsir al-Wasit, terbitan Majma’ al-
Buhuth al-Islamiyyah, Taj al-Tafasir, karya Muhammad Ushman al-Mirghani, dan Tafsir li
al-Imam al-Jalalayn, karya bersama Jalaluddin al-Mahalli dan Jalaluddin Al-Suyuti.
Dalam metode tafsir ijmali, teks dijadikan sebagai objek pembacaan , tanpa mencuba
membongkar makna-makna yang tersimpan di sebalik teks (makna tersirat). Teks hanya
dipandang pada sisi zahir, bukan pada sisi batin sebuah teks. Dengan cara memahami teks
dalam memahami al-Qur’an ini, pada akhirnya melahirkan kesimpulan yang tidak dalam,
sehingga masih menyimpan pertanyaan-pertanyaan tentang ageda yang akan disampaikan
oleh teks.
33
Nashiruddin Baidan, Metodologi Penafsiran Al-Qur'an, hal. 24-27
18
Metode ijmali ini memakai pendekatan yang ringkas, iaitu tidak hanya setakat
gambaran-gambaran singkat dan umum, sehingga tidak menyentuh pada kandungan teks,
misalnya dalam tafsir Jalalayn yang ditulis dengan metode ijmali.
Metode Muqarran
Metode Muqarran adalah suatu metode tafsir yang menggunakan cara perbandingan.
Metode ini bermaksud menemukan dan mengkaji perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur
yang diperbandingkan, baik untuk tujuan menemukan unsur yang benar di antara yang kurang
benar, ataupun untuk tujuan memperolah gambaran yang lebih lengkap mengenai masalah
yang dibahas dengan penggabungan (sintesis) unsur-unsur yang berbeza itu.
Manfaat tafsir muqarran adalah memperoleh pengertian yang paling tepat dan lengkap
mengenai masalah yang dibahas, dengan melihat perbezaan-perbezaan di antara berbagai
unsur relevan yang diperbandingkan. Sedangkan manfaat khususnya adalah :
Pertama, dalam perbandingan ayat dengan ayat, metode ini menumpukan perhatian pada
penggalian hikmah di balik variasi ayat untuk perkara yang sama dan pemilihan redaksi yang
mirip untuk perkara yang berbeza.
Kedua, dalam perbandingan ayat al-Quran dengan hadis, jika pada perbandingan ayat dengan
ayat yang dapat mengetahui kedua unsur yang dibandingkan, maka dalam metode ini dapat
diketahui dari salah satu unsur saja, iaitu unsur ayat.
Ketiga, dalam perbandingan unsur penafsiran seorang mufassir dengan mufassir lainnya, ada
beberapa manfaat yang dapat diperolehi :
a. mengetahui cara penafsiran seorang mufassir.
b. Dapat mengungkap kecenderungan mufassir, baik kecenderungan mazhab, keilmuan,
konteks zaman dan sebagainya.
c. Dapat mengungkapkan kekeliruan seorang mufassir, sekaligus mencari pandangan
yang paling mendekati kebenaran.
d. Dapat mengungkap sumber-sumber perbezaan pendapat di kalangan mufassir, ataupun
perbezaan pendapat di antara berbagai kelompok umat Islam.
e. Dapat menjadi saranan bagi pendekatan di antara berbagai ulama tafsir.
f. Dapat membawa kepada pemahaman yang lebih lengkap mengenai kandungan ayat-
ayat al-Quran, dengan menggabungkan berbagai kefahaman ulama tafsir dari berbagai
aliran tafsir.
Metode ini membahas ayat-ayat al-Quran sesuai dengan tema atau judul yang telah
ditetapkan. Semua ayat yang berkaitan, dihimpun, kemudian dikaji secara mendalam dari
berbagai aspek yang berkaitan dengannya seperti kosa kata. Semua dijelaskan dengan
terperinci, serta didokong oleh dalil-dalil atau fakta yang dapat dipertanggungjawabkan secara
ilmiah, baik pun berasal dari al-Quran, hadis, mahu pun pemikiran rasional. Sesuai dengan
namanya tematik, maka yang menjadi ciri utama dari metode ini adalah menonjolkan tema,
judul, atau topik pembahasan, sehingga tidak salah jika dikatakan bahawa metode ini disebut
metode topikal atau secara bertopik.
Metode mawdu’i muncul kerana bermula dari wacana keislaman yang mengfokuskan
pada topik tertentu dengan landasan-landasan yang diambil dari al-Quran, wacana tersebut
berupa karya yang ditulis, diantaranya Al-Insan fi Al-Quran, dan Al-Mar’ah fi Al-Quran karya
Abbas Mahmud Al-Aqqad, atau Al-Riba fi Al-Quran karya Al-Maududi.
Metode Mawdu’i pertama kali dikenalkan oleh Prof. Dr. Ahmad Sayyid Al-Kumiy,
Ketua Jurusan Tafsir pada Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar Mesir sampai tahun 1981.
Beberapa dozen tafsir di universiti tersebut telah berhasil menyusun banyak karya ilmiah
dengan menggunakan metode tersebut. Antara lain Prof. Dr. Al-Husaini Abu Farhah menulis
Al-Futuhat Al-Rabbaniyyah fi Al-Tafsir Al-Mawdhu’i li Al-Ayat al-Qur’aniyyah dalam dua
jilid yang kemudian disusul oleh Prof. Dr. Abdul Hay Al-Farmawiy guru besar pada Fakulti
Usuluddin Al-Azhar dengan menerbitkan buku Al-Bidayah fi Al-Tafsir Al-Mawdhu’I Pada
tahun 1977.
Adapun langkah-langkah yang ditempuh untuk melakukan metode mawd’ui adalah :
- Penetapan masalah yang dibahas.
- Menulis turutan ayat sesuai dengan masa turunnya.
- Kosa kata ayat dengan merujuk kepada penggunaan al-Quran.
- Memasukkan asbab al-Nuzul.
Keistimewaan metode ini adalah:
a) menghindari masalah atau kelemahan metode-metode lain seperti yang digambarkan di
atas.
b) menafsirkan ayat dengan ayat atau dengan hadis Nabi, satu cara terbaik dalam menafsirkan
al-Quran,
c) kesimpulan yang dihasilkan mudah difahami. Hal ini disebabkan kerana ia membawa
pembaca kepada petunjuk al-Quran tanpa mengemukakan berbagai pembahasan terperinci
20
dalam satu disiplin ilmu. Juga dengan metode ini, dapat dibuktikan bahwa persoalan yang
disentuh al-Quran bukan bersifat teori semata-mata dan atau tidak dapat diterapkan dalam
kehidupan masyarakat. Dengan begitu, ia dapat membawa kita kepada pendapat al-Quran
tentang berbagai permasalahan hidup dengan disertai dengan jawapannya. Ia dapat
memperjelaskan kembali fungsi al-Quran sebagai Kitab Suci dan dapat membuktikan
keistimewaan al-Quran.
d) Metode ini memungkinkan seseorang untuk menolak anggapan adanya ayat-ayat yang
bertentangan dalam al-Quran. Ia sekaligus dapat dijadikan bukti bahwa ayat-ayat al-Quran
seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan masyarakat.
PENGERTIAN ISRAILIYYAT
Dari segi bahasa :
إسرائيلياتadalah kata jamak bagi perkataan israiliyyah إسرائيلية, nisbah bagi Bani Israil.
Israil ialah Yaakob a.s yang bermaksud hamba Allah S.W.T. Bani Israil ialah anak-anak Nabi
Yaakob a.s dan keturunan seterusnya yang lahir daripada mereka sehingga zaman Nabi Musa
a.s dan para nabi selepasnya sehingga zaman Nabi Isa a.s dan zaman Nabi Muhammad
S.A.W.34 Israil adalah perkataan A`jamiyyun iaitu bahasa `Ibrani yang merupakan gabungan
dua kalimah iaitu ( )إسراyang bermaksud hamba atau pilihan dan ( )إيلyang bermakna Allah
S.W.T. oleh itu gabungan dua perkataan tadi menjadi (رائيلƒƒ )إسyang yang membawa erti
hamba Allah atau pilihan Allah.35
Nabi Ya`qub mendapat gelaran ini kerana beliau telah berjuang di jalan Allah Taala
dengan bersungguh-sungguh secara bersendirian pada waktu malam sehingga terbit fajar.
Bagi menghargai keimananya yang tinggi itu Allah Taala telah memanggil baginda dengan
panggilan Isra’il.36
Maka daripada sinilah Bani Israil mendapat nama mereka iaitu keturunan Nabi Ya`qub
yang mendakwa diri mereka sebagai ( )شعب مختاراbangsa pilihan tuhan kerana mereka adalah
keturunan Nabi Ya`qub.
Mereka telah dikenali sebagai Orang-orang Yahudi sejak dari zaman dahulu lagi.
Mereka yang beriman kepada Nabi Isa a.s diberikan nama sebagai orang-orang Nasrani dan
34
Dr. Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah, Israiliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir,
Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, (2006), Kuala Lumpur, hal. 1
35
Dr. Muhammad Sira Tantawi, Banu Isra’il fi al-Qur’an al-Karim wa al-Sunnah, Al-Zahra’ li ‘Ilam al-‘Arabi,
(1987), hal. 18
36
Muhammad Lutfi Jum’ah, Nazarat Asriyyah fi al-Qur’an al-Karim, ‘Alam al-Kutub, hal. 234.
21
mereka yang beriman kepada Nabi Muhammad S.A.W telah termasuk ke dalam lingkungan
Orang-orang Islam dan dikenali Ahli-ahli Kitab yang beriman37.38
Memandangkan Israiliyyat adalah perkataan A`jamiyyun maka cara menyebutnya juga
ada pelbagai cara. Mengikut Imam al-Qurtubi terdapat tujuh wajah 39 untuk menyebut
perkataan Israil iaitu :
1)Isra`il إسرائيلseperti dalam al-Qur`an
2)Isra`il إسرائيلdengan memanjangkan hamzah
3)Israyil إسراييلdengan tanpa hamzah
4)Israi`il إسرئلdengan tanpa ya dan mad
5)Isra`il إسرائلdengan kasrah hamzah tanpa ya
6)Israi`al إسرائلdengan fathah pada hamzah
7)Isra`in إسرانينdengan nun dan bukan lam
Jika kita merujuk kepada Kamus Dewan Isra`il bermaksud orang berketurunan Yuda
dan beragama Yahudi. Namun begitu apabila kita merujuk kepada al-Qamus al-Jadid, ia
membawa makna cerita-cerita yang diadakan-adakan mengenai para nabi. 40 Manakala dalam
Mu`jam al-Arani ia membawa tiga makna iaitu gelaran Nabi Ya`qub bin Ishaq, keturunan
Nabi Ya`qub dan kerajaan Israil di Palestin.41
Apabila kita mengkaji pengertian Israiliyyat dari segi etimologi apa yang kita dapati
Israiliyyat adalah kata gabungan yan bersandaran dan bukannya kata dasar yang berdiri
dengan sendirinya. Isra`il adalah merujuk kepada keturunan atau bangsa manakala Israiliyyat
pula merupakan sandaran kepada unsur-unsur atau sumber-sumber yang ada pada Isra`il itu
sendiri.
Bagi memulakan perbahasan berkaitan tajuk ini, tidak sempurna sekiranya kita tidak
membicarakan definisi Israiliyyat secara etimologi (bahasa) atau terminologi (istilah),
perbahasan ulama` dan pendapat yang diterima pakai di dunia keilmuan kini.
Dari segi bahasa Israiliyyat ( )اسرائيلياتadalah kata jama` bagi perkataan Israiliyyah (
رائيلىƒƒ )اسyang dinisbahkan dengan Bani Israil. Ia merupakan susunan perkataan yang
37
Nama Ahli Kitab digunakan untuk Orang-orang Yahudi dan Nasrani, akan tetapi kebiasaan dalam keadaan ini
yang dimaksudkan dengan Ahli Kitab ialah Orang-orang Yahudi kerana mereka adalah orang yang tinggal di
Madinah dan sekelilingnya. Kebanyakkan besar dari Israiliyyat adalah datang dari Orang-orang Yahudi.
38
Ibid, hal. 1
39
‘Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, (t.t), Tafsir al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, juz. 1, Dar al-
Thurath al-‘Arabi, hal. 331
40
Hj.Ishak Abbas, Qamus al-Jadid, Penerbitan Seri Kota, (1986), Kuala Lumpur, hal.18
41
Al-Lughawin al-‘Arab, al-Mu’jam al-‘Arabi al-Asasi, Dar al-Durus,(1995), hal.88
22
bersandaran dan bukan perkataan dasar. Oleh itu ia disebut sebagai Israiliy ( )اسرائيلىatau
Israiliyyah ()اسرائيلية.42
Dari segi istilah perkataan Isra`iliyyat adalah merujuk kepada riwayat yang
bersumberkan kaum Yahudi.43 Namun begitu ulama` khususnya mufassirin dan muhaddithin
menggunakan istilah tersebut dalam erti yang lebih luas dan mendalam.44
Jadi secara ringkasnya pengertian Isra`iliyyat dari segi istilah ialah dengan mengambil
kira pandangan Dr. Muhammad Husin al-Zahabi iaitu segala perkhabaran. Periwayatan dan
kisah-kisah yang bersumberkan dari sumber khususnya dari Yahudi dan Nasrani yang
mewarnai pengajian tafsir dan sunnah.45
Walau bagaimanapun Isra`iliyyat lebih banyak datangnya dari kaum Yahudi
berbanding Nasrani kerana maklumat berkaitan Isra`iliyyat didapati daripada perawi atau
ilmuan Yahudi yang memeluk Islam.46
Oleh itu pengertian yang diberikan oleh Dr. Muhammad Husin al-Zhahabi adalah
merupakan definisi Isra`iliyyat yang bersifat klasikal atau yang bersifat tradisional kerana
hanya menjuruskan kepada pengajian tafsir dan sunnah semata-semata. Namun begitu
Isra`iliyyat dalam tafsir dan sunnah adalah merupakan titik tolak kepada kekacauan keilmuan
dan pemikiran umat Islam. Maka dengan itu definisi yang diberikan oleh Dr. Muhammad
Husin al-Zahabi adalah amat bertepatan sekali.
42
Abd. Al-Wahab ‘Abd. Al-Wahab Fa’eid (1978), al-Dakhil fi Tafsir al-Qur’an al-Karim, Kaherah, hal. 14
43
Ibid, hal. 14
44
Hamzah bin Yaa’kob, Isra’iliyyat: Pengaruh dan Kesannya Ke Atas Ilmu-Ilmu Islam, Jurnal Darul Qur’an, Bil.7,
November 2001, hal. 46
45
Dr. Muhammad Husin al-Zahabi, (t.t), tafsir al-Mufassirun, jld.1, Maktabah Wahbah, Kaherah, hal. 121
46
Dr Muhammad bin Muhammad abu Syahbah, (t.t), op.cit, hal. 12
23
Ahmad Khalil berpendapat yang Isra’iliyyat adala kisah-kisah yang diriwayatkan dari
Ahl al-Kitab sama ada yang mempunyai hubungan dan kaitannya dengan agama mereka
atau tidak.47
Amin al-Kulli pula berpendapat Isra’iliyyat adalah percampuran kisah-kisah agama
dan kepercayaan bukan Islam yang dibawa masuk ke Tanah Arab melalui orang Yahudi
yang mengembara ke timur menuju Babylon dan sekitarnya dan ke arah Barat menuju
Mesir. Setelah kembali ke Negara asal, mereka membawa pelbagai berita dan kepercayaan
yang mereka jumpai dari negara-negara yang mereka singgahi.48
Muhammad Muhammad Abu Zahw pula berkata sebarang perkhabaran yang
bersumberkan Ka’ab bin Ahbar dan Wahab bin Munabbih adalah “Akhbar Isra’iliyyat”
bukannya hadith Nabawi.49
Dr. Muhammad Husin al-Zhahabi membahagikan Isra’iliyyat kepada dua bahagian, 50
yang pertama Isra’iliyyat sebagai setiap sesuatu yang menyerap masuk ke dalam tafsir dan
sunnah yang terdiri daripada cerita-cerita dongeng dan yang tidak ada asalnya dari cerita-
cerita lama dan merupakan kisah rekaan musuh Islam dengan niat untuk merosakkan
akidah umat Islam dan sebagainya. Kedua, Isra’iliyyat adalah segala perkara khurafat,
dongeng dan palsu yang riwayatnya adalah bersumberkan Yahudi dan Nasrani.
Dr. Solah al-Khalidi pula mempunyai pendapat yang lebih ke hadapan berbanding
ulama’-ulama’ yang lain. Beliau berpendapat segala cerita khurafat, karut-marut, palsu,
tahyul, tahyul, kesesatan dan shubhah adalah Isra’iliyyat walaupun bukan bersumberkan
Yahudi. Beliau berpendapat Isra’iliyyat bukan sahaja Yahudi tetapi juga oleh Nasrani,
Parsi dan Romani serta mana-mana musuh Islam yang mempunyai rancangan-rancangan
jahat terhadap Islam yang dipelopori oleh Yahudi.51
musim panas mereka ke Syam (Syria) dan musim sejuk ke Yaman. Di kedua-dua tempat
ituterdapat ramai Ahl al-Kitab, khasnya Yahudi, dengan itu terjalinlah hubungan antara
mereka. Dari situ juga kebudayaan Yahudi meresap ke dalam kebudayaan bangsa Arab.
Pada saat itulah munculnya Nabi Muhammad S.A.W dan al-Qur’an. Sewaktu Nabi
Muhammad S.A.W berhijrah, bumi Madinah juga didiami oleh beberapa puak bangsa Yahudi,
antaranya ialah Bani Quraizah, Bani Nadir, Yahudi Khaibar, Tayma dan Fadak. Akibat hidup
berjiran juga berlaku pertukaran ilmu pengetahuan dan Nabi S.A.W berdakwah kepada kaum
Yahudi dan mereka juga sering menemui Nabi S.A.W untuk menyelesaikan masalah mereka
atau kadang-kala untuk mengajukan pertanyaan mereka untuk menguji Nabi S.A.W atau
untuk mempersendakan Islam, sebagaimana yang diceritakan oleh al-Qur’an. Selain itu,
sering berlaku perdebatan antara orang Islam dan Yahudi dan beberapa golongan Yahudi
yang telah memeluk Islam di mana mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang
budaya Yahudi. Justeru itu, tersebar ddan bercampurlah kebudayaan Islam dan Yahudi.52
Meresapnya Isra’iliyyat dalam tafsir ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat :
1. Zaman Periwayatan Tafsir
2. Zaman Pembukuan Tafsir
52
Abd. Latiff B. Muda, Pengantar ilmu Tawhid, Pustaka Salam Sdn. Bhd, (1998), Kuala Lumpur, hal. 333-334
53
Muhammad Dr.‘Ajjaj al-Khatib, Usul al-Hadith wa Mustalahah, Dar al-Fikr, (1998), Beirut, hal. 37
25
Qur’an. Tetapi mereka tidaklah bertanya mengenai semua perkara dan tidak juga menerima
semuanya.54 Malahan ada ketikanya mereka memperbetulkan sesuatu riwayat yang salah dari
Ahl al-Kitab yang menceritakan kepada mereka.55
Pada zaman Tabi’in, periwayatan Ahl al-Kitab dan kisah Isra’iliyyat dalam tafsir semakin
meluas ekoran dari ramai Ahl al-Kitab yang memeluk Islam dan lantaran daripada sesetengah
orang Islamyang ingin mengetahui tentang kisah aneh dalam kitab mereka (Ahl al-Kitab).
Dari situ, banyak tafsir yang diresapi oleh kisah aneh dan batil. Pada zaman ini juga, khasnya
bermula tahun 41 Hijrah telah tersebar hadith-hadith palsu yang disandarkan kepada
Rasulullah S.A.W.56
Seterusnya, apabila tiba zaman Tabi’ Tabi’in, mereka tidak menitik beratkan tentang
sanad dan tidak mengkaji dengan teliti orang yang meriwayatkannya. Sesetengahnya pula
membuang sanad dan ketika menerima sesuatu hadith, mereka tidak menerima tentang
sanadnya. Justeru itu, ia membawa bencana buruk dalam periwayatan tafsir.
54
Muhamad Dr. Husayn al-Dhahabi, al-Tafsir wa al-Mufassirun, dar al-Yusuf, (2000), Beirut, hal 180
55
Ibid, hal 182
56
Abd. Latif Bin Muda, (1998), op.cit, hal. 335
57
Manna al-Qattan, Mabahith fi ‘Ulum al-Qur’an, Muassasah al-Risalah, (1997), Beirut, hal. 340
58
Iaitu penafsiran al-Qur’an melalui ayat al-Qur’an yang lain atau melalui hadith nabi, pandangan sahabat atau
tabi’in.
26
adalah Mu’awiyah, Abu Hurairah, Ibnu ‘Abbas, ‘Abdullah bin ‘Umar, Ibnu al-Zubair,
Anas,’Ata’ bin Abi Rabah dan lain-lain. Hadith beliau dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari,
Imam Muslim, Abu Daud, Imam al-Tirmidzi dan al-Nasa’i.
Dari aspek thiqah dan ‘adalah (adil)61, ramai dari kalangan ulama’ yang mengakui Ka’ab
mempunyai sikap demikian. Sebagai buktinya, Ibnu ‘Abbas dan Abu Hurairah serta sahabat
dan tabi’in r.a yang lain mengambil periwayatan daripada beliau. Manakala Ibnu Hajar
al-‘Asqalani mengatakan Ka’ab adalah thiqah.62
61
Iaitu di antara sikap yang menjadi syarat yang perlu ada untuk membolehkan periwayatan dari seseorang
rawi itu diterima. Lihat Mahmud Tahhan Dr, (1984), Taisir Mustalah al-Hadith, Kuwait, Dar al-Turath, hal. 145
62
Syihab al-Din Ahmad bin ‘Ali Ibn Hajar al-‘Asqalani, Taqrib al-Tahzib, Dar al-Ma’rifat, (2001), Beirut, hal. 144
28
PENSEJARAHAN ISRA’ILIYYAT
Sebelum penulis membawa pembaca kepada perbincangan seterusnya, amat wajar
diimbas kembali sejarah perkembangan israi`liyyat khususnya dalam pengajian tafsir dan
sunnah. Sejarah semasukan israi`liyyat dalam pengakian tafsir dan sunnah dapat dilihat
menerusi zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat, tabi`in, tabi` tabi`in dan zaman sekarang
yang mana lebih dikenali sebagai Israi`liyyat kontemporari.
أَ َّن ُع َم َر، ِ ع َْن َجابِ ِر ْب ِن َع ْب ِد هَّللا، ع َِن ال َّش ْعبِ ِّي، أَ ْخبَ َرنَا ُم َجالِ ٌد، َح َّدثَنَا هُ َش ْي ٌم: ال ِ َح َّدثَنَا ُس َر ْي ُج بْنُ النُّ ْع َم
َ َ ق، ان
K رأَهُ َعلَّى النَّبِ ُّيƒَ ƒَ فَق،ل ْال ُكتُ ِبƒِ ƒْض أَ ْه َ َب أ
ِ ابَهُ ِم ْن بَعƒ ص َّ ِب أَتَى النَّب
ٍ اƒƒَ بِ ِكتƒلمƒƒه وسƒƒلى هللا عليƒƒي ص ِ ْبنَ ْالخَطَّا
مƒُْأَلُوهƒ اَل ت َْس،ًا َء نَقِيَّةƒْض ِ " أَ ُمتَهَ ِّو ُكونَ فِيهَا يَا ا ْبنَ ْالخَطَّا: ال
َ َوالَّ ِذي نَ ْف ِسي بِيَ ِد ِه لَقَ ْد ِج ْئتُ ُك ْم بِهَا بَي،ب َ َ َوق،ب ِ فَ َغ
َ ض
63
Kawniyyat bermaksud ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan kejadian alam seperti matahari, bulan dan
bintang.
64
Qisas al-Anbiya’ bermaksud kisah-isah para nabi.
65
Ghaibiyyat bermaksud perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera manusia.
66
Dr. Muhammad Hussein al-Dhahabi, Al-Tafsir al-Mufassirun, jld 1, Al-Azhar, (t.t), hal. 177
67
Dr. ‘Abdul Wahab ‘Abdul Wahab Fayid, Al-Dakhil fi Tafsir al-Qur’an al-Karim, Matba’ah Hassan, 1989/1398,
Kaherah, Cet. 1, juzu’ 1, hal. 110-113
68
Imam Ahmad bin Hanbal, Musnad al-Imam Ahmad, Juz 3, Muassasah Qurtubah, (t.t), Andalus, hal. 387, bil
hadis 15195
29
اƒƒ َم،اƒƒًّانَ َحيƒƒ لَوْ أَ َّن ُمو َسى َك، َوالَّ ِذي نَ ْف ِسي بِيَ ِد ِه، بِ ِهƒص ِّدقُوا ِ َ أَوْ بِب، بِ ِهƒق فَتُ َك ِّذبُوا
َ ُاط ٍل فَت ٍّ ع َْن َش ْي ٍء فَي ُْخبِرُو ُك ْم بِ َح
" َو ِس َعهُ إِاَّل أَ ْن يَتَّبِ َعنِي
Terjemahannya: “Daripada Jabir Ibn `Abdullah, bahawanya `Umar Ibn al-Khattob datang
menemui Nabi S.A.W bersamanya sebuah kitab daripada ahl-kitab, maka beliau membaca
dihadapan Nabi S.A.W, Rasulullah S.A.W memarahinya dengan bersabda; Apakah yang
masih meragukan kamu waha `Umar Ibn al-Khattab? Demi apa yang ada di tanganku,
sesungguhnya aku telah datangkan kepada kamu (al-Qur`an) yang jelas lagi suci, maka
janganlah kamu bertanya kepada mereka mengenai sesuatu, kamu memberitahu mereka yang
benar tetapi mereka mengingkarinya ataupun perkara batil lalu mereka membenarkannya,
demi apa yang ada di tangannya, jikalau Musa A.S masih hidup mereka akan mengikutiku”
Pada peringkat kedua rasulullah S.A.W mengizinkan umat Islam mendengar sahaja
riwayat-riwayat dan cerita-cerita daripada ahl al-kitab dengan syarat mereka tidak
membenarkannya atau mendustakannya,69 atau dengan kata lain Rasulullah S.A.W menyuruh
umat Islam ketika itu mendiamkan diri tanpa member sebarang respon mengenai cerita-cerita
atau riwayat-riwayat tersebut berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:70
، ير ٍ ِ َع ْن َي ْحَيى ْب ِن أَبِي َكث، َخَب َرَن ا َعِل ُّي ْب ُن اْل ُمَب َار ِك
ْ أ، ان ْب ُن ُع َم َر ُ َح َّدثََنا ُعثْ َم، َح َّدثََنا ُم َح َّم ُد ْب ُن َب َّش ٍار
ِ اب ي ْق رءون التَّوراةَ بِاْل ِع ْبرانِي ِ ِ َّ ِ
، َّة َ َ ْ َ ُ َ َ ََه ُل اْلكت ْ ان أ َ َك: قَ ا َل،ُ َع ْن أَبِي ُه َر ْي َرةَ َرض َي اللهُ َعْن ه، ََع ْن أَبِي َس لَ َمة
اب َواَل ِ ََه َل اْل ِكت ِ َّ
َ ُ " اَل ت: فَقَا َل َر ُس و ُل الله صلى اهلل عليه وسلم،َهل اإْلِ ْساَل م
ْ ص ِّدقُوا أ ِ ِ ونها بِاْلعربِي
ِ ْ َّة أِل
َ َ َ َ ِّر ُ َوُيفَس
َآمَّنا بِاللَّ ِه َو َما أ ُْن ِز َل ِإلَْيَناق اآْل َية
َ ف: وه ْم َوقُولُوا ُ تُ َك ِّذُب
Terjemahannya: Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Adalah ahl al-kitab membaca taurat dengan
bahsa `Ibrani dan mereka menafsirkannya denga bahasa Arab kepada umat Islam, mak Rasulullah
S.A.W bersabda janganlah kamu membenarkan ahl al-kitab dan janganlah kamu mendustakan
mereka dan katakanlah kepada mereka (Kami beriman dengan Allah S.W.T dan apa yang diturunkan
kepada kami)”.
69
Dr. ‘Abdul Wahab ‘Abdul Wahab Fayid, Op.cit, hal. 111
70
Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Juz 4, Dar al-Ihya’, Lubnan, 1400 M, hal. 415, bil Hadis 7542
71
Dr. ‘Abdul Wahab ‘Abdul Wahab Fayid, Op.cit, hal. 114
30
bermakna Rasulullah hanya membenarkan berbincang perkara yang benar sahaja berdasarkan
hadith riwayat `Abdullah Ibn `Amr al-`As:72
Terjemahannya: “Daripada `Abdullah Ibn `Amr Ibn `As bahawasanya Nabi S.A.W bersabda:
Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan berbincanglah dengan Bani Israil dengan baik,
barangsiapa berdusta kepadaku dengan sengaja maka disediakan kepadanya tempat duduk di
neraka”.
Tidak dinafikan bahawa kelonggaran yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W dalam
meriwayatkan verita-cerita atau khabar daripada ahl al-kitab telah membuka ruang kemasukan
israi`liyyat dalam penafsiran al-Qur`an. Namun terdapat faktor lain yang mempengaruhi
kemasukan unsur-unsur israi`liyyat ini, antaranya ialah berlaku percampuran umat Islam
dengan golongan Yahudi yang terdiri daripada Bani Qainuqa`, Bani Nadi dan Bani Quraidah
keitika penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Madinah.73 Walaupun begitu ianya masih terkawal.
yang merujuk kepada ahl al-kitab yang telah memeluk Islam dan mengambil darpada cerita-
cerita mereka yang dihuraikan dengan panjang lebar di dalam kitab mereka.
Para sahabat mempunyai pendirian dan begitu teliti dalam mengambil sebarang
riwayat daripada ahli al-kitab. Dengan itu mereka tidak bertanya kepada ahl al-kitab dalam
semua perkara dan tidak membenarkan ahl al-kitab dalam perkara-perkara tertentu. Para
sahabat tidak bertanya perkara yang berkaitan dengan `aqidah atau hokum yang telah
diterangkan oleh Rasulullah S.A.W pada peringkat awal dan hanya tentang perkara yang
menjadi penerang bagi sesuatu dalam al-Qur`an dan sekadar untuk pengetahuan mereka.76
Oleh kerana para sahabat merupakan orang yang paling dekat dengan Rasulullah
S.A.W , mereka banyak mengetahui asbab al-nuzul77 dan dapat memahami al-Qur`an dengan
baik. Kesibukan para sahabat menyebarkan dakwah dan berjihad di jalan Allah S.W.T
menybabkan mereka tiada masa untuk nertanya ataupun mengambil riwayat daripada ahl al-
kitab. Pada mereka keilmuan ahl al-kitab penuh dengan keraguan dan pertikaian kerana
banyak perubahan dan penyelewengan berlaku dalam kitab Taurat dan Injil. Dengan ini,
penafsiran al-Qur`an pada zaman sahabat bersih daripada sebarang unsur israi`liyyat dan
dalam keadaan terkawal.78
76
Dr. Muhamad Hussein al-Dhahabi, Op.cit, hal. 169
77
Asbab al-Nuzul bermaksud sebab-sebab turun ayat.
78
Dr. ‘Abdul Wahab ‘Abdul Wahab Fayid, Op.cit, hal. 123-124
79
Tabi’in adalah setiap orang Islam yang sempat berjumpa para sahabat dan wafat dalam keadaan beragama
Islam. Dr. Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib, Op.cit, hal. 410
80
Dr. ‘Abdul Wahab ‘Abdul Wahab Fayid, Op.cit, hal. 139
32
`Abdullah Ibn Saba`. Mereka menjadi sumber utama masuknya isra’iliyyat dalam penafsiran
al-Qur`an pada waktu ini.
Antara tabi`in yang didakwa mengambil dan meriwayatkan riwayat-riwayat yang
mengadungi israi`liyyat ialah Ka`ab al-Ahbar (m.32H) dan Wahab ibn Munabbih (m.110H).
mereka adalah dari kalangan ahl al-kitab yang memeluk Islam pada zaman sahabat.
Kebanyakkan ulama` mengakui keilmuan dan kethiqahan mereka dalam meriwayatkan
hadith-hadith. Oleh itu tuduhan yang dilemparkan kepada mereka adalah sauatu tohmahan
yang melulu dan tidak berasas.
81
Mohammad Yusuf Ibrahim, Tafsir al-Qur’an Pertumbuhan dan Perkembangannya, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1992, hal. 154
82
Dr. Muhammad Hussein al-Dhahabi, Op.cit, hal. 176-177
83
Manna’ Khalil al-Qattan, Mabahith fi ‘Ulum al-Qur’an, Muassasah al-Risalah, Beirut, hal. 340-342
33
tidak sahih. Seterusnya lahir pula penafsiran yang lebih semasa dengan berpandukan
penafsiran mutaqaddimin dengan cara meringkaskannya atau memberi komentar.
Demikianlah penerangan ringkas sejarah kemasukan israiliyyat ke dalam penulisan tafsir.
84
Dr. Solah al-Khalidi, Op.cit, hal. 59
85
Ibid, hal. 6
86
Ibid, hal. 105-123
87
Ibid, hal. 60
34
1) Ia adalah khabar, dakwaan dan kekeliruan yang diasaskan kepada pembohongan dan
kepalsuan.
2) Pertentangan terhadap Islam dengan apa yang sama (Islam) daripada kebenaran,
petunjuk, cahaya pada setiap peringkat kehidupan.
3) Bertujuan untuk menjauhkan orang Islam daripada Islam itu sendiri, dan
mengosongkan kebenaran Islam, peraturan-peraturan dan asas-asasnya untuk
menggantikan dengan keraguan dan kepalsuan.
4) Dianggap sebagai permulaan usaha Yahudi ke atas orang Islam iaitu penguasaan
Yahudi dari aspek politik, komunikasi, budaya dan fikrah (pemikiran). Ini merupakan
permulaan kepada peperangan secara fizikal terhadap negara-negara Islam dan
merupaka faktor-faktor kekalahan orang Islam dalam menghadapi peperangan ini.
88
Dr. Ramzi Na’na’ah, (1970), Op.cit, hal. 76
89
Imam Abu ‘Abdullah Muhammad bin Isma’il al-Bukhari, (2001), Op.cit, Kitab al-Tafsir, Surah al-Ahzab, hal. 866
35
90
Surah al-Ahzab ayat 45
91
Abu Ja`far Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Khalid al-Tabari (1995), Jami` al-Bayan `An Ta`wil Ayi al-Qur`an,
jld. 1, Lubnan: Dar al-Fikr, hal. 344
92
Dr. Ramzi Na`naah (1970), op.cit, hal. 77
36
000 kereta kuda yang disusun samapai ke Babylon. Berkata Huzaifah kepada Nabi S.A.W:
“Tidakkah Baitul Maqdis itu mulia di sisi Allah S.W.T ?”. Nabi S.A.W menjawab, “Allah
S.W.T telah memuliakan Baitul Maqdis dengan Nabi Sulaiman bin Daud A.S dan Nabi
Sulaiman telah membina Baitul Maqdis dengan emas, permata, yaqut dan zarbajad dan
istana Sulaiman dari emas dan perak dan tiangnya juga dari emas”.93
Kemudian Ibnu Kathir telah member komentar beliau mengenai riwayat tersebut
dalam kitab tafsir beliau Tafsir al-Qur’an al-‘Azim bahawa riwayat tersebut adalah
mawdu’ dan tidak diketahu sumber pengambilannya.94
Selain itu, Isra’iliyyat juga telah dibahagikan mengikut tajuk seperti Isra’iliyat yang
berkaitan akidah dan hukum-hakam.
Contoh riwayat Isra’iliyyat dari segi akidah ialah sebuah hadith riwayat ‘Abdullah
Ibnu Mas’ud:
Maksudnya: “Seorang pendeta daripada pendeta-pendeta Yahudi telah dating bertemu
Rasulullah S.A.W dan berkata kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Muhammad,
sesungguhnya kami dapati Allah S.W.T tela menjadikan langit di atas satu jarinya
daripada lima jarinya, menjadikan dunia di atas satu jarinya, menjadikan pokok di atas
satu jarinya, menjadikan air dan tanah di atas satu jarinya, dan sekalian makhluk di atas
satu jarinya, kemudian Dia berkata: “Akulah Maha Raja”.” Kemudian Rasulullah S.A.W
tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya kerana membenarkan kata-kata pendeta
Yahudi itu. Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat al-Qur’an……95
Ada pendapat mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W ketawa bukan kerana
membenarkan kata-kata pendeta Yahudi itu tetapi mengingkarinya kerana pernyataan
tersebut tajsim dan tasybih.
Kemudian Rasulullah S.A.W menjawab dengan ayat al-Qur’an:
Maksudnya: “Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah S.W.T tidak
menghormati Allah S.W.T dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya,
sedang bumi seluruhnya pada hari kiamat dalam genggaman kuasaNya, dan langit
tergulung dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah Ia dan Tertinggi keadaanNya dari apa
yang mereka sekutukan.”96
93
Abu Ja`far Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Khalid al-Tabari (1995), op.cit, jld 14, hal. 20
94
Imam `Imaduddin Abi Fida Ismail bin Kathir al-Kursyi al-Dimasyqi (1998), Tafsir al-Qur`an al-`Azim, jld. 3,
Damsyik: Maktabah Dar al-Fayha`, hal. 29
95
Imam Abu `Abdullah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari (2001), op.cit, hal. 874, Kitab al-Tafsir Surah al-Zumar
96
Surah al-Zumar ayat 67
37
Ini pula contoh riwayat Isra’iliyyat yang berkaitan hukum-hakam sebuah hadith
riwayat Abdullah bin Umar:
Maksudnya: “Sekumpulan orang Yahudi telah dating berjumpa Nabi S.A.W dengan
membawa seorang lelaki dan seorang wanita dari kalangan mereka yang telah berzina dan
Nabi S.A.W bertanya kepada mereka: “Bagaimana kamu lakukan terhadap orang berzina
di kalangan kamu?”. Mereka menjawab: “kami tuangkan air panas padanya dan kami
pukul”. Nabi S.A.W berkata lagi: “Kamu tidak dapati dalam kitab Taurat hukuman
rejam?”. Mereka menjawab tidak menjumpai apa-apa ayat pun. Abdullah bin Salam
berkata: “Kamu berdusta ! Tunjukkan Taurat dan bacakan sekiranya kamu orang yang
benar”. Maka salah seorang guru yang mengajar Taurat membacanya tatkala sampai
kepada ayat rejam, guru tersebut menutupnya dengan tangannya dan tidak membaca ayat
rejam. Apabila diangkat tangannya dari ayat rejam, Nabi S.A.W berkata: “Apa ini ? ,
Kamu tidak lihatkah ini ayat rejam”. Maka Nabi S.A.W menyuruh melasanakan hukuman
rejam ke atas mereka berdua. Hukuman rejam dilaksanakan di masjid berhampiran tempat
jenazah. Aku (Abdullah bin Umar) nampak rakannya tunduk melindunginya daripada
lontaran batu”.97
Hadith tersebut bertepatan dengan hukum yang terdapat dalam Kitab al-Tawrah
manakala orang Yahudi tersebut nyata telah menipu Rasulullah S.A.W kerana mendakwa
hukuman rejam tiada dalam Kitab al-Tawrah.
Isra’iliyyat yang berkaitan tentang ketinggian dan keterangan secara terperinci tentang
sesuatu perkara yang tiada kaitan dengan akidah atau hukum-hakam. Isra’iliyyat berkaitan
dengan perkara ini terlalu banyak kitab-kitab tafsir Bi al-Ma’thur.
Kemudian Isra’iliyyat juga dibahagikan kepada Isra’iliyyat yang bertepatan dengan
syariat kita da yang bertentangan dengan syariat kita.
Contoh yang bertepatan dengan Islam seperti hadith yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari ini di dalam kitan sahihnya dari Abu Sa’id al-Khudri:
Maksudnya: “Nabi S.A.W bersabda pada hari kiamat nanti bumi akan menjadi seperti
sekeping roti, Allah menggenggamnya dengan tangannya seperti kamu menggenggam
rotinya ketika bermusafir sebagai tempat tinggal ahli syurga. Tiba-tiba datang seorang
Yahudi berkata: “Semoga Allah S.W.T merahmati kamu wahai Abal Qasim. Hendakkah
aku beritahu engkau tentang tempat tinggal ahli syurga pada hari kiamat ?”. Nabi S.A.W
pun menjawab: “Ya”. Berkata Yahudi itu: “Bumi sama seperti sekeping roti”. Sama
97
Imam Abu `Abdullah Muhammad bin Isma`il al-bukhari (2001), op.cit, hal. 654, Kitab Tafsir Surah al-Nur
38
seperti apa yang telah Rasulullah S.A.W katakana tadi. Nabi S.A.W menoleh terus ke arah
kami kemudian Baginda ketawa sehingga menampakkan gigi gerahamnya”.98
Sementara riwayat yang bertentangan dengan syariat kita pula seperti yang
disandarkan kepada Ibnu ‘Abbas yang dikeluarkan oleh al-Nasa’I, Ibnu Jarir dan Abi
Hatim dalam kitab tafsir Dar al-Manthur berkaitan ayat 34 Surah Sad:
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan
satu kejadian), dan kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup
sifatnya), kemudian ia kembali (merayu kepada kami).99
Cerita ini banyak terdapat dalam kitab tafsir bi al-Ma’thur tetapi penulis hanya
mengambil satu contoh sahaja yang berkaitan dan terpaksa diringkaskan kerana terlalu
panjang.
Terjemahannya: “Jasad yang tidak sempurna itu adalah Syaitan Sakhar yang telah
diubah rupanya menyerupai Nabi Sulaiman dan duduk di atas takhtanya lalu memerintah
kerajaan Nab Sulaiman yang telah kehilangan cincinnya ketiak ke tandas. Ketika itu, Nabi
Sulaiman tidak membawa cincinnya brsama lalu Syaitan Sakhar telah membuang cincin
tersebut ke dalam laut dan ditelan oleh seekor ikan. Syaitan Sakhar telah memerintah
selama 40 hari semasa Nabi Sulaiman mencari cincinnya.”100
Jelaslah riwayat tadi adalah batil lagi mungkar dan mustahil berlaku kepada seorang
Nabi Allah dan mustahil Allah S.W.T membiarkan syaitan memerintah dunia dalam masa
40 hari.
Ini pula adalah hadith dari Abu Hurairah dalam Sahih al-Bukhari berkaitan peristiwa
tersebut:
Maksudnya: “Nabi S.A.W bersabda: “Nabi Sulaiman bin Daud A.S telah berkata:
Pada malam ini aku mengelilingi, menuju kepada sembilan puluh sembilan orang wanita
yang semuanya datang dengan menunggang kuda berjihad di jalan Allah S.W.T. Maka
sahabatnya berkata: Insya’-Allah tetapi dia berkata Insya’-Allah. Maka Nabi Sulaiman
tidak dapat membawa perempuan-perempuan tersebut kecuali seorang yang datang
dengan sebelah kaki”.101
98
Imam Abu `Abdullah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari (2001), op.cit, hal. 1144, Kitab al-Riqaq
99
Surah Sad ayat 34.
100
Imam `Abdul Rahman Jalaluddin al-Sayuti (1983), Dar al-Mathur fi Tafsir al-Ma`thur, jld. 7, Lubnan: Dar al-
Fikr, hal. 179-180
101
Imam Abu `Abdullah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari (2001), op.cit, hal. 873 Kitab Tafsir Surah Sad
39
Kemudian hadith dalam Sahih al-Bukhari itu telah menjelaskan keadaan sebenarnya
yang telah berlaku kepada Nabi Allah Sulaiman bin Daud. Maka jelaslah bahawa riwayat
yang ada padaal-Nasa’i, Abi Hatim dan Ibn Jarir itu adalah palsu dan dusta.
Bahagian terakhir dalam kategori ini adalah sesuatu yang didiamkan oleh syariat
Islam. Inilah bahagian yang paling banyak dalam perkhabaran Isra’iliyyat. Ia termasuk
dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah kepada kita walaupun kita mengetahuinya
seperti ukuran kapal Nabi Nuh, bilangan Ashab al-Kahfi, jenis binatang yang menaiki
kapal Nabi Nuh ketika banjir besar dan sebagainya.
Beberapa ulama’ terkenal telah menyatakan bahawa terdapat tiga jenis perkhabaran
Isra’iliyyat. Ibnu Taimiyyah102 berpendapat:
1. Sesuatu yang telah diketahui kebenarannya di kalangna kaum muslimin kerana ada
bukti dalam syara’.
2. Sesuatu yang telah dikenal pasti sebagai dusta dan ada bukti syara’ yang
bertentangan dengan riwayat tersebut.
3. Berada dalam dua pertimbangan sama ada benar atau dusta dan tidak dituntut
untuk mempercayainya atau mendustainya.
Walau bagaimanapun, menurut Ibnu Taimiyah, semua jenis Isra’iliyyat tadi tidak
dituntut ke atas muslimin sebagai I’tiqad tetapi sebagai petunjuk (untuk diambil pengajaran
dan pedoman) sahaja.
Ibnu Kathir103 juga telah membahagikan Isra’iliyyat kepada tiga bahagian iaitu:
1. Isra’iliyyat yang harus kita meriwayatkannya kerana ada dalil syara’ yang
membenarkannya.
2. Isra’iliyyat yang tidak harus bagi meriwayatkannya iaitu kisah-kisah yang
bertentangan dengan syara’.
3. Isra’iliyyat yang menuntut kita supaya berdiam diri terhadapnya.
Manakala Imam al-Baqa’i104 mempunyai pendapat yang lain yang lebih terperinci
berbanding Ibnu Taimiyah dan Ibnu Kathir.
102
Dr. Ramzi Na`na`ah (1970), op.cit, hal. 98
103
Imam `Imaduddin Abi Fida` Isma`il bin Kathir al-Kursyi al-Dimasyqi (1998), op.cit, jld.1, hal. 20
104
Imam Burhanuddin al-Baqa`i (t.t), al-Aqwal al-Qawimah fi Hukmi al-Naqli min Kutub al-Qadimah, Dar al-
Kutub, hal. 34
40
1. Hukum meriwayatkan Isra’iliyyat dari Ahl al-Kitab adalah dalam perkara yang
tidak dibenarkan dan tidak didustakan oleh al-Qur’an harus dan boleh dibahagikan
kepada nas yang mawdu’, dha’if, dan lain-lain lagi.
2. Nas yang bukan mawdu’ dan bukan sahih boleh dijadikan sebagai perangsang.
3. Apabila berlaku persamaan riwayat antara ulama’ kita dan Ahl-al-Kitab, maka
gugurlah riwayat mereka.
4. Tidak boleh mengambil riwayat mereka sebagai sumber hukum-hakam kita.
5. Tidak boleh meriwayatkan perkara yang diakui dusta kecuali disertakan penjelasan
akan kebatilannya.
6. Perkara yang diakui kebenarannya diharuskan untuk meriwayatkannya walaupun
tidak termasuk dalam hukum peringatan.
Sebagai kesimpulan daripada pendapat para ulama’ tadi, bolehlah kita membahagikan
hukum meriwayatkan Isra’iliyyat kepada dua bahagian:
1. Haram meriwayatkan perkara yang bersalahan dengan syara’ kecuali kita
terangkan kebatilannya. Maka kita perlu dustakan perkara tersebut.
2. Harus kita meriwayatkan perkara yang bertepatan dengan syara’ dan
membenarkanya. Sama juga harus kita meriwayatkan perkara yang didiamkan
syara’ serta tidak menghukumnya sebagai dusta atau benar kerana ia tiada kaitan
dengan akidah dan hukum hakam.
3. Menggesa ulama’ tafsir supaya meminta badan ulama’ yang berautoriti seperti
Universiti al-Azhar membina jawatankuasa khas meminta ulama’ tafsir dan hadith
menyusun kitab-kitab tafsir baru yang bebas dari Isra’iliyyat dan hadith mawdu’.
4. Setiap Negara Islam perlu menjalankan usaha yang gigih untuk menerbitkan buk-buku
khusus berkaitan Isra’iliyyat dan hdith mawdu’. Buku-buku tersebut perlulah
disertakan sekali rujukan-rujukan yang lengkap dan berautoriti. Penerangan tentang
penyelewengan dan pelakunya hendaklah dihuraikan sekali agar umat Islam dapat
mengetahui keadaan yang sebenar.
BIODATA PENULIS
PENDAHULUAN
43
Al-Imam Ibnu Jarir al-Tabari adalah seorang ulama` yang terkenal pada zaman
Tabi`in. Beliau merupakan seorang ulama` tafsir yang merupakan penghulu seluruh Imam
Tafsir dan memberi sumbangan yang begitu besar bukan sahaja dalam bidang tafsir tetapi
juga bidang-bidang ilmu lain yang cukup luas.
Bukan itu sahaja, beliau digelar al-Imam, al-Hafiz, al-Mufassir dan al-Muarrikh. Ibnu
Jarir merupakan seorang yang terkenal, bijaksana dan berkuasa di antara ahli hadith, ahli
fekah, ahli Qiraah dan orang yang berpotensi serta berusaha tinggi mengkayakan sejarah dan
usul di samping bidang-bidang ilmu lain.105
Beliau lebih dikenali dengan Abu Ja`afar Muhammad Ibnu Jarir At-Tabari. Nama
penuh beliau ialah Muhammad Ibnu Jarir Ibnu Yazid Ibnu Kathir Ibnu Ghalib Abu Jaafar At-
Tabari.106 Sesetengah pendapat mengatakan bahawa nama beliau ialah Abu Ja`afar
Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Khalid At-Tabari. 107 Beliau pada mulanya merupakan
seseorang yang bermazhab syafi`i,108 tetapi kemudian telah mengasaskan mazhab sebdiri yang
dikenali sebagai “Mazhab Jariri” yang berhubung dengan persoalan fekah.
Ahli Sejarah telah bersepakat dengan nama beliau dan bapa beliau, akan tetapi mereka
berselisih pendapat dengan nama datuk beliau. Ibnu Jauzi dan Badr al-Din Al-`Aini
menyebut, nama datuk beliau ialah Kathir, bukan Yazid. Para Jumhur Muarrikh dan
Muhaqiqin berpendapat bahawa nama datuknya ialah Kathir bin Ghalib. Pendapat ini
dipersetujui oleh Al-Khatib al-Baghdadi, Ya`qut al-Hamawi, Tajul Din al-Subki, Nawawi,
Zahabi, Ibnu Kathir dan al-Qibti dan lain-lain lagi. Maka pendapat yang lebih tepat ialah
pendapat yang pertama yang disepakati oleh ramai Ulama`.109
Al-Tabari dipanggil dengan nama kunyah “Abu Ja`afar” dan dengan nama itu beliau
lebih dikenali kerana ia disepakati oleh ahli sejarah. Sebenarnya beliau tidak mempunyai anak
yang bernama Ja`afar keranan beliau tidak pernah berkahwin. Kunyah itu diberikan
menandakan mereka beriltizam dengan peradaban dan syara` dan menganggap itu sebagai
sunnah Nabi S.A.W yang memberikan nama kunyah kepada para sahabatnya atau kepada
anak-anak mereka. Demikian pula sudah menjadi satu kebiasaan kepada masyarakat Arab
105
Ibnu At-Tabari, Jami` Al Bayan Fi Tafsir Al-Qur`an, Dar al-Ma`rif lit-Tibaah, hal. 1
106
Dr. Muhammad Abu Syahbah, A`lam Al-Muhadithin, Dar Al-Kutub Al-Arabi, Mesir, hal. 293
107
Ibnu Jarir Al-Tabari, Jami` Al-Bayan `An Takwil Ay Al-Qur`an, Dar Al-Fikri, hal. 4
108
Dr. Muhammad Hussayn Zahabi, Tafsir Wal Mufassirun, hal. 206
109
Dr. Muhammad Al-Zuhailiy, Al-Imam Tabari, Dar al-Qalam, Damsyiq (1990), hal. 27-28
44
yang lebih cenderung untuk memanggil seseorang dengan nama kunyah kepada anak-anak
lelaki mereka sebelum memperolehi anak. Keturunan (nasab) al-Tabari tanpa anda
perselisihan pendapat adalah keturunan Tabaristan. Nasab kedua bagi al-Tabari ialah al-Amuli
iaitu dinisbahkan kepada Kota Baghdad iaitu kediamannya. Dengan itu, berkata Ibnu Jazri
bahawa neliau digelar Al-Imam Abu Ja`afar, Al-Amuli, Al-Baghdadi dengan menggabungkan
ketiga-tiga nasab yang telah dinyatakan sebelum ini.110
KELAHIRAN
Ibnu Jarir Al-Tabari telah dilahirkan pada tahun 224 Hijrah atau 839 Masihi iaitu
merupakan pendapat yang lebih tepat. Ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan pada
tahun 225 Hijrah atau 840 Masihi. Akan tetapi ada kemungkinan beliau lahir pada akhir tahun
224 Hijrah atau pada awal tahun 225 Hijrah. Beliau dilahirkan di Bandar Amul iaitu salah
sebuah daripada bandar-bandar yang terdapat di Tabaristan dan Bandar itu adalah Bandar
terbesar di sana. Pendapat ini disepakati oleh ahli sejarah.111
Al-Tabari hidup dalam lingkungan tahun 224 hngga 310 Hijrah iaitu pada zaman
kekuasaan Khilafah Abbasiyah yang memimpin kaum Musliminyang membawa panji-panji
Islam dan beriltizam dengan hokum-hukum syara` serta yang membangunkan perkembangan
Dakwah Islamiah dan lain-lain lagi. Beliau lahir pada awal pemerintahan Khalifah Al-
Muqtadir Bilah.
Beliau bukan merupakan dari golongan seorang yang kaya atau berharta. Ketika
bapanya masih hidup, bapanya yang menyara hidupnya dari masa ke semasa kepada beliau
sama ada ketika beliau bermusafir atau semasa tinggal bersama bapanya. Akan tetapi, selepas
bapanya meninggal dunia, beliau terpaksa menyara hidupnya sendiri di samping memperolehi
saki-baki harta peninggalan bapanya.112
Al-Tabari adalah seorang yang bujang dan tidak pernah berumahtangga kerana beliau
terlalu sibuk dengan urusan pencarian ilmu semenjak kecil sehingga lanjut usianya iaitu
mencapai 86 tahun. Bahkan tidak syak lagi bahawa hidup membujang dan meninggalkan
110
Ibid, hal. 28-29
111
Ibid, hal. 30
112
Ibid, hal. 31
45
hidup berumahtangga bukanlah daripada syara`. Dalam keadaan ini, Ibnu Jarir banyak
menghabiskan masanya menuntut ilmu, sibuk menghasilkan karya-karya ilmu dan
mengembara di merata-rata tempat bahkan beliau tidak menetap lama di suatu tempat.
Masanya banyak dihabiskan dengan bermusafir, maka dari sebab yang dikemukakan maka
beliau tidak mampu berumahtangga.
Beliau memilk wajah yang kacak dan segak, seorang yang tiggi dan mempunyai
balaghah dan percakapan yang sangat fasih. Beliau juga memiliki iman yang mendalam dan
disifatkan seperti beriut: “Matanya hitam, mukanya kacak, tubuhnya tinggi, lidahnya fasih
dan seorang yang zuhud.”
Ketika berada di Amul, beliau telah mula menghafaz al-Qur`an dan menulis Hadith.
Asy-Syajari Anhu menerusi riwayatnya berkata, “Ibnu Jarir mula menghafaz al-Qur`an ketika
berusia 7 tahun. Ia merupakan adab orang muslimin dalam manhaj tarbiah Islam. Bapanya
sendiri pendorong utama kejayaan beliau dalam lapangan ilmu. Ini kerana bapanya pernah
bermimpi pada suatu malam bapanya melihat Ibnu Jarir dipegang oleh Rasulullah S.A.W.
Bersama-samanya sebuah karung ang penuh berisi batu-batu. Bagnda melemparkan karung
itu ke tanan Ibnu Jarir. Apabila bapanya bertanya kepada penafsir mimpi, dia berkata: Itu
merupakan nasihat yang besar dalam agamanya dan tanggungjawab memelihara syariatnya.
Maka semenjak dari peristiwa itulah bapanya bertungkus-lumus menolongnya member
galakan dalam menuntut ilmu.
Di antara proses pendidikan para ulama` Islam ialah pengembaraan mencari ilmu atau
lebih dienali dengan “Rehlah Al-Ilmiyah”. Ibnu Jarir al-Tabari sepertimana ulama`-ulama`
113
Dr. Muhammad Abu Syahbah, A`lam Al-Muhaddithin, hal. 3-4
46
tafsir yang lain telah mengembara ke merata tempat bertujuan untuk berguru dengan para
ulama` yang ditemui khususnya ilmu yang berkaitan dengan tafsir, fekah, tarikh dan lain-lain
lagi.
Ibnu Jarir memulakan pengebaraan ilmunya yang pertama pada tahun 236 Hijrah
ketika berusia 12 tahun, Ada juga pendapat mengatakan ketika berusia 20 tahun. Beliau
mengembara dari sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain dan antara negeri-negeri yang
pernah dijelajahinya:
1)Al-Farisi (Parsi)
Di Parsi, beliau mempelajari ilmu hadith, bahasa, sejarah tafsir pada waktu malam dan
siang. Di situ terdapat ramai guru sehinggakan banyak terhasil ilmu-ilmu di situ.
2)Iraq
Beliau mengembara ke Iraq untuk mempelajari ilmu daripada ulama` Mesir. Beliau
mempelajari hadith daripada imam-imam yang terkemuka. Di situ, beliau sempat bertemu
dengan Imam Ibnu Hambal, akan tetapi beliau tidak sempat berguru dengan beliau kerana
Imam Ahamd wafat pada tahun 241 Hijrah. Di sana, beliau mempelajari hadith dan fekah
dalam berbagai-bagai mazhab oleh ramai guru.
Ketika sampai di Basrah, beliau telah mendengar hadith daripada beberapa rang guru
seperti Muhammad Ibnu Musa Al-Qazzaz, Muhammad bin Abdul A`la Al-San`ani, Basyar
bin Muaz, Abi Al-Ash`af, Muhammad bin Basyar Ibnu Bundar dan Muhammad bin Al-
Mu`anni atau Al-Mu`li.
Ketika di Kufah pula, beliau mempelajari ilmu-ilmu daripada ulama`-ulama` besar dan
menulis hadith daripada Abi Kuraib Muhammad Bin Al-`Ala` Al-Hamzami (248 H) dan
Hinnad Bin Al-Sarri (243H), Ismail Bin musa (245H) dan lain-lain lagi.
3)Syam
4)Mesir
47
Mesir terkenal kaya dengan ramai ulama`nya. Beliau tiba di Mesir pada tahun 253
Hijrah pada awal zaman pemerintahan Ahmad Bin Tulun dan beliau menuju ke Fustat. Di
sana terdapat ramai guru dan ahli ilmu. Guru-guru yang mengajarnya di san ialah Yunus Bin
Abdul `Ala Muhammad, Abdul Rahman, Saad dan lain-lain lagi.114
Selepas siri-siri pengembaraan ilmu yang dilaluinya, beliau telah kembali ke tempat asalnya,
Tabaristan. Di sana beliau berkhidmat mengajar berbagai-bagai ilmu da seterusnya tinggal di
Baghdad dan wafat di sana.
Ibnu Jarir meneruskan usahanya mengajar murid-muridnya dengan sepenuh iman dan
melaksanakan tanggungjawab keimanan itu. Di samping anak-anak muridnya menimba ilmu
pengetahuan, mereka dapat mengikut jejak langkah dan jauh daripada perkara-perkara yang
hina atau kelakuan yang buruk.115
KEWAFATANNYA
Setiap yang hidup akan menemui ajalnya. Demikianlah janji Tuhan ke atas Imam
Agung dan Muia ini iaitu Imam Ibnu Jarir al-Tabari. Pada tanggal 26 Syawal 310 Hijrah atau
923 Masihi menurut pendapat yang sahih,116 beliau telah dipanggil Allah S.W.T setelah hidup
selama 86 tahun berbakti dalam berbagai-bagai lapangan ilmu. Beliau juga dikatakan
meninggal pada waktu Isyak, hari Ahad, dua hari terakhir Syawal tahun 310 Hijrah. 117 Beliau
wafat pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah yang bernama Al-Muqtadir Billah.
Jenazah beliau telah selamat disemadikan berdekatan rumahnya iaitu di “Barhabah Ya`qub “
di Baghdad.118
1. Jami` Al-bayan `An Takwil Al-Quran yang lebih dikenali dengan “Tafsir Al-Tabari”
2. Tarikh Al-Umam Wal Muluk yang lebih dikenali dengan “Tarikh Al-Tabari”
3. KKitab Zail Al- Muzayyal, dicetak dalam 1 juzuk yang mendetailkan Tarikh Al-
Tabari
114
Op.cit, hal. 38-40
115
A`lam Abu Abdullah Syamsuddin Az-Zahabi, Tazkirat Al-Huffaz, hal. 712
116
Ibid, hal. 33
117
Al-Imam Az-Zahabi, Tazkirat Al-Huffaz, hal. 715
118
Op.cit, hal. 33
48
PENDAHULUAN
Apabila menyebut nama Imam al-Tabari ini sudah pasti nama beliau dikaitkan dengan
bidang tafsir al-Qur’an. Bidang tafsir adalah satu bidang utama yang telah sebati dengan
jiwanya di samping bidang-bidang lain. Sebagai seorang ahli berwibawa, beliau memberikan
sumbangan yang cukup besar kepada masyarakat bukan sahaja pada zamannya tetapi juga
sehingga kini.
1. Beliau mengingkari ulama’ yang mendahulukan Tafsir al-Ra’yi daripada Tafsir bi al-
Ma’thur.
2. Beliau amat mengambil berat dalam menyebut periwayatan dengan sanad.
3. Beliau juga berijma’ dan mengadakan sesuatu hukum dan memperkenalkan
mazhabnya sendiri di dalam kitab tafsirnya.
49
4. Ibn Jarir mempunyai pendirian tersendiri berhubung aspek Qiraat dengan membawa
berbagai-bagai makna dan cara menyebut ayat tersebut.
5. Ibn Jarir tidak menyukai perbincangan tentang aspek-aspek yang tidak penting dan
yang tidak membawa apa-apa faedah yang kadang-kadang perkara tersebut
menimbulkan perselisihan di kalangan perawi.
Tidak dinafikan dalam tafsiran Ibnu Jarir tidak terlepas daripada membawa contoh-
contoh ayat yang terdapat unsur Isra’iliyyat. Beliau telah meriwayatkan cerita-cerita dari
nama-nama seperti Ka’ab al-Akhbar, Wahab bin Munabbih Ibn Juraih, al-Sidi dan lain-lain
lagi. Antara sanad-sanad yang terdapat kritikan pada isnadnya adalah :
“ Telah bercerita Ibn Hamid, ia berkata, kami diceritakan Salmah daripada Ibn Ishak daripada
Abi ‘Itab, seorang lelaki yang ingkar pada tuhannya kemudian memeluk Islam, beliau
membacaal-Quran dan feqah dalam agama. Telah disebutkan beliau beragama Nasrani selama
40 tahun, kemudian memeluk Islam selama 40 tahun.
Ibn Jarir lebih suka mengambil sikap berdiam diri dalam perkara-perkara Isra’iliyyat.
Bagi orang-orang yang mempelajari tafsirnya ini, mereka perlu mencari sendiri kesahihan
riwayat dibawa olehnya.119
Ketakjuban yang dimiliki Ibn Jarir ialah beliau telah menghabiskan masanya selama
empat puluh tahun menulis empat puluh helai kertas sehari. Ini menunjukkan kesabaran yang
kuat dan keazaman yang tinggi diberikan oleh Ibn Jarir sepanjang penglibatannya dalam
bidang tafsir.120
119
Ibid, hal. 214-215
120
Al-Imam Abu `Abdullah Syamsuddin al-Zahabi, Tazkirat al-Huffaz, Juzu` ke-2, t.t, Dar al-Ihya` al-Turath al-
`Arabi, Beirut, hal. 712
50
Pengajaran yang dapat diambil daripada tafsir Ibnu Jarir ialah beliau menyebut riwayat
tanpa menjelaskan yang mana sahih dan yang mana dhaif. Yang jelasnya beliau merupakan
antara Muhaddisin yang berpendapat perlu menyebut sanad sekalipun tidak menyatakan
tingkatan riwayat itu. Ia dapat mengelakkan pengarang menerima akibat dan
dipertanggungjawabkan.
Walaupun pengarang Tafsir Ibnu Jarir ini seorang yang agung, namun ia tidak selamat
daripada riwayat liar dan mungkar serta riwayat dhaif dan israiliyyat. Contohnya seperti
hadith fitnah, kisah para nabi yang disebutkan serta kisah perkahwinan Nabi S.A.W dengan
Saiyidah Zainab bin Jahsy berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh para pencerita dan
orang-orang yang membuat kebatilan. Alangkah baiknya sekiranya beliau hanya menyebut
riwayat yang sahih.
Pengenalan Kepada Jami’ ‘An Ta’wil Ay Al-Qur’an Karangan Ibn Jarir al-Tabari
Kitab tafsir Kitab Tafsir yang dikarang Ibn Jarir ini merupakan satu-satunya kitab
tafsir yang amat berharga yang ditulis oleh beliau. Kitab Jami’ al-Bayan ini merupakan
sebuah kitab tafsir yang melengkapi kitab al-Qur’an.121
Tafsir ini adalah tafsir yang paling muktabar antara tafsir-tafsir lain yang sangat
masyhur.122 Ia adalah tafsiran kepada 30 juzu’ al-Qur’an dalam saiz yang besar. Ia terdiri
daripada 30 jilid, masing-masing berukuran tebal. Pada mulanya tafsir ini pernah ilang,
namun kemudiannya Allah S.W.T mentakdirkannya muncul kembali setelah diperolehi satu
naskhah manuskrip yang tersimpan dalam penguasaan seorang Amir yang telah
mengundurkan diri, iaitu Amir Hamud bin Abd Rasyid yang merupakan salah seorang
penguasa Najd. Tidak lama kemudiannya,kitab ini diterbitkan dan beredar luas sampai ke
tangan kita, menjadi sebuah ensiklopedia yang kaya dengan Tafsir bi al-Ma’thur.123
121
Dr. Muhammad Rawwas, Qai`ah Ji`, Mausu`ah al-Feqah Tabari Wa Himad bin Abi Sulaiman, (1994), Dar al-
Nafa`is, hal. 31
122
Dr. Muhammad Hussain Zahabi, At-Tafsir Wal Mufassirun, hal. 207
123
Manna` Al-Qattan, Studi Ilmu-Ilmu al-Qur`an, (terj), (1991), Pustaka Islamiyah, hal. 502
51
Ulama’ semuanya bersependapat bahawa tafsir ini adalah satu ensikopedia ilmu yang
sangat besar, mempunyai berbagai-bagai ilmu pengetahuan tentang agama dan bahasa. Ia
dimulakan dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas ayat demi ayat.124
Tafsir ini telah dicetak oleh Penerbitan Amiriyyah di Kaherah yang dimulakan pada
tahun 1322 H sehingga tahun 1330 H, kemudiannya ia diulang cetak beberapa kali. Cetakan
terakhir yang sangat berfaedah tela dilakukan oleh Penerbitan Dar al-Maa’rif, Kaherah pada
tahun 1958 dan ia hanya sempat dicetak sebanyak 16 juzu’ dan juzu’-juzu’ lain tidak sempat
dicetak.125
Dalam menafsirkan ayat-ayat al-qur’an menerusi kitabnya yang juga terkenal dengan
nama “Tafsir al-Tabari” ini, didapati beliau menggunakan manhaj-manhaj seperti berikut:
1. Beliau menggunakan Athar daripada sahabat dan tabi’in dan menerangkan ayat
tersebut diikuti dengan riwayat-riwayat yang membincangkan dan memperjelaskan
ayat-ayat tersebut. Beliau banyak mengumpulkan pendapat daripada Ibn Mas’ud, Ali
bin Abi Talib dan lain-lain lagi.126
2. Beliau juga memberikan komentar atau pandangan terhadap pendapat-pendapat lain
dan mengambil hukumyang tepat berdasarkan penggunaan bahasa dan ‘Irab sekiranya
perlu dan beliau mentarjihkan mazhab Ahli Kufah.
3. Beliau berpegang kepada athar sahabat atau pendapa mereka, tabi’in dan fatwa-fatwa
yang diputuskan oleh mereka serta berpegang juga pada unsur-unsur lain sepert
bahasa, ilmu dan pemikiran. Penggunaan kalimah “Ta’wil” digunakan olehnya dan
ulama’-ulama’ lain yang sezaman dengannya adalah sama erti dengan pengertian
“Tafsir” itu sendiri.127
4. Di dalam tafsirnya turut dimuatkan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan
hukum-hukum feqah yang terpilih dari aspek Syariah dengan memperkenalkan
mazhabnya sendiri “Mazhab Jariri”.128
124
Dr. Muhammad Az-Zuhailiy, Al-Imam Al-Tabari, (1990), Dar al-Qalam, hal. 99
125
Abd. Qadir Zumamah, Mu`jam Tafsir al-Qur`an al-Karim, (1997), Dar al-Baidha`, hal. 453
126
Op.cit, Al-Imam al-Tabari, hal. 121
127
Abd. Qadir Zumamah, Mu`jam Tafsir Al-Qur`an Al-Karim, Dar al-Baidha`, hal. 454
128
Ibid, hal. 454
52
Penulis akan membawakan dua contoh pentafsiran ayayt-ayat al-quran yang dipetik
daripada tafsir al-tabari ini,iaitu:
(( Ahli ta’wil berselisih pendapat dalam menta’wilkan ayat ini. Maka telah diriwayatkan
daripada Salman al-Farisi bahawa ia telah berkata : tidak pernah didatangkan oleh mereka
sebelum ini.
Kami telah diceritakan oleh Abu Kuraib berkata : Kami diceritakan oleh Hisyam bin
‘Ali berkata: kami telah diceritakan oleh A’mash,dia berkata : Aku mendengar Manhal Bin
‘Amru, diceritakan daripada Iyad bin ‘Abdullah daripada Salman, berkata: Apa yang
didatangkan oleh mereka sebelum ini iaitu:
Telah diceritakan oleh Ahmad bin Uthman bin Hakim berkata: Telah diceritakan
Abd.Rahman bin Syarik berkata: Kami telah diceritakan oleh Abi berkata: Kami diceritakan
oleh al-A’mash daripada Wahab dan orang lain daripada Sulaiman bahawa ia telah berkata
melalui ayat ini:
129
Ibid, Abd. Qadir Zumamah, hal. 454
53
Dia berkata ,itulah yang didatangkan oleh mereka sebelum ini.Berkata pula yang
lainnya: Telah diceritakan kepada kami oleh Musa in Harun berkata: Telah diceritakan kepada
kami oleh Musa ‘Amru Bin Himad ,berkata: Telah iceritakan kepada kami oleh Asbat
daripada Al-Saddi,pada perkhabaran yang diucapkan oleh Abi Malik,dan daripada Abi Soleh
daripada Ibn ‘Abbas dan daripada Murrah al-Hamdani130 daripada Ibn Mas’ud dan daripada
Nas daripada sahabat-sahabat nabi s.a.w:
Telah diceritakan daripada ‘Ammar bin Al-Hasan berkata : Telah diceritakan kepada kami Ibn
Abi Ja’far daripada bapanya,daripada Rabi’ :
Dia berkata : Jangan berbuat maksiat di atas bumi ini.Dan seterusnya berkata :
Dia berkata :sesungguhnya kerosakan yang mereka lakukan itu adalah melakukan
maksiat kepada Allah,maka barangsiapa sahaja yang menderhakai Allah di atas muka bumi
ini atau menyuruh kepada kemaksiatan dan merosakkan bumi ini, dia perlu segera
memperbetulkan kesalahannya dan berbuat ketaatan di langit dan di bumi.
130
Abd. Qadir Zumamah, Mu`jam Tafsir Al-Qur`an Al-Karim, (1997), Dar al-Baidha`, hal. 455
131
Ibid, hal. 456
54
Dan ta’wil yang paling utama daripada ayat ini bagi setiap yang berkata sesungguhnya kata-
kata Allah itu begini :
Diturunkan ayat ini ke atas orang-orang munafiq ,iaitu orang-orang yang hidup pada zaman
nabi s.a.w ,dan juga membawa makna kepada sesiapa sahaja yang menyerupai sifat-sifat
orang munafiq selepas zaman nabi sampailah hari kiamat.132
Dibawa oleh al-Rafi’ daripada dua bentuk atau nasab daripada dua bentuk.133
Pertama :
Menurut al-Rafi’ ia merupakan satu bentuk ‘’celaan”, orang Arab membahagikan ayat
tersebut kepada bentuk “pujian” dan “celaan”. Dan ia merupakan khabar ma’rifah (disifatkan
kepada sesuatu yang ditentukan).
132
Ibid, hal. 456
133
Ibid, hal. 456
55
Diriwayatkan bahawa ازلينƒƒƒ الن,ازلونƒƒƒ الن,dan ونƒƒƒ الطيبdan بينƒƒƒ الطي.Ia disifatkan kepada
puji-“pujian”.
Kedua :
Bentuk berikutnya pula ialah : Niat Al-Takrir daripada perkataan (()) أولئك134
((ƒ))أولئك الذين اشتروا الضاللة بالهدى فما ربحت تجارتهم وما كانوا مهتدين
Ia menunjukan wajah nasab dan kepastian daripada lafaz الذينkerana lafaz itu menunjukkan
kepada makrifah dan lafaz الصمadalah nakirah ,maka ia harus dinasabkan padanya dan ia
juga merupakan bentuk celaan.
“Dan ini adalah perkhabaran Allah ke atas orang-orang munafiq bahawa mereka tidak akan
didatangkan Allah petunjuk NYA dan mereka berada dalam kesesatan dan demikian jugalah
pendapat ulama’ ahli Ta’wil.135
Kitab ini merupakan kitab tafsir yang tertua, yang telah sampai kepada kita dengan
selamatnya walaupun pada mulanya ia dikatakan hamper-hampir hilang tetapi telah ditemui
semula.
134
Ibid, hal. 457
135
Ibid, hal. 458
56
Di dalam kitab Kasyfi Al-Zunun, Al-Imam Al-Sayuti telah mengatakan bahawa kitab
Tabari ini merupakan tafsir yang paling mulia serta terbesar. Kitab ini membawa berbagai-
bagai pendapat dengan menjelaskan pendapat-pendapat yang terpilih dengan mengutarakan
I’rab-I’rab di samping kesimpulan-kesimpulan yang boleh didapati daripada ayat-ayat, kerana
itulah tafsir ini telah mengatasi segala tafsir-tafsir sebelumnya.
Al-Imam An-Nawawi
Beliau telah berkata: “Jika seseorang itu belayar sehingga ke negeri China bagi
mempelajari Tafsir al-Tabari, sesungguhnya usaha itu tidaklah sia-sia.136
Al-Imam al-Qurtubi
Beliau telah memuji al-Tabari dengan berkata: “Sesungguhnya Muhammad Ibn Jarir
telah mengumpulkan kepada orang-orang segala tafsiran yang bertaburan, ia mendekatkan
yang jauh dan menyelesaikan segala masalah. Jadi, jika ambil kira kitab-kitab tafsir yang lain,
kita akan dapati kitab Jami’ al-Bayan ‘An Takwil Ay Al-Qur’an di kemuncak sekali
berbanding kitab-kitab lain.137
Beliau juga pernah memberikan pandangan mengenai Ibn Jarir iaitu: “Berhubung
dengan tafsir-tafsir yang sedang berada di tangan-tangan orang-orang tafsir yang paling tepat
(benar) ialah Tafsir Ibn Jarir Al-Tabari, sesungguhnya ia menyebut kata-kata orang dahulu
dengan sanad-sanad yang tepat, tidak terdapat di dalamnya bid’ah dan ia tidak mengambil
dari sesiapa yang tertuduh seperti Maqatil Ibn Bakir dan Al-Kalbi.138
136
Az-Zahabi, Tazkirat al-Huffaz, hal. 712
137
Dr. Muhammad Hussain Zahabi, At-Tafsir Wal Mufassirun, Juzu` Pertama, hal. 207
138
Ibid, hal. 208
57
Kesimpulan
Kehadiran Ibn Jarir al-Tabari dalam lapangan tafsir ini dengan memperkenalkan tafsirnya
yang cuup agung beserta pendirian beliau dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan tafsir
ini telah membuka ruang yang cukup luas kepada ahli-ahli tafsir selepasnya dan pada masa
kini sebagai panduan dalam menafsirkan ayat-ayat al-Qur’an. Dengan panduan ini, juga dapat
melahirkan ahli-ahli tafsir dan memperkembangkan pengajian tafsir ini dan mendorong
masyarakat untuk berkecimpung dalam bidang ini. Kini, Tafsir al-Tabari menjadi rujukan
terpenting oleh ulama’-ulama’ tafsir dan pelajar-pelajar tafsir yang banyak membantu dalam
usaha mengkaji ayat-ayat al-Qur’an.
Firman Allah S.W.T ( )م ّما كانا فيه فأزلّهما الشطن عنها فأخرجهماdan antara israiliyyat dalam
ayat ini ialah kisah yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir 139 di dalam tafsirnya dengan sanad
daripada Wahab bin Munabbih telah berkata: “Apabila Allah S.W.T menempatkan Adam a.s
dan zuriatnya atau isterinya (berlaku keraguan melalui riwayat daripada Abu Ja`afar dan di
dalam kitabnya dinyatakan isterinya) dan Dia melarangnya daripada mendekati poko Khuldi
yang dahannya bertemu antara satu sama lain. Pokok ini mempunyai buah yang dimakan oleh
malaikat bagi membolehkan mereka kekal hidup.140 Buah Khuldi adalah buah yang dilarang
oleh Allah S.W.T kepada Adam a.s dan isterinya daripada memakannya. Iblis membawa buah
itu kepadanya dan berkata: Lihatlah pokok itu, alangkah wangi baunya dan rasanya serta
cantik rupanya. Lalu Hawa mengambilnya lalu memakannya. Kemudia Hawa pergi kepada
Adam a.s dan berkata kepadanya sepertiman iblis berkata kepadanya sehingga Adam a.s
memakan buah daripada pokok itu. Maka aurat kedua-duanya terbuka dan terdedah. Adam a.s
terus masuk ke dalam lubang pokok itu. Tuhan memanggilnya: Wahai Adam a.s, di mana
engkau? Adam a.s menjawab: Aku di sin wahai Tuhanku. Tuhan berkata: Tidak bolehkah
engkau keluar? Adam a.s menjawab: Aku malu kepada engkau wahai Tuhan. Tuhan berkata:
Bumi tercela yang aku ciptakan engkau daripadanya, umatnya menjadi duri. Kemudian Tuhan
berkata: Wahai Hawa, engkaulah yang telah menggoda hamba-Ku. Maka engkau tidak akan
mengangung melainkan dengan bersusah-payah. Apabila engkau hendak melahirkan anak
yang berada di dalam peerut engkau, engkau akan terasa seolah-olah mati beberapa kali.
Tuhan berkata kepada ular: Engkaulah yang telah dimasuki oleh iblis laknat sehingga dia
Berjaya menggoda hamba-Ku, engkau dilaknat dan kaki engkau bertukar terletak dalam perut
engkau serta engkau tidak ada rezeki melainkan dari tanah. Engkau adalah musuh Bani Adam
a.s dan mereka adalah musuh engkau… “Amru berkata: “Wahab ditanya: Malaikat tidak
makan? Wahab menjawab: Allah S.W.T melakukan apa yang Dia kehendaki.”. 141 Ibnu Jarir
berkata: “Ibnu Abbas meriwayatkan kisah seperti ini.”
Seterusnya Ibnu Jarir menyebut kisah seperti ini dengan sanadnya dari Ibnu Abbas,
daripada Ibnu Mas`ud dan daripada beberapa orang sahabat. 142 Di dalam sanad kisah ini,
Asbat meriwayatkan daripada al-Suddi. Riwayat-riwayat ini berkisah daripada mereka berdua.
Kami telah menyebutkan tentang dua orang perawi ini dalam meriwayatkan hadith.
139
Beliau adalah Ibn Jarir. Beliau telah ragu berkenaan lafaz yang didengarnya daripada perawi yang
meriwayatkan hadith kepadanya samada ia zuriat atau isteri Adam a.s. Maka beliau telah menyebut seperti
itusebagai menjaga amanah dalam meriwayatkan. Yang zahirnya, lafaz ( )زوجتهkerana Adam a.s masih belum
mempunyai zuriat ketika di dalam syurga.
140
Bagaimana ia boleh berlaku sedangkan malaikat tidak makan dan tidak minum?
141
Dia melencong dari menjawab soalan dan tidak berupaya membetulkan pendustaan yang nyata ini.
142
Tafsir Ibn Jarir, jld. 1, hal. 186-187
59
Begitu juga Sayuti menyebut di dalam Al-Dar al-Manthur, kisah yang diriwayatkan
dari Ibnu Jarir dan yang lainnya dalam kisah yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas dan
Ibnu Mas`ud. Akan tetapi Sayuti tidak menyebut riwayat daripada Wahab bin Munabbih. 143
Kebanyakkan kitab-kitab tafsir secara pendapat menyebut kisah-kisah ini. Semua ini
merupakan kisah-kisah Bani Israil yang telah mereka tambah dan mencampurkan antara yang
hak dan yang batil, kemudian Ibnu Abbas dan yang lain dari kalangan sahabat dan tabi`in
menukilkan daripada mereka serta menggunakannya untuk menafsir al-Qur`an.
Di dalam riwayat Ibnu Jarir yang pertama tadi, ada bukti yang menunjukkan bahawa
perawi yang meriwayatkannya daripada Wahab dan orang lain ragu-ragu tentang kisah yang
diriwayatkan kepada mereka. Di akhir riwayat itu Amru 144 berkata: “Wahab bertanya:
Bagaimana ia boleh berlaku sedangkan malaikat tidak makan? Wahab menjawab: Allah
S.W.T melakukan apa yang dikehendaki-Nya.”. Mereka telah menimbulkan kemuskilan
kepadanya denga berrtanya: “Bagaimana ia boleh berlaku sedangkan malaikat tidak makan?”.
Tetapi Wahab tidak memberikan jawapan yang sepatutnya yang diberikan.
Was-was yang dilakukan terhadap Adam a.s tidak bergantung kepada masuk ke dalam
perut ular besar dan tidak perlu duduk hampir serta tidak perlu percakapan secara langsung.
Kadang-kadang iblis bpleh menggodanya dari jarak berbatu-batu daripadanya. Ular telah
dijadikan Allah S.W.T sejak dahulu lagi dengan tidak berkaki seperti unta. Tidak ada apa-apa
yang boleh diterima dari sanad ini.145
Kisah yang dinisbahkan kepada salah seorang anak Nabi Adam A.S apabila salah
seorang membunuh seorang yang lain
Antara israiliyyat ialah tafsir yang disebutkan oleh beberapa Mufassirin seperti Ibnu
Jarir dan Tabari di dalam tafisrnya dan Sayuti di dalam tafsirnya tentang kisah dua orang anak
Adam a.s; Qabil dan Habil serta salah seorang dari keduanya membunuh seorang lain. Mereka
menyebut tafsir yang diriwayatkan daripada kaab bahawa darah yang ada di atas Bukit
143
Al-dar al-Manthur, jld. 1, hal. 53
144
Beliau adalah Amru bin Abdul Rahman bin Mahrab, perawi yang meriwayatkan dari Wahab.
145
Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Isra’iliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir,
Pencetakan Nasional Malaysia Berhad,(2006), Kuala Lumpur, hal 238
60
Qasiyun adalah darah anak Adam a.s. Diriwayatkan daripada Wahab bahawa bumi telah
menedut darah anak Adam a.s yang dibunuh. Maka anak Adam a.s telah melaknat bumi. Oleh
itu, tanah tidak lagi menyedut darah anak Adam selepas dia menyedut darah Habil hingga hari
kiamat. Serta Qabil telah mengangkat Habil selam setahun di atas tengkuknya sehingga
baunya berubah. Lalu Allah S.W.T mengutuskan dua ekor burung gagak yang salah satunya
membunuh yang satu lagi, lalu brung gagak yang membunuh itu menggali lubang dan
menanamkan burung yang telah mati dengan kedua kaki dan paruhnya. Maka Qabil tahu
apakah yang perlu dilakukannya kepada saudaranya. Sedangka al-Qur`an mengungkap kisah
ini dengan huruf fa ( )فyang menunjukkan perbuatan itu terus dilakukan tanpa ditangguhkan
lagi.146
Antara kisah-kisah israiliyyat yang terkandung dalam kitab tafsir ialah kisah yang
disebut oleh beberapa orang Mufassirin ketika menafsirkan firman Allah S.W.T:
)22( إن فيها قوما جبّارين وإنّا لن ندخلها حتى يخرجوا منها فإن يخرجوا منها فإنّا دخلون
ّ قالوا يموسى
Maksudnya: “Mereka menjawab: Wahai Musa, bahawasanya di negeri itu ada kaum yang
gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar
daripada nya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu).”.
Sayuti dalam Al-Dar al-Manthur telah menyebut banyak riwayat tetang kaum itu dan
tubuh badan mereka yang besar dan tidak bertepatan denga sunnah Allah S.W.T dalam
kejadian-Nya serta bercanggah dengan yang terdapat dalam hadith-hadith Sahih. Contoh
riwayat ini ialah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hakim daripada Abu Dhamrah telah
berkata: “tujuh puluh oorang lelaki dari kaum Nabi Musa a.s telah berlindung di dalam kasut
seorang gergasi.” Contohnya lagi seperti yang diriwayatkan oleh Baihaqi di dalam cabang
iman daripada Yazid bin Aslam telah berkata: “Dilihat serigala dan anak-anaknya berada di
lekuk seorang lelaki kaum gergasi itu.”147
146
Ibid, hal. 241
147
Ibid, hal. 244
61
Contohnya lagi seperti yang diriwayatkan lagi Ibnu Jarir dan Ibnu Abu Hatim dari
Ibnu Abbas telah berkata: “Musa a.s diperintahkan supaya memasuki Bandar golonga
Jabbarin. Beliau pun berjalan bersam orang yang ada bersamanya shingga dia sampai
berhampiran dengan bandar itu iaitu Hariha. Maka Musa a.s mengutuskan 12 orang pengitip
dari kaum itu. Dari setiap kumpulan seorang pengintai setiap merekamembawa berita tentang
kaum itu. Mereka pun memasuki Bandar itu dan mereka telah melihat sesuatu yang amat
menakutkan dengan tubuh badan mereka yang amat besar. Mereka telah masuk ke dalam
taman. Tuan punya kebun itu datang untuk mengutip buah-buahan nya.lalu dia terlihat kesan
peninggalan pengintip tadi lalu mengikutnya.
Apabila pekebun itu menjumpai salah seorang daripda mereka, dia telah
menangkapnya dan meletakkannya di dalam poketnya bersama-sama buah dan dia terus pergi
membawanya kepada raja mereka. Raja itu memisah-misahkan mereka di hadapannya. Raja
itu berkata: Kamu telah melihat keadaan dan sifat kami. Pergilah beritahu tuan kamu. Ibnu
Abbas berkata: Mereka pun pergilah kepada Nabi Musa a.s dan memberitahunya keadaan
kaumgergasi yang telah mereka saksikan itu. Nabi Musa a.s berkata: sembunyika berita itu
daripada kami. Setiap orang dari pengitip itu telah memberitahu saudara dan rakannya dan
berkata: sembunyikan berita itu daripada kami. Mak berita itu telah tersebar di kalanga
tentera-tenteranya. Tidak ada yang mengetahui perkara itu kecuali 2 orang iaitu Yusya` bin
Nun dan Kalid bin Yuhana. Kepada dua orang inilah, Allah S.W.T telah menurunkan ayat
tersebut yang berbunyi:148
وا إِ ْنƒƒُالِبُونَ َو َعلَى هَّللا ِ فَتَ َو َّكلƒƒإِنَّ ُك ْم َغƒ َاب فَإ ِ َذا َد َخ ْلتُ ُموهُ ف
َ َقَا َل رَجُال ِن ِم ْن الَّ ِذينَ يَخَ افُونَ أَ ْن َع َم هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َما ا ْد ُخلُوا َعلَ ْي ِه ْم ْالب
)23( َُكنتُ ْم ُم ْؤ ِمنِين
Maksudnya: “Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah
Allah) lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada duanya: Seranglah mereka
melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang
yang menang.”
148
Ibid, hal. 245
62
bijinya terpaksa ditanggung oleh lima atau empat orang.149 Dan pelbagai kisah-kisah
isariliyyat yang batil yang diriwayatkan.
149
Tafsir Ibn Jarir, jld. 6, hal. 112, Al-Dar al-Manthur, jld. 1, hal. 270
63
64
BIODATA PENULIS
Nama penuh beliau adalah Ibn Khatib bin ‘Umar bin Kathir bin Du’ bin Kathri bin
Dar’in.150 Di dalam tafsir al-Qur’an al-‘Azim pula menyebut beliau bernama Isma’il bun
‘Umar bin Kathir al-Qurshi al-Bushrawi. 151 Terdapat gelaran yang diberikan kepada Ibn
Kathir, antaranya adalah al-Imam, al-Jalil, al-Hafiz, Abu al-Fida’, ‘Imad al-Din namun beliau
lebih dikenali dengan gelaran Ibnu Kathir.
Dilahirkan pada tahun 700 Hijrah,152 di sebuah kampung yang terletak di timur
Bushra.153 Terdapat juga riwayat yang mengatakan beliau dilahirkan pada tahun 701 Hijrah. 154
Bapanya merupakan seorang khatib di kampungnya dan ketika beliau berusia empat tahun,
bapanya meninggal dunia.155
Setelah kematian bapanya, beliau dipelihara dan dididik oleh abangnya, Syeikh Abd
Wahab.156 Setelah berumur tujuh tahun, beliau berpindah bersama abangnya ke Damsyik.
157
Beliau merupakan seorang yang menjadi ikutan para ulama’ dan merupakan hafiz al-
Qur’an.158
Anak kelahiran Basrah ini dibesarkan di di Damsyik dan mendapat pendidikan awal di
sana.159 Sebagai seorang ulama’ yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai
bidang terutamanya di dalam bidang tafsir, hadith dan sejarah, Ibnu Kathir menuntut ilmu dari
beberapa orang tokoh agama di zamannya.
150
Syamsu al-Din Muhammad bin Ali Ibn Ahmad al-Dawudi, (1979), Tabaqat al-Mufassirin, Jld. 1, Maktabah
Wahbah, hal. 110
151
Ismail bin Kathir al-Qurshi al-Damsyiqi, (1998), Tafsir al-Qur’an al-‘Aziim, jld. 1, Maktabah Dar al-Fiha’, hal. 15
152
Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Ali bin Ahmad al-Syahir Ibn Hajar al-Asqolani (t.t),
al-Dararu al-Kaminah, Dar al-Ahya’, Beirut, Lubnan, hal. 373
153
Syamsu al-Din Muhammad bin Ali Ibn Ahmad al-Dawudi, Op.cit, hal. 110
154
Ismail bin Kathir, Op.cit, hal. 15
155
Ibid
156
Dr. Muhammad Hussein al-Zahabi, Op.cit, hal. 232
157
Ibid
158
Syamsu al-Din Muhammad bin Ali Ibn Ahmad al-Dawudi, Op.cit, hal. 110
159
Ismail bin Kathir, (1971), Al-Sirah al-Nabawiyyah, jld. 1, Dar al-Ma’rifah, Beirut, hal.4
65
Sebagaimana yang pernah dinyatakan, Ibn Kathir telah mendapat pendidikan dari
abangnya sendiri iaitu Syeikh Abd Wahab. 160 Antara guru beliau ialah al-Fazari dan
Kamaluddin bin Qadi Syihbah.161 Semasa menetap di Damsyik, beliau pernah berguru dengan
dengan ‘Isa bin Mut’im, Ahmad bin Abi Thalib al-Shahir bi – Ibn al-Shahnah, Hajar, Baha’
al-Din al- Qasim bin Muzfar Ibn ‘Asakir, Ibn Shairozi, Ishak bin Yahya al-Amadi, dan
Muhammad bin Zarrad.162 Mendalami ilmu hadith daripada al-Hafiz Aba al-Hajaj al-Mizzi. 163
Pengetahuan beliau dalam sesuatu hadith itu meliputi aspek takhij, perawi, kesahihan dan
kelemahan.164 Di samping itu, beliau turut mendalami ilmu fiqh dan sejarah sehingga
menghasilkan beberapa buku dalam bidang ini. Ibn Kathir merupakan seorang pengikut
mazhab Syafi’e dan mempunyai kefahaman yang mendalam tentang mazhab ini.165
Beliau dikenali sebagai seorang yang mempunyai ingatan yang kuat, kefahaman yang
mendalam tentang sesuatu perkara dan mempunyai kelebihan dari segi kebijaksanaan.166
Selain dari guru yang telah disebutkan tadi, Ibn Kathir juga pernah berguru dengan
Ibnu Taimiyyah.167 Beliau sangat mengasihi gurunya ini sehingga pernah difitnah kerana
perkara tersebut.168 Di dalam bidang feqah dan tafsir, Ibn Kathir merupakn seorang yang
berpegang kuat pada pendapat Ibnu Taimiyyah sehingga beliau pernah mengeluarkan fatwa
berdasarkan pendapat gurunya ini dalam masalah talak tiga dengan sekali lafaz.169
Sepanjang hayatnya, Ibn Kathir banyak mnghasilkan karya dalam bidang tafsir,
sejarah dan hadith. Seasa beliau masih hidup, kitab-kitab karangannya in tersebar ke seluruh
negeri sehinggalah selepas kewafatannya, umat Islam masih mengambil mutiara ilmu yang
ditinggalkan.170 Antara hasil karya beliau adalah171:
3. Al-Bidayah wa al-Nihayah
4. Mukhtasar Kitab al-Mudkhal ila Kitab al- Sunan li al-Baihaqi
5. Risalah fi al-Jihad
6. Al-Takmil fi Ma’rifah al-Thiqat wa al-Du’afa’ wa al-Majahil
7. Al-Hadya wa al-Sanan fi Ahadith al-Masanid wa al-Sunan
8. Musnad al-Syaikhan Aba Bakr wa Umar
9. Sirah al-Nabawiyyah
10. Tabaqat al-Syafieyyah
11. Takhrij Ahadith Adillah al-Tanbih fi Fiqh al-Syafieyyah
12. Kitab al-Muqaddimah
13. Kharraj ahadith Mukhtasirah Ibn al-Hajib
Di akhir riwayatnya, kedua-dua mata beliau telah buta.173 Ibn Kathir meninggal dunia
pada bulan Sya’ban pada tahun 774 Hijrah.174
Metodologi Penulisan
Di dalam kitab tafsir karangannya, Imam Ibn Kathir telah menggabungkan metologi
penulisan tafsir bi al-Ma’thur dengan tafsir al-al-Ra’yi. Penggabungan itu telah melahirkan
satu keistimewaan yang menjadikan tafsir al-Qur ‘an al-‘Aziim berbeza dengan tafsir-tafsir
yang lain. Antara metodologi yang digunakan oleh Ibn Kathir dalam kitab tafsir karangannya
ini adalah menafsirka al-Qurr’an dengan al-Qur’an, mentafsir al-Qur’an dengan al-Hadith,
mentafsir al-Qur’an dengan pendapat sahabat, mentafsir al-Qur’an dengan pendapat tabi’in,
172
Syamsu al-Din Muhammad bin Ali Ibn Ahmad al-Dawudi, Op.cit, hal. 110-111
173
Dr. Muhammad Hussein al-Zahabi, Op.cit, hal. 242
174
Ibn Hajar al-Asqolani, Op.cit, hal. 373
67
)14( ََوإِ َذا لَقُوا الَّ ِذينَ آ َمنُوا قَالُوا آ َمنَّا َوإِ َذا َخلَوْ ا ِإلَى َشيَا ِطينِ ِه ْم قَالُوا ِإنَّا َم َع ُك ْم ِإنَّ َما نَحْ نُ ُم ْستَه ِْزئُون
Ertinya: “Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan:
“Kami telah beriman”. Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka
mengatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok”.176
Ketika menjelaskan pengertian “syaitan” di dalm ayat di atas, Ibn Kathir membawakan
ayat 112 surah al-An’am yang menerangkan syaitan terdiri daripada golongan jin dan
manusia.
ُوهƒƒُا فَ َعلƒƒا َء َربُّكَ َمƒوْ َشƒƒَ رُوراً َولƒْض ُز ْخرُفَ ْالقَوْ ِل ُغ ُ نس َو ْال ِجنِّ يُو ِحي بَ ْع
ٍ ضهُ ْم إِلَى بَع ِ َو َك َذلِكَ َج َع ْلنَا لِ ُك ِّل نَبِ ٍّي َع ُد ّواً َشيَا ِطينَ ا ِإل
)112( َفَ َذرْ هُ ْم َو َما يَ ْفتَرُون
Ertinya: “Dan demikianlah Kami jadikan tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan
manusia dan jin, sesetengahnya membisikkan kepada sesetengahnya yang lain kata-kata dusta
yang indah susunannya untuk memperdayakan pendengarnya. Dan jika Tuhanmu
mengkehendakinya, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarlah mereka dan apa
177
.yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta itu) itu
175
Ismail bin Kathir, Op.cit, hal. 19
176
Surah al-Baqarah : ayat 14
177
Surah al-An’am : 112
68
Apabila tidak menemui ayat al-Qur’an bagi mentafsirkan ayat yang dimaksudkan Ibn
Kathir menggunakan kaedah mentafsirkan ayat al-Qur’an dengn al-Hadith. Ini disebabkan
hadith merupakan penghurai terhadap ayat al-Qur’an dan menjelaskan segala kesamaran yang
terdapat di dalamnya.178 Contoh bagi kaedah ini adalah ayat 133 surah al-A’raf.
)133( َت فَا ْستَ ْكبَرُوا َو َكانُوا قَوْ ما ً ُمجْ ِر ِمين
ٍ ت ُمفَصَّال َّ الطوفَانَ َو ْال َج َرا َد َو ْالقُ َّم َل َوال
ٍ ضفَا ِد َع َوال َّد َم آيَا ُّ فَأَرْ َس ْلنَا َعلَ ْي ِه ْم
Ertinya: “Maka kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak, dan darah
sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetapmenyombongkan diri dan mereka adalah kaum
yang berdosa.179
Bagi menjelaskan makna taufan yang terdapat di dalam ayat di atas, Ibn Kathir membawa
hadith yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah r.a:180
Ertinya: Daripada Ibn Hisyam al-Rafa’i, daripada Yahya bin Yaman, daripada al-Minhal bin
Khalifah, daripada al-Hujjaj, daripada al-Hakim bin Mina’, daripada ‘Aisyah r.a berkata:
Rasulullah S.A.W bersabda taufan bererti kematian.181
Semasa menggunakan kaedah ini, Ibn Kathir bukan sekadar menyebutkan hadith yang
menjelaskan ayat tersebut malah beliau turut menyertakan turutan perawi bagi hadith
berkenaan.
Di samping menggunakan kedua-dua kaedah yang dinyatakan di atas, Ibn Kathir juga
menggunakan kaedah menafsirkan ayat al-Qur’an dengan dengan pendapat para sahabat.
Antara ayat yang ditafsirkan oleh Ibn Kathir dengan menggunakan kaedah ini ialah ayat ke
106 surah al-Taubah.
)106( َوآخَ رُونَ ُمرْ َجوْ نَ ألَ ْم ِر هَّللا ِ إِ َّما يُ َع ِّذبُهُ ْم َوإِ َّما يَتُوبُ َعلَ ْي ِه ْم َوهَّللا ُ َعلِي ٌم َح ِكي ٌم
178
Ibid
179
Al-A’raf : 133
180
Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 2, hal. 320
181
Hadith ini ditemui dalam Tafsir Ibn Kathir, jld. 2, hal. 320
69
Ertinya: “Dan ada pula orang-orang yang lain yang ditangguhkan sampai ada keputusan Allah
Taala, adakalanya Allah Taala akan mengazab mereka dan adakalanya Allah Taala akan
menerima taubat mereka. Dan allah Taala Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.182
Ketika menafsirkan ayat ke 15 dari surah al-Taubah ini, Ibn Kathir membawa
pendapat Ibn Abbas r.a yang mengatakan ayat ini menceritakan kisah tiga orang sahabat
Rasulullah S.A.W yang tidak menyertai peperangan Tabuk. Mereka terdiri daripada Murarah
bin Rabi’, Ka’ab bin Malik dan Hilal bin Umayyah. Ketiga-tiganya tidak bertaubat
sebagaimana segolongan sahabat yang tidak turut serta dalam peperangan ini tetapi menyesali
apa yang telah merek lakukan an bertaubat dengan mengikat diri mereka pada sebatang
pokok. Allah S.W.T menurunkan ayat ini bagi bertujuan untuk memberi kesedaran dan
bertaubat terhadap dosa yang telah dilakukan.183
182
Surah al-Taubah : 106
183
Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 2, hal. 510
184
Surah al-Nisa’ : 31
70
Ibn Kathir turut menyebut kisah-kisah israiliyyat di dalam kitab tafsir karangannya dan
menyatakan pendirian beliau terhadap kisah-kisah yang dipaparkan. Antara penafsiran ayat al-
Qur’an yang disertakan dengan riwayat isra’iliyyat adalah ayat ke 22 dari surah al-Ma’idah.
)22( ََاخلُون ِ قَالُوا يَا ُمو َسى ِإ َّن فِيهَا قَوْ ما ً َجب
ِ َّارينَ َوإِنَّا لَ ْن نَ ْد ُخلَهَا َحتَّى يَ ْخ ُرجُوا ِم ْنهَا فَإ ِ ْن يَ ْخ ُرجُوا ِم ْنهَا فَإِنَّا د
Ertinya: “Mereka berkata: Hai Musa, sesungguhnya di dalam negeri itu ada orang-orang yang
gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka
keluar daripadanya. Jika mereka keluar daripadanya, pasti kami akan memasukinya.
Sewaktu memberi penafsiran tentang ayat ini, Ibn Kathir memaparkan kisah tentang
sebuah negeri yang mempunyai rakyat yang gagah perkasa. Pengikut Nabi Musa a.s
diarahkan untuk masuk ke negeri itu dan menyerang penduduk sana. Kaum itu digambarkan
mempuyai kekuatan luar biasa sehingga menangkap pengikut Nabi Musa a.s dan
meletakkannya di dalam lengan baju mereka. Ibn Kathir mengatakan bahawa kisah ini adalah
ceriat dari Bani Isra’il.185
Walaupun menyertakan riwayat Isra’iliyyat di dal kitab tafsir larangannya, Ibn Kathir
akan menjelaskan bahawa ianya merupakan kisah yang diriwayatkan dari Bani Isra’il dari Ahl
al-Kitab dan merupakan isra’iliyyat. Ia merupakan salah satu keistmewaan yang wujud di
dalam kitab Ibn Kathir yang mewujudkan perbezaan dengan kitab tafsir yang lain.
Menyebut Masalah Fiqh
Ibn Kathir juga ada menyebutkan masalah fiqh ketika menafsirkan ayat-ayat tertentu yang
berkaitan dengan hukum-hakam. Antara contoh ayat adalah ayat 185 dari surah al-Baqarah.
ُ َت ِم ْن ْالهُدَى َو ْالفُرْ قَا ِن فَ َم ْن َش ِه َد ِم ْن ُك ْم ال َّشه َْر فَ ْلي ُ
ً اƒ ص ْمهُ َو َم ْن َكانَ َم ِريض ِ َّنز َل فِي ِه ْالقُرْ آنُ هُدًى لِلن
ٍ اس َوبَيِّنَا ِ ضانَ الَّ ِذي أ َ َش ْه ُر َر َم
ْ ُد بِ ُك ْم ْالعƒ َر َوال ي ُِريƒ ُد هَّللا ُ بِ ُك ْم ْالي ُْسƒأَوْ َعلَى َسفَ ٍر فَ ِع َّدةٌ ِم ْن أَي ٍَّام أُ َخ َر ي ُِري
دَا ُك ْم َولَ َعلَّ ُك ْمƒَا هƒƒ َّدةَ َولِتُ َكبِّرُوا هَّللا َ َعلَى َمƒوا ْال ِعƒƒُ َر َولِتُ ْك ِملƒُس
)185( َتَ ْش ُكرُون
Ertinya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya
diturunkan al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-
keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan
yang salah. Oleh itu, siapa dari kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa dalam bulan itu, dan sesiapa yang sakit atau
dalam musafir, maka (bolehlah ia berbuka, dan kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari
yang ditinggalkan itupada hari-hari yanng lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah
S.W.T mengkehendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan
185
Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 2, hal. 53-54
71
bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah S.W.T dan kerana
mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”186
Ketika menafsirkan ayat ini, Ibn Kathir menjelaskan tentang ketetapan, begitu juga
mereka yang sakit dan musafir di dalam bulan Ramadhan.187
Menyebutkan Cara Bacaan
Ibn Kathir turut menyebutkan beberapa kaedah bacaan bagi ayat-ayat tertentu yang
terdapatdi dalam al-Qur’an. Contoh yang dapat dilihat adalah bagi ayat ke 4 surrah al-Fatihah:
)4( ِّين
ِ ك يَوْ ِم الد
ِ َِمال
Ertinya: “Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan”.188
Di sini, Ibn Kathir menyebutkan dua jenis bacaan yang biasa digunakan ketika
membaca ayat ini dan mengatakan kedua-duanya adalah betul berdasarkan bacaan yang
tujuh.189
186
Suah al-Baqarah : 185
187
Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 2, hal. 294
188
Surah al-Fatihah : 4
189
Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 2, hal. 47
190
Surah al-Fatihah, ayat 2
72
Keindahan Uslub
Ketika membuat penafsiran terhadap sesuatu ayat, Ibn Kathir menggunakan bahasa
mudah, tidak berbelit-belit dan mampu difahami oleh seriap pembaca walaupun mempunyai
tahap pendidikan yang berbeza. Apabila menafsirkan sesuatu ayat dengan ayat yang lain,
beliau akan menyatakan kesamaan di atara kedua-duanya sehingga jelas maksud yang
dikehendaki.191 Contohnya adalah pada ayat 91 dari surah al-Baqarah:
ُّ ƒ َو ْال َحƒُا َو َرا َءهُ َوهƒƒرُونَ بِ َمƒُنز َل َعلَ ْينَا َويَ ْكفُ
َونƒُلْ فَلِ َم تَ ْقتُلƒُا َم َعهُ ْم قƒدِّقا ً لِ َمƒص
َ ق ُم ِ َوإِ َذا قِي َل لَهُ ْم آ ِمنُوا بِ َما أَن َز َل هَّللا ُ قَالُوا نُ ْؤ ِمنُ بِ َما أ
)91( َأَ ْنبِيَا َء هَّللا ِ ِم ْن قَ ْب ُل إِ ْن ُكنتُ ْم ُم ْؤ ِمنِين
Ertinya: “Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Berimanlah kau kepada apa yang telah
diturunkan oleh Allah S.W.T (kepada Nabi Muhammad S.A.W)”, mereka menjawab: “Kami
hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. Dan mereka
ingkarkan (kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal al-Qur’an itu
benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai
Muhammad): “Jika demikian, mengapa mereka membunuh nabi-nabi Allah pada masa lalu
kalaulah kamu benar-benar orang yang beriman?”.192
Apabila Allah S.W.T berfirman يل لَهُ ْم
َ ِ َوإِ َذا قyang bermaksud “dan apabila dikatakan kepada
mereka”. Mereka yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ini adalah bangsa Yahudi yang
terdiri dari Ahl al-Kitab. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi, ُ َز َل هَّللاƒƒا أَنƒƒوا بِ َمƒƒُ آ ِمنyang
bermaksud “berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T. Ibn Kathir
menjelaskan firman Allah ini bermaksud beriman terhadap apa yang diturunkan Allah S.W.T
kepada Nabi Muhammad S.A.W, meyakininya dan mengikuti ajaran yang disampaikan
ُ
ِ قَالُوا نُ ْؤ ِمنُ بِ َما أbermaksud iaitu “memadailah kami hanya
olehnya. Firman Allah S.W.T نز َل َعلَ ْينَا
beriman terhadap apa yang telah diturunkan kepada kami”. Ibn Kathir menjelaskan ayat ini
membawa maksud memadailah kami beriman terhadap apa yang diturunkan kepada kami dari
kitab Taurat dan Injil, ُ َويَ ْكفُرُونَ بِ َما َو َرا َءهyang bermaksud “iaitu dan mereka ingkarkan (kitab)
yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya. Ibn Kathir memberi penjelasan kitab lain
yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah kitab yang diturunkan selepas kitab Taurat.193
Penjelasan Terhadap Riwayat Isra’iliyyat
Walaupun turut menyatakan riwayat isra’iiyyat di dalam kitabnya ini, namun Ibn
Kathir mengingatkan pembaca bahawa kisah tersebut merupaan kisah isra’iliyyat dan ianya
191
Dr. Muhammad Hussein al-Zahabi, Op.cit, hal. 244
192
Surah al-Baqarah : 91
193
Ismail bin Kathir, Op.cit, jld. 1, hal. 177
73
merupakan satu pembohongan yang terdapat di dalam kitab-kitab tafsir.194 Ibn Kathir juga
turut menyatakan pendiriannya terhadap riwayat isra’iliyyat yang disertakan. 195 Contohnya
ayat pertama surah Qaaf.
)1( آن ْال َم ِجي ِد
ِ ْق َو ْالقُر
Ertinya: Qaaf, Demi al-Qur’an yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikan.196
Ketika menjelaskan makna bagi huruf قyang terdapat di awal surah ini, Ibn Kathir
berkata “Menurut riwayat ulama’ salaf , قmerupakan sebuah bukit yang mengelilini bumi.
Bukit ini dikenali dengan nama Qaaf. Hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui
kebenarannya. Kisah ini merupakan khurafat Bani Isra’il dan ianya diambil tanpa meyakini
dan menafikan kebenaran cerita yang disampaikan.197
Mengemukakan Permasalahan Fiqh
Antara keistimewaan yang disebutkan di dalam kitab tafsir Ibn Kathir ini adalah, ia turut
menyertakan permasalahan fiqh. Contohnya adalah melalui surah al-Baqarah ayat ke 230.
َ ƒ دُو َد هَّللا ِ َوتِ ْلƒ ُطلَّقَهَا فَال ُجنَا َح َعلَ ْي ِه َما أَ ْن يَت ََرا َج َعا إِ ْن ظَنَّا أَ ْن يُقِي َما ح
ك َ فَإ ِ ْن طَلَّقَهَا فَال ت َِحلُّ لَهُ ِم ْن بَ ْع ُد َحتَّى تَن ِك َح َزوْ جا ً َغ ْي َرهُ فَإ ِ ْن
)230( َُحدُو ُد هَّللا ِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْ ٍم يَ ْعلَ ُمون
Ertinya: “Sesudah (diceraikan dua kali itu), jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga), maka
perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang
lain. Setelah itu, kalau ia diceraikan (oleh suami yang baru itu dan habis ‘iddahnya), maka
mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidak berdosa untuk kembali (berkahwin
semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah
S.W.T. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah S.W.T, diterangkan kepada kaum yang (mahu)
mengetahui dan memahaminya.198
Sewaktu menafsirkan ayat ini, Ibn Kathir membahaskan pendapat ulama’ tentang
masalah talak tiga dan menggemukan dalil-dalil yang digunakan oleh mereka. Antara ulama’
yang dikemukakan pendapat mereka itu adalah Imam Abu Daud, Ibn Abi Hatim, Ibn Jarir
ddan lain-lain lagi.199
Penggabungan di antara tafsir bi al-Ma’thur dengan tafsir bi al-Ra’yi
194
Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, op.cit, hal. 129
195
Ibid
196
Surah Qaaf : 1
197
Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 4, hal. 272
198
Surah al-Baqarah : 230
199
Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 1, hal. 366
74
Di samping itu, Ibn Kathir juga menggabungkan di antara tafsir bi al-Ma’thur dengan
tafsir bi al-Ra’yi. Semasa menafsirkan ayat ke 110 dari surah Ali ‘Imran, Ibn Kathir telah
menggabungkan di antara kaedah tafsir bi al-Ma’thur dengan tafsir bi al-Ra’yi.
Kesahihan Sumber
Kesahihan sumber yang dimaksudkan di sini adalah sewaktu mengemukakan sesuatu
hadith bagi menafsirkan ayat-ayat tertentu. Ibn Kathir turut menyebutkan turutan perawi bagi
hadith berkenaan dan sebhagian besar hadith tersebut terdapat di dalam kitab-kitab sahih. Di
samping itu, Ibn Kathir juga turut menyatakan kecatatan yang terdapat di dalam hadith
tersebut serta menyatakan kedudukannya samada ianya bertaraf sahih, hasan, atau dha’if.
200
Surah Ali Imran : 110
201
Sunan al-Tirmizi, Cd Rom Mausu’ah al-hadith al-Sharif, Kitab Tafsir al-Qur’an, 2927, Ibn Majah, Kitab al-Zuhd,
4278, Musnad al-Basriyyin, 19162, 19171, 19189, 2642.
202
Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 1, hal. 519
75
Ertinya: “Dan mereka akan kekal selama-lamanya di dalam (nikmat-nikmat syurga) yang
diingini oleh jiwa mereka”.
Ibn Abi Hatim mengatakan yang dimaksudkan daripada ayat tersebut ialah orang yang
berjaga bersama kepekatan malam.
203
Isma’il bin Kathir, Al-Sirah al-Nabawiyyah, Op.cit, hal. 9
76
Antara israiliyyat lagi yang disebut oleh para Mufassirin lagi ialah ketika menafsirkan
firman Allah S.W.T:
)112 ( إذ قال الحواريون يعيسى ابن مريم هل يستطيع ربك أن ينزل علينا مآئدة من السماء قال اتقوا هللا إن كنتم مؤمنين
ريم اللهمPP) قال عيسى ابن م113( قالوا نريد أن نأكل منها وتطمنئن قلوبنا ونعلم أن قد صدقتنا ونكون عليها من الشهدين
) قال هللا إنى114( ربنا أنزل علينا مآئدة من السمآء تكون لنا عيد األولنا وءاخرنا وءاية منك وارزقنا وأنت خير الرزقين
)115( منزلها عليكم فمن يكفر بعد منكم فإنى أعذبه عذابا ال أعذبه أحدا من العلمين
Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Orang-orang Hawariyun berkata: “Wahai `Isa ibni
Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari
langit? Nabi `Isa menjawab: Bertaqwalah kamu orang-orang beriman. Mereka berkata: Kami
hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat), dan supaya tenang
tenteram hati kami, dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya
engkau telah berkata benar kepada kami dan supaya menjadilah kami orang-orang yang
menyaksikan sendiri. `Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya
Allah, Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit untuk menjadi
hari raya bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat)
daripada-Mu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan-Mu), dan kurniakanlah rezeki
kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki. Allah berfirman:
Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian
sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya
Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun
dari sekalian makhluk.”
Para ulama` telah berselisih faham tentang maidah204: adakah ia diturunkan atau tidak?
Jumhur ulama` sama ada Khalaf atau Salaf mengatakan ia diturunkan. Ini adalah zahir
daripada maksud al-Qur`an. Sesungguhnya Allah S.W.T telah berjanji dan sudah pasti janji-
Nya akan terlaksana. Hasan dan Mujahid berpendapat ia tidak diturunkan kerana apabila
Allah S.W.T mengugut dengan azab yang amat dahsyat jika mereka kufur setelah turunnya
maidah itu. Mereka takut sesetengah mereka akan kufur, lalu mereka meminta ampun dan
berkata: “Kami tidak mahukan maidah itu.” Maka ia tidak diturunkan. Penulis tidak tahu
apakah bukti yang mereka ada bagi pendapat mereka ini.
Menjadikan kisah ini marfu` kepada Nabi S.A.W adalah satu kesilapan dan hanya
sangkaan daripada salah seorang perawi berdasarkan apa yang penulis tarjihkan. Ibnu Jarir
telah meriwayatkan kisah ini secara marfu` dan mauquf di dalam tafsirnya. Menjadikannya
mauquf adalah lebih sahih. Imam Abu Isa al-Tarmizi telah menegaskan bahawa menjadikan
marfu` adalah tidak ada bukti. Beliau berkata: “Setelah beliau meriwayatkan riwayat-riwayat
secara marfu` ini adalah satu hadith yang telah diriwayatkan oleh Abu Asim dan ramai perawi
lain daripada Said bin Abu Urubah daripada Qatadah daripada Khalas daripada Mamar bi
Yasir secara mauquf. Kami tidak tahu ia marfu` melainkan melalui hadith saluran Hasan bin
Qaz`an. Sesungguhnya kami langsung tidak tahu hadith ini marfu`.”206
Kisah-kisah berkaitan dengan maidah ini telah berbeza anatara satu sama lain. Al-Aufi
merieayatkan daripda Ibnu Abbas bahawa telah diturunkan kepadanya roti dan ikan, mereka
memakannya di mana ia diturunkan dan bila mereka mahu. Ikramah berkata daripada Ibnu
Abbas: “ Maidah itu adalah dalam bentuk ikan besar dan roti kering .” Said bin Jabir berkata
204
Op.cit, hal. 254
205
Ibid, hal.255
206
Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Tafsir, bab Surah al-Ma’idah
78
dengan riwayat Ibnu Abbas: “Hidangan yang diturunkan terdiri dari semua jenis makanan
kecuali roti dan daging.”
Wahab bin Munabbih berkata: “Ma`idah itu diturunkan daripada langit kepada Bani
Israil. Ma`idah yang diturunkan pada setiap hari terdiri daripada buah-buahan dari syurga.
Mereka memakan mengikut apa yang mereka mahu dari pelbagai jenis buah itu. Ma`idah itu
dimakan bersama oleh 4000 orang. Apabila mereka memakannya, Allah S.W.T akan
menurunkan pada tempat maidah itu makanan yang sama. Mereka berada dalam keadaan itu
hingga tempoh yang dikehendaki Allah S.W.T.”
Wahabi juga berkata: “Allah S.W.T menurunkan ke atas mereka beberapa tangkai
gandum dan beberapa ekor ikan. Demi Allah S.W.T, apabila mereka memakannya beramai-
ramai ia menghasilkan keberkatan. Mereka memakan makanan itu, kemudian mereka keluar.
Selepas itu, dating pula kaum yang lain dan memakannya, kemudian mereka keluar.
Sehinggalah semua mereka memakannya.” Begitulah semua perawi tidak sepakat terhadap
satu pendapat yang menunjukkan bahawa ia adalah israiliyyat yang direka-reka. Sumber
ambilannya bukanlah daripada Nabi S.A.W.207
Memadai penulis menyebut satu riwayat panjang yang disebut oleh Abu Hatim di
dalam tafsirnya dengan sanad daripada Wahab bin Munabbih daripada Abi Uthman al-Mahdi
daripada Salman al-Farisi r.a di mana kesimpulannya ialah:
“Sesungguhnya apabila pengikut Nabi Isa a.s meminta supaya diberikan makanan,
Musa a.s tidak menyukainya kerana takut Allah S.W.T akan menurunkan maidah tetapi
mereka tidak beriman kepadanya maka ia akan menjadi sebab mereka dibinasakan. Apabila
mereka berkeinginan juga Isa a.s berdoa intuk mereka, dia berdoa kepada Allah S.W.T. Maka
Allah S.W.T telah memperkenankan doanya. Allah S.W.T menurunkan kain alas hidangan
berwarna merah yang terletak antara dua awan mendung, satu awan berada di atasnya dan
satu lagi di bawahnya. Mereka menyaksikannya berada di udara yang sedang turun dari
mangit menuju kepada mereka. Sedang ketika itu Isa a.s menangis, kerana takut kepada syarat
yang diberikan kepada mereka. Dia terus berdoa sehingga kain hidangan itu berada di
hadapannya dan para pengikutnya berada di sekelilingnya mendapat bau yang enak.208 Mereka
207
Op.cit, hal. 256
208
Ibid, hal. 256-257
79
tidak pernah berjumpa dengan bau seperti itu sebelum ini. Nabi Isa a.s dan para pengikutnya
tunduk sujud kerana bersyukur kepada Allah S.W.T. Orang-orang yahudi datang memandang
kepada mereka, lalu mereka dapat menyaksikan apakah yang telah berlaku pada mereka.
Kemudian mereka beredar. Nabi Musa a.s dan orang-orang yang bersamanya pergi melihat
hidangan itu. Mereka dapati ia tertutup dengan tisu. Maka Isa berkata: Siapakah di kalangan
kita yang berani membukanya, kami akan percaya kepadanya dan siapakah yang paling baik
ujiannya di sisi Tuhannya supaya kita dapat melihat hidangan ini, kita memuji Tuhan kita dan
kita makan rezeki yang telah dikurniakannya kepada kita? Mereka menjawab: Wahai Ruh
Allah S.W.T dan kalimah-Nya, engkau lebih utama membukanya.”
Nabi Isa a.s berdiri dan mengambil wuduk dan bersembahyang beberapa rakaat,
kemudian dia menangis dalam tempoh yang lama. Dia berdoa kepada Allah S.W.T supaya
membenarkannya membuka hidangan dan tisu itu. Dia berkata: “Denga nama Allah S.W.T,
Tuhan pemberi Rezeki yang terbaik.” Dia terus membukanya. Di dapati di atas bekas
hidangan itu ada ikan besar yang dipanggang yang tidak mempunyai minyak, di dalam
perutnya tidak ada tulang dan lemak mengalir daripadanya. Di sekelilingnya ada semua jenis
bawang kecuali bawang putih, di kepalanya ada cuka, di insangnya ada garam, di sekeliling
bawang tadi ada lima tangkai, di atas salah satunya ada buah zaitun, di atas yang satu lagi ada
tamar, di atas satu lagi ada buah delima. Di dalam satu riwayat menyatakan: Di atas yang
pertama ada buah zaitun, yang kedua ada madu lebah, di atas yang ketiga ada lemak, di atas
yang keempat ada keju dan di atas yang kelima ada daging kering. Syam`un iaitu ketua
pengikut Nabi Isa a.s berkata kepada Nabi Isa a.s: “Wahai Ruh Allah S.W.T dan kalimah-
Nya, adakah ini daripada makanan dunia atau ini daripada makanan syurga?” Maka Isa a.s
berkata: “Tidak bolehkah sekarang ini kamu mengambil pengajaran daripadabukti-bukti
kekuasaan Allah S.W.T dan kamu berhenti daripada banyak bertanya. Tidak ada yang paling
aku takutkan kecuali kamu cuba menyelidik sebab dan bukti kekuasaan Allah S.W.T ini
diturunkan.” Syam`un berkata kepada Isa a.s: “Tidak, demi Tuhan Israil (Yaakob) bukan itu
maksud soalan aku, wahai anak perempuan yang benar.” Maka Isa a.s berkata: “Tidak ada
suatu pun dari makanan yang kamu lihat ini dari makanan dunia dan tidak juga dari makanan
akhirat. Akan tetapi ia adalah makanan yang diciptakan oleh Allah S.W.T di udara dengan
kekuasaan-Nya Yang Maha Perkasa.”
Mereka berkata: “Wahai ruh dan kalimah Allah S.W.T, kami ingin Allah S.W.T
memperlihatkan kepada kami satu tanda di dalam tanda ini.” Maka Nabi Isa a.s berkata:
“Maha Suci Allah S.W.T, adakah tidak memadai bagi kamu?” Kemudian Isa a.s berkata:
80
“Wahai ikan besar, kembalilah hidup dengan izin Allah S.W.T sebagaimana asal engkau.”
Maka Allah S.W.T menghidupkannya dan ia kembali hidup. Nabi Isa a.s berkata lagi: “Wahai
ikan, kembalilah dengan izin Allah S.W.T menjadi ikan panggang sebagaimana keadaan asal
engkau.” Kemudian Nabi Isa a.s mengajak mereka makan tetapi mereka tidak mahu
sehinggalah Nabi Isa a.s memulakan untuk memakannya. Nabi Isa a.s tidak mahu
memulakannya. Kemudian Nabi isa a.s menyeru orang-orang fakir dan berkata: “Makanlah
dari rezeki Tuhan kamu kerana doa nabi kamu dan bersyukurlah dengan memuji Allah S.W.T
yang telah menurunkannya kepada kamu. Habuannya akan diperolehi oleh kamu dan
balasannya akan terkena kepada orang lain. Mulakanlah memakannya dengan menyebut nama
Allah S.W.T dan sudahilah dengan Alhamdulillah.” Mereka pum melakukannya. Hidangan
itu telah dimakan oleh 1300 orang manusia, ada lelaki dan ada perempuan. Setiap oaring dari
mereka keluar dari memakannya dalam keadaan kenyang dan sendawa. Isa a.s dan
pengikutnya melihat kea rah makanan itu. Tiba-tiba mereka dapati ia tetap dalam keadaan
asalnya seperti mana ia diturunkan dari langit, 209 tidak sedikitpun berkurangan dari asalnya.
Kemudian ia diangkat ke langit dan mereka menyaksikannya. Setipa orang fakir yang telah
memakannya tidak perlu makan lagi. para pengikut Isa a.s yang tidak mahu makan hidangan
itu menyesal dan menyebabkan air mata mereka mengalir dan sesalan itu kekal di dalam hati
mereka sehingga hari mereka mati.210
Apabila ada maidah turun selepas peristiwa itu, Bani Israil akan cepat-cepat menuju ke
arahnya dari segenap tempat dengan berkerumun mendapatkannya. Apakah begitu
keadaannya, ia turun dengan berselang, satu hari ia turun dan satu hari lagi ia tidak turun.
Hidangan makanan itu turun kepada mereka selama 40 hari ketika hari mula siang. Makanan
itu sentiasa terletak untuk mereka makan sehingga apabila mereka berkata berqailulah
(berehat waktu tengahari). Mereka melihat bayangnya di bumi hingga ia lupus dari pandangan
mereka.211
Maka Allah S.W.T mewahyukan kepada Nabi Isa a.s supaya menjadikan rezeki itu
untuk anak yatim, orang miskin dan orang yang sakit dan bukannya untuk orang kaya di
kalangan manusia. Apabila Nabi Isa a.s melakukan sedemikian maka menyebabkan orang
209
Ibid, hal. 257-258
210
Ini adalah antara faktor yang membuatkan cerita ini lemah dan membuktikanna direka-reka. Jika tidak,
bagaimana boleh berlaku mereka yang memintanya tetapimereka enggan untuk makan kerana Nabi Isa a.s
tidak memulakan memakannya.
211
Al-Qur’an menunjukkan dengan jelas bahawa ma’idah itu hanya turun sekali sahaja, sedangkan riwayat ini
menunjukkan ia diturunkan berulang kali. Ini juga menunjukkan perincian kisah ini adalah rekaan dan ia
merupakan penambahan yang dilakukan oleh Bani Isra’il. Tadrib al-Rawi, hal. 192
81
kaya berasa ragu sehingga menyebabkan mereka mengadu di dalam diri mereka tentang
makanan itu dan manusia berasa keji tentang makanan itu. Syaitan mendapat peluang untuk
mencaoai matlamatnya dalam keadaan ini. Ia telah meniupkan was-wasnya ke dalam diri
mereka yang ragu. Apabila Nabi Isa a.s mengetahui perbuatan mereka itu, dia telah berkata:
“Demi Tuhan al-Masih, binasalah kamu, kamu telah meminta nabi kamu supaya meminta
makanan bagi kamu daripada Tuhan kamu. Apabila dia telah melakukannya dan Allah S.W.T
telah menurunkan makanan kepada kamu sebagai satu rahmat dan rezeki serta telah
memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Nya sebagai pengajaran, tiba-tiba kamu
mendustakannya dan kamu meraguinya. Maka terimalah berita tentang azab yang akan
menimpa kamu, kerana ia akan turun kepada kamu kecuali Allah S.W.T merahmati kamu.”
Maka Allah A.W.T mewahyukan kepada Nbi Isa a.s: “Sesungguhnya Aku bertindak ke atas
orang-orang yang mendustakan dengan syarat yang Aku tetapkan. Sesungguhnya Aku akan
mengazab di kalangan mereka yang mendustakan maidah setelah ia turun dengan azab yang
tidak pernah Aku kenakan ke atas seseorang pun sebelum ini dari kalangan manusia.” Apabila
orang-orang yang ragu itu sampai ke waktu petang dan mereka masuk ke tempat tidur mereka
bersama-sama isteri mereka dalam keadaan aman, tiba-tiba pada waktu akhir malam. Allah
S.W.T telah menukar mereka menjadi babi. Maka mereka merayau mencari benda-benda
kotor di tempat buangan sampah.
Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya setelah menyebut athar yang luar biasa ini: “Ia
telah dipisah-pisahkan oleh Ibnu Abi Hatim di beberapa tempat dan aku telah
menghimpunkannya supaya susunannya menjadi sempurna dan lengkap.”
Penulis mengatakan: Melalui riwayat yang asing ini, bala telah menimpa Islam dan
Muslimin kerana kebanyakkannya adalah tidak sahih. Oleh itu, Imam Agung Ahmad bin
Hanbal berkata: “Jangan kamu tulis hadith-hadith janggal ini kerena sesungguhnya ia adalah
mengkar dan secara keseluruhannya adalah datang daripada perawi dhaif.”
Imam Malik berkata: “Sejahat-jahat ilmu ialah yang janggal dan sebaik-baik ilmu ialah
yang zahir dan diriwayatkan oleh ramai periwayat.” Ibnu Mubarak berkata: “Ilmu ialah yang
datang daripada riwayat yang masyhur yang diriwayatkan oleh ramai perawi.” Baihaqi
meriwayatkan di dalam Al-Madkhal diriwayatkan daripada Al-Zuhri bahawa beliau telah
berkata: “Bukan termasuk dalam ilmu perkara yang tidak diketahui, akan tetapi ilmu ialah
perkara yang diketahui dan ramai orang memperkatakannya.”212
212
Tadrib al-Rawi, hal. 192
82
Penulis ingin memberikan peringatan bahawa usul kisah ini adalah sabit di dalam al-
Qur`an yang tidak boleh diragui. Akan tetapi yang menjadi tempat keraguan ialah semua
penambahan yang berasal daripada israiliyyat.
Semua Mufassirin telah menyebut kisah yang berkaitan dengan kisah maidah,
perbezaan di kalangan mereka hanyalah tentang banyak atau tidak kisah yang dibawakan.213
Yang menghairankan ialah tidak ada seorang pun yang memberikan pernyataan tentang asal-
usul kisah yang diriwayatkan ini, sehingga dua orang imam yang agung Ibnu Kathir dan Alusi
sekalipun tidak menyatakannya. Namun begitu, Ibnu Kathir telah memberitahu secara tidak
langsung akan ketidaksahihan kebanyakkan kisah yang diriwayatkan. Moga-moga mereka
mengambil perhatian dengan peringatan tentang kisah yang harus diriwayatkan dan yang ada
andaian benar atau dusta. Para Mufassirin telah menyebut kisah itu tanpa menolaknya.
Sepatutnya mereka hendaklah membersihkan tafsir mereka daripada kisah-kisah ini dan yang
seumpama dengannya.
Kemudian beliau membincangkan tentang kisah yang diriwayatkan secara marfu` dan
mauquf serta beliau menyebut apa yang diperkatakan oleh Imam Abu Isa al-Tarmizi:
“Bahawa riwayat secara mauquf adalah lebih sahih, sedangkan riwayat secara marfu`
langsung tidak mempunyai sumber ambilan.”215
213
Lihat Tafsir Ibn Jarir ketika menafsirkan ayat ini, Tafsir al-dar al-Manthur ketika tafsiran ayat ini juga. Lihat
juga Tafsir al-Zamakhsyari, Fakhrul Razi dan Abu Sa’ud ketika tafsiran ayat ini serta tafsir Ibn Kathir Wa al-
Baghawi, jld. 3, hal. 274-279. Lihat juga Tafsir al-Alusi, jld. 7, hal. 62-65, Tafsir al-Qurtubi, jld. 6, hal. 369-372.
Beliau menambah: Hadith ini boleh dipertikaikan dan ia tidak sahih dari segi sanad.
214
Tafsir al-Qurtubi, jld. 6, hal. 372, cetakan pertama
215
Ungkapan ini bagi sesetengah Muhaddithin digunakan kepada hadith maudhu’. Tidak ragu lagi bahawa
menjadikannya marfu’ kepada Nabi S.A.W, sekiranya ia dilakukan dengan sengaja, maka ia adalah pendustaan
dan rekaan terhadap baginda, sekiranya tidak sengaja dan tersilap, maka ia dimasukkan di kalangan hadith
maudhu’ sebagaimana yang dijelaskan oleh para imam hadith seperti Ibnu Soleh dan lain-lainnya.
83
Terdapat israiliyyat dalam kisah yang disebut oleh sesetengah Mufassirin ketika
menafsirkan firman Allaj S.W.T:
هƒƒل جعلƒƒولما جاء موسى لميقتنا وكلمه ربه قال رب أرنى أنظر إلى الجبل فإن استقر مكانه فسوف ترنى فلما تجلى ربه للجب
)143( دكا وخر موسى صعقا فلما أفاق قال سبحنك تبت إليك وأنا أول المؤمنين
Maksudnya: “Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan
Tuhannya berkata-kata dengannya maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai
Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku (Zat Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu.
Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke
gunung itu maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihat-Ku.
Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka)
“Tajalli-Nya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah
ia sedar semula, berkatalah ia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepada-Mu
dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku).”
Tha`labi dan al-Baghawi serta lain-lainnya telah menyebutnya daripada Wahab bin
Munabbih dan Ibnu Ishak bahawa mereka berdua telah berkata: “Apabila Nabi Musa a.s
meminta untuk melihat Tuhannya, Allah S.W.T telah mengutuskan kabus, guruh, kegelapan,
kilat dan petir. Ia telah meliputi bukit tempat Musa a.s berada sejauh empat farsakh dari
segenap penjuru. Allah S.W.T memerintahkan malaikat dari langit supaya pergi berdepan
dengan Nabi Musa a.s. Maka malaikat langit melintasi Nabi Musa a.s seperti seladang, 216
mulut mereka mengeluarkan tasbih dan tajdis denga suara yang kuat sperti suara guruh yang
sangat kuat. Kemudian Allah S.W.T menyuruh malaikat langit kedua supaya turun kepada
Nabi Misa a.s lalu melintasinya. Maka malaikat itu telah turun kepada Musa a.s seperti singa
yang mempunyai kebisingan dengan bertasbih dan taqdis. Maka hamba yang dhaif, Ibnu
Imran terkejut terhadap apa yang dilihat dan didengarnya. Maka semua rambut di kepalanya
dan di badannya rasa gementar. Kemudian dia berkata: Sesungguhnya aku menyesal terhadap
apa yang aku pinta. Adakah aku dapat diselamatkan daripada tempat aku berada?”.
Ketua malaikat dan yang paling baik di kalangan malaikat berkata kepadanya: “Wahai
Musa a.s, bersabarlah terhadap apa yang telah engkau pinta. Apa yang engkau lihat adalah
sedikit daripada yang banyak.”. Kemudian Allah S.W.T memrintahkan malaikat langit yang
216
Ini adalah adab buruk Bani Isra’il terhadap malaikat
84
ketiga: “Turunlah kamu kepada Nabi Musa a.s dan melintaslah di hadapannya.”. Maka
mereka pun turun seperti helang yang mempunyai bunyi bising yang kuat, mulut mereka
mengeluarkan tasbih dan tajdis seperti bunyi askar yang ramai. Warna mereka seperti kepala
api. Nabi Musa a.s terkejut dan sangat takut serta putus asa dari hidup. Malaikat terbaik dari
kalangan malaikat berkata kepadanya: “Kalau Allah S.W.T di tempat engkau sehingga engkau
melihat apa yang engkau tidak tahan melihatnya.”
Kemudian Allah S.W.T memerintahkan malaikat langit keempat: “Turunlah kamu dan
melintasi di hadapan Musa a.s bin Imran.”. Maka mereka turun kepadanya dalam bentuk yang
tidak sama dengan malaikat-malaikat yang turun kepadanya sebelum ini. Warna mereka
seperti api dan seluruh badan mereka putih seperi salji, suaranya mereka kuat mengucapkan
tasbih dan tajdis. Tidak ada satu pun bunyi yang lalu pada Musa a.s sebelum ini menyamai
bunyi mereka. Maka kedua lutut Nabi Musa a.s lemah, hatinya kecut dan dia menangis denga
kuat sekali. Kemudian ketua malaikat itu berkata kepadanya: “Wahai anak Imran, bersabarlah
disesbabkan apa yang telah engkau pinta, apa yang engkau telah lihat itu adalah sedikit dari
yang banyak lagi.”.217
217
Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Isra’iliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir,
Pencetakan Nasional Malaysia Berhad,(2006), Kuala Lumpur, hal 266-267
218
Ibid, hal 268
85
Kemudian Allah S.W.T menyuruh supaya malaikat langit ketujuh mengangkat arasy-
Nya. Apabila sinaran arasy itu mula kelihatan, bukit itu telah terbelah disebabkan keagungan
Tuhan Yang Maha Tinggi dan semua malaikat langit menguatkan suara mereka dengan
berkata: (وتƒƒدا ال يمƒƒزة أبƒƒ )سبحان الملك القدوس رب العdengan suara yang paling kuat. Maka bukit
bergoncang dan semua pokok yang ada di atasnya tercabut. 219 Hamba yang dhaif, Musa a.s
terus sujud di atas mukanya,ruhnya tidak ada bersamanya. maka denga rahmat Allah S.W.T,
Dia telah menghantarkan ruh, lalu ruh itu menutupnya dan Allah S.W.T menerbalikkannya
batu tempat Musa a.s duduk dan menjadikannya seperti kubah supaya Musa a.s tidak
terbakar.220 Maka Nabi Musa a.s bangun bertasbih kepada Allah S.W.T dan berkata: “Aku
beriman kepada Engkau wahai Tuhanku dan aku percaya bahawa tidak seorang pun dapat
melihat Engkau. Sesiapa yang memandang malaikat Engkau akan tercabutlah hatinya. Maka
alangkah hebat dan besarnya malaikat Engkau. Engkau adalah Tuhan segala tuhan dan Raja
segal raja. Tidak ada sesuatu dapat menandingi Engkau dan tidak ada yang dapat melawan
Engkau. Wahai Tuhan, aku bertaubat kepada Engkau. Segala puji bagi Allah S.W.T, tidak ada
sekutu bagi Engkau. Alangkah agungnya Engkau wahai Tuhan sekalian alam.” Setelah Alusi
menyebut banyak pendapat yang sekaian denga nur Allah S.W.T, beliau berkata: “Di dalam
setengah tafsir dinyatakan: ()فلما تجلى ربه للجبل جعله دكا. Disebabkan kebesaran-Nya, enam buah
bukit telah melayang, tiga daripadanya jatuh di Madinah iaitu Bukit Uhud, Warqan dan
Radhwa, dan jatuh di Mekah iaitu Bukit Thur, Thubir dan Hira`.221
Kisah-kisah yang diriwayatkan seperti ini dan kisah-kisah yang seumpama dengannya
adalah tidak ragu lagi datang daripada israiliyyat Bani Israil serta pendustaan mereka terhadap
Allah S.W.T, para nabi dan para malaikat. Maka ia tidak perlu diberikan perhatian. Tafsiran
ayat ini tidak perlu kepada kisah-kisah seperti ini. Ayat ini adalah jelas dan nyata. Ia langsung
tidak mengandungi dalil menunjukkan tidak boleh melihat Allah S.W.T di akhirat kelak
sebagaimana yang ditunjukkan oleh al-Qur`an dan al-Sunnah yang sahih dan mutawatir. Apa
yang hendak ditunjukkan oleh ayat ini ialah tidak boleh melihat Allah S.W.T dengan
pandangan mata di dunia kerana mata akan binasa kerana tidak berupaya melihat zat yang
kekal.
Antara kisah ini juga ialah yang disebutkan oleh Tha`labi, al-Baghawi dan
Zamakhsyari di dalam tafsir mereka ketika menafsirkan firman Allah S.W.T ()وخر موسى صعقا
219
Ibid, hal 268
220
Ini satu lagi pendustaan dan antara tanda kisah ini adalah rekaan. Bukanlah Allah S.W.T berupaya
melindunginya tanpa mengutuskan ruh dan batu.
221
Tafsir al-Baghawi di nota tepi Tafsir Ibn Kathir, jld. 3, hal 547-550
86
iaitu Nabi Musa a.s terjatuh dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bukanlah maksudnya Nabi
Musa a.s mati sebagaimana yang disebut oleh Qatadah.
Al-Baghawi telah berkata di dalam setengah kitab bahawa malaikat langit telah datang
kepada Musa a.s dalam keadaannya pengsan. Para malaikat itu menyentuhnya dengan kaki
mereka dan berkata: “Wahai anak perempuan haid, adakah engkau ingin melihat Tuhan Yang
Maha Agung?”222 Zamakhsyari menyebut kisah seperti ini di dalam tafsirnya. Beliau
menukilkan kerana kisah ini membantunya untuk mensabitkan mazhab dan jemaahnya yang
rosak iaitu yang mengatakan mustahil melihat Allah S.W.T di dunia dan di akhirat.
Kisah ini dan kisah yang seumpama dengannya memang tidak syak lagi datangnya
daripada israiliyyat yang dusta. Sikap Bani Israil terhadap nabi Musa a.s dan semua nabi
adalah sedia maklum. Mereka cuba mencacatkan mereka sedaya upaya.
Imam Ahmad bin Munir, pengarang Al-Intisaf min Sahibul Kasyaf telah
mengingatkan tentang perkara ini dengan berkata: “ Kisah ini adalah dibawa oleh orang yang
beria-ria mengatakan mustahil melihat Allah S.W.T di dunia dan di akhirat. Maka mereka
telah menggunakannya sebagai pembantu bagi pendapat dan keyakinan mereka yang rosak.
Ini dapat dibuktikan dengan kesilapan yang ada pada orang yang menukilkannya dengan
menyatakan malaikat menghina Nabi Musa a.s dengan menyepaknya dengan kaki serta
bercakap dengan biadap.”223
222
Tafsir al-Baghawi, jld. 3, hal 551
223
Tafsr al-Kasyaf ketika menafsirkan firman Allah ( ً )وخرّ موسى صَ عِقا
87
BIODATA PENULIS
Pengarangnya ialah Al – Imam Al Hafiz Jalaluddin Abdul Rahman Bin Abu Bakar
Bin Muhammad Al – Sayuti. Beliau dilahirkan pada tahun 849h. Bapanya meniggal dunia
ketika beliau masih kecil. Bapanya telah mewasiatkan beliau kepada sekumpulan ulama’,
antara mereka ialah Al Imam Al- kamal Bin Al- Humam. Beliau telah menerima ilmu
daripada ramai sheikh dan beliau mempunyai kemahiran dalam pelbagai ilmu sehingga
dikatakan beliau mencapai tahap seorang mujtahid. Beliau Ilyas meninggalkan kitab yang
dikarangnya dalam jumlah yang banyak dan dikatakan melebihi 500 buah. Beliau merupakan
hafiz dan ulama’ hadith yang mahir dalam bidang tersebut termasuk tentang riwayat dan
dirayah sama ada matan, perawi, dan istilahnya. Beliau telah mengasingkan diri daripada
orang ramai pada penghujung hidupnya dan meniggalkan kerja mengajar dan memberi fatwa.
Sebaliknya telah menumpukan perhatian pada ibadah. Beliau meniggnal dunia di Kaherah
pada tahun 911h.224
Kitab beliau, Al- Dar, Al- Manthur fi Al- Tafsir Bil Ma’thur menghimpunkan riwayat
daripada Nabi S.A.W, para sahabat dan tabi’in. Beliau hanya menyebut dalam kitab tafsir
hadith yang diriwayatkan yang bersih. Beliau telah menyebut di dalam mukhadimah tafsirnya
bahawa ia adalah ringkasan daripada kitabnya, Terjemah Al-Quran. Ia merupakan tafsir yang
disandarkan kepada Rasullah S.A.W, kepada para sahabat dan para tabi’in. Beliau
menggunakan langkah mengtakhrijkan sanad-sanad yang digunakan oleh para imam dalam
meriwayatkan hadith-hadith ini serta memastikan semua riwayat kepada orang yang
mengtakhrijkannya.225
Pandangan yang diberikan kepada tafsir ini ialah sekalipun semua riwayat dipastikan
kepada orang yang mengtakhrijkannya, akan tetapi beliau tidak menjelaskan kepada kita
kedudukannya samada sahih, hasan, dhaif, atau maudhu’. Jarang sekali beliau menerangkan
perkara itu. Tidak semua pembaca kitab ini akan dapat mengetahui sahih, hasan, dhaif, dan
maudhu’sesuatu hadith hanya dengan semata-mata menyebut sanad terutamanya dizaman kita
kebelakangan ini. Yang jelas kepada penulis ialah beliau merupakan antara muhaddisin yang
224
Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Isra’iliyyat dan Hadith Palsu dalam Kitab-Kitab Tafsir,
Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, (2006), Kuala Lumpur, hal. 162
225
Ibid, hal. 162-163
89
meyatakan sanad. Dalam kitab ini terdapat banyak Israiliyyat dan perkara-perkara palsu.
Contohnya seperti kisah Harut dan Marut, kisah penyembelihan anak Nabi Ibrahim a.s
dimana beliau menyebut anak yang disembelih itu ialah Ishak a.s, kisah Nabi Yusuf a.s, Nabi
Daun a.s, Nabi Sulaiman a.s, dan kisah Nabi. Beliau keterlaluan menyebut ujian yang
menimpa Nabi Ayub a.s. Kebanyakkan kisah itu adalah tidak sahih dan tidak sabit. Ia
hanyalah merupakan Israiliyyat Bani Israil dan pendustaan yang mereka lakukan terhadap
para nabi.226
Apabila manusia dari kalangan Bani Adam melakukan maksiat dan kufur kepada
Allah SWT, malaikat telah berkata di langit: “ Wahai Tuhanku, sesungguhnya alam ini telah
Engkau jadikan untuk mengabdikan diri kepada Engkau dan mentaati Engkau tetapi mereka
telah melakukan kekufuran, membunu jiwa yang diharamkan membunuhnya, memakan harta
haram, mencuri, berzina, dan meminum arak.”. Maka malaikat itu telah berdoa agar manusia
dilaknat tanpa meberikan keuzuran kepada mereka. Lalu Allah SWT berkata kepada
malaikat228 : “ Sesungguhnya mereka berada dalam ghaib maka mereka tidak memberi
keuzuran kepada manusia.”. Di dalam sesetengah riwayat, Allah SWT berkata kepada
malaikat : “Sekiranya kamu menduduki tempat mereka, nescaya kamu akan melakukan apa
yang mereka lakukan. Malaikat berkata : “Maha Suci Engkau, kami tidak sepatutnya berkata
demikian.”. Dalam riwayat lain malaikat berkata : Tidak. Lalu Allah SWT kepada mereka :
Pilihlah dua malaikat dari kalangan kamu untuk aku perintahkan mereka berdua dengan
perintah-Ku dan Aku larang mereka berdua daripada ingkarkan-Ku.”. Lalu mereka memilih
Harut dan Marut.
226
Ibid, hal.163
227
Al-Dar al-Manthur, jld.1, hal. 97-103. Tafsir Ibn Jarir, jld .1, hal. 362-367
228
Op.cit, hal. 209
90
Kedua-duanya telah turun kebumi. Allah SWT telah meletakkan shahwat kepada
kedua-dua malaikat itu. Maka Allah SWT telah memerintahkan keduanya supaya menyembah
Allah SWT dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu serta melarang keduanya daripada
membunuh jiwa yang dilarang membunuhnya, memakan harta haram, mencuri, berzina dan
meminum arak. Mereka mengikut perintah itu buat beberapa masa dimuka bumi. Mereka
menghukum sesama manusia dengan kebenaran. Pada zaman itu, ada seorang perempuan
dimana kecantikan jika dibandingkan dengan perempuan lain sama seperti planet Zuhal
dikalangan planet lain. Kedua-dua malaikat itu ingin memiliki perempuan itu. Perempuan itu
tidak mahu melainkan kedua-duanya menganut agama dan ajarannya. Kedua malaikat itu
bertanyakan tentang agamanya lalu perempuan itu mengeluarkan berhala. Kedua malaikat itu
berkata : “Kami tidak perlu menyembah berhala ini.”. maka kedua-dua malaikat itu pun pergi
dan bersabar sehingga tempoh yang dikehendaki oleh Allah SWT.229
Kemudian kedua-dua malaikat itu datang kepada perempuan itu dan memujuknya
untuk diri mereka. Perempuan itu tidak mahu melainkan mereka berdua mengikut agamanya
dan menyembah berhala yang disembahnya. Kedua malaikat itu tidak mahu melakukannya.
Apabila perempuan itu melihat kedua mereka tidak mahu menyembah berhala, dia telah
berkata kepada mereka berdua : “Kamu berdua boleh memilih antara tiga pilihan ini : samada
kamu berdua menyembah berhala ini atau kamu berdua membunuh orang atau kamu
meminum arak.”. Maka kedua malaikat itu berkata : “ Kami tidak boleh melakukan perbuatan
ini.”. Perbuatan yang paling ringan antara tiga pilihan itu ialah meminum arak. Maka
perempuan itu pun menuangkan arak untuk mereka berdua. Apabila arak telah membuat
mereka berdua mabuk, mereka telah melakukan zina dengan perempuan itu. Seorang manusia
telah lalu ditepi mereka berdua dalam keadaan kedua-duanya melakukan perbuatan keji itu.
Kedua-dua malaikat itu takut manusia itu menyebarkan berita perbuatan mereka, lalu
mereka membunuh manusia itu. Apabila mereka sudah sedar dari mabuk, mereka berdua tahu
kesalahan yang telah mereka lakukan dan hendak naik kelangit tetapi tidak berupaya. Tirai
antara mereka dan penghuni langit telah dibuka. Para malaikat telah melihat dosa yang telah
mereka berdua lakukan dan mereka mengetahui bahawa orang yang jauh dari pandangan
adalah kurang ketakutannya. Selepas peristiwa ini, malaikat telah meminta ampun bagi
malaikat yang ada dibumi. Apabila kedua malaikat ini telah melakukan kesalahan Allah SWT
telah berkata kepada mereka berdua : “ Pilihlah azab dunia atau azab akhirat.”. Maka mereka
berdua menjawab : “ Azab dunia akan ada penghujungnya dan akan hilang, sebaliknya azab
229
Ibid, hal 209-210
91
akhirat tidak akan tamat.”. Maka keduanya memilih azab dunia. Lalu mereka berdua diletakka
di Babil dengan diazab dan kaki mereka berdua diikat. Di dalam sesetengah riwayat, kedua-
keduanya mengajar Babil dengan kalimah yng digunakan untuk naik ke langit dan terus naik
kelangit, lalu Allah memadamkannya. Babil itu ialah planet yang dikenali sebagai planet
Zuhal. 230
Sayuti juga menyebut di dalam kitabnya : Kisah yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir,
Ibnu Abu Hatim, dan Hakim serta Hakim menyatakan ia adalah sahih 231 serta diriwayatkan
oleh Baihaki didalam Sunannya dari Aisyah r.a bahawa beliau telah didatangi oleh seorang
perempuan dari sebatang pokok tumbang menyatakan kepada Aisyah r.a bahawa dia telah
dibawakan dengan dua ekor anjing kitab, lalu dia menaiki salah seekor anjing itu dan seorang
perempuan laki yang seekor lagi. Mereka berjalan tidak jauh dan berhenti di Babil. Tiba-tiba
mereka berdua mendapati dua orang lelaki yang terikat kedua kakinya iaitu Harut dan Marut.
Perempuan yang datang berjumpa Aisyah itu terus bercerita panjang tentang kisah yang luar
biasa dan mengkagumkan. 232
Sayuti juga menyebut bahawa Ibnu Munzir meriwayatkan melalui saluran Al-Auza’i
dari Harun bin Rabab telah berkata : “ Aku telah masuk berjumpa dengan Abdul Malik bin
Marwan dan disisinya ada seorang lelaki yang diberikan bantal untuk bersandar dan lelaki itu
sedang bertelekan pada bantal itu. Orang yang berada disitu berkata : Orang ini telah bertemu
dengan Harut dan Marut. Mereka telah berkata kepada Harun : Ceritakanlah kepada kami,
semoga Allah SWT ,merahmati engkau.”. Maka lelaki itu mula bercerita dengan kisah yang
luar biasa dan menghairankan. 233
Semua kisah ini merupakan antara khurafat dan dongengan Bani Israil yang tidak
dapat dibuktikan oleh akal dan naqli serta syarak. Sesetengah perawi kisah khurafat dan batil
ini tidak cukup dengan mengatakan mereka telah meriwayatkannya daripada sahabat dan
tabi’in, malah mereka telah mengjangkau ke bab melakukan dosa dan melakukan jenayah
yang keji dengan mengaibkan kisah palsu ini kepada nabi dan menyatakan ia adalah marfu’
kepada baginda. Sayuti berkata : “ Said Ibnu Jarir dan Khatib telah meriwayatkan dalam kitab
sejarah karangannya dari Nafi’ telah berkata : Aku telah bermusafir bersama Ibnu Umar.
230
Ibid, hal 210-211
231
Pensahihan oleh Hakim tidak boleh diambil kira kerana beliau terkenal dengan mengambil mudah dalam
menghukum sahih sebagaimana yang dikatakan Ibn Solah dan lainnya. Haki pernah menyatakan sahih kepada
hadith yang kemudiannya disemak semula oleh al-Zahabi dan menghukumnya sebagai maudhu’.
232
Ibid, hal. 211-212
233
Al-Dar al-Manthur, hlmn. 101, dan Tafsir al-Tabari, jld.1, hal. 366.
92
Apabila tiba waktu penghujung malam, Ibnu Umar telah berkata : Wahai Nafi’, lihatlah,
adakah engkau melihat warna merah? Aku menjawab: tidak dua atau tiga kali. Kemudian aku
berkata : Aku telah nampaknya. Ibnu Umar berkata : Aku tidak memberikan apa-apa tindak
balas kepadanya. Dia berkata : Aku tidak mengatakan kepada engkau melainkan kisah yang
telah aku dengar daripada Rasulullah SAW telah bersabda : Sesunggahnya malaikat telah
berkata : bagaimana bentuk kesabaran Engkau terhadap Bani Adam dengan dosa dan
kesalahan yang mereka lakukan?? Allah SWT menjawab : Sesungguhnya Aku telah meguji
mereka dan Aku telah mengampunkan mereka. Para malaikat berkata: Sekiranya kami duduk
di tempat mereka nescaya kami tidak akan mengingkari Engkau. Allah SWT menjawab :
Kamu pilihlah dua malaikat dari kalangan kamu.”. Lalu mereka tidak ada pilihan lain
melainkan memilih Harut dan Marut, lalu keduanya turun ke bumi.234
Maka Allah telah mencampakkan diri mereka Al-Syabak. Aku bertanya : “ Apakah
Syabak?? Baginda berkata : “ Shahwat.”. Maka datang seorang perempuan yang dipanggil
Zuhal lalu mereka berdua jatuh cinta kepada perempuan itu. Setiap seorang dari mereka
berdua menyembunyikan isi hatinya daripada sahabat mereka yang lagi satu. Salah seorang
dari kedua malaikat itu telah berkata kepada yag satu lagi : “ Adakah engkau berasa didalam
hati engkau seperti yang aku rasa??”. Malaikat yang lagi satu menjawab : “ Ya.”. Lalu
keduanya memikat perempuan itu untuk mereka sendiri. Perempuan itu berkata : “ Aku tidak
akan menyerahkan diri kepada kamu berdua sehiggalah kamu berdua memberitahu aku
tentang nama yang membolehkan kamu naik dan turun langit.”. Kedua malaikat itu enggan
memberitahu nama itu. Maka perempuan itu tidak mahu menyerahkan dirinya kepada mereka.
Maka dengan itu, kedua malaikat itu pun memberitahu nama itu. Apabila perempuan itu
terbang maka Allah SWT telah memadamkan bintang dan memotong kepaknya. Kemudian
kedua malaikat itu telah meminta taubah daripada Tuhan. Lalu Allah SWT memberi pilihan
kepada mereka berdua samada hendak menerima azab dunia atau azab akhirat. Kedua mereka
memilih azab dunia keatas azab akhirat. Maka Allah SWT mewahyukan kepada keduanya : “
Pergilah ke Babilon.”. Maka dua malaikat itu pergi ke Babilon 235 lau Allah SWT
menerbalikkan bumi keatas mereka berdua. Mereka berdua tersepit antara langit dan bumi
diazab hingga ke hari kiamat. Seterusnya Sayuti menyebut riwayat lain yang marfu’ kepada
Nabi SWT yang tidak lari dari mana kisah yang telah kami sebutkan.236 Seorang Muslim
berakal tidak boleh ragu (Terutama penuntut ilmu hadith) bahawa ia adalah maudu’ dan
234
Op. cit, hal. 212-213
235
Salah sebuah negeri di Iraq
236
Al-Dar al-Manthur, jld. 1, hal. 97. Tafsir al-Tabari, jld. 1, hal. 364
93
direka-reka terhadap Nabi SAW, walau bagaimana sekalipun sanadnya dikatakan sabit. Maka
bagaimana pula jika sanadnya tidak terpakai, tidak terlepas daripada pereka hadis atau dhaif
atau majhul serta telah dinyatakan oleh para imam hadis bahawa ia adalah maudu’.
Kisah ini telah dihukum sebagai maudu’ oleh Imam Abu Raraj bin Al-Jauzi. 237 Al-
Syihab Al-Iraki telah menyatakan bahawa siapa yang berkeyakinan bahawa Harut dan Marut
adalah dua malaikat yang diazab kerana kesalahan mereka maka orang itu adalah kafir kepada
Allah SWT.238 Imam Al-Qadhi Iyadh berkata di dalam Al-Syifa, kisah yang disebutkan oleh
para pencerita dan yang dinukirkan oleh para mufassirun tentang kisah Harut dan Marut tidak
dibuktkan oleh sebarang riwayat samada dhoif atau sahih daripada Rasulallah SAW serta ia
bukanlah suatu yang boleh dihasilkan dengan qias. Begitu juga kisah ini dihukum maudu’,
marfu’ oleh Al-Hafiz Imanuddin, Ibnu Kathir. Manakala kisah yang dihukum tidak marfu’
dijelaskanya bahawa sumbernya dalah riwayat Israiliyyat yang diambil daripada Kaab dan
yang lain-lainya yang dikaitkan oleh golongan Zindiq dari kalangan Ahli Kitab kepada Islam.
Rahimahullah berkata di dalam tafsirnya setelah memperkatakan tentang hadis yang
kedapatan tentang Harut dan Marut dan riwayat Marfu’ amat luar biasa : “ Yang lebih hampir
tentang kisah ini ialah ia merupakan riwayat daripada Abdullah bin Umar daripada Kaab al-
Ahbar sebagamana yang dikatakan oleh Abdul Razak didalam tafsirnya daripada al-Thauri
daripada Musa binUqbah daripada Salim bin Abdullah daripada Ibnu Umar daripada Kaab.
Menghukum riwayat Israiliyyat seperti ini sebagai marfu’ kepada Nabi SAW merupakan satu
pendustaan dan rekaan yang dikaitkan oleh golongan Zindiq daripada kalangan Ahli Kitab
sebagai satu pendustaan dan rekaan palsu.” Ibnu Kathir juga menyebut seperti ini di dalam
Bidayah wa al-Nihayah.239
Kami berpendapat pandangan yang diberikan oleh Ibnu Kathir ini adalah pandangan
yang benar yang tidak perlu kepada pandangan lain lagi.240
237
Al-Alik al-Masnu’ah fi al-Ahadith al-Maudhu’ah, jld. 1, hal. 82
238
Ruh al-Ma’ani, jld. 1, hal. 341
239
Al-Badayah wa al-Nihayah,jld. 1,hal. 37
240
Dr.Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Isra’illiyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir,
Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, (2006), Kuala Lumpur,hal. 214
94
Kisah al-Tabut
Antara israiliyyat yang tidak antara hak dan batil ialah yang ditafsirkan oleh
kebanyakkan Mufassirin dalam tafsir mereka tetang kisah Tabut iaitu tentang kuasanya
menjadikan seseorang sebagai raja bagi Bani Israil, penentangan mereka terhadapnya dan
pemberitahuan oleh nabi kepada mereka tentang bukti yang menunjukkan kekuasaan Tabut.
241
Hal ini terdapat di dalam firman Allah S.W.T:
ُسى و َءا ُل َهرُونَ ت َْح ِملُهُ ْا ْل َملَئِ َكة َ َوقَا َل لَ ُهم ْنَبِيُّ ُهم إِنَّ َءايَةَ ُم ْل ِك ِه أَن يَأْتِيَ ُك ُم التَّابُوتُ فِي ِه
َ س ِكينَةٌ ِمن َّربِّ ُكم َوبَقِيَّةٌ ِّم َّما ت ََركَ َءا ُل ُمو
)248( إِنَّ ِفى َذلِ َك أَل َيَةً لَ ُك ْم إِن ُكنتُم ُّمؤْ ِمنِين
Masudnya: “Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: Sesungguhnya tanda Kerajaan
Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut
yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi)
sebagai dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-Nabi Musa dan Harun, peti Tabut
itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu
tanda keterangan bagi kamu, jika betul kamu orang-orang yang beriman.”
Ibnu Jarir, al-Tha`labi, al-Baghawi, Ibnu Kathir dan Sayuti di dalam Al-Dar al-
Manthur dan Myfassirin lain di dalam tafsir mereka telah menyebut banyak akhbar daripada
para sahabat dan tabi`in serta yang diriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih dan Ahli
Kitab yang telah memeluk Islam yang lain tentang cirri Tabut,bagaimana ia dating, apakah
kandungannya dan trntang sifat ketenangan yang disebut di dalam ayat tersebut.
Mereka telah menyebut tentang Tabut bahawa ia diperbuat daripada kayu syamsat
yang ukurannya lebih kurang 3×2 hasta. Tabut ini berada pada Adam a.s sehingga baginda
wafat, kemudian ia berada pada Nabi Syith a.s. Kemudian ia diwarisi oleh anak-anaknya
hingga sampai ke Nabi Ibrahim a.s. Seterusnya ia berada pada Nabi Ismail a.s, Nabi Ya`akub
a.s, pada Bani Israil sehinggalah sampai kepada Nabi Musa a.s. Ia dijadikan bekas tempat
meletakkan Taurat dan peralatannya. Tabut ini berada di tangan Nabi Musa a.s sehingga
baginda wafat. Seterusnya ia dipegang secara silih berganti oleh para nabi Bani Israil
241
Ibid, hal. 224
95
Penjelasan ini sekalipun ada andaian benar atau dusta, akan tetapi kita tidak perlu
kepadanya dan ia bukanlah menjadi suatu yang penting dalam menfsirkan ayat di atas.
Beberapa orang Mufassirin berkata: “Sesungguhnya Tabut itu berada pada Bani Israil
dan ia bukannya wujud sejak Nabi Adam a.s. Ia merupakan satu bekas kotak yang dijadikan
oleh Nabi Musa a.s sebagai tempat menyimpan Taurat.”. Boleh jadi pendapat ini adalah lebih
hampir kepada kebenaran. Begitu juga para Mufassirin banyak meriwayatkan tentang makna
sakinah di dalam ayat. Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a bahawa ia adalah angin
putting beliung yang laju dan tidak menentu halanya. Angin itu mempunyai dua kepala dan
mempunyai muka seperti muka manusia.
Mujahid berkata: “Ia adalah sejenis haiwan seperti kucing yang mempunyai dua kepak
dan ekor. Matanya ada cahaya. Apabila ia memandang kea rah tentera maka tentera itu akan
kalah.”. Muhammad bin Ishak berkata dengan riwayat daripada Wahab bun Munabbih:
“Sakinah ialah kepala kucing mati, apabila ia berteriak di dalam tabut dengan teriakan kucing
maka para tentera itu yakin memperolehi kemenangan.” Ini merupakan antara khurafat dan
dongengan Bani Israil. Diriwayatkan juga daripada Wahab bin Munabbih berkata: “Sakinah
ialah ruh daripada Allah S.W.T yang boleh bercakap, apabila mereka berselisih dalam sesuatu
perkara maka ia akan bercakap dan memberitahu mereka penjelasan apa yang mereka
mahukan.”.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas: Sakinah ialah besen yang diperbuat daripada emas
yang digunakan untuk membasuh hati para nabi di dalamnya yang telah diberikan oleh Allah
S.W.T kepada Nabi Musa a.s.243
Sebenarnya di dalam al-Qur`an tidak ada petanda yang menunjukkan kepada makna-
makna tersebut dan tidak ada juga apa- apa keterangan yang dating daripada Nabi S.A.W
menjelaskan tafsiran seperti itu. Semua ini hanyalah dating daripada berita Bani Israil yang
dinukilkan kepada kita oleh Ahli Kitab yang telah memeluk Islam dan beberapa orang sahabat
dan tabi`in yang sumbernya adalah daripada Wahab bin Munabbih, Kaab al-Ahbar dan orang
seumpama dengan mereka.244
242
Ibid, hal. 224-225
243
Ibid, hal. 225
244
Ibid, hal. 225-226
96
Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan
binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Ka`abah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata:
Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah yang
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Nukilan daripada al-Arzaqi dan para ahli sejarah seumpamanya yang menjadi seperti
kayu api di waktu malam, tidak membezakan antara hadith sahih dan hadith bukan sahih
berkenaan pembinaan Baitullah dan orang yang membinanya sebelum Nabi Ibrahim a.s.
Adakah yang membinanya itu malaikat atau Nabi Ibrahim a.s.? Dari manakah datangnya
Hajar al-Aswad serta kelebihan kedua-dua makhluk yang dinyatakan. Nukilan yang
kebanyakkannya adalah terdiri dari israiliyyat yang diterima daripada Ahli Kitab telah
memenuhi hampir beberapa belas halaman245 di mana yang sahih dan yang sabit tidak
melebihi satu persepuluh daripada jumlah ini.246
Sekiranya Sayuti hanya berada berpada dengan riwayat sahih yang diriwayatkan oleh
Bukhari di dalam Sahihnya247 dan yang diriwayatkan oleh selain beliau dari kalangan ulama`
muktabar nescaya akal kita akan tenang dan rehat serta jiwa tidak akan diracuni dan
dirosakkan oleh semua israiliyyat yang tidakk kita perlukan ini kerana kita telah mempunyai
kisah yang mutawatir datangnya daripada al-Quran dan yang sabit melalui al-Sunnah yang
sahih. Sebenarnya Ilmu Jarir adalah sederhana dalam menyebut israiliyyat berkaitan hal ini,
sekalipun beliau tidak terselamat dari menyebut beberapa daripadanya. Contohnya ialah
seperti kisah yang diriwayatkannya dengan sanad daripada Abdullah bin Umar bin al-As telah
berkata : “ Apabila Allah SWT menurunkan Adam a.s daripada syurga, Dia berkata :
Sesungguhnya aku menurunkan bersama-sama engkau sebuah rumah yang akan dikelilingi
245
Al-Dar al-Manthur, jld. 1, hal. 102-103
246
Op.cit, hal. 221-222
247
Sahih Bukhari, Kitab Hadith Anbiya’ bab ))وا ّتخذ هللا إبراهيم خليال
97
oleh manusia sebagaimana malaikat mengelilingi di arash Aku.” Apabila sampai dalam banjir
besar, Allah SWT telah mengangkatnya. Para nabi telah menunaikan haji di tempatnya tetapi
mereka tidak mengetahui di mana tempatnya. 248 Sehinggalah Allah SWT menempatkan
Ibrahim a.s telah membinanya daripada lima bukit: dari Bukit Hira’, Bukit Thubir, Bukit
Lubnan, Bukit Thur, dan Bukit Khamar.249
Yang lebih menghairankan daripada itu ialah kisah yang diriwayatkan olehnya dengan
sanad daripada Ata’ bin Abi Rabah telah berkata: “Apabila Allah SWT menurunkan Adam a.s
daripada syurga, kedua kakinya berada di bumi dan kepalanya di langit, dia mendengar
percakapan dan doa penghuni langit. Dia semakin rapat kepada penghuni langit sehingga
malaikat takut kepadanya, lalu mereka mengadu kepada Allah SWT di dalam doa dan
sembahyang mereka. Maka Allah SWT menghalakannya ke Mekah. Di mana tempat sebelah
kakinya meliputi sebuah kampung dan langkahnya menjangkau hingga ke Mekah. Allah SWT
menurunkan batu zamrud daripada syurga. Ia terletak pada tempat Baitullah sekarang dan ia
masih dikelilingi oleh manusia sehinggalah Allah SWT menurunkan banjir besar, maka batu
zamrud itu telah diangkat. Sehingga Allah SWT mengutuskan Nabi Ibrahim a.s lalu dia
membinanya.” Itulah maksud firman Allah SWT ) )واذ ب ّوأنا إلبراهيم مكان البيت.250 Dan pelbagai
kisah dan riwayat seumpama ini bersumber daripada berita dan khurafat Bani Israil. Tidak ada
satu hadis yang sahih datang daripada Nabi Muhammad SAW yang maksum. Moga-moga
Allah SWT merahmati Imam Ibnu Kathir, beliau telah menjelaskan kepada kita kebanyakkan
tempat ambilan riwayat-riwayat yang merupakan rekaan Bani Israil dan yang diserapkan oleh
golongan Zindiq dari kalangan mereka. Ibnu Kathir telah berkata mengikut yang diriwayatkan
oleh al-Baihaqi di dalam Al-Dalail melalui saluran daripada Abdullah bin Amru bin al-As
daripada Nabi SAW, Ibnu Kathir berkata : “ ia merupakan antara kata-kata Ibnu Lahi’ah dan
dia seorang dhaif. Ia lebih hampir kepada hukum mauquf kepada Abdullah bin Amru bin al-
As. Ia diambil daripada dua kitab yang dijumpainya ketika Peperangan Yarmuk dan Abdullah
telah menceritakan kisah yang didapatinya di dalam kitab itu.”251
Ibnu Kathir berkata di dalam Bidayah wa Nihayah karangannya: “ Tidak ada terdapat
dalam hadith sahih daripada Nabi SAW bahawa Baitullah telah dibina sebelum Nabi Ibrahim
a.s. Sesiapa yang berpegang dalam menafsirkan ayat ini dengan perkataan (MAKAN AL
248
Penulis tidak tahu bagaimana mereka menunaikan haji padanya sedangkan mereka tidak tahu di mana
tempatnya.
249
Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Isra’iliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir,
Pencetakan Nasional Malaysia Berhad,(2006), Kuala Lumpur, hal. 222
250
Tafsir Ibn Jarir, jld. 1, hal. 428-429
251
Tafsir Ibn Kathir wa al-Baghawi, jld. 1, hal. 316, Cetakan al-Manar, dan Fathul Bari, jld. 6, hal 310
98
BAITI) maka ia tidak boleh digunakan secara zahir kerana maksudnya ialah tempat yang
ditetapkan di dalam ilmu Allah SWT yang telah ditentukan dalam kekuasaan-Nya yang
diagungkan oleh para nabi sejak dari Nabi Adam a.s hingga ke zaman Nabi Ibrahim a.s.”252
BIBLIOGRAFI
RUJUKAN AL-QUR’AN
252
Al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 1, hal. 163, jld. 2, hal. 299
99
H. Zainuddin Hamidy Fachruddin Hs, Tafsir Quran, Klang Book Center, Selangor,
Dr. Muhammad Abu Syahbah, A’lam al-Muhaddithin, t.t, Dar al-Kutaib Al-Arabi, Mesir
Dr. Muhammad Rawas Qai’ah Ji’, Mausu’ah Feqah al-Tabari Wa Hamad Bin Abi Sulaiman,
Dar al-Nafa’is
Dr. Muhammad Ibrahim Abd Rahman, Al-Tafsir al-Nawawi Lil Qur’an al-Karim Wa Mauqif
al-Mufassirun Minhu, (1995), Maktabah al-Saqafah al-Diniah
RUJUKAN KAMUS
Muhammad Idris Abd. Rauf al-Marbawi, Kamus al-Marbawi, t.t, (Cet. 4), Dar al-Fikr, Beirut
Dr. Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah, Israiliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-
Kitab Tafsir, Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur
Dr. Rosmawati Ali, Pengantar Ulum Al-Qur`an, Pustaka Salam, Kuala Lumpur
Muzirah Binti Osman @ Marzuki, Ibn Jarir: Satu Kajian Kepada Sumbangan Beliau dalam
Bidang Tafsir (Di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi Di Malaysia Sebagai Contoh), Latihan Ilmiah
untuk memperolehi keperluan ijazah Sarjana Muda Usuluddin sesi 1999/2000.
100