Anda di halaman 1dari 6

(PANTUN)

Sirih junjung berhias indah,

Sekacip pinang pembuka kata,

Bunga manggar kilau bercahaya,

Datang berkuunnjg ke majlis meriah,

Sejarah terukir nilai permata,

Lembaran sejarah kini bermula.

(KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan
pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;

SITI NORADHA AHMAD & AZWAN JAMALUDIN.

(SELAWAT) – 3 Minit

(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin)

(PANTUN)

Anak Cina memasang lukah

Lukah dipasang di Tanjung Selasih

Pasangan pengantin segak melangkah

Mara menuju mahligai kasih

Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis

Harap semua berikan perhatian

Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T.


(PANTUN)

Hari ini menugal jagung

Hari esok memintal tali

Hari ini kita berkampung

Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri

Memberi cahaya di tengah balai

Majlis indah bertambah seri

Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati EN. AHMAD ALBAB & PUAN MAS AYU selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada
hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; ADHA & BUDI, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, teman
sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T.
sekalian.

Saya, EMCEE ZAM, pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan ADHA & BUDI.

(PANTUN)

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai

Balai seri buatan Pak Tua

Tempat berehat rakan dan taulan

Duduk tersenyum kedua mempelai

Menadah tangan memanjatkan doa

Moga jodoh sentiasa berkekalan


Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh HAJI HUSIN bapa saudara kepada pengantin
perempuan.

Dipersilakan.

(BACAAN DOA – 5MINIT)

Terima kasih diucapkan kepada PAK LONG di atas bacaan doa sebentar tadi.

(PANTUN)

Orang jauh dikenang-kenang

Hanya terkenang pada yang satu

Mula berkenalan kemudian bertunang

Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin

Mengail patin di tepi titi

Senyum terukir pasangan pengantin

Tanda gembira penuh di hati

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis merenjis air mawar.

(MUZIK INSTRUMENTAL PERKAHWINAN DIMAINKAN)

Dengan itu, saya menjemput :

(Nama dan gelaran dalam keluarga)

Yang pertama –
Seterusnya – .......

Demikianlah tadi, acara merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang
segak dan cantik di singgahsana.

(PANTUN)

Puan dibawa ke Gunung Ledang

Dibawa dengan penuh beradab

Pinggan mangkuk telah terhidang

Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa
hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang
disediakan bagi menikmati hidangan.

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)

(PENGANTIN DUDUK)

(PANTUN)

Semerbak bunga seroja

Dibelai dara pingitan

Lauk pauk penuh semeja

Jemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati
juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan
puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

(JAMUAN MAKAN - TUNGGU ISYARAT ACARA SELANJUTNYA)

Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara memotong kek.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
PENGANTIN MEMOTONG KEK

(15MINIT)

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup
manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

(PANTUN)

Tiup serunai di atas kota

Uda memupuk bunga melati

Mula kenal kemudian bercinta

Cinta tersemai di dalam hati

(PANTUN)

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus
ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita
pada hari yang penuh keberkatan ini.

(PANTUN)

Tanam laguna tumbuh kelapa

Terbit bunga pucuknya mati

Budi semua tak kami lupa

Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum

Melihat laksamana bermain rodat

Senyum-senyum jangan tak senyum

Sudah sempurna segala adat


Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan
datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai