Anda di halaman 1dari 8

MESYUARAT AGONG PIBG TAHUN 2021

Bismillah..

KATA-KATA
Bismillahirahmanirahim
ALUAN
Yang Berbahagia
En. Yazid bin Sahidin,
Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Penawar,

Yang Berusaha
Dr. Johar bin bunimin
Pengetua SMK Bandar Penawar,

En. Wakiran bin Paujan,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bandar Penawar,

En. Mohd Sharif bin Samin,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Bandar
Penawar

Pn. Hjh Norfaizah binti Alias,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bandar Penawar

Guru kanan Mata Pelajaran,

Ahli Jawatankuasa
PIBG SMK Bandar Penawar,

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agong PIBG SMK


Bandar Penawar kali ke 26

Para guru, ibu bapa, seterusnya hadirin dan hadirat yang


dimuliakan.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam


sejahtera dan salam 1 Malaysia.
 

Kapur gambir dalam puan,

Menggobek sirih tepi serambi,

Selamat datang hadirin dan taulan,

Tambah sempurna majlis kami.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana


dengan berkat Rahmat dan keizinan-Nya dapat juga kita
berkumpul di Persada Perpaduan ini untuk menjayakan
DOA
Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar
Penawar kali ke-26 bagi tahun 2020.
UCAPAN YDP
PIBG  
( EN. YAZID BIN
SAHIDIN) Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan
guru yang sudi hadir dalam majlis norma baru ini.

Mesyuarat PIBG ini tidak lain menjadi medan pertemuan


dan percambahan idea, maklum balas dan pandangan bagi
UCAPAN
meningkatkan segala macam bentuk kemajuan untuk sekolah
PENASIHAT PIBG
ini menjadi lebih terkehadapan di masa yang akan datang.
(DR JOHAR BIN
BUNIMIN)
BACAAN DOA

Gosok tembaga sampai berkilat,

Nampak cahaya semakin hebat,


Majlis kita insya Allah berkat,

Bersulam dengan rahim dan rahmat.

Sebagai pembuka tirai atur cara,


majlis menjemput dan mempersilakan Ustaz Mohd Hazim
Hafizen bin Sulaiman
untuk memimpin bacaan doa sebagai permintaan hajat dan
restu agar majlis kita diberkati hendaknya. Dipersilakan.
                               (Bacaan doa)

-Amin, amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga bacaan doa


sebentar tadi memberikan kelancaran dan keberkatan kepada
majlis kita pada hari ini.

UCAPAN YDP PIBG


( EN. YAZID BIN SAHIDIN)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


 

Kalau hendak ke Pekan Dengkil,

Belikan saya kain belacu,

Silakan tuan segera tampil,


Menyampaikan sesuatu bingkisan di kalbu.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Mohd


yazid bin Shahidin, yang Dipertua PIBG SMK Bandar
Penawar, menyampaikan ucapan .

Majlis mempersilakan.

-Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang cukup


bermakna sebentar tadi.

UCAPAN PENASIHAT PIBG


(DR JOHAR BIN BUNIMIN)
Hadirin Sekalian,

Terbang di awan burung jentayu,

Di atas papan batang selisih,

Tampillah tuan kami merayu,

Bersama ucapan pengikat kasih.

Daun semulur di pekan sari,

Batang jerami rebah ke bumi,

Madah dihulur sembah diberi,

Kata perasmi hajatnya kami.


Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan
mempersilakan Yang berusaha, Dr. Johar bin Bunimin,
Pengetua SMK Bandar Penawar untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong PIBG
SMK Bandar Penawar kali ke- 26.

Dipersilakan.

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

PEMBENTANGA PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN


N LAPORAN PIBG TAHUN 2020
AKTIVITI Hadirin dan hadirat yang dihormati,
TAHUNAN PIBG
TAHUN 2020 Sekarang, Tiba masanya kita dengarkan pembentangan
laporan Aktiviti Tahunan PIBG tahun 2020 yang akan
disampaikan oleh Pn. Hairani binti Salleh Setiausaha PIBG
SMK Bandar Penawar.

Dipersilakan.

Terima kasih Pn Hairani atas pembentangan itu tadi.

PEMBENTANGA PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN


N DAN KEWANGAN TAHUN 2020
PENGESAHAN Tuan-tuan dan puan-puan,
LAPORAN
KEWANGAN Seterusnya kita saksikan pembentangan laporan kewangan
TAHUN 2020 tahun 2020 Oleh
Pn. Rosniza binti ………………..

Dipersilakan.

PEMBENTANGAN KEWANGAN
Terima kasih Pn. Rosniza atas pembentangan itu tadi.

pengesahan
Seterusnya Mohon seorang ibu bapa atau guru
mencadangkan agar laporan kewangan PIBG tahun 2020
ini disah kan seterusnya
Mohon juga seorang untuk mengesahkan.

PERBAHASAN USUL
PERBAHASAN Tuan2 dan Puan2,..
USUL Seterusnya kita buka kepada sesi perbahasan usul, yg akan di
kelolakan oleh
…………………………………………………...
(Sesi perbahasan Usul )

HAL-HAL LAIN

PEMBUBARAN
JAWATANKUAS
A PIBG 2020/2021
DAN LANTIKAN
J/KUASA PIBG
2021/2022

CABUTAN
BERTUAH Tahniah dan Terima kasih atas, pelantikan AJK sesi
2022/2023.
Sesungguhnya, budi baik dan jasa tuan-tuan dan puan-
puan dalam menerajui PIBG SMK Bandar Penawar
demi kecemerlangan anak-anak, hanya Allah jua yang
mampu membalasnya.

CABUTAN BERTUAH
Tuan2 dan Puan2,
Kini tiba masa yang ditunggu2, Sesi Cabutan Bertuah.

PENANGGUHAN

-Tuan2 dan Puan2,.

Dengan berakhirnya sesi cabutan bertuah tadi maka


berakhirlah majlis kita pada hari ini.
Bertiup bayu di pantai indah,
Burung kedidi terbang melayang,

Mana yang kurang silap dan salah,

Jangan menjadi bekalan pulang,

Hadirin dan hadirat,

Majlis kita berakhir di sini

Saya mewakili pihak majlis mengucapkan terima kasih


kepada semua ibu bapa dan guru yang mengikuti mesyuarat
kita pada hari ini. Semoga kita bersua lagi pada masa yang
akan datang.

Assalammualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai